Anda di halaman 1dari 8

ISI KANDUNGAN

1
PENGENALAN

Pekerjaan adalah satu perkara ataupun keperluan yang sangat penting bagi semua
individu di dunia ini. Kehidupan yang bakal kita lalui bergantung pada sesuatu kerjaya yang
akan dilakukan oleh kita. Oleh kerana itu, ia merupakan sumber ekonomi untuk keperluan
yang akan dibeli kemudian kelak. Pekerjaan juga boleh menjamin masa depan seseorang
individu yang bekerja keras dan rajin berdoa kepada tuhannya. Agama Islam amat
menggalakkan untuk bekerja demi membina kehidupan untuk meneruskan hidup. Seorang
pekerja mestilah mempunyai sifat yang mulia seperti rajin, jujur dan bertanggungjawab
dalam melakukan sesuatu kerja. Dengan bekerja kita dapat mencari rezeki yang halal untuk
keperluan sendiri, kebajikan orang yang tersayang dan keluarga bagi mereka yang
mempunyai kehidupan berumah tangga.

Kebanyakkan orang yang berjaya adalah orang yang memiliki sikap yang bagus
dalam melakukan apa. Sikap baik yang perlu ada dalam diri setiap individu ialah seperti
berdisiplin, bertanggungjawab dan jujur. Untuk menjadi pekerja yang mempunyai nilai yang
tinggi dan berkualiti, setiap individu mestilah menanamkan sifat nilai murni dalam diri untuk
lebih berjaya dalam bidang pekerjaan yang diceburi. Disiplin adalah satu sifat yang sangat
diperlukan oleh semua pekerja untuk berjaya dalam melakukan sesuatu dan dapat
membantu syarikat berkembang maju dan akan dipercayai oleh majikan. Disiplin juga dapat
menunjukkan sikap seseorang yang rajin dan tidak mudah putus asa dalam apa jua yang
dilakukan.

Terdapat beberapa masalah berkaitan disiplin yang sering berlaku dalam pelbagai
jenis pekerjaan seperti contoh memberi atau menerima rasuah seperti yang sering berlaku
kepada individu yang bekerja sebagai peguam.d. Terdapat juga masalah disiplin seperti
pergaduhan di antara pekerja serta pengambilan barangan terlarang di tempat kerja oleh
para pekerja. Terdapat banyak lagi masalah disiplin turut berlaku di syarikat-syarikat besar.
Oleh itu, saya akan cuba untuk menyatakan 5 permasalahan disiplin tersebut, mengenal
pasti faktor yang menyebabkan isu disiplin tersebut berlaku, menghubungkaitkan teori
dengan isu disiplin tersebut dan memberikan penyelesaian masalah bagi masalah disiplin
tersebut.

2
ISU DISIPLIN PERTAMA

Rujukan:

FAKTOR:

Antara beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya isu di atas ialah kerana guru
tersebut tidak professional dalam menyelesaikan perbalahan di antara pelajar-pelajar
tersebut. Hal ini dikatakan sedemikian kerana jika guru tersebut mahir dalam bidangnya,
guru tersebut akan menyelesaikan perbalahan pelajar tersebut dengan cara yang
professional iaitu berbincang.

Selain itu, guru tersebut juga berkemungkinan mempunyai tekanan di tempat kerja.
Hal ini kerana apabila guru tersebut mempunyai tekanan di tempat kerja, guru tersebut tidak
dapat berfikir secara releven dan berakhir dengan memukul pelajar untuk melepaskan
geram dan menyelesaikan masalah.

Faktor ketiga yang membuatkan guru tersebut memukul pelajar itu adalah kerana
tidak memahami etika perguruan. Jika guru tersebut memahami etika perguruan, guru
tersebut tidak akan sebarangan menyentuh pelajar tersebut kerana terdapat peraturan
mengenai menyentuh pelajar dia dalam etika perguruan.

Faktor yang seterusnya ialah tiada kesedaran agam dalam diri guru tersebut. Jika
guru tersebut mempunyai kesedaran agama, dia tidak akan menyelesaikan masalah
tersebut dengan cara kekerasan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana islam tidak mengajar
penganutnya utuk menyelesaikan masalah dengan cara kekerasan.

Faktor yang terakhir ialah berkemungkinan guru tersebut mengambil barangan


terlarang. Hal ini dikatakan sedemikian kerana mereka yang berasa di bawah pengaruh
barangan terlarang tidak dapat berfikir secara releven.

TEORI:

Permasalahan ini boleh dikaitkan dengan teori keperibadian mulia. Keperibadian


mulia ini berkait rapat dengan “kaedah sikap baik” dan sifat-sifat seorang insan bermoral.

3
Menurut teori keperibadian mulia, etika berkaitan dengan keperibadian, tingkah laku dan
watak yang mulia. Keperibadian mulia juga dikaitkan dengan keadilan, kemurahan hati,
keberanian,kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan.

Guru tersebut sepatutnya sabar dan menyelesaikan perbalahan pelajar tersebut


dengan bijak tanpa menggunakan kekerasan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana pelajar-
pelajarnya merupakan remaja yang masih tidak dapat berfikir secara releven. Selain itu,
kebijaksanaan merupakan salah satu nilai murni yang terdapat dalam teori keperibadian
mulia, jadi apabila guru tersebut bijak menghadapi karenah anak muridnya tersebut, isu di
atas dapat dielakkan dan guru tersebut mampu menyelesaikan masalah dengan beretika.

Selain itu, guru tersebut perlu sabar menghadapi karenah para pelajarnya. Seperti
yang dikatakan di atas, remaja-remaja tidak dapat berfikir secara releven, jadi mereka tidak
dapat untuk bersabar apabila berlaku perselisihan faham. Dengan kesabaran, guru tersebut
dapat menyelesaikan permasalahanyya dengan cara yang betul tanpa menggunakan
kekerasan. Kesabaran juga merupakan salah satu nilai dalam teori keperibadian mulia yang
perlu di peraktikan dalam kehidupan supaya segala cabaran dapat dihadapi dengan mudah
tanpa sebarang masalah.

JALAN PENYELESAIAN:

Antara jalan penyelesaian bagi masalah disiplin guru tersebut ialah setiap guru perlu
di dedahkan dengan etika perguruan yang lebih mendalam. Hal ini supaya guru-guru tahu
apakah Tindakan yang mereka akan lakukan betul atau salah.

Selain itu, ajaran agama perlu diterapkan dalam diri guru-guru dan pelajar-pelajar
supaya mereka dapat berfikir dengan lebih releven. Jika mereka sudah ada kesedaran
mengenai agama dalam diri mereka, mereka akan berfikir secara releven dahulu sebelum
melakukan sebarang tindakkan.

Jalan penyelesaian yang terakhir ialah dengan sekolah melakukan semina terapi bag
mengurangkan tekanan guru-guru ketia bekerja. Dengan adanya seminar ini, guru-guru
yang tertekan dengan pekerjaan mereka dapat memulihkan fikiran serta lebih bersemangat
untuk meneruskan pekerjaan sekaligus meningkatkan produktiviti pekerjaan mereka.

4
Rujuka
n: https://images.app.goo.gl/FqXdwZ9p2kJXBTCVA

FAKTOR:

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya isu di atas ialah berpunca daripada
kelemahan guru itu sendiri yang gagal untuk mengawal muridnya daripada membuat bising.
Hal ini dikatakan sedemikian kerana jika guru itu memberikan perhatian dan tegas terhadap
murid-muridnya itu, perkelahiannya dengan guru tersebut tidak akan terjadi.

Selain itu, perlakuan Guru Besar tersebut yang kurang professional menjadi salah
satu punca berlakunya isu di atas. Jika Guru Besar tersebut berfikir secara matang dan
rasional sebelum melakukan tindakkannya yang kurang bijak itu, insiden di atas tidak akan
berlaku.

Seterusnya, kurang pengetahuan mengenai etika perguruan dalam diri kedua-dua


guru tersebut boleh menjadi faktor berlakunya perkelahian di antara mereka berdua. Hal ini
dikatakan sedemikian kerana jika kedua-dua guru tersebut memahami etika perguruan
dengan lebih dalam, mereka akan menyelesaikan perselisihan faham itu dengan cara yang
professional contohnya berbincang.

Faktor ke empat yang menyumbang kepada perkelahian kedua guru tersebut ialah
kerana Guru Besar tersebut tidak mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi. Jika Guru Besar
tersebut mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi, dia akan tahu cara untuk menegur
pekerjanya itu dengan cara yang lebih berhemah.

Punca terakhir yang membawa kepada perkelahian kedua-dua guru tersebut ialah
berkemungkinan Guru Besar tersebut menghadaapi tekanan di tempat kerja. Hal ini

5
membuatkan Guru Besar tersebut tertekan dan tidak dapat berfikir secara waras serta
releven.

TEORI:

Permasalahan ini boleh dikaitkan dengan teori keperibadian mulia. Keperibadian


mulia ini berkait rapat dengan “kaedah sikap baik” dan sifat-sifat seorang insan bermoral.
Menurut teori keperibadian mulia, etika berkaitan dengan keperibadian, tingkah laku dan
watak yang mulia. Keperibadian mulia juga dikaitkan dengan keadilan, kemurahan hati,
keberanian,kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan.

Kedua-dua guru tersebut sepatutnya menjaga tingkah laku supaya pelajar-pelajar


tersebut dapat menjadikan mereka sebagai contoh dan teladan. Hal ini kerana kanak-kanak
belajar mengikut apa yang mereka lihat dan jika contoh yang mereka lihat itu bagus, mereka
akan meniru perbuatan tersebut. Akan tetapi, jika contoh yang ditunjukkan kurang baik,
maka mereka akan meniru perbuatan kurang baik tersebut. Tingkah laku juga merupakan
salah satu aspek yang penting dalam teori keperibadian mulia.

Selain itu, kedua-dua guru tersebut juga perlu bersabar dan berfikir secara terbuka
apabila berlaku perselisihan faham. Guru Besar tersebut sepatutnya bersabar apabila
melihat pekerjanya itu mengalami kesulitan menenangkan kelasnya. Guru tersebut juga
sepatutnya bersabar dan mengambil pengajaran sekiranya ditegur oleh majikannya. Dengan
itu, pergaduhan yang tidak di ingini ini boleh dielakkan dan menjadikan mereka lebih
beretika di tempat kerja.

JALAN PENYELESAIAN:

Antara jalan penyelesaian bagi isu di atas ialah kedua-dua guru tersebut perlulah
memahami dengan lebih lanjut mengenai etika perguruan supaya segala tindakkan yang
akan mereka lakukan tidak melanggar sebarang peraturan yang terdapat di dalam etika
tersebut.

Selain itu, guru tersebut perlu didedahkan dengan cara mengawal situasi di dalam
bilik darjah. Hal ini dikatakan sedemikian supaya murid-murid lebih menghormati guru
tersebut dan kelas berada dalam keadaan teratur.

6
Jalan penyelesaian yang terakhir ialah dengan mengadakan kempen kepimpinan.
Hal ini supaya majikan tahu cara untuk menjadi pemimpin yang lebih dihormati oleh pekerja
daripada majikan yang dibenci oleh pekerjanya sendiri.

Rujukan: https://www.sinarharian.com.my/article/189791/berita/nasional/mef-beri-
amaran-pekerja-boleh-dikenakan-tindakan-buang-kerja

FAKTOR:

Antara beberapa faktor yang menyumbangkan kepada pemalsuan status kovid 19


ialah kerana terdapat segelintir pekerja yang tidak jujur. Hal ini dikatakan sedemikian kerana
mereka menggunakan alasan kovid 19 untuk tidak hadir ke tempat kerja walaupun mereka
tidak dijangkiti dengan wabak ini.

Faktor kedua yang menyebabkan berlakunya isu di atas ialah kerana malas ke
tempat kerja. Hal ini benar kerana pekerja tersebut menggunakan penyakit sebagai alasan
mereka untuk tidak hadir ke tempat kerja. Perkara ini merupakan perkara yang tidak awajar
dan boleh merosakkan sesebuah syarikat

Selain itu, faktor yang menyebabkan pekerja tersebut memalsukan status kovid 19
ialah kerana mempunyai sikap tamak dalam diri mereka. Hal ini kerana apabila seorang

7
pekerja dijangkiti dengan penyakit kovid 19, mereka akan diberikan MC dan gaji tetap
berjalan seperti biasa sekiranya boleh bekerja dari rumah.

Faktor keempat pula ialah terdapat beberapa orang pekerja yang takut dijangkiti. Hal
ini kerana apabila persekitaran mereka dipenuhi dengan kovid 19, pekerja-pekerja tersebut
merasa takut akan dijangkiti. Jadi mereka mengambil inisiatif untuk memalsukan status
kovid 19 mereka untuk menggelakkan diri dari dijangkiti.

Faktor terakhir yang menyumbang kepada pemalsuan status kovid 19 ialah kerana
para pekerja masih ingin terus bekerja. Terdapat beberapa pekerjaan yang gajinya tidak
diberikan sekiranya cuti kerana terkena kovid19 seperti contoh pekerjaan bersendirian. Oleh
itu pekerja-pekerja tersebut terpaksa bekerja untuk mendapatkan gaji. Pekerja-pekerja
tersebut sepatutnya duduk di rumah akan tetapi merka lebih mengutamakan duit mereka.

TEORI:

JALAN PENYELESAIAN:

Antara jalan penyelesaian bagi isu pemlasuan

Anda mungkin juga menyukai