Anda di halaman 1dari 6

LAWATAN PUSAT UJIAN AMALI SAINS SPM 2021

Tarikh: 14 Februari 2022


Hari: Isnin
Masa: 2.00 petang

Tatacara:
1. KPA berjumpa dengan Pengetua/Pentadbir/SuP
2. Maklumkan tujuan kedatangan.
3. Berjumpa dengan semua petugas yang akan terlibat semasa Ujian Amali
Sains.
4. Personel terlibat:
4.1 Ketua Pengawas Amali
4.2 Pengawas Amali
4.2.1 Pengawas Lapor Diri
4.2.2 Pengawas Makmal Peperiksaan
4.2.3 Pengawas Kuarantin
4.3 Setiausaha Peperiksaan (SuP)
4.4 Penyelia Kanan Sains
4.5 Penyelia Mata Pelajaran
4.6 Pembantu Makmal
5. Taklimatkan:
* Tugas dan tanggungjawab personel yang terlibat:
5.1 Ketua Pengawas Amali (KPA)
 Lawat pusat peperiksaan dan adakan perbincangan dengan Pengetua
dan SuP utk tentukan Arahan Persediaan dan Arahan Amali Sains
dipatuhi.
 Beri taklimat keselamatan dan pengurusan Ujian Amali Sains (UAS)
kepada petugas di pusat peperiksaan.
 Hadir ke Bilik Kebal bersama seorang PA pada hari ujian. Dua kereta
berasingan. Bawa bersama Buku Rekod Pengendalian Peperiksaan (BRP).
Bilik Kebal mulai dibuka pada 6.30 pagi.
 Ambil bungkusan Kertas Soalan, semak dan masukkan dalam Beg
Keselamatan. Jerutkan dengan mouse tail serta catatkan nombor siri
mouse tail dalam BRP.
 Bawa ke pusat peperiksaan.
 Calon dah masuk dalam Makmal, boleh buka sampul kertas peperiksaan,
minta PA semak nama kertas, kod kertas dan kira bilangan (rujuk label
pada sampul) dan jika tiada ketidakaturan, PA tulis nama dan
tandatangan pada label sampul. Boleh diedarkan kpd calon.
 Selepas 30 minit, semak dan rekodkan kehadiran calon di bilik-bilik
peperiksaan menggunakan eKehadiran.
 Pastikan Pengawas Lapor Diri (PLD) membaca arahan umum
keselamatan peperiksaan kpd calon di Bilik Lapor Diri.
 Pastikan Pengawas Makmal Peperiksaan membaca arahan keselamatan
UAS kpd calon di Makmal Peperiksaan.
 Selia pengawasan di semua Makmal Peperiksaan.
 Maklumkan kpd calon dan Penyelia Mata Pelajaran (PMP) tentang errata
(jika ada). Errata hendaklah dibaca dan ditulis di papan tulis atau diedar
sekiranya dibekalkan oleh LP.
 Kumpul Laporan Penyelia Mata Pelajaran (PMP) pada setiap sidang.
 Pastikan Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP) calon bagi setiap sidang
dibungkus bersama-sama Laporan PMP ikut mata pelajaran. (Rujuk
Susunan Pembungkusan SJP UAS SPM 2021)
 Masukkan SJP dalam Beg Keselamatan dan dijerut dengan mouse tail
serta catatkan no siri mouse tail dalam BRP.
 Selesai ujian (ikut pusat masing-masing) Ada yang akan habis awal jika
ada hanya 1 sidang. Tapi tidak boleh tinggalkan pusat peperiksaan
hingga calon Sidang 3 masuk ke Makmal Peperiksaan – 2.30 petang,
baharu boleh ke Bilik Kebal utk hantar SJP kecuali pusat yang ada Sidang
3, hanya akan berakhir pada 4.30 petang). Hantar semua bahan dan
Kertas Peperiksaan ke Bilik Kebal.
5.2 Pengawas Amali (PA)
 Terdiri daripada Pengawas Lapor Diri (PLD), Pengawas Makmal
Peperiksaan (PMP) dan Pengawas Bilik Kuarantin (PBK).
 Hadir taklimat keselamatan dan pengurusan UAS di pusat peperiksaan.
 Isi dan tandatangan Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Borang Akuan
Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri.
 Pastikan keselamatan dan kerahsiaan kertas peperiksaan, bahan
terperingkat dan bahan am peperiksaan di pusat peperiksaan.
 Patuhi prosedur keselamatan dan pengurusan peperiksaan.
 Jalankan tugas dan tanggungjawab yang diperuntukkan dalam
dokumen peperiksaan yang dikeluarkan oleh LP yang sedang
berkuatkuasa. (Buku 4P, Buku Panduan Ujian Amali Sains dan Garis
Panduan 3.0)
 Berada di pusat peperiksaan 30 minit sebelum prosedur peperiksaan
bermula.
 Sepanjang tempoh peperiksaan, PA tidak dibenarkan meninggalkan
bilik-bilik peperiksaan tanpa kebenaran KPA.
 Memaklumkan kpd KPA sekiranya tidak dapat hadir bertugas.
 PA hendaklah mengawasi calon di dalam bilik UAS supaya tidak
berhubung dengan calon-calon yang belum memulakan ujian.
 PA hendaklah memastikan tiada calon membawa masuk atau
menggunakan sebarang alat peranti elektronik dan barang larangan di
bilik-bilik ujian.
 PA tidak dibenarkan membuat sesuatu yang boleh mengalih perhatian
daripada tugasnya seperti makan, minum, menggunakan alat peranti
elektronik dan seumpamanya.
 Pengawas Lapor Diri (PLD):
o Hendaklah semak kehadiran calon di Bilik Lapor Diri sebelum
tamat tempoh lapor diri bagi setiap sidang menggunakan senarai
nama yang disediakan oleh pusat peperiksaan.
o Semak dokumen pengenalan diri calon utk pastikan calon yang
sah sahaja duduki ujian.
o Bacakan arahan umum keselamatan peperiksaan kpd calon di
Bilik Lapor Diri. (Rujuk Arahan Pada Calon UAS SPM 2021)
o Pastikan calon berada di Makmal Peperiksaan 15 minit sebelum
peperiksaan bermula.
o Bersama Pengawas Makmal Peperiksaan (PMP) iringi calon ke
Makmal Peperiksaan.
 Pengawas Makmal Peperiksaan (PMP):
o Bacakan arahan keselamatan UAS di Makmal Peperiksaan.
o Awasi setiap sidang UAS di Makmal Peperiksaan.
o Pastikan Penyelia Mata Pelajaran (PMP) menjalankan Amali
Kawalan bagi setiap sidang.
o Iringi calon yang telah tamat ke Bilik Kuarantin (ikut bilangan mata
pelajaran yang diambil)
 Pengawas Bilik Kuarantin (PBK):
o Iringi calon dari Makmal Peperiksaan ke Bilik Kuarantin sebaik
tempoh UAS tamat.
o Semak semula kehadiran calon yang telah tamat UAS di Bilik
Kuarantin.
o Tahan atau lepaskan calon dari Bilik Kuarantin ikut masa yang
ditetapkan dalam Jadual Sidang dan setelah mendapat kebenaran
KPA.
5.3 Penyelia Kanan Sains (PKS):
 Hadir taklimat keselamatan dan pengurusan UAS di pusat peperiksaan.
 Isi dan tandatangan Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Borang Akuan
Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri.
 Terima Senarai Awal, Arahan Persediaan dan Senarai Akhir daripada
Pengetua mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan.
 Urus dan kawal persediaan Makmal Peperiksaan bagi pusat
peperiksaan berkenaan.
 Pastikan stok bahan UAS adalah mencukupi ikut keperluan yang
ditetapkan dalam Senarai Awal.
 Pastikan langkah-langkah keselamatan UAS dipatuhi.
 Simpan semua kunci Makmal Peperiksaan, Bilik Persediaan dan bilik
stor yang digunakan utk UAS di dalam almari berkunci di bilik Pengetua.
 Sediakan jadual tugas dan selia tugas Penyelia Mata Pelajaran (PMP)
dan Pembantu Makmal (PM).
 Periksa dan pantau persediaan pusat UAS dalam tempoh 2 minggu
sebelum peperiksaan dimulakan utk pastikan semua peraturan dan
arahan telah dipatuhi dan dijalankan dengan sempurna.
 Hanya berada di Bilik Persediaan sepanjang UAS berlangsung.
 Hanya boleh masuk ke Makmal Peperiksaan dengan kebenaran KPA
apabila diperlukan.
 Selia dan pantau Amali Kawalan yang dibuat oleh Penyelia Mata
Pelajaran (PMP).
5.4 Penyelia Mata Pelajaran (PMP):
 Hadir taklimat keselamatan dan pengurusan UAS di pusat peperiksaan.
 Isi dan tandatangan Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Borang Akuan
Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri.
 Terima Senarai Awal, Arahan Persediaan dan Senarai Akhir daripada
Pengetua atau PKS ikut jadual kerja yang telah ditetapkan.
 Sediakan kelengkapan UAS bagi mata pelajaran yang berkenaan dgn
betul dan selamat berpandukan Senarai Awal.
 Sediakan radas dan bahan UAS seperti yang terdapat dalam Senarai
Akhir dan Arahan Persediaan.
 Pastikan radas dan bahan yang disediakan utk UAS mencukupi,
sempurna dan selamat digunakan berpandukan Senarai Akhir.
 Kawal selia tugas Pembantu Makmal (PM).
 Jalankan Amali Kawalan bagi setiap sidang seperti diarahkan dalam
Arahan Persediaan di Bilik Persediaan atau di makmal lain yang
berhampiran yang dijadikan kawasan larangan.
 Sediakan Laporan Penyelia Mata Pelajaran utk diserahkan kpd KPA.
 Terima errata (jika ada) daripada KPA untuk kegunaan Amali Kawalan.
 Bantu KPA selesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan radas
dan bahan dalam UAS.
 Berikan bantuan kpd calon dalam Makmal Peperiksaan jika kesukaran
benar-benar berpunca daripada radas atau bahan (seperti yang
dinyatakan dalam Arahan Persediaan).
 Tidak boleh berada di kawasan meja kerja calon kecuali ketika
menjalankan tugas membantu calon dgn kebenaran KPA (KPA catat
dalam BRP sekiranya PMP membantu calon).
5.5 Pembantu Makmal (PM):
 Hadiri taklimat keselamatan dan pengurusan UAS di pusat peperiksaan.
 Isi dan tandatangan Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Borang Akuan
Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri.
 Bertanggungjawab utk:
o Bantu PMP sediakan radas dan bahan UAS.
o Bantu PMP semasa UAS dijalankan.
 Pastikan radas dan bahan yang disediakan utk UAS adalah dalam
keadaan baik, selamat dan mencukupi.
 Sentiasa berada dalam Bilik Persediaan sepanjang UAS.
5.6 Guru Bertugas Harian (GBH):
 Terima lantikan daripada Pengetua.
 Hadiri taklimat keselamatan dan pengurusan UAS di pusat peperiksaan.
 Isi dan tandatangan Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Borang Akuan
Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri.
 Bertanggungjawab utk:
o Kumpul calon dan pastikan semua calon hadir ikut waktu dan
sidang yang ditetapkan.
o Pastikan semua calon bawa dokumen pengenalan diri.
o Pastikan tiada calon yang bawa sebarang alat peranti elektronik
atau bahan larangan ke dalam bilik peperiksaan.
o Pastikan semua calon melapor diri kepada PLD.
o Maklumkan ketidakhadiran calon (jika ada) kpd KPA.
* Melawat bilik-bilik/makmal yang digunakan untuk Ujian Amali Sains.

Anda mungkin juga menyukai