Anda di halaman 1dari 15

1

HNS3192 | FALSAFAH DAN ISU SEMASA

PROPOSAL PROJEK VIDEO

TOPIK: REVOLUSI PENDIDIKAN 4.0

KUMPULAN: G

AHLI:

NAMA NO. MATRIK PROGRAM TANDATANGAN


1. IMANINA BINTI D20192092033 AT10 Iman
IBRAHIM
2. SHARON LIJA D20192091615 AT10 Sharon
ANAK ANGGAU
3. DIANE SENDUN D20192091627 AT10 Diane
ANAK BELAJA
4. NURUL HANIS D20192091647 AT10 Hanis
BINTI ABDUL HALIM
5. NURUL IZZAH D20192091637 AT10 Izzah
BINTI AZHAR
6. SARAH FITRAH D20192091640 AT10 Sarah
INANI BINTI
SALBANI
7. SITI NUR AISYAH D20192091646 AT10 Aisyah
BINTI YUSOH
8. ANALYN ANAK D20192091620 AT10 Analyn
JALAK

NAMA PENSYARAH:

ENCIK AHMAD FAIZUDDIN BIN RAMLI

TARIKH HANTAR:

13 MAC 2020
2

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN……………………………………………………………3

1.1 Definisi………………………………………………………………...5

1.2 Cabaran………………………………………………………………..7

2.0 OBJEKTIF……………………………………………………………………...9

3.0 METODOLOGI………………………………………………………………..10

3.1 Lakonan………………………………………………………….........10

3.2 Animasi………………………………………………………………..11

4.0 ORGANISASI……………………………………………………………..12

5.0 KENYATAAN ETIKA…………………………………………………….13

6.0 RUJUKAN……………………………………………………………………...14

7.0 LAMPIRAN…………………………………………………………………….15
3

1.0 PENGENALAN

Apa itu pendidikan? Menurut Yusof Al-Qardawi (1980), pendidikan meliputi


kehidupan yang melibatkan akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkah laku.
Daripada pandangan ini, individu yang berpendidikan akan bersedia untuk
menghadapi kebaikan dan kejahatan atau kemanisan dan kepahitan hidup dalam
lingkungan masyarakat (Zaini Abdullah, 2020). John Dewey (1859-1925) menyatakan
bahawa pendidikan adalah satu proses yang mengatur dan menambahkan pengetahuan
agar dapat hidup dengan lebih selamat. Beliau juga menyatakan bahawa pendidikan
juga satu proses membentuk kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat serta
sesama manusia (Zaini Abdullah, 2020). Sebagaimana yang kita tahu, pendidikan di
Malaysia bermula sebelum kemerdekaan lagi pada zaman penjajahan British.
Pendidikan ketika ini memberi pengaruh yang besar dalam bidang politik, ekonomi
dan sosial pada masyarakat pada ketika itu.

Proses pendidikan ini akan berlaku di sepanjang hayat manusia kerana manusia
memerlukan sistem nilai yang mampu dikembangkan dan disuburkan agar
masyarakatnya memiliki etika yang tinggi dalam kehidupan manusia. Fasa pendidikan
juga boleh berlaku secara formal, informal atau nonformal dalam kehidupan manusia.
Kehidupan manusia mulai berkembang disebabkan pendidikan dapat mencungkil
potensi manusia yang merangkumi potensi akal (cognitive), jasmani atau tingkah laku
(psikomotor/behavior) dan rohani (spiritual). Selain itu, pendidikan juga mampu
mengurangkan masalah buta huruf dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, pelbagai
intervensi dalam sistem pendidikan di negara kita dilaksanakan oleh kerajaan bagi
melahirkan masyarakat yang celik huruf.

Dari sudut yang lain, pendidikan juga dapat meningkat kematangan seseorang
dengan memberi hujah atau pandangan dalam kehidupan. Ini kerana pendidikan juga
merupakan proses menyampaikan dan menimba pengetahuan untuk membangunkan
daya intelek dan keyakinan manusia seperti yang dikatakan dalam pepatah melayu,
‘jauh pemikiran luas pandangan’. Kesimpulannya, pendidikan ini merangkumi
pengalaman yang diperolehi melalui pancaindera yang memberi kesan kepada
pemikiran manusia dan penerimaan maklumat bagi membentuk fizikal dan tingkah
laku manusia.
4

Istilah industri 4.0 merujuk kepada proses pembangunan dalam industri


pengeluaran dan automasi ke tahap yang bijak dimana ianya bersesuaian dengan
teknologi dan fleksibel. Mesin ini beroperasi sama ada secara bebas ataupun
bekerjasama dengan manusia. Menerusi Effendi (2018), pengasas dan pengerusi
eksekutif WEF (World Economic Forum), Klaus Schwab menyatakan industri 4.0
dapat mengubah cara kita bekerja dan hidup. Menerusi bukunya The Fourth Industrial
Revolution, perubahan ini ditandai tiga domain teknologi utama iaitu fizikal, digital
dan biologikal yang merangkumi sembilan tonggak industri 4.0.

Di Malaysia, Arnold Toynbee (1889-1975) telah memperkenalkan revolusi


industri, dimana berlakunya perkembangan dan perubahan yang pesat dalam industri
(Effendi, 2018). Oleh itu, ianya berperanan penting dan merupakan tonggak utama
dalam mentransformasikan negara kita Malaysia. Tambahan pula, bekas menteri
perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata sistem
Pendidikan Malaysia mestilah seiring dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Di mana
objektifnya adalah untuk memperkasa pemikiran serta kemahiran inovasi dalam
sektor akademik dan industri sebaris dengan Revolusi Industri 4.0. Pendekatan ini
dapat menghasilkan pencapaian pendidikan lebih berkesan. Pada masa yang sama, ia
juga boleh dijadikan medan perkongsian bahan serta idea (Bernama, 2019).

Demikian itu, pendidikan perlu dinaik taraf melalui sistem pendidikan negara kita
agar selari dengan Revolusi Industri. Di mana era Revolusi Industri 4.0 yang
meningkatkan kognitif, interaksi serta perkembangan system teknologi. Usaha bagi
mendidik dalam era ini mempunyai cabaran bagi pendekatan pembelajaran dan
pengajaran untuk selari dengan perubahan teknologi. Dengan itu barulah matlamat
serta pencapaian dalam kejayaan bagi melahirkan negara yang maju.
5

1.1 Definisi dan Konsep

Masyarakat kini lebih tertumpu kepada kemudahan yang disediakan dalam


kehidupan seharian mereka. Pada zaman yang serba moden ini, pelbagai
kemudahan teknologi yang telah dihasilkan berdasarkan setiap peringkat revolusi
sehingga kini agar dapat memberikan keselesaan kepada masyarakat untuk
melakukan pekerjaan masing-masing melalui hubungan dua hala dengan teknologi.

Revolusi industri telah dilaksanakan sejak Revolusi Industri 1.0, iaitu


mengfokuskan penghasilan enjin wap yang digunakan untuk mengerakkan
kenderaan seperti kereta api, motokar dan sebagainya. Kemunculan Revolusi
Industri 2.0 menerapkan fungsi elektrik terhadap penggunaan kapal terbang dan
telefon bimbit. Seterusnya, Revolusi 3.0 memainkan peranan di dalam elektrik
dan digital yang merangkumi kamera, radio, televisyen dan siber. Setelah itu,
revolusi industri telah dimajukan ke tahap yang lebih tinggi daripada revolusi yang
lalu kepada Revolusi Industri 4.0, iaitu revolusi yang mengaitkan hubungan dua
hala antara manusia dan peralatan teknologi dalam kehidupan seharian. Dalam
konteks ini, cadangan di dalam Revolusi Industri ini lebih mengfokuskan terhadap
Pendidikan 4.0.

Apakah yang dimaksudkan dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) ? Revolusi
Industri 4.0 membawa maksud yang membawa kepada penghasilan teknologi yang
lebih tinggi seperti robot pintar, iaitu ‘Sophia The Robot’ yang telah dicipta sejak
2016, dihasilkan oleh David Hanson. Robot ini memainkan peranan yang penting
dalam revolusi industri kerana robot ini dapat memberikan kerjasama yang baik
dengan manusia di dalam bidang teknologi bagi mencipta peluang baru dengan
berinovatif dan berdasarkan daya kreativiti. Antara contoh yang lain di dalam
Revolusi Industri 4.0 adalah seperti kenderaan tanpa pengemudi iaitu kereta api
yang telah diciptakan supaya memudahkan perjalanan manusia ke mana-mana
sahaja. Selain itu adalah dari segi perkembangan neuroteknologi dan super
komputer. Aplikasi yang telah dihasilkan di dalam revolusi industri adalah seperti
Grab dan Netflix, yang dapat menggalakkan masyarakat untuk berkembang di
dalam cara penggunaan teknologi secara langsung.
6

Berdasarkan teks daripada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr


Mahathir Mohamad mengatakan bahawa beliau berhasrat untuk memperkasakan
penyampaian perkhidmatan dalam sekor keselamatan melalui AI (Articial
Intelligence) seperti dron, automasi berasaskan robotik, cloud computing dan
Internet of Things (IOT). Hal ini adalah bagi meningkatkan tadbir urus dan
integrity agensi penguatkuasaaan keselamatan dan memperkukuhkan kawalan
dalam kawasan sempadan malah mempertahankan keluruhan perlembagaan,
kedaulatan undang-undang dan institusi utama negara.

Menurut mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik pula,


menekankan mengenai kepentingan prinsip, etika dan sikap bertanggungjawab
dalam memacu Revolusi Industri dalam Pendidikan 4.0. Beliau menegaskan
bahawa Pendidikan 4.0 ini menyediakan kerangka asas bagi peningkatan kualiti
dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), pengurusan dan pentadbiran sekolah
(PDT) serta mengayakan hasil pembelajaran murid melalui penggunaan
teknologi. Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah diperkenalkan bagi
mewujudkan kerjasama strategik di dalam institusi pendidikan dan revolusi
industri. Menjelang tahun 2020, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
akan melancarkan silibus AI dan robotik di dalam subjek Reka Cipta dan
Teknologi (RBT) kepada murid-murid Tahun Empat agar mereka dapat diberikan
pendedahan awal bagi memupuk minat mereka di dalam (STEM), iaitu dalam
bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Apabila murid-murid
diterapkan ke dalam Pendidikan 4.0 pada peringkat awal, mereka mampu untuk
berdaya saing secara sihat dan mempunyai pemikiran serta daya kreativiti yang
tinggi bagi melaksanakan Pendidikan 4.0 di dalam revolusi industri ini pada tahap
yang maksimum pada masa akan datang.

Oleh itu, Pendidikan 4.0 merupakan sesuatu yang strategik terutamanya bagi
murid-murid agar mereka berpeluang untuk belajar secara individu serta memilih
cara yang dikehendaki untuk belajar secara baik. Dalam hal ini, generasi muda
bukan sahaja berpeluang mempunyai kemahiran dalam bidang TVET, malah
dapat melahirkan minat untuk berkembang pesat bersama teknologi dengan arus
zaman pemodenan masa kini.
7

1.2 Cabaran

Di peringkat era globalisasi ini, revolusi industri 4.0 telah diperkenalkan di


seluruh negara yang mana revolusi ini merupakan satu sistem yang
menghubungkan teknologi dunia digital dengan manusia secara langsung. Perlu
kita ketahui sebelum revolusi industri 4.0 diperkenal pada dasarnya industri ini
diasaskan oleh revolusi industri 3.0. Dimana revolusi industri 3.0 ini
memperkenalkan teknologi seperti peralatan elektronik tetapi teknologi ini
diciptakan untuk kegunaan manusia bukan untuk berhubung secara langsung
dengan manusia manakala bagi revolusi industri 4.0 ini ianya akan membawa
perubahan iaitu teknologi digital dan manusia dapat berhubung secara dua hala
di mana manusia adalah sebagian daripada teknologi. Oleh itu, melalui revolusi
industri 4.0 sistem pendidikan negara juga akan bergerak seiring dengan
perkembangan teknologi hal ini dilakukan agar sistem pendidikan di Malaysia
tidak mundur kebelakang. Tetapi, ketika negara sedang menerima
perkembangan teknologi revolusi industri 4.0 ini pelbagai cabaran yang akan
dihadapi dalam sistem pendidikan hal ini juga berkait rapat dengan revolusi
pendidikan 4.0.

Antara cabaran yang akan dihadapi dalam sistem pendidikan ialah cara
penyampaian pembelajaran oleh pendidik. Jika sebelum ini pendidik dan murid
menggunakan kaedah menyalin dan menulis nota pada papan putih dan buku
tetapi di revolusi pendidikan 4.0 pelbagai teknologi telah diciptakan untuk
memastikan pembelajaran yang dijalankan dapat berkesan terhadap murid dan
dalam generasi ini pendidik dan murid akan menggunakan teknologi seperti
komputer sebagai alat bantu mengajar, di sini dapat kita ketahui cabaran ini
perlu dihadapi oleh pendidik di mana pendidik perlulah bersedia dan memahami
tentang pengetahuan teknologi maklumat serta komunikasi (ICT) bagi
membolehkan mereka mendepani cabaran revolusi pendidikan 4.0. Hal ini
dilakukan bagi memastikan sistem pendidikan negara dapat mengorak langkah
ke arah pembelajaran yang berpandukan teknologi supaya pembelajaran lebih
berkesan dan interaktif.
8

Seterusnya, cabaran yang bakal dihadapi di era revolusi pendidikan 4.0 ini
ialah pengurangan tenaga kerja. Hal ini merupakan risiko yang berat untuk
penjawat awam, swasta dan mahasiswa kerana mereka perlu bersaing dengan
teknologi di era revolusi pendidikan 4.0 untuk mendapatkan pekerjaan. Banyak
sektor-sektor perkerjaan yang dijangka akan digantikan dengan teknologi.
Antaranya tenaga kerja seperti guru, profesion guru juga boleh terancam dan
terjejas kerana semakin berkembang teknologi digital ini perlahan-lahan
teknologi ini akan menggantikan posisi manusia contohnya seperti robot atau
sistem teknologi yang lainnya mereka mempunyai pelbagai kemahiran dan
dari segi kewangan juga mereka tidak menerima gaji seperti pendidik maka
teknologi digital ini berpotensi tinggi untuk menggantikan pendidik sebagai
tenaga pengajar di sekolah atau institusi pengajian tinggi (IPT) yang berada di
negara ini. Oleh itu, pendidik perlu menguasai kemahiran dalam teknologi
supaya dapat mempelbagaikan keadeh pengajaran dan pembelajaran bagi
melahirkan murid-murid yang berinovatif dan kreatif. Walaupun pendidikan
merupakan jangka masa yang panjang.pendidik perlu mengambil serius dan
mengambil inisiatif dari sekarang untuk memastikan menjadi pendidik di masa
hadapan. Hal ini sekaligus dapat merealisasikan perancangan Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk memastikan pendidikan di malaysia terus
berkembang dan berkualiti bagi membangunkan potensi individu yang
memenuhi aspirasi negara.

Di samping itu, pelajar juga perlu bersedia dari segi mental dan fizikal
untuk menghadapi revolusi pendidikan 4.0 kerana mereka perlu menerima
perubahan kaedah pengajaran yang baru pada masa hadapan dan kaedah
pengajaran ini berbeza daripada pembelajaran yang sedia ada kerana pelajar
akan didedahkan dengan pelbagai teknologi yang mampu membuatkan mereka
berfikir secara kreatif dan kritis .Jika sekarang pelajar menggunakan alat
bantuan belajar seperti buku untuk mencari bahan pelajaran tetapi pada revolusi
pendidikan 4.0 mereka hanya menggunakan ICT untuk mencari atau
mengumpul maklumat. Hal ini juga memberi pendedahan awal untuk mereka
meneroka dunia teknologi dan pelbagai ilmu kemahiran yang akan mereka
kuasai serta mampu merangsang kemahiran berfikir mereka. Oleh itu, pelajar
perlu bersedia dari sekarang untuk menempuh revolusi pendidikan 4.0 agar
9

pelajar dapat menguasai kemahiran teknologi dan dalam masa yang sama
mereka juga dapat menguasai kemahiran berfikir aras tinggi dan perubahan
dalam sistem pendidikan perlu dilakukan dengan memberi pendedahan kepada
pelajar bermula pada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat universiti
tentang revolusi pendidikan 4.0.

Akhir sekali, di era revolusi pendidikan 4.0 pastinya negara akan mengalami
pelbagai cabaran di dalam sistem pendidikan oleh itu sistem pendidikan di
malaysia perlu memastikan falsafah pendidikan kebangsaan masih selari dengan
sistem pendidikan di masa hadapan iaitu di era revolusi pendidikan 4.0 agar
matlamat utama dalam pendidikan tidak dilupakan. Walaubagaimana pun,
revolusi pendidikan 4.0 ini merupakan inisiatif dan usaha pentadbiran negara
untuk memastikan pendidikan di negara malaysia tidak ketinggalan jauh dan
masih sejajar dengan pendidikan dengan negara-negara lain. Ianya merupakan
satu usaha yang baik dalam sistem pendidikan tetapi harus kita ketahui
teknologi bukan sesuatu hal yang mudah untuk diadaptasi, namun sebagai
rakyat malaysia, masyarakat perlu menyokong dan mendukung sistem
pentadbiran negara dan terus berusaha untuk mempelbagaikan inisiatif agar
bangkit bersama-sama menghadapi cabaran revolusi pendidikan 4.0.

2.0 OBJEKTIF

Terdapat 3 objektif dalam projek ini, iaitu:

i. Memberi pendedahan mengenai revolusi pendidikan 4.0


ii. Mengenalpasti cabaran revolusi pendidikan 4.0
iii. Menganalisis kelemahan dan kelebihan revolusi pendidikan 4.0
10

3.0 METODOLOGI

Projek video ini menggunakan kaedah lakonan dan digabungkan dengan


elemen animasi berserta video contoh.

3.1 Lakonan pendek

Projek video ini merupakan lakonan pendek berdasarkan tema yang telah
dipilih sebelum ini. Di dalam video ini, setiap situasi akan dihuraikan
dalam bentuk komik bagi menggalakkan pemahaman yang lebih
mendalam terhadap Revolusi Pendidikan. Selain daripada
menyampaikan situasi dengan menggunakan komik, kumpulan kami
juga melakukan sebuah lakonan pendek mengenai kelas secara maya.

Situasi 1 Situasi 2 Situasi 3 Situasi 4 Kelas alam


maya
Guru Para pelajar Pelajar dan Pelajar juga Guru akan
menggunakan tidak perlu guru tidak dapat menjalankan
kaedah E- turun ke kelas perlu mengikuti kelas
Learning untuk memikirkan pembelajaran menggunakan
(Electronic mengikuti seisi pakaian yang berdasarkan Google Meet
Learning), pembelajaran, hendak masa yang untuk
iaitu sebaliknya dipakai diingini kerana melakukan sesi
pembelajaran hanya ketika seisi masa Pengajaran dan
dalam talian menonton pembelajaran pembelajaran Pembelajaran
yang video dalam talian E-Learning (P&P)
mendedahkan pembelajaran kerana tidak adalah tidak berdasarkan
murid dengan yang perlu terhad dan topik yang akan
penggunaan disediakan menghadiri boleh diakses diajar pada hari
teknologi oleh guru. kelas yang 24 jam tersebut. Pelajar
dalam dalam Pelajar boleh menuntut sepanjang 7 dapat
seisi menjimatkan pemakaian hari seminggu. mengemukakan
pembelajaran. masa kerana pakaian soalan dan
pembelajaran formal. memberi
dalam talian pandangan
membolehkan secara terbuka.
mereka Komunikasi
berhubung antara guru
dengan guru di dengan pelajar
manamana menjadi dua
sahaja. hala. Hal ini
menggalakkan
kefahaman
pelajar dengan
11

lebih mendalam
dan terlibat aktif
semasa kelas
dijalankan.

• Lokasi: Rumah masing-masing


• Peralatan: Telefon bimbit, kertas, pensel, pemadam,komputer riba dan lain-
lain.
• Durasi: 3 hingga 5 minit

3.2 Animasi

Dalam konteks animasi berserta video contoh, suntingan maklumat tambahan


akan dibuat menggunakan aplikasi Filmora. Video projek ini berbentuk
dokumentari yang memaparkan mengenai Revolusi Industri 4.0 yang menjadi
pencetus kepada pendidikan 4.0 di negara kita dengan lebih lanjut. Pelbagai video
daripada Youtube akan dijadikan sumber inspirasi bagi menjayakan projek video
ini.

Proses penghasilan video adalah seperti yang berikut :

Tidak setuju

Mula Idea dan konsep Perbincangan dalam


kumpulan
Setuju

Kompilasi video Penulisan skrip Pengumpulan


dan maklumat dokumentari, temubual maklumat daripada
dalam aplikasi dan lakonan pelbagai sumber

Suntingan Penambahan audio Melakukan


video dan sarikata penambahbaikan

Ahli kumpulan
Tidak setuju setuju

Tamat Memuatnaik video ke dalam laman


Youtube
12

4.0 ORGANISASI
13

5.0 KENYATAAN ETIKA

i. Projek video yang dijalankan adalah untuk tujuan proses pembelajaran


semata-mata.
ii. Sebarang kandungan rakaman yang melibatkan kepentingan mana-mana pihak
telah mendapat keizinan dan diberikan rujukan sebelum dimuatnaik dalam
media sosial.
iii. Jika terdapat kandungan video yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak
secara khusus, ia adalah bersifat adalah kebetulan semata-mata.
iv. Sebarang penggunaan, penyebaran, pengedaran atau penyalinan mesej ini luar
daripada konteks video adalah dilarang sama sekali.
14

6.0 RUJUKAN

Bernama (2019). Sistem Pendidikan mesti Seiring dengan IR 4.0 – Rafidah. Diperoleh
daripada http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sistem-pendidikan-mesti-
seiring-dengan-ir-4-0-rafidah-221046

Hairulazim Mahmud ( 2019 ). Ubah Kepada Revolusi Industri 4.0. Harian Metro.
Diperolehi daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/503104/ubah-
kepada-revolusi-industri-40-pm.

Kurniawati Kamarudin (2018 ). Revolusi industri 4.0: Perlu bersiap, perubahan pantas.
Malaysia Kini. Diperolehi daripada https://www.malaysiakini.com/news/457633

Nurul Ain Pg. Yahya , Nassiah Gaong , Fatimah Mohamad Adi & Norshazanani
Sudirman (2020). Peranan kerajaan dan pekerja dalam mendepani cabaran era
Revolusi Indutri 4.0 : Satu Tinjauan.

Prof Ir Dr R Badlishah Ahmad (2020). Bangkit bersama negara hadapi cabaran IR 4.0.
Diperolehi daripada https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2019/09/602995/bangkit-
bersama-negara-hadapi-cabaran-ir-40.

Zaini Abdullah (2020). Modul Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. Perak:


Universiti Pendidikan Sultan Idris.
15

7.0 LAMPIRAN

Soalan-soalan untuk sesi temubual:

1. Apakah yang anda tahu tentang Revolusi Pendidikan 4.0?

2. Apakah pandang anda tentang Revolusi Pendidikan 4.0?

3. Pada pendapat anda, apakah kebaikan Revolusi Pendidikan 4.0 kepada


masyarakat pada hari ini?

4. Pada pendapat anda, apakah keburukan Revolusi Pendidikan 4.0 kepada


masyarakat pada hari ini?

5. Apakah cadangan penambahbaikan bagi Revolusi Pendidikan 4.0 yang boleh


kerajaan ambil untuk kebaikan masyarkat?

Anda mungkin juga menyukai