Anda di halaman 1dari 5

KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS

17020 PASIR MAS, KELANTAN

KERTAS KERJA
KURSUS PENINGKATAN
KEMAHIRAN PENSYARAH
KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS

TAJUK:
WINDOWS SERVER 2016 STANDARD, CORE
AND LINUX DEBIAN 9 INSTALLATION,
CONFIGURATION AND ADMINISTRATION

TARIKH/HARI PELAKSANAAN :
20, 22, 23 DAN 24 MEI 2018
(AHAD, SELASA, RABU DAN KHAMIS)

TEMPAT :
KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS

ANJURAN :
PROGRAM SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS
NAMA KURSUS :

WINDOWS SERVER 2016 STANDARD, CORE


AND LINUX DEBIAN 9 INSTALLATION,
CONFIGURATION AND ADMINISTRATION

TARIKH/HARI : 20, 22, 23 DAN 24 MEI JUN 2018

TEMPAT : BENGKEL KOMPUTER


KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS
JALAN TENDONG – BUNUT SUSU
17020 PASIR MAS
KELANTAN, DARUL NAIM

KUMPULAN SASAR : PENSYARAH SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN


KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS

BILANGAN PESERTA : 17 ORANG ( LAMPIRAN 1 )

1.0. JUSTIFIKASI KURSUS YANG DIPERLUKAN


1.1. Program Sistem Komputer dan Rangkaian merupakan program baru yang perlu
dijalankan di 25 buah Kolej Vokasional di seluruh Malaysia bermula tahun 2015-
2018 bagi program Diploma. Sehubungan dengan itu semua pensyarah dan
pelajar-pelajar program ini mendapat latihan secara teori dan amali sebelum
bermulanya satu-satu semester.
1.2. Pembelajaran dan pengajaran serta latihan secara teori dan amali untuk
program Sistem Komputer dan Rangkaian perlu dijalankan secara berperingkat
dan didokumentasi dengan sistematik. Ini diperlukan supaya ia boleh menjadi
panduan dan rujukan kepada tenaga pengajar, pelajar KV khususnya dan pihak
BPTV amnya.
1.3. Ianya juga menjadi bukti-bukti ketrampilan kepada agensi-agensi berkaitan
akreditasi seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Malaysian
Qualification Agency (MQA).
1.4. Menyelaras kursus untuk memberi sjil tambahan kepada pensyarah-pensyarah
baru program ini supaya memudahkan mereka untuk pensijilan JPK tahap 3,4
dan 5.
1.5. Memberikan kemahiran pada perisian yang terkini seperti VMWare, Windows
Server 2016 dan Debian 9 Linux untuk membantu pensyarah-pensyarah dalam
PdP mereka.
2.0. SENARAI KURSUS YANG DICADANGKAN & DIPERLUKAN

KURSUS TEMPOH TARIKH KURSUS

WINDOWS SERVER 2016


STANDARD, CORE AND LINUX
DEBIAN 9 INSTALLATION, 4 HARI 20, 22, 23 DAN 24 MEI 2018
CONFIGURATION AND
ADMINISTRATION

3.0. OBJEKTIF
3.1. Meningkatkan kemahiran pensyarah-pensyarah sistem komputer dan rangkaian
dalam bidang IT selari dengan KSKV.
3.2. Mempersijilkan pensyarah-pensyarah baru dan lama bagi program ini di Kolej
Vokasional seluruh Malaysia untuk membantu mereka dalam permohonan PPT
tahap 3, 4 dan 5.
3.3. Menjalinkan kolaborasi dan perkongsian kemahiran di antara pihak Kolej
Voksional Pasir Mas dengan Kolej Vokasional lain seluruh Malaysia.
3.4. Memenuhi syarat kursus 7 hari setahun bagi setiap pensyarah program ini.
3.5. Mengemaskini kemahiran dengan teknologi dan perisian yang terkini selari
dengan perubahan pada KSKV.

4.0. TARIKH PERLAKSANAAN


4.1. Dilaksanakan secara berkursus dalam tempoh empat ( 4 ) hari.

5.0. KAEDAH KURSUS


5.1. Teori
5.2. Amali/Praktikal
5.3. Teori, Praktikal, dan Modul dan sebagainya.

6.0. SASARAN
6.1. Pensyarah-pensyarah Program Komputer dan Rangkaian,
Kolej Vokasional Pasir Mas
17 orang (sila lihat Lampiran 1)
7.0. TEMPAT
Bengkel Komputer, Kolej Vokasional Pasir Mas
Jalan Tendong – Bunut Susu
17020 Pasir Mas, Kelantan

8.0. SUMBER KEWANGAN


ULKS dan Program Sistem Komputer dan Rangkaian

9.0. SIJIL PENYERTAAN


Kolej Vokasional Pasir Mas

10.0. ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA JUMLAH

1. Keperluan Peralatan, Kelengkapan dan Alat Tulis : RM 340.00


( RM 20.00 X 17 orang )

2. Juadah Untuk Berbuka Puasa RM 544.00


( RM 8.00 X 17 orang X 4 hari )

JUMLAH BESAR RM 844.00

11.0. JADUAL KURSUS

Rujuk lampiran 2: Jadual Kursus

12.0. PENUTUP

Jawatankuasa Pengelola amat mengharapkan kerjasama dan penglibatan pihak


Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, kolej dan para pensyarah agar program ini akan
membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga pengajar dari segi teori dan
praktikal seterusnya mencapai matlamat sebagaimana yang telah dirancangkan.
DISEDIAKAN OLEH :

………………………………..…………..
( ZAINURI BIN MAT @ MUHAMMAD )
Ketua Program Sistem Komputer dan Rangkaian
Kolej Vokasional Pasir Mas
17020 Pasir Mas, Kelantan

DISEMAK/ULASAN KETUA JABATAN :

……………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………….

……………………………………………………………………….

DISAHKAN/DILULUSKAN OLEH PENGARAH :


……………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………….

……………………………………………………………………….

Anda mungkin juga menyukai