Anda di halaman 1dari 7

21 OGOS 2022

PRINSIP

TADBIR

URUS

BAIK
DISEDIAKAN OLEH:
farah sofeya
siti nur aiyshah
NURUL ATIRA
Pengenalan

Tadbir urus baik didefinisikan sebagai pelaksanaan

tanggungjawab secara telus, berakauntabiliti dan berhemat dari

segi pengambilan keputusan dan penyampaian hasil iaitu

meliputi tatacara, struktur dan proses berurusan dengan

pelbagai pihak yang berkepentingan (stakeholders).

1
Penjawat awam yang mengamalkan prinsip tadbir urus yang

terbaik sentiasa memberikan keutamaan menyeluruh kepada

pelanggan serta usaha ke arah meningkatkan kepuasan tahap

pelanggan sentiasa dilaksanakan secara berterusan. Hal ini

dapat mengelakkan timbulnya masalah kepada kedua-dua

belah pihak. Ironinya, pelanggan akan mendapat perkhidmatan

layanan yang terbaik sekaligus dapat meningkatkan prestasi

penjawat awam ke arah yang lebih baik.

2
Penjawat awam juga harus memberikan penekanan

terhadap nilai-nilai positif apabila berurusan dengan


pelanggan. Sejurus dengan itu, agensi awam

memainkan peranan penting dalam memastikan

penjawat awam mempunyai etika yang tinggi serta

mengamalkan nilai-nilai murni. Kesimpulannya, hal ini

dapat membantu membentuk penjawat awam yang

beretika tinggi serta memajukan sektor-sektor awam di

dalam negara .

3
Seterusnya, tadbir urus yang baik memerlukan penjawat

awam untuk memastikan penyampaian perkhidmatan

dilaksanakan secara efektif dan eifisien dalam erti kata

lain cekap dan berkesan. Seseorang pegawai perlu

memastikan organisasinya mempunyai sistem yang

dinamik dan tepat melalui penggunaan sumber yang

minimal dengan penghasilan kerja yang maksimum.

Tuntasnya, hal ini dapat membantu melicinkan

pentadbiran awam di negara kita.

4
Di samping itu, prinsip berintegriti juga merupakan asas

penting yang perlu diamalkan oleh setiap penjawat

awam. Mereka perlu melaksanakan amanah dan kuasa

yang dipertanggungjawabkan demi kepentingan awam

dan tidak boleh menyalahgunakan kuasa. Hal ini dapat

membina jati diri dan identiti diri setiap penjawat awam

supaya dapat menyampaikan perkhidmatan terbaik

kepada pelanggan. Kesimpulannya, sektor awam dapat

melahirkan pekerja yang berintegriti tinggi di samping

dapat menyumbang kepada kemajuan negara.


5
PENUTUP

Rumusannya, tadbir urus yang baik perlulah

dititik beratkan serta perlu diamalkan oleh

setiap penjawat awam untuk tujuan

melahirkan penjawat awam yang lebih

profesional dan berkualiti pada masa

hadapan.

Anda mungkin juga menyukai