Anda di halaman 1dari 2

10 Mudarat makan berlebihan di bulan Ramadhan

Imam al-Ghazali di dalam kitab Manhaj al-Abidin mengingatkan kita bahawa perut adalah anggota
yang paling sukar dijaga sekalipun di kalangan ahli ibadat. Justeru, beliau telah menyenaraikan 10
kemudaratan berpunca daripada pengambilan makanan yang berlebihan;

✔Pertama: Hati menjadi keras


▍Makan banyak bukan sahaja menjadikan hati semakin keras, malah cahaya akan pergi dan padam.

✔Kedua: Menimbulkan fitnah kepada anggota badan


▍Apabila perut kita kenyang yang berlebihan akan menambahkan kecerdasan kepada anggota badan
yang lain. Anggota lain akan bergerak cergas melakukan perkara yang tidak bermanfaat dan mensia-
siakan.
▍Mata akan menjadi liar, telinga akan mendengar yang sia-sia, lidah akan banyak berkata-kata,
seterusnya semua anggota kaki, tangan dan lain-lain akan bergerak cergas.

✔Ketiga: Melemahkan fikiran


▍Orang yang banyak makan akan menjadikan fikirannya lemah, lembab dan tidak bertenaga. Apabila
anggota lain menjadi lemah, secara tidak langsung fikiran dan minda menjadi lemah. Makanan yang
berlebihan melemahkan ingatan, melambatkan hafalan dan memadamkan apa yang disimpan dalam
ingatan, seterusnya menghilangkan kecerdikan.
▍Abu Sulaiman Abdul Rahman Al-Darani mengatakan bahawa apabila kita menginginkan sesuatu,
maka jangan kita makan sehingga apa yang kita ingini berhasil. Ini kerana dengan makan boleh
mengubah fikiran kita.

✔Keempat: Mengurangkan ibadat


▍Perut yang berlebihan kenyang akan menjadi badan semakin berat dan sukar untuk bergerak cergas.
Mata akan menjadi mengantuk, kaki, tangan dan anggota lain menjadi lesu dan perlu kepada
kerehatan. Akhirnya kita akan tertidur dengan nyenyaknya.

✔Kelima: Menghilangkan kemanisan beribadat


▍Makan yang berlebihan akan mengurangkan kemanisan beribadat. Sayidina Abu Bakar RA pernah
mengatakan bahawa dirinya tidak pernah merasai kenyang semenjak beliau memeluk agama Islam
agar dirinya mendapat kemanisan beribadat. Dirinya tidak pernah puas minum dengan harapan untuk
bertemu Allah.
▍Sembahyang yang dilakukan dalam keadaan kekenyangan tidak mendatangkan khusyuk. Maka sebab
itulah salah satu Allah mewajibkan ibadat berpuasa sebagai salah satu latihan fizikal agar kita
mendapat kemanisan beribadat.

✔Keenam: Terdedah kepada perkara syubhat dan haram


▍Makan yang berlebihan mudah terdedah dan terjerumus kepada syubhat dan haram. Menurut Imam
al-Ghazali makanan yang halal itu hanya datang kepada kita sekadar untuk menjadi makanan. Pada
hakikatnya harta yang syubhat dan haram itu banyak dan mudah diperoleh.
▍Bahkan kadang-kadang datang secara tiba-tiba tanpa bersusah payah, berusaha keras, tanpa penat dan
lelah, tanpa masa yang lama dan tanpa diduga oleh kita. Namun harta yang halal dan bersih lagi suci
itu sedikit dan sukar diperoleh.

✔Ketujuh: Menyibukkan hati dan badan


▍Manusia sentiasa sibuk dan resah apabila memikirkan tentang makanan. Masa yang banyak
dihabiskan untuk menumpukan kepada makan dan minum. Bermula memikirkan tentang apa yang
ingin dimakan, kemudian difikirkan pula soal penyediaannya sehinggalah selesai.
▍Imam al-Ghazali menjelaskan begitu ramai manusia menghabiskan usia kerana makan, apatah lagi
cara penyediaan makanan hari ini dengan pelbagai menu sehingga berjam-jam lamanya. Berbeza kalau
dilihat pada bulan Ramadan, suasana pada siang harinya tenang.
✔Kelapan: Bebanan urusan akhirat
▍Pesanan daripada Rasulullah SAW bahawa seseorang yang menikmati kelazatan dunia yang
berlebihan akan menerima banyak halangan, kesusahan dan kepayahan semasa sakarat al-maut dan di
akhirat.
▍Kelazatan di akhirat akan berkurang mengikut kadar kelazatan yang dihabiskan di dunia. Sekiranya
di dunia dihabiskan masa dengan kemewahan, kesenangan, keseronokan maka pastinya banyak
sekatan, tapisan yang akan dihadapi untuk menuju ke syurga. Di akhirat nanti akan melambatkan
urusan untuk ke syurga.

✔Kesembilan: Kurangnya panjaran pahala di akhirat


▍Sesungguhnya kelazatan negeri akhirat akan berkurang berdasarkan apa yang kita ambil daripada
kelazatan di dunia. Justeru, Allah akan memberi jaminan tidak sesekali akan mengurangkan kelazatan
di akhirat.
▍Allah SWT berfirman yang bermaksud: Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu
dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini
kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan
tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik.

✔Kesepuluh: Tertahan di Padang Mahsyar


▍Makan berlebihan akan tertahan di Padang Mahsyar kerana kiraan hisab amalan. Kita juga akan
mendapat celaan dan cemuhan malu kerana tidak mementingkan soal adab. Ini kerana berlebihan itu
sebenarnya adalah menurut hawa nafsu syahwat.
▍Setiap amalan yang halal itu tidak akan terlepas daripada kiraan hisab Allah. Tempoh yang lama di
padang Mahsyar akan melambatkan kita memasuki syurga Allah. Bulan Ramadan mendidik umat
Islam agar bersifat sederhana terutama dalam urusan makan semasa waktu berbuka. Elakkan daripada
berbelanja dengan membeli makanan secara berlebihan agar kita tidak terjerumus kepada perkara yang
haram iaitu pembaziran dan pemborosan yang menjadi amalan syaitan. Amalan bersederhana ini akan
menyelamatkan diri kita daripada 10 perkara yang merosakkan ibadat akibat daripada makan yang
berlebihan, dan mengelakkan diri daripada ditimpa penyakit. Ini kerana punca segala penyakit fizikal
juga adalah berpunca daripada amalan pemakanan yang salah.

Anda mungkin juga menyukai