Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

GISC1082
ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN – PENULISAN

Nama : MUHAMMAD AZIM IZZUDDIN BIN


ROSLI
No. K/P : 030616031305
Angka Giliran : 2021242310226
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : X10

Nama Pensyarah : Puan Rose Adilla Bt


Ismail
Tarikh Hantar : 15 PRIL 2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:_____AZIM_____________________Tarikh : 15APRIL 2022


__________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
2 diberikan oleh pensyarah telah saya
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang
rujuki dan fahami.

JKA/Jun2019
JKA/Jun2019 .. 1
4
ISI KANDUNGAN ...................................................................................................................
.............................................................................................. Error! Bookmark not defined.
1.0 PENGENALAN ............................................................................................................... 6
2.0 CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 ........................................................................... 6
3.0 RISIKO DALAM REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0 ........................................................ 7
4.0 KESIMPULAN ................................................................................................................. 8
RUJUKAN............................................................................................................................. 9

5
SOALAN 4 : BAHASKAN CABARAN DAN RISIKO YANG PERLU DIHADAPI OLEH
MALAYSIA DALAM REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

1.0 PENGENALAN

Pada era yang serba moden, revolusi industri 4.0 tidak lokek di mulut masyarakat kerana
mempunyai perkaitan dengan sesuatu teknologi yang sangat canggih selaras dengan zaman
yang serba moden ini. Menurut Klaus Schwab di dalam bukunya iaitu The Fourth Industrial
Revolution, revolusi industri 4.0 merupakan sebuah revolusi yang menunjukkan
perkembangan yang lebih maju dalam bidang teknologi dan mampu untuk menangani
cabartan yang dihadapi oleh manusia seperti kenderaan tanpa pemandu, kerja susun atur
oleh robot dan sebagainya. Dari sudut yang berbeza, revolusi industri 4.0 ini berupaya untuk
memudahkan dan membantu manusia untuk meringankan ssama ada dari segi pekerjaan
ataupun rutin hidup seharian. Selain itu, revolusi industri 4.0 ini juga telah banyak memberi
kesan dan perubahan dari pelbagai jenis aspek. Sebagai contoh, dari aspek ekonomi, gaya
kehidupan manusia, dunia pekerjaan dan sebagainya.

2.0 CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Revolusi perindustrian 4.0 ini adalah antara perubahan yang masih baru di Malaysia. Hal ini
demikian kerana Malaysia merupakan antara negara-negara yang sedang membangun dan
merupakan negara yang diiktiraf sebagai negara pembangun paling pesat berbanding
negaranegara lain di Asia berdasarkan Laporan Kompetitif Global. (Ahmad,2019). Walau
bagaimanapun, revolusi perindustrian 4.0 bukanlah sebarang revolusi yang mudah namun,
Malaysia perlu menghadapi pelbagai cabaran yang berat supaya dapat berkembang dengan
lebih maju pada masa akan datang. Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh Malaysia dalam
revolusi perindustrian 4.0 ialah kadar berlakunya jenayah menggunakan teknologi yang
semakin tinggi. Contoh yang dapat dilihat adalah penipuan secara atas talian yang kerap
berlaku dengan menipu sebagai pegawai yang menguruskan bayaran tertunggak terhadap
golongan-golongan yang mudah tertipu seperti golongan tua. Dari sudut lain, aplikasi-aplikasi
yang mampu untuk memberi kesan moral yang tidak elok seperti pembunuhan, penculikan
dan sebagainya juga dapat mempengaruhi minda seseorang untuk melakukannya.

Seterusnya, antara cabaran yang akan terjadi sekiranya revolusi perindustrian 4.0
diteruskan adalah berlakunya kehilangan pekerjaan secara meluas kerana terdapat
beberapa bidang pekerjaan yang akan diambil alih oleh teknologi yang lebih canggih dan
aplikasi yang pintar. Contohnya, pekerja di kilang-kilang akan diberhentikan kerja kerana

6
kerja-kerja tersebut dapat digantikan dengan mesin dan teknologi yang lebih jimat
berbanding kos upah buruh. Hal ini kerana matlamat utama firma adalah untuk menghasilkan
keuntungan yang maksimum. Jadi, menggunakan mesin bukan sahaja mengurangkan liabiliti
syarikat, malah syarikat tersebut dapat menghasilkan barangan dalam kuantiti yang banyak
pada masa yang singkat. Namun begitu, ia tetap akan membawa kesan yang tidak baik
kerana ramai pekerja akan menganggur dan secara tidak langsung kadar pengangguran
dalam negara akan meningkat dari masa ke masa (Makhbul,2018).

Perubahan kepada Revolusi Perindustrian 4.0 memerlukan kos yang agak tinggi.
Lebih lebih lagi ia melibatkan penggunaan teknologi yang terkini. Penggunaan teknologi yang
terkini menelan kos yang amat tinggi sehingga ke angka juta. Kebanyakan organisasi tidak
memilih untuk berubah kerana kos yang tinggi. Pekerja perlu dihantar ke beberapa kursus
untuk memahirkan penggunaan tekonologi terkini

3.0 RISIKO DALAM REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

Sudah tidak lari apabila adanya cabaran sudah tentu ada risiko-risikonya yang tersendiri.
Apabila kerap berlakunya penipuan secara atas talian, perkara ini menyebabkan ramai
individu terpaksa menanggung rugi sehingga ada individu yang diisytiharkan muflis akibat
daripada penipuan ini. Kesan daripada itu mangsa akan meminjam wang dengan badan yang
tidak sah seperti Ahlong dan sebagainya untuk membayar hutang. Perkara ini akan
menyebabkan perkara menjadi lebih teruk kerana hutang mangsa akan bertambah banyak.
Bukan sahaja itu, mereka juga mungkin akan menggaadai nyawa mangsa semata-mata untuk
mendapatkan hutang mereka kembali.

Seterusnya, keselamatan siber terancam terutamanya maklumagt peribadi. Hal ini


diperkatakan demikian kerana maklumat kita seperti alamat rumah dan nombor telefon akan
mudah terdedah. Apabila membuat suatu pembelian atau pesanan melalui aplikasi di interi ia
memerlukan kita untuk berkongsi data peribadi. Data yang diperoleh sesebuah syariat itu
berkemungkinan besar akan dijual kepada syarikat lain dengan harga yang tinggi. Ini amat
berbahaya kerana data peribadi merupakan satu maklumat yang tidak boleh dikongsi kerana
ia boleh dipergunakan dan mendedahkan kita keoada jenayah siber.

Selain itu, risiko yang perlu ditanggung sekiranya pekerja-pekerja dibuang pekerjaan adalah
mereka akan menyebabkan kadar pengangguran dalam negara akan meningkat secara
berterusan. Apabila golongan penganggur bertambah, hal ini akan menyebabkan berlakunya
jenayah secara meluas kerana golongan ini terpaksa mencari duit dengan melakukan jenayah
seperti mencuri, meragut, merompak dan sebagainya. Kesan daripada itu, rakyat akan berasa
tidak selamat walaupun berada di negara sendiri akibat daripada kes jenayah yang meningkat.

7
Risiko yang seterusnya adalah apabila mesin yang digunakan oleh syarikat tersebut rosak,
syarikat tersebut terpaksa menanggung kos rugi yang banyak kerana mereka perlu membayar
kos baik pulih mesin yang rosak tersebut yang menyebabkan produkiviti mereka terpaksa
berhenti buat seketika disebabkan oleh berlakunya kerosakan tersebut.

Risiko yang dihadapi revolusi perindustrian 4.0 dalam bidang Pendidikan pula ialah pada
era teknologi kerana berkemungkinan akan berlaku masalah capaian internet yang akan
menjadi gangguan kepada penyampai yang berada di atas talian untuk menyampaikan mesej
atau maklumat kepada pendengar seperti di pelantar Google Meet yang menjadi tumpuan
masa kini untuk melaksanakan PdPR di rumah masing-masing. Hal ini akan menyebabkan
mesej yang hendak disampaikan kepada pendengar akan terjejas dan tidak dapat difahami
dan secara tidak langsung akan memberi impak yang negatif kerana maklumat yang hendak
disampaikan tidak diterima dengan jelas dan nyata.

4.0 KESIMPULAN

Kehadiran Revolusi Industri 4.0 yang menekankan pembinaan teknologi realiti maya tanpa
sempadan pasti memberikan kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan. Tanpa ragu-ragu,
perkembangan teknologi yang lebih maju dan fleksibel pada Industri 4.0 ini berpotensi untuk
meningkatkan aspek perubahan kehidupan masyarakat ke arah yang lebih sistematik dan
berkualiti berbanding ketiga-tiga revolusi sebelum ini. Oleh itu, semua pihak mestilah
berganding bahu dan sentiasa peka dan bersedia dengan cabaran dan risiko dalam revolusi
perindustrian 4.0.

8
RUJUKAN

Ahmad. (2019). Bangkit bersama negara hadapi cabaran IR 4.0. Berita Harian; Berita
Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2019/09/602995/bangkitbersamanegar
a-hadapi-cabaran-ir-40
Hamid, A. (2018). Malaysia diiktiraf negara pembangun paling pesat. Berita Harian; Berita
Harian.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/398547/malaysiadiiktiraf
negara-pembangun-paling-pesat
Amirah Udinniah. (2017). Program CTU pastikan rakyat mendapat manfaat daripada
perkhidmatan k’jaan. Utusan Borneo.

Mohamad, S. (2020). Revolusi Industri 4.0 : Cabaran dan Peluang. Journal of Chemical
Information and Modeling, 53(9), 1689–1699.

Makhbul, M. (2018). 5 komponen tangani cabaran Industri 4.0. Berita Harian; Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/01/370721/5-
komponentanganicabaran-industri-40
Zainuddin Othman. (2017). Revolusi Industri 4.0. Ump.edu.my.
https://bendahari.ump.edu.my/index.php/ms/info-kewangan1/530-revolusi-industri-4-0

Anda mungkin juga menyukai