Anda di halaman 1dari 5

“ Cahaya matahari , menyilau mata ,

Sinar menusuk , bahang menahan ,

Lafaz bismillah , mukadimah kata ,

Gelanggang syarahan , saya mulakan …

- Assalamulaikum & Selamat Sejahtera -

diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis , Yang dihormati Barisan Para

Hakim yang arif lagi bijaksana, Guru- guru, dan Rakan-rakan sekalian .

Berdirinya saya disini, adalah untuk menyampaikan syarahan yang

bertajuk ’ Puasa _ Membentuk_ Insan_ Bertaqwa’

Hadirin & Hadirat yang dihormati sekian ,

Apakah itu Puasa ?? , dan Apakah itu Taqwa ???

Puasa - bermaksud menahan diri . Iaitu menahan diri dari makan dan

minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa . Ianya bermula

dari terbit fajar sidik hingga terbenam matahari yang disertakan dengan

niat.

Taqwa - pula dari segi bahasa bermaksud taat atau patuh . Iaitu

mengawal diri dari melakukan perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah SWT.
….…… .Bismillahirohamanirohim ………..

“ Hai orang-orang beriman ! Di wajibkan ke atas kamu berpuasa ,

sebagaimana telah di wajibkan ke atas umat sebelum kamu ,

supaya kamu bertaqwa ”. - Surah Al Baqarah - Ayat : 183-

Dari ayat tersebut, jelas mnunjukkan bahawa puasa adalah cara

yang di tuntut ke atas umat Islam utk mencapai tahap taqwa kepada Allah SWT.

Hadirin - Hadirat yang dikasihi sekian..

Persoalannya , Mengapa ?? , Bagaimanakah ??

Puasa itu dikatakan mampu membentuk ‘ Insan Yang Bertaqwa ??? ’

… Disini akan saya kupaskan lagi pengertian puasa dan taqwa dgn lebih

jelas

Hadirin , Hadirat yang di rahmati Allah..

Mari bersama kita fikir - fikirkan…??

“ Puasa ” antara natijah dan kebaikan ..

1) Puasa membentuk keperibadian mulia

Berpuasa, bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga malah

membentuk insan yang bertaqwa dan berakhlak.


2. “ Psikologi Puasa ” - Mencegah kemungkaran,

Puasa mempunyai rahsia perisai zahir dan batin , bukan sekadar tahan

lapar dan dahaga , malah mendidik jiwa

3. Memberi kebaikan kesihatan yang menyeluruh sebagaimana Hadis

Nabi saw yang bermaksud “Berpuasalah ! Nescaya kamu akan sehat “

Hadirin dan Hadirat sekalian…

Dalam SURAH Ali Imran : AYAT 102, yang bermaksud :-

“ Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah

dengan sebenar-benarnya takwa, dan janganlah sekali-kali kalian mati

melainkan dalam keadaan memeluk agama Islam .”

Hadirin , Hadirat …

Mengapakah kita mesti bertaqwa??

Islam menuntut muslimin muslimat dikalangan kita , supaya mencapai

taqwa . Kerana, hanya yang beriman dan bertaqwa sahaja yang beroleh

pujian dan jaminan dari Allah SWT .

Tahukah Hadirin sekian ? Apakah jaminan Allah itu ? .. Antaranya :-

1. Beroleh Keampunan & Keredhaan dari Allah

Seperti petikan Surah Al - Anfa : Ayat 9, yang bermaksud :


“ Wahai orang-orang yang beriman , jika kamu bertaqwa kepada

Allah , niscaya Dia memberikan bagimu pemisah antara yang hak dan

batil , dan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni

dosa - dosamu , dan Allah mempunyai karunia yang besar ”

2. Di janjikan rezki yang melimpah oleh Allah SWT

Firman Allah menjelaskan:

. ..” Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan

memberikan kepadanya jalan keluar dan memberikan rezeki yang

tidak disangka - sangka ” Surah Al-Thalaq Ayat 65 : 2-3

Tahukah Hadirin - Hadirat sekalian ?? - Rezeki di sini bermaksud perolehi

jalan keluar dari segala kesulitan , juga memperolehi

kecukupan dalam hidup , terhindar kemiskinan dan kekurangan .

Hadirin dan Hadirat yang dikasihi Allah..

3. Dijanjikan oleh Allah balasan syurga di akhirat. Hakikat mukmin

bertaqwa , sentiasa melakukan , perkara yang dituntut syarak , iaitu

fardhu ain

Surah An-Nur : Ayat 52 , yang bermaksud :

“ Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan
takut kepada Allah dan bertakwa kepada - Nya , maka mereka adalah

orang- orang yang mendapat kemenangan ”.

Hadirin Hadirat yang dikasihi Allah..

Sebelum saya mengundur diri , ingin saya tegaskan disini , bahawa puasa

itu wajib bagi umat islam , dan jangan sekali - kali kita lalai dalam

menjalankan kewajiban . Semoga ibadah puasa yang kita kerjakan akan

meraih peringkat taqwa tertinggi , yang diredhai di sisi Allah SWT .

Hadirin - Hadirat sekalian. Akhir Qalam dari saya , terimalah serangkap

pantun..

“ Selawat Nabi , ku-bermohon syafaat

Ilmu dituntut , di Madrasah Jawa

Moga syarahanku , memberi manfaat

Tingkatkan ilmu , iman dan taqwa

Wabillahitaufik wahidayah.. Assallammualaikum WBT

Sekian Terima Kasih :)

Anda mungkin juga menyukai