Anda di halaman 1dari 11

Perdana Menteri Malaysia

1. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj


2. Tun Abdul Razak bin Hussien
3. Tun Hussien Onn
4. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
5. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
6. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
7. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
8. Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin
9. Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Menteri Kanan Pendidikan
- Dato Dr. Mohd Radzi Jidin
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru

Tujuan Memilih Guru Sebagai Kerjaya


1. Saya ingin membantu murid untuk meminati dan seronok dengan apa yang
dipelajari. Saya ingin menjadi seorang pendidik yang bukan sahaja mampu
melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik malah turut
mempunyai akhlak yang mulia
2. Saya ingin menjadi mendidik yang dapat mewujudkan persekitaran dan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan supaya saya dapat membantu
murid untuk minat murid Membantu murid untuk minat dan seronok untuk
belajar. Bukan itu sahaja, saya juga ingin membantu murid untuk menjadi
manusia yang berguna, bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah
turut mempunyai keperibadian akhlak yang baik.
3. Saya ingin memanfaatkan ilmu pedagogi yang saya perolehi sepanjang saya
menuntut 4 tahun dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Saya juga
melihat kerjaya guru ini sebagai peluang untuk saya aplikasikan pengetahuan
dan mengasah kemahiran pengajaran yang telah saya pelajari selama ini.
Saya berasa amat rugi sekiranya saya tidak memanfaat ilmu yang saya
pelajari selama ini dalam kehidupan saya.
4. Akhir sekali, tujuan saya memilih guru sebagai kerjaya adalah kerana ia
merupakan cita-cita saya. Saya mempunyai minat yang mendalam untuk
mendidik orang lain. Ia memberikan saya satu kepuasan apabila murid
menunjukan minat tentang apa yang mereka pelajari dan berjaya mencapai
keputusan yang cemerlang. Saya percaya kerjaya sebagai seorang guru
merupakan kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan jiwa saya.
Kepentingan Mengambil Vaksin

• Vaksinasi merupakan salah satu cara terbaik untuk melindungi masyarakat


daripada jangkitan COVID-19. Sejajar dengan Program Imunisasi COVID-19
Kebangsaan (PICK) dan PPN, KPM sentiasa berusaha untuk memastikan
seluruh warga sekolah mengambil vaksin bagi mewujudkan kelompok
komuniti sekolah yang selamat dan sihat.
*
1936
Panel:
Datuk Muhiddin dan Dr. Saimin
1. Kenalkan diri (Nama, Latar Belakang Keluarga, Asal, Status)

• Terima kasih, Datuk


• Assalamualaikum w.r.t dan Selamat Sejahtera saya ucapkan kepada Datuk
Muhiddin dan Dr. Saimin serta rakan calon yang saya hormati sekalian. Nama
saya Nurul Ain Shahira binti Rosman. Saya berumur 24 tahun. Saya berasal
daripada Klang, Selangor. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (Matematik) daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
• Latar belakang keluarga – Saya merupakan anak kedua daripada 3 orang
adik beradik.
• Status saya adalah bujang.
• Pengalaman bekerja – Saya baru sahaja menamatkan latihan mengajar pada
2 Julai 2021 yang lalu di SMK Meru, Klang dan kini saya berkerja sebagai
tutor sambilan di Pusat Tuisyen Mawar.

2. Tujuan memilih guru sebagai kerjaya


Tujuan saya memilih guru sebagai kerjaya adalah kerana saya ingin memanfaatkan
ilmu pengetahuan dengan berkongsi ilmu dan mendidik orang lain dengan harapan
hasil didikan saya itu bukan sahaja dapat melahirkan modal insan yang cemerlang
dari segi akademik malah turut mempunyai keperibadian yang baik,
bertanggungjawab dan mampu memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.
Selain itu, saya juga ingin membantu murid-murid dalam menuntut ilmu
pengetahuan agar ilmu pengetahuan yang pelajari dalam diaplikasi dalam kehidupan
harian.
3. Sebab kenapa nak jadi guru
Sebab kenapa saya ingin menjadi guru adalah kerana ia merupakan cita-cita saya.
Saya mempunyai minat yang mendalam untuk mendidik orang lain. Ia memberikan
saya satu kepuasan apabila murid menunjukan minat dan seronok dengan apa yang
mereka pelajari dan berjaya mencapai keputusan yang cemerlang. Saya percaya
kerjaya sebagai seorang guru merupakan kerjaya yang bersesuaian dengan minat
dan jiwa saya. Saya juga yakin dengan minat dan kesungguhan saya ini saya
mampu berikan usaha yang terbaik dalam mendidik orang lain.

4. Penglibatan diri dalam koko

• Di peringkat Sekolah Menengah, saya pernah memegang jawatan sebagai


Naib Pengerusi Kelab Pencinta Filem.
• Di peringkat Universiti pula, saya pernah memegang jawatan sebagai Rakan
Exco Biro Ekonomi dan Keusahawan Majlis Mahasiswa Kolej.
• Selain itu, saya juga pernah menyertai program Nyanyian Partriotik Teramai
yang bertempat di UPSI. Di mana program ini direkodkan dalam The Malaysia
Book of Records.
• Semasa menuntut di Universiti juga, saya pernah melibatkan diri sebagai
urusetia perkhemahan latihan asas dan ujian kenaikan pangkat Bulan Sabit
Merah Malaysia daerah Mualim.
• Saya juga pernah menyertai Kem Pertolongan Cemas dan Asas Pasukan
Bantuan Sukarela Bulan Sabit Merah Malaysia di peringkat Univerisiti.
• Disamping itu, saya juga pernah bertugas sebagai AJK Unit Teknikal dan
Hebahan semperna program anjuran Majlis Mahasiswa Kolej
• Dan akhir sekali, saya juga pernah melibatkan diri sebagai AJK Sijil dan
Cenderahati semperna Malam Apresiasi Persatuan Mahasiswa Matematik
UPSI.

5. Isu vaksin - kenapa berlakunya controversy vaksin

• Terdapat guru yang menolak vaksin / belum mendapatkan vaksin.


• Guru yang tidak divaksin - sama ada sengaja enggan (ragu-ragu dengan
vaksin) atau kekangan faktor kesihatan tidak akan dibenarkan mengajar di
kelas.
• Contoh terdapat sejumlah 700 lebih guru di Johor menolak untuk divaksin dan
mereka dititahkan menghadap Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan
Ibrahim
• KPM tidak akan menghalang pelajar yang tidak mengambil vaksin COVID-19
daripada hadir di sekolah apabila sesi persekolahan secara bersemuka
dilaksanakan nanti.
• Cara atasi beri kaunseling
6. PdPR
Pendekatan PdPR
• Online
• Offline
• Gabungan
• Off-site

7. Sebab dan akibat pdpr / Kesan covid melanda negara / Kesan covid kepada
negara selain sektor Pendidikan.
Sebab – PdPR dilaksanakan disebabkan oleh murid tidak dapat hadir ke sekolah
dalam satu tempoh tertentu disebabkan oleh penularan Covid-19 di negara kita.
Akibat – Terdapat murid yang keciciran pelajaran disebabkan oleh tidak mempunyai
kemudahkan seperti gajet dan capaian internet.

8. Kenapa iv tak perlu pakai mask

• Pemakaian pelitup muka diwajib bagi mereka yang berada di tempat awam
yang sesak terutamanya jika penjarakan sosial sukar dikekalkan dan semasa
bertemu orang lain yang tidak tinggal serumah dengan mereka.

9. Urutan macam mana PdPR berlaku sebab dan akibat

• Penularan pandemik Covid-19 di Malaysia menyebabkan kerajaan


menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan.
• Bagi membantu usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan jangkitan
wabak Covid-19, KPM memutuskan menutup semua sekolah di seluruh
negara.
• Seterusnya, KPM memperkenalkan program pengajaran dan pembelajaran di
rumah (PdPR) bagi memastikan sesi pdp terus berjalan agar murid tidak
keciciran dalam pembelajaran.
• Sepanjang tempoh penutupan tersebut, sesi pengajaran dan pembelajaran di
rumah dilaksanakan mengikut kesesuaian guru dan murid.

10. Maksud di jalur gemilang dan peraturan jalur gemilang

• Biru tua – Melambangkan perpanduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.


• Kuning – Bermaksud kedaulatan Raja Berpelembagaan.
• Merah – Melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala
rintangan.
• Putih – Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan.
• Bintang pecah 14 – Menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan
persekutuan
• Anak Bulan – Membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara.
Peraturan Jalur Gemilang
• Tidak boleh dipasang secara terbalik.
• Tidak boleh menggunakan bendera dalam perkara yang ditafsirkan sebagai
merendahkan martabat Jalur Gemilang seperti alas meja.
• Bendera Jalur Gemilang yang yang sudah uzur ini tidak boleh dibuang di
dalam tong sampah sebaliknya perlu dimusnahkan dengan cara yang sopan
dan dengan penuh rasa hormat seperti dengan dibakar secara tertutup dan
bukannya dilakukan di tempat tempat awam.
• Bendera Jalur Gemilang yang telah pudar warna, koyak dan seumpamanya
tidak boleh dikibarkan kerana dianggap sebagai bendera yang sudah uzur.

11. Apa beza guru dan pendidik

• Guru hanya merujuk kepada tajuk pekerjaan guru. Guru adalah orang yang
mengajar di sekolah. Seorang guru lebih tertumpu kepada kurikulum dan
sukatan pelajaran.
• Pendidik merujuk kepada seorang yang memberi arahan intelek, moral dan
sosial.
• Seseorang boleh menjadi pendidik tanpa menjadi guru. Contohnya ibu bapa
merupakan pendidik pertama kepada anak-anak mereka.
• Untuk menjadi pendidik, kita mungkin tidak memerlukan kelayakan yang
formal namun untuk menjadi guru. Mereka perlulah mempunyai kelayakan
dan dilatih secara rasmi.

12. Guru Adil dan Saksama / Apa yang anda fahami mengenai keadilan.

• Guru perlu bersikap adil dan saksama kepada semua murid dengan memberi
peluang dan hak sama rata kepada semua murid. Contohnya, membuat
pengundian dalam pelantikan ketua kelas atau jawatan kuasa kelas. Hal ini
supaya semua murid diberi peluang dan hak sama rata untuk dipilih sebagai
ketua atau jawatan kuasa di kelas.
• Guru-guru hendaklah bersikap adil dalam pembelajaran. Guru hendaklah
sentiasa peka terhadap murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran yang
diajar supaya guru boleh mengambil inisiatif lain untuk membantu murid
tersebut seperti membuat kelas tambahan atau mencipta kaedah
pembelajaran yang lain. Hal ini kerana, semua murid tidak mempunyai
kecerdasan yang sama. Masing-masing dari mereka memiliki daya
kecerdasan dan daya kefahaman yang berbeza.
• Semua murid datang daripada latar belakang keluarga yang berbeza. Oleh
itu, guru perlu melayan semua murid dengan adil dan saksama tanpa unsur
pilih kasih.

13. Apa itu negara persekutuan

• Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai


sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri.
• Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

14. Ada 20 buah negara yang mengamalkan negara persekutuan di dunia.


Sebutkan salah satu nama negara yang mengamalkan konsep negara
persekutuan
- Belgium
- Jerman

15. Negara persekutuan di Malaysia.

- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


- Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Wilayah Persekutuan Labuan

16. Bidang kuasa kerajaan persekutuan

- Pertahanan negara – Kementerian Pertahanan


- Keselamatan dalam negeri – Jabatan Polis
- Kewangan – Kementerian kewangan
- Undang-undang dan kehakiman/keadilan – Mahkamah Awam Sivil &
Jenayah.
- Kewarganegaraan dan kemasukan orang asing.
- Hal ehwal luar negara – Kementerian Luar Negeri & Wisma Putra.

17. Pembentukan malaysia sepatutnya 31/08/1957 tapi kenapa ditunda kepada


16/09/1963?

- Bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia.


- Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara
(kini Sabah) dan Sarawak.

18. Namakan negeri bersekutu, tidak bersekutu & negeri selat


Negeri Bersekutu
• Perak
• Negeri Sembilan
• Selangor
• Pahang
Negeri Tidak Bersekutu
• Perlis
• Kedah
• Kelantan
• Terengganu
• Johor
Negeri Selat
• Melaka
• Pulau Pinang

19. Pemahaman anda tentang konsep pengasingan kuasa (Tingkatan 5 Bab 7)


Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada 3 cabang iaitu Badan Perundangan,
Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.
Badan Perundungan
-
20. Apa yang kamu faham mengenai TS 25

21. Soalan sejarah yang boleh meransang pemikiran kritis pelajar (Nyatakan
soalan sahaja tak perlu hurai)
Penentangan terhadap Malayan Union 1946 adalah kesedaran awal orang Melayu
dalam mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa Malaysia. Berikan hujah
anda untuk menyokong pernyataan tersebut.

22. Berdasarkan isu palestine/israel, rohingnya. Kaitkan isu tersebut dalam


pembelajaran sejarah.

23. Perbezaan pedagogi sejarah dan subjek lain


• Subjek Sejarah berfokuskan kepada fakta. Oleh itu, guru perlu memilih
kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada
kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan
menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan
yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan
lebih lama.
• Sebagai contoh, guru boleh menggunakan kaedah mneumonik untuk
membantu meningkatkan keupayaan pelajar mengingat fakta sejarah.
• Kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain,
latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming,
perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.
• Bercerita - Murid akan memberikan lebih tumpuan dan perhatian apabila
suasana yang diwujudkan lebih menyeronokkan dan berkesan. Guru boleh
menggunakan pelbagai cara menyampaikan cerita di dalam kelas. Antaranya
ialah secara lisan, atau pelajar mendengar pita rakaman, atau menonton
sambil mendengar cerita dengan menggunakan boneka.

24. Berikan 1 bagaimana sejarah membentuk sahsiah seorang murid


25. Faktor keruntuhan empayar soviet union
26. Negara dalam empayar soviet union (pernah bersekutu dengan 1991)
27. Bagaimana nak kaitkan kos kita dengan subjek sejarah

28. Selain guru sejarah, apakah kerjaya yang kita boleh bagitahu pelajar dari
mata pelajaran Sejarah.
Pemandu pelancong
- Contohnya, mengiringi kumpulan pelancong dalam lawatan tempat-tempat
bersejarah / lawatan sambal belajar murid-murid sekolah.
Ahli sejarah
- Mengkaji surat peribadi dan buku harian, akhbar, gambar, dan sumber lain
untuk menyelidik masa lalu.
- Boleh menulis artikel dan buku
Arkib
- Ahli arkib pakar dalam memperoleh dan memelihara dokumen penting
sejarah. Mereka bekerja untuk muzium.

29. Namakan negara2 kesatuan eropah


• Austria
• Belgium
• Denmark
• Itali
• Poland
• Sweden
• Belanda
• Portugal
• Sepanyol
• Perancis
• Jerman
30. Bagaimana kamu guna kemahiran yang ada pada diri sendiri dalam
menyampaikan pdp sejarah yang berkesan.
- Kemahiran bercerita
- Kemahiran menggunakan teknologi seperti slaid Powerpoint, Powertoon
- Kemahiran menerapkan unsur kecindan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran

31. Kata-kata socrates kebijaksaan sejati adalah apabila kita mengetahui kita
tidak tahu apa-apa. Bagi pendapat mengenai pernyataan ini.

32. Nama timbalan pm malaysia tahun 1957 hingga kini.

1. Tun Abdul Razak bin Hussien


2. Tun Hussien Onn
3. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
4. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
5. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
6. Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin
7. Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob

33. Namakan menteri yang pernah menjadi menteri Pendidikan


- YAB Dr. Maszlee bin Malik
- YB Dato Seri Anwar Ibrahim
(Semua bekas Perdana Menteri pernah jadi Menteri Pendidikan kecuali yang
pertama dan sekarang)
34. Program transformasi negara 2025. Apa yang anda faham.
35. Konflik pulau batu putih (Malaysia-Singapore), Konflik pulau sipadan
(Indonesia-Malaysia)

36. Kaedah Pengajaran Sejarah


- Kaedah Bercerita
- Kaedah Kaji Gambar
- Kaedah Kaji Dokumen
- Kaedah Tunjuk Cara
- Kaedah Lakonan
- Kaedah Inkuiri
- Kaedah Hot Seat
-
37. Tuntutan Pualau Batu Putih, Pulau Sipadan & Pulau Ligitan.

38. Tugas guru yang perlu dilakukan on time


- Masuk dan keluar daripada kelas menepati waktu seperti mana yang
dijadualkan.
- Menghantar Buku Rekod Mengajar kepada Pengetua untuk diperiksa dan
ditandatangani tepat pada waktunya.
- Menghadiri mesyuarat tepat pada waktunya.

39. Bakat dan sahsiah yang kamu ada untuk mengajar sejarah dengan lebih
menarik.

40. Sebagai jurulatih badminton, apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu
Perancangan
- Menentukan apa yang patut dilakukan.
- Menentukan bagaimana ia patut dilakukan.
- Menentukan siapa yang akan melakukannya.

41. Bidang Tugas


Guru Besar / Pengetua
• Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta
memastikan perlaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian
Pendidikan.
• Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan
sekolah.
• Mewujudkan perhubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.

Penolong Kanan 1 (Pentadbiran)


• Menjalankan tugas Guru Besar semasa ketiadaannya.
• Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
• Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran,
• hubungan masyarakat dan keselamatan.
• Membantu Guru Besar menyelia dan menilai proses pengajaran.
• Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah.

Penolong Kanan HEM


• Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Guru Besar dan
Penolong Kanan 1 (Pent.)
• Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
• Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal-hal kaunseling,
keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan,
perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama.
• Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam perkara-
perkara di atas.
• Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah.

42. Kepentingan sejarah

43. Namakan 1 negara asia


• Jepun
• China
• Indonesia
• India
• Thailand
• South Korea
• Philipina
• Singapura
• Vietnam
• Malaysia

44. Negara-negara komanwel

Anda mungkin juga menyukai