Anda di halaman 1dari 3

QSS 4013

Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikulum

Kuiz

Model Konseptual Pendidikan Guru

Program : DPLI (YIK B)

Pelajar : Abdul Muhaimin Bin Sukri


No. Matrik : L20212011813

Pensyarah : Dr. Yusri Bin Yakub


Model Konseptual Pendidikan Guru

Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) terdiri daripada 3 aspek asas iaitu ilmu,kemahiran dan
nilai. Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) . 3 Asas ini merupakan antara kriteria guru
professional.

Apa yang difahami daripada konsep ini adalah seorang guru hendaklah mempunyai ilmu
pengetahuan tentang pedagogi umum iaitu pengetahuan prinsip dan kaedah pengajaran seperti
teknik dan pendekatan yang diguna. Selain itu,pengetahuan tentang falsafah,matlamat,tujuan dan
nilai pendidikan mestilah dihadam untuk menjadi guru yang berkualiti dari segi sosial. Guru
perlulah bijak bergaul dengan semua masyarakat sekeliling tidak kira dalam kawasan sekolah
mahupun dengan masyarakat luar. Ini kerana, ke mana sahaja seseorang guru itu pergi dia akan
membawa imej seorang guru. Seterusnya,pengetahuan tentang konteks pendidikan mestilah
dihayati dan dikuasai dengan baik agar falsafah pendidikan dapat diterjemahkan dengan pedagogi
yang bersesuaian.

Kemahiran guru,seorang yang bergelar guru harus mempunyai kemahiran ikhtisas yang
merangkumi kemahiran mengurus bilik darjah,menggunakan metodologi pengajaran,membina
dan mengguna bahan bantu mengajar dengan tujuan meningkatkan kualiti Pdp . Antara kemahiran
yang perlu dikuasai adalah kemahiran teknologi. Kemahiran ini sangat diperlukan pada abad ini
yang mana dunia hari ini sudah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang menggunakan
teknologi.Justeru itu,bidang pendidikan juga tidak terkecuali dengan pengguaan teknologi seperti
teknologi maklumat dan telekomunikasi ( ICT) . Sebagai guru,saya banyak menggunakan Ict
terutamanya sewaktu dunia dilanda wabak covid 19. Medium pengajaran seperti
googlemeet,zoom,webex dan lain-lain sudah menjadi kebiasaan antara guru dan murid untuk
proses Pdp.

Selain itu,kemahiran interpersonal juga amat penting dikuasai. Kemahiran interpersonal merujuk
kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi
sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu. Konsep asas yang berkaitan dengan
komunikasi interpersonal ialah seperti konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan
matlamat.Kemahiran ini akan menghasilkan konsep kendiri positif dan ianya amat diperlukan
guru.

Disamping itu, kemahiran intrapersonal antara kemahiran guru yang perlu diamati dan dihayati.
Kemahiran ini adalah kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu
kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai
tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak,
motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati
diri.Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah
kemahiran yang menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang
lain. Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individu
tersebut mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dan sebaliknya. Kemahiran ini
sedikit sebanyak membantu saya mengetahui sejauh mana keyakinan diri ketika berhadapan
dengan masalah dan cabaran sebagai seorang guru.

Akhir sekali,nilai dan sahsiah guru. Nilai adalah sesuatu yang merujuk kepada amalan nilai-nilai
murni,perlakuan guru yang penyayang,berperketi mulia,berdaya tahan,patriotic,inovatif
,kreatif,motivatif,dan patuh kepada Etika Professionalisma Keguruan. Oleh sebab itu, menjadi
seorang guru banyak mengajar saya menjadi guru yang bersahsiah baik dan mempunya nilai-nilai
postif.

Kesimpulannya,Ilmu,kemahiran dan nilai ini dapat menjadikan guru sebagai insan yang kamil (
sempurna) dan dapat berbakti kepada tuhan,masyarakat dan paling kurang kepada diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai