Anda di halaman 1dari 8

MPV Produksi Multimedia

Produksi Multimedia (PM) merupakan salah satu daripada 22 subjek Matapelajaran Vokasional (MPV)
Siri 7 yang ditawarkan di sekolah menengah harian.

Keseluruhan subjek MPV adalah :


1) Membuat Perabot (MP)
2) Seni Reka Tanda (SRT)
3) Tanaman Makanan (TM)
4) Lanskap dan Nurseri (LN)
5) Pembinaan Domestik (PD)
6) Katering dan Penyajian (KP)
7) Rekaan dan Jahitan Pakaian (RJP)
8) Menservis Peralatan Elektrik Domestik (MPED)
9) Grafik Berkomputer (GB)
10) Produksi Multimedia (PM)
11) Pendawaian Domestik (PenD)
12) Hiasan Dalaman Asas (HDA)
13) Akuakultur dan Haiwan Rekreasi (AHR)
14) Pemprosesan Makanan (PeM)
15) Menservis Automobil (MA)
16) Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara (MPPPU)
17) Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut (PMDR)
18) Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (APAK)
19) Menservis Motosikal (MM)
20) Kimpalan Arka dan Gas (KAG)
21) Kerja Paip Domestik (KPD)
22) Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik (GAPG)

Subjek-subjek tersebut ditawarkan secara berperingkat dengan subjek 1 - 8 mula ditawarkan pada tahun
2002, subjek 9 dan 10 bermula pada 2003, subjek 11 - 18 mula diperkenalkan pada 2004 manakala
subjek 19 - 22 bermula pada tahun 2005. Produksi Multimedia mula ditawarkan di SMK Kamunting pada
tahun 2004 dengan bilangan pelajar seramai 20 orang.

OBJEKTIF PENUBUHAN MPV


Untuk memberi pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan teknologi.
Pengetahuan dan kemahiran ini dapat membantu pelajar dalam pekerjaan yang sesuai dan memulakan
pekerjaan sendiri atau meneruskan latihan di peringkat lebih tinggi.

PERUNTUKAN WAKTU
Produksi Multimedia dan Grafik Berkomputer diperuntukkan sebanyak 8 waktu seminggu manakala
subjek-subjek MPV yang lain diperuntukkan sebanyak 12 waktu seminggu.

BILANGAN PELAJAR
Jumlah minima pelajar dalam satu-satu kelas adalah 16 manakala jumlah maksimanya 25 orang.

PERISIAN
Terdapat 8 perisian yang dipelajari oleh pelajar-pelajar yang mengambil subjek Produksi Multimedia,
sebagaimana berikut :
a) Adobe Photoshop CS
b) 3D Studio Max 6
c) Macromedia Freehand MX
d) Macromedia Flash MX
e) Macromedia Director MX
f) Macromedia Dreamweaver MX
g) Sony SoundForge 7
h) Adobe Premiere Pro

Perisian-perisian tersebut dipelajari melalui penggunaan modul-modul pembelajaran dalam bentuk cd


dan cetakan yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.

PAPAN CERITA / KEUSAHAWANAN


Selain daripada perisian, para pelajar turut dibekalkan dengan modul papan cerita (story board) bagi
membolehkan pelajar mempelajari cara-cara menyediakan helaian papan cerita bagi projek multimedia
yang akan dihasilkan.

Modul keusahawanan memperkenalkan para pelajar dengan situasi sebenar semasa menghasilkan

projek-projek multimedia merangkumi perancangan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang sepatutnya


terlibat serta cara-cara untuk mengira kos bagi sesuatu projek. Melalui modul keusahawanan itu juga
pelajar turut didedahkan dengan maklumat-maklumat awal meliputi persediaan yang perlu dilakukan
serta langkah-langkah yang patut dilaksanakan sebelum menubuhkan sesebuah syarikat.

Seperti modul-modul perisian yang lain, kedua-dua modul papan cerita dan keusahawanan turut
disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Modul-modul pembelajaran tersebut bebas dipilih untuk diajar atau dipelajari tanpa mengikut susunan
jadual yang ditetapkan. Dalam erti kata lain, guru bebas merangka jadual sendiri untuk mengajar
sehingga kesemua modul selesai diajar dan seterusnya menyelesaikan sukatan pelajaran yang telah
dibekalkan. Para pelajar juga boleh menyusun jadual sendiri sebagai panduan untuk mempelajari
kesemua modul pembelajaran tersebut. Tiada kenyataan yang menetapkan mana-mana modul perlu
diselesaikan semasa di tingkatan 4 atau 5. Ini bermakna kesemua modul tersebut disediakan untuk
jangkamasa 2 tahun (tingkatan 4 dan 5). Meskipun begitu, pemilihan modul-modul pembelajaran tersebut
perlu seiring dengan modul pentaksiran yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Sekiranya berkemampuan, guru mahupun pelajar disaran supaya dapat menyelesaikan kesemua modul
pembelajaran semasa berada di tingkatan 4. Ini adalah untuk memberi peluang yang lebih kepada para
pelajar bagi menghasilkan projek yang berkualiti semasa berada di tingkatan 5.

Guru boleh memilih untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara kelas dimana
semua pelajar mempelajari modul atau perisian yang sama dengan merujuk kepada penerangan guru
atau menggunakan modul. Guru juga boleh memilih untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
secara individu dimana pelajar bebas mempelajari mana-mana modul atau perisian yang disukai. Melalui
kaedah ini guru akan bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator. Penggabungan kedua-dua bentuk
pengajaran dan pembelajaran tersebut juga boleh dilakukan sekiranya dirasakan perlu.

PENTAKSIRAN KOMPETENSIPERSIJILAN MODULAR


Ciri-ciri :

Pentaksiran Alaf Baru

Global Standard

Local Need

Standard Kekompetenan MPV

Fleksibel- Individualised

Berpusatkan Pelajar

Mempertingkatkan Pembelajaran

Pentaksiran Atas Permintaan

Penjaminan Kualiti

Holistik

Modular

Portfolio

Pentaksiran Berpusat

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pentaksiran Merujuk Kriteria

Evidens Pengetahuan

Evidens Proses

Evidens Produk

Pemantau Dalaman

Penyelaras Dalaman

Guru Pentaksir

Pemantauan

Penyelarasan

Pelaporan Positif

Sijil Matapelajaran Vokasional

Sijil Pelajaran Malaysia

KOMPONEN PENTAKSIRAN MATAPELAJARAN MPV - PRODUKSI MULTIMEDIA


1. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (7403/2)- Kerja kursus (modul) sepanjang tingkatan 4
dan tingkatan 5
2. Pentaksiran Berpusat (7403/1)- Kerja bertulis 2 jam 30 minit dijadualkan bersama kertas
bertulis SPM yang lain
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PETUGAS PENTAKSIRAN:

1. PENTAKSIR
Guru yang dilantik untuk menghakimkan evidens yang dikemukakan oleh calon sama ada kompeten atau
belum kompeten.

2. PENYELARAS
Guru yang dilantik untuk memastikan pentaksiran yang dijalankan oleh pentaksir memenuhi standard
yang ditetapkan.

3. PEMANTAU
Petugas yang dilantik untuk memastikan pengendalian pentaksiran yang dijalankan oleh pentaksir
mematuhi prosedur yang ditetapkan.

4. GURU PENTAKSIR SEKOLAH


Guru yang mengajar subjek berkaitan:

Melaksanakan proses pentaksiran setelah menjalani kursus penataran dan mendapat surat
pelantikan daripada Pengetua

Menyedia dan melengkapkan segala maklumat serta borang yang berkaitan dengan pentaksiran

PENYELARAS DALAMAN

Guru yang dilantik oleh Pengetua (Penolong Kanan/Ketua Bidang)

Menyelaras pentaksiran disekolahnya

Menandatangani borang-borang yang berkaitan

PENYELARAS LUAR

Guru yang dilantik oleh LPM

Menyelaras pentaksiran di sekolah terpilih sebagaimana jadual

Menyediakan laporan yang berkaitan

PEMANTAU DALAMAN

Pengetua

Penolong Kanan

PEMANTAU LUAR

Pegawai LPM

Pegawai JPT

Pegawai JPN

Pegawai PPD/PPB

Jemaah Nazir Sekolah

MODUL PENTAKSIRAN
Modul 1 : Menghasilkan Grafik
Modul 2 : Menghasil dan Menyunting Audio
Modul 3 : Menghasilkan dan Menyunting Video
Modul 4 : Menghasilkan Animasi 2D dan 3D
Modul 5 : Persembahan Multimedia Interaktif Menggunakan Perisian Alat Pengarangan
Modul 6 : Membina Laman Web
Modul 7 : Membangunkan Produk Multimedia
Modul 8 : Pengurusan Dalam Pembangunan Multimedia

KOMPETENSI

MODUL 1 : MENGHASILKAN GRAFIK


KPM 01 : Menghasilkan ikon atau logo kapal menggunakan Macromedia Freehand
KPM 02 : Menyunting imej grafik menggunakan Adobe Photoshop
KPM 03 : Menghasilkan grafik 3D (objek) menggunakan 3D Studio Max

MODUL 2 : MENGHASIL DAN MENYUNTING AUDIO


KPM 04 : Menghasilkan fail audio
KPM 05 : Menyunting fail audio

MODUL 3 : MENGHASILKAN DAN MENYUNTING VIDEO


KPM 06 : Menghasilkan fail video
KPM 07 : Menyunting teks, objek dan mengeksport fail video

MODUL 4 : MENGHASILKAN ANIMASI 2D DAN 3D


KPM 08 : Menghasilkan animasi 2D menggunakan Macromedia Flash
KPM 09 : Menghasilkan animasi 2D menggunakan Macromedia Director
KPM 10 : Menghasilkan animasi 3D menggunakan perisian 3D Studio Max
KPM 11 : Menghasilkan animasi 2D dalam perisian laman web

MODUL 5 : PERSEMBAHAN MULTIMEDIA INTERAKTIF MENGGUNAKAN PERISIAN


ALAT PENGARANGAN
KPM 12 : Menghasilkan Lakaran Papan Cerita
KPM 13 : Menghasilkan satu persembahan multimedia linear dengan menggunakan alat
pengarangan Macromedia Director
KPM 14 : Menghasilkan satu persembahan multimedia interaktif dengan menggunakan alat pengarangan
Macromedia Flash MX

MODUL 6 : MEMBINA LAMAN WEB


KPM 15 : Menetapkan page properties, mengguna dan memanipulasi teks, grafik dan jadual
KPM 16 : Membina pautan (link)
KPM 17 : Membina layer
KPM 18 : Membina frame

MODUL 7 : MEMBANGUNKAN PRODUK MULTIMEDIA


KPM 19 : Membangunkan produk multimedia

MODUL 8 : PENGURUSAN DALAM PEMBANGUNAN MULTIMEDIA


KPM 20 : Menentukan kos perbelanjaan pembangunan multimedia
KPM 21 : Mengisi borang permohonan penggunaan bahan dari pemegang hakcipta

RINGKASAN
BILANGAN MODUL : 8
BILANGAN KOMPETENSI : 21
BILANGAN EVIDENS PROSES : 102
BILANGAN EVIDENS PRODUK : 52

MODUL TINGKATAN 4
MODUL 1
MODUL 2
MODUL 3
MODUL 4
MODUL 5
MODUL 6

MODUL TINGKATAN 5
MODUL 7
MODUL 8

KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI SPM


Setiap calon perlu kompeten sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan modul tingkatan 4.
Sekiranya seseorang calon gagal mencapai tahap tersebut maka beliau hanya layak menerima sijil MPV
(sekiranya terdapat modul yang kompeten).

KELAYAKAN MENDAPAT SIJIL SPM


Calon perlu kompeten sekurang-kurangnya 30% daripada keseluruhan modul (tingkatan 4 dan 5).
Sekiranya seseorang calon gagal mencapai tahap tersebut maka beliau hanya layak menerima sijil MPV
(sekiranya terdapat modul yang kompeten).

Anda mungkin juga menyukai