Anda di halaman 1dari 10

Isi Kandung

Sinopsis.................................................................................................................................. 1
Babak 1.................................................................................................................................. 1
Babak 2.................................................................................................................................. 2
Babak 3.................................................................................................................................. 3
Babak 4.................................................................................................................................. 3
Babak 5.................................................................................................................................. 4
Babak 6.................................................................................................................................. 5
Babak 7.................................................................................................................................. 6
Rujukan.................................................................................................................................. 9
Tajuk Drama: Baju Sekolah Baharu.

Sinopsis
Drama ini menceritakan empat sekawan yang tinggal di kampung Tiong Simpodon. Empat
sekawan ini bersekolah di sekolah yang sama dan berada di kelas yang sama iaitu Tahun 5
Bestari. Empat sekawan ini ialah Davis, Berry, Joel, dan Ravin. Davis datang dari keluarga
yang kurang berada dan dia hanya tinggal bersama ibunya dan adik-beradiknya yang lain.
Ayahnya telah lama meninggal dunia. Berry, Joel, dan Ravin pula datang dari keluarga yang
berada. Setiap tahun Davis tidak pernah memakai baju baharu ke sekolah kerana dia hanya
mempunyai satu pasang baju sekolah. Oleh hal yang demikian, Joel, Berry, dan Ravin telah
berkerjasama untuk mengumpul duit bagi membeli sepasang baju sekolah yang baharu
untuk Davis.

Babak 1
Menyedari hari mulai malam, Davis, Joel, Berry, dan Ravin yang sedang bermain di
padang pun beransur balik ke rumah masing. Semasa dalam perjalanan mereka pun
berjanji untuk jalan bersama-sama ke sekolah pada hari esok iaitu hari Isnin.

Joel: Uishh! Mau malam suda ooh. Tengok bah tu matahari mau terbenam sudah.

Davis: Ya bah. Jam berapa sudah ni Berry? Nanti mama saya marah pula kalau balik
lambat.

Berry: Baru jam enam bah.

Ravin: Awal bah Vis. (sambil tertawa)

Davis: Ya lah tu. Bah jomlah balik.

Ravin: Bah ya la. Jom la, besok kita sambung.

Empat sekawan itu pun berjalan balik ke rumah masing-masing

Joel: Bah jangan lupa besok. Besok hari satu o, pergi sekolah.

Davis: Aduh! Kejapnya cuti. (sambil tertawa)

Berry: Bah sama-sama la kita jalan besok. Maukah?

Ravin: Boleh bah. Bah tunggu di dekat balairaya sebelum jam enam pagi ok.

Joel, Davis, Berry: Bah.

1
Babak 2
Sesampainya di rumah ibu Davis terus menyuruh Davis untuk mandi. Setelah mandi
ibunya menyuruh Davis untuk makan seterusnya membuat kerja sekolah dan terus tidur
selepas selesai sahaja membuat kerja sekolah.

Ibu Davis: Amboi! Baru balik. Jam berapa sudah ni? Sana pergi mandi terus. Nanti kotor
pula ni rumah. Sudahlah rumah kita buruk kau mau kasi kotor lagi.

Davis: Baru jam enam bah ni. Bah ya la saya pergi mandi dulu.

Ibu Davis: Bah lepas mandi pergi makan terus. Lepas tu buat kerja sekolah kau. Jangan
kau lambat tidur nanti kau lambat bangun bisuk.

Davis: Ok mama.

Davis pun pergi mandi dan melakukan apa yang telah disuruh oleh ibunya.

Keesokannya. Jam suda menunjukkan jam 6:05 pagi namun Davis masih dibuai mimpi.

Ibu Davis: Davis! Davis! Bangun! Jam berapa suda ni.

Mendengar teriakkan ibunya, Davis pun terjaga.

Davis: Alamak! Jam enam lebih sudah. Habis la saya. Aduh!

Davis pun bergegas untuk bersiap. Setelah bersiap, Davis terus berlari untuk menuju ke
balairaya kerana kawan-kawannya yang lain sudah menunggu. Melihat anaknya yang
sedang berlari keluar rumah tanpa makan sarapan pagi, dia pun berteriak memanggil
anaknya untuk makan dahulu sebelum jalan ke sekolah.

Ibu Davis: Davis! Davis! Makan dulu. Nanti kau lapar di sekolah nanti.

Davis: Tidak mau. Saya lambat sudah ni. Saya biasa juga tidak makan sarapan. (sambil
tersenyum)

Melihat anaknya yang tersenyum, dia pun turut tersenyum seakan-akan mengalirkan air
mata.

2
Babak 3
Joel, Berry, dan Ravin yang sudah lama menunggu di balairaya pun tertanya-tanya di
manakah Davis kerana mereka telah berjanji untuk berkumpul sebelum jam enam pagi.

Ravin: Eh! Mana si Davis ni. Bilang sebelum jam enam pagi. Sekarang jam 6:10 suda pun
belum lagi sampai. Lambat la kita ni.

Berry: Santai bah. Awal bah ni. Jam 7:20 juga kita masuk kan.

Dari jauh Davis yang sedang berlari mulai kelihatan.

Joel: Ai! Bukan si Davis kah tu?

Berry, Ravin: Mana?

Joel: Tuna tu sedang berlari.

Berry, Ravin: Aii dia la tu. (sambal ketawa)

Setelah berlari lebih kurang 300meter dari rumahnya. Davis pun sampai di Balairaya.

Joel: Ui Davis. Kau lambat bangun kan?

Ravin: Na kan. Apa kau buat semalam oh. Lain kali jangan lambat tidur. (tertawa)

Davis: Siou bah. (tersenyum) Bah jom la kita jalan.

Empat sekawan itu pun berjalan sama-sama ke sekolah.

Babak 4
Setibanya di sekolah, mereka terus menyimpan beg sekolah mereka di kelas dan berehat
sambal menunggu dewan perhimpunan dibuka. Setelah dewan perhimpunan dibuka,
mereka pun berjalan menuju ke dewan tersebut kerana tidak lama lagi perhinmpunan akan
dimulakan.

Joel: Jomlah pergi dewan.

Davis: Kena buka sudah kah?

Berry: Ya macam kena buka sudah tu. Saya Nampak Cikgu Carl buka tadi.

Ravin: Bah jadi apa tunggu lagi jomlah.

Perhimpunan pun bermula. Semasa dalam perhimpunan guru besar mengarahkan guru
kelas setiap kelas untuk membuat pemeriksaan disiplin iaitu dari segi pemakaian, kuku, dan
rambut selepas selesai sahaja perhimpunan. Selesai sahaja perhimpunan Cikgu Carl iaitu

3
guru kelas bagi kelas Tahun 5 Bestari pun mula membuat pemeriksaan. Davis merupakan
murid pertama yang diperiksa kerana dia baris di bahagian paling hadapan.

Cikgu Carl: Davis. Apa khabar. Baik juga bah kan?

Davis: Khabar baik cikgu.

Cikgu Carl: Kenapa baju kau ni macam kuning-kuning sudah. Ada koyak-koyak lagi. Kau
tiada baju sekolah lain sudah kah Davis?

Davis: Ermmm. Tiada suda cikgu, mama saya tiada duit mau beli baju sekolah baharu.

Cikgu Carl: Oo. Tidak apa Davis. Kau punya rambut dan kuku semua mematuhi peraturan
sudah. Lain kali kau pakai baju sukan saja arh Davis. Cikgu akan cuba usahakan untuk
bantu kamu.

Davis: Baiklah. Terima kasih cikgu.

Joel, Ravin, dan Berry yang mendengar perbualan antara Davis dan Cikgu Carl pun berasa
kasihan dan simpati akan kawan mereka. Oleh itu, mereka bertiga bertekad untuk
mengumpul seberapa banyak duit bagi membelikan Davis sepasang baju sekolah yang
baharu.

Joel: kesian oh Si Davis.

Ravin: Apa kata kita tolong dia. Tapi jangan kasih tahu dia.

Berry: Setuju. Apa cadangan kamu?

Joel: Kita kumpul duit la. Kita kumpul sampai cukup untuk beli baju sekolah yang baharu.
Setujukah?

Ravin, Berry: Setuju!

Joel: Ok. Kita mula bulan ni.

Mereka bertiga pun mula untuk mengumpul duit bermula pada bulan tujuh sehinggahlah
pada bulan dua belas.

Babak 5
Setelah lima bulan mengumpul duit, Joel, Berry, dan Ravin berbincang dan membuat kata
putus untuk mengira berapakah jumlah duit yang telah mereka kumpul.

Berry: Berapa bulan sudah kita kumpul duit tu?

Joel: Macam mau dekat lima bulan sudah.

4
Ravin: Bah marilah kita kira manatau cukup sudah untuk mau beli sepasang baju sekolah
yang baharu. Lagipun mau dekat bulan 12 sudah. Kiita beli ini baju sebagai hadiah hari natal
untuk si Davis. Setuju kah?

Berry: Ya kan. Mau dekat bulan 12 sudah pula. Bah saya ok saja.

Joel: Saya pun ok saja.

Berry: Ok. Nanti selepas habis sekolah kita jumpa di balairaya lah.

Ravin, Joel: Ok bos.

Setelah tamat sesi persekolahan pada hari itu, Joel, Ravin, dan Berry pun berjumpa di
balairaya kampung mereka dengan membawa duit yang mereka kumpul.

Joel: Bah marilah kita kasi gabung duit yang kita kumpul tu. Lepastu kita kira sama-sama.

Berry: Nah. Ini saya punya.

Ravin: Nah.

Mereka bertiga pun mula mengira duit yang mereka telah kumpul. Setelah beberapa minit
mengira mereka terkejut kerana jumlah duit yang telah dikumpul tidak seperti yang
dijangkakan.

Ravin: Wow! RM120.00 oh kita kumpul. Punya banyak ini.

Berry: Ya bah. Syukurlah, dengan adanya duit ini bolehlah kita bantu si Davis.

Joel: Yeah! Akhirnya kita dapat kasi beli si Davis baju sekolah baharu.

Setelah itu, mereka memutuskan siapakah yang akan pergi ke pekan untuk membeli baju
baharu tersebut.

Joel: Bah. Jadi siapa yang sukarela mahu pergi pekan beli baju ni nanti?

Ravin: Saya la. Lagipun bapa saya selalu bawa saya pergi pekan sebelum krismas untuk
beli baju baharu.

Berry: Bah ya lah. Kami serahkan kepada kau. Nanti kau beli yang ngam untuk si Davis tau.

Ravin: Ok baiklah.

Babak 6
Setelah beberapa minggu berlalu sesi persekolahan pada tahun itu pun tamat dan cuti
panjang pun bermula. Hari yang ditunggu-tunggu pun sudah tiba iaitu hari natal. Joel, Berry,
dan Ravin pun tidak sabar untuk memberikan baju sekolah baharu itu kepada Davis sebagai

5
hadiah hari natal. Petang itu, mereka bertiga membuat perbincangan terakhir di balairaya
kerana hari esok mereka akan memberikan hadiah tersebut kepada Davis.

Joel: Bah Ravin kau sudah balut bah kan itu baju sekolah yang kita beli tu.

Ravin: Sudah bah. Mama saya yang tolong balutkan.

Berry: Bah. Besok lepas kebaktian hari natal di gereja, kita perga bagi terus itu hadiah sama
Si Davis.

Joel, Ravin: Ok bos.

Berry: Ravin jangan kau lupa bawa ah. Kau tu pelupa, nanti tidak jadi pula misi kita kalau
kau lupa bawa tu hadiah. (sambil tertawa)

Ravin: Ok saya tidak akan lupa!

Joel: Bah jumpa besok di gereja.

Berry, Ravin: Ok.

Babak 7
Keesokan harinya, Joel, Davis, Berry, dan Ravin awal bangun kerana mereka akan pergi ke
gereja pada pukul 8.00 pagi bagi mengikuti kebaktian natal pada tahun itu. Sesampainya di
gereja mereka saling bertegur sapa dan mengucapkan selamat hari natal dan tahun baru.

Ravin: Hai kalian. Hensem-hensem oo kawan saya. (sambil tersenyum)

Joel: Ai manada kau lagi hensem. (Ketawa)

Davis: Semua kita hensem bah. Bah selamat hari natal dan tahun baru kawan-kawan ku.

Berry: Selamat hari natal dan tahun baru!

Joel: Selamat hari natal dan tahun baru!

Ravin: Selamat hari natal dan tahun baru!

Beberapa jam kemudian kebaktian natal pun selesai. Joel, Berry dan Ravin pun membawa
Davis untuk pergi ke pondok yang berdekatan dengan gereja tersebut.

Berry: Davis jom pergi di pondok sekejap.

Davis: Buat apa? Si Ravin sama Si Joel tidak pergi kah?

Berry: Pergi juga tu. Nanti dorang ikut kita.

6
Berry dan Davis pun berjalan menuju ke pondok tersebut. Tidak lama kemudian, Joel dan
Ravin pun mengikuti mereka dari belakang. Sesampainya di pondok tersebut, Joel, Berry,
dan Ravin pun berencana untuk membuat kejutan dengan menyuruh Davis untuk menutup
mata.

Ravin: Davis, kami mahu bagi kau sesuatu bah ni. Tutup mata dulu bah.

Joel: Ya bah. Cepat Davis tutup mata.

Berry: Mari saya tolong tutup guna tangan saya lah.

Setelah Davis menutup mata, Ravin pun mengeluarkan hadiah yang mereka telah sediakan
untuk Davis.

Joel: Bah bukalah mata kau Davis.

Berry: Jeng jeng jeng (sambil bertepuk tangan)

Ravin: Nah Davis hadiah untuk kau. Selamat hari natal dan terima kasih sudah menjadi
kawan kami yang paling baik.

Melihat perkara yang dilakukan oleh kawan-kawannya, Davis sangat tersentuh dan hampir
mengalirkan air mata kerana sebelum ini Davis tidak pernah mendapat hadiah hari natal.
Davis pun memeluk Joel, Ravin, dan Berry sambil mengucapkan terima kasih.

Davis: Terima kasih semuanya.

Berry: Sama-sama Davis.

Joel: Bah Davis bukalah. Tengok apa ada di dalam.

Ravin: Mahu minta tolong bukakah? (sambil tertawa)

Davis: Tidaklah. (sambil tertawa) Bah saya buka ah.

Davis pun membuka balutan hadiah tersebut.

Davis: Wow! Baju sekolah kah ni? Wah! Terima kasih.

Berry: Ya baju sekolah lah tu. Nanti tahun depan kau pakailah Davis.

Joel: Nanti Cikgu Carl tidak marah kau sudah. (sambil tertawa)

Ravin: Ya bah. (sambil tertawa) Bah mari kita ambil gambar untuk kenangan.

Davis: Marilah. Buat gaya paling kiut dan hensem. (sambil tertawa)

7
Mereka pun mengambil gambar bersama-sama sebagai kenangan dan tanda persahabatan
mereka.

Berry: Sudahlah. Saya lapar sudah. Ada makan bersama kan lepas habis kebaktian. Jom
pergi makan.

Davis, Joel: Jom.

Ravin: Yuk.

-Tamat-

Sejak hari itu, persahabatan antara Davis, Joel, Berry, dan Ravin semakin erat bagaikan
sebuah keluarga. Davis tidak lagi dimarahi Cikgu Carl dan dia sangat bersemangat untuk
datang ke sekolah pada setiap hari. Kini Davis sudah bergelar sebagai pendidik dan
mengajar di sekolah lamanya. Joel, Berry, dan Ravin pula melanjutkan pengajian di luar
negara dalam bidang perubatan.

8
Rujukan
Adenan Ayob. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Arifin Nur. (1972). Sastera Melayu Moden. Pustaka Aman Press.

Azman Wan Chik. (1980). Sastera dan Drama dalam Pendidikan, Monograf Pendidikan
Bahasa. University Malaya: Jabatan Pendidikan Bahasa.

Hamidi, K. (2003). Pegangan Pementasan Drama. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zakaria Arifin. (1981). Drama Melayu Moden dalam Esei. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai