Anda di halaman 1dari 2

6.

BERBUKALAH DENGAN MAKANAN YANG HALAL

Ada dua kegembiraan yang disediakan oleh Allah kepada orang yang berpuasa. Pertama
kegembiraan ketika berbuka dan kedua kegembiraan ketika bertemu dengan Allah (HR
Muslim). Kegembiraan berbuka dapat dirasai sebaik sahaja menjamah makanan ketika
berbuka. Betapa nikmatnya dapat meneguk segelas air setelah seharian tidak menjamah
sebarang makanan ataupun minuman.

Ketika berbuka, jagalah adab-adabnya. Perhatikan makanan atau juadah untuk berbuka.
Pastikan makanan itu benar-benar halal. Jauhi daripada makanan yang diragui halal
haramnya. Jika sepanjang hari dapat taat kepada Allah dengan menahan lapar dan dahaga,
maka ketika berbuka juga hendaklah mengikut ketaatan kepada Allah.

Janganlah hilang kawalan diri sehingga nafsu menjadi raja. Ketika tekak telah kering dan perut
berkeroncong apa sahaja yang terbayang dan terhidang di hadapan mata dirasakan enak
belaka. Ada kalanya jam baru menunjukkan pukul lapan pagi kita sudah berkira-kira dan
berangan-angan apakah juadah untuk berbuka hari ini. Hakikatnya setelah tiba waktu berbuka,
segelas air dan sedikit kurma sudah cukup sebagai penghilang dahaga.

Rata-rata masyarakat hari ini tiada banyak masa untuk menyediakan sendiri juadah berbuka.
Bazar-bazar Ramadan pula tumbuh bagai cendawan selepas hujan pada bulan Ramadan.
Ratusan juadah telah tersedia. Cuma sediakan sahaja duit dan tunjuk sahaja mana satu pilihan
hati. Sungguh mudah bukan?. Tetapi perlu diingat, pastikan makanan yang dibeli untuk berbuka
diyakini tentang halalnya. Lihatlah pada orang yang menjual, lihatlah makanan yang hendak
dibeli. Mohonlah kepada Allah agar makanan yang dibeli adalah halal. Allah menegaskan
dalam surah Al-Baqarah ayat 168:

∩⊇∉∇∪ îÎ7•Β Aρ߉tã öΝä3s9 …çµ‾ΡÎ) 4 Ç≈sÜø‹¤±9$# ÏN≡uθäÜäz (#θãèÎ6®Ks? Ÿωuρ $Y7Íh‹sÛ Wξ≈n=ym ÇÚö‘F{$# ’Îû $£ϑÏΒ (#θè=ä. â¨$¨Ζ9$# $y㕃r'‾≈tƒ
“Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi
bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh
yang nyata”.

Ingatlah, bahawa makanan yang kita ambil semasa berbuka boleh memberi kesan kepada
ibadat kita nanti. Antaranya, rasa berat dan sukar untuk beribadat pada malam hari, lemah
untuk solat Tarawih, solat Tahajjud atau membaca al-Quran. Kesan seterusnya sehingga tidak
dapat merasai kemanisan dalam beribadat.

Rasulullah s.a.w. menunjukkan kepada kita satu contoh ketika berbuka. Menurut Anas bin
Malik, Rasulullah s.a.w. berbuka terlebih dahulu sebelum beliau solat. Baginda berbuka
dengan rutob (kurma yang masak ranum). Sekiranya tidak ada rutob, baginda berbuka dengan
tamar (kurma kering). Sekiranya tiada juga tamar, baginda akan berbuka dengan beberapa
teguk air.

Oleh itu, berhati-hatilah memilih makanan. Pilihlah makanan yang benar-benar halal. Kawallah
nafsu. Janganlah mencemar puasa sepanjang hari hanya disebabkan juadah ketika berbuka
yang tidak benar-benar halal. Selamat berpuasa dan berbukalah dengan makanan yang halal.
Jauhi makanan syubhah, pasti kesihatan terjaga dan amalan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai