Anda di halaman 1dari 5

KKH3053 – Kaunseling Komuniti

Semester 1 Sesi 2018/2019

Muhammad Nuradha Bin Haridan (D20142068900)


Muhammad Asyraaf Bin Zulkifli (D20142068865)

Tugasan 3 (Kumpulan)
Jurnal Review

Pensyarah:
En. Taquddin Bin Abd. Mukti
2

Senarai Kandungan

Muka surat
1. Ulasan Jurnal:
a. Nama Penyedia: 3
b. Sumber Jurnal: 3
c. Tajuk Jurnal: 3
d. Penulis Jurnal: 3
e. Kumpulan Sasaran: 3
f. Objektif Kajian: 3
Tujuan Kajian: 3
g. Kaedah Kajian: 4
h. Dapatan Kajian: 4
i. Cara Mengatasi: 4
j. Kesimpulan: 5
2. Artikel Asal: 6
3

1. Nama Penyedia:
Muhammad Nur’adha Bin Haridan (D21042068900)
Muhammad Asyraaf Bin Zulkifli (D20142068865)

2. Sumber Jurnal:
Pendidikan, 33 (2008), 107-123

3. Tajuk Jurnal:
Pendekatan Kaunseling Menangani Masalah Kebebasan Dalam Kalangan Pelajar
Institut Pengajian Tinggi: Dua Kajian Kes

4. Penulis Jurnal:
Zainuddin Abu, Zuria Mahmud, dan Salleh Amat

5. Kumpulan Sasaran:
Kajian dijalankan terhadap dua orang klien remaja yang berusia 19 dan 20 tahun.

6. Objektif Kajian:
Objektif artikel ini adalah menghuraikan dapatan kajian mengenai proses kaunseling
yang digunakan dalam pengendalian masalah pelajar di Institut Pengajian Tinggi.
Selain itu, artikel ini membincangkan kaedah kajian dan penganalisisan data yang
digunakan oleh para pengkaji. Sebagai rumusan, pengkaji-pengkaji ini memberi
cadangan berdasarkan hasil kajian yang diperoleh.

7. Tujuan Kajian:
Kajian ini bertujuan untuk:
1. Menyatakan simptom dan isu-isu sosial yang dihadapi oleh klien remaja yang
kurang bijak dalam menangani kebebasan.
2. Menyatakan bentuk ciri-ciri peribadi, keluarga dan persekitaran yang terdapat
pada klien yang mempunyai masalah hubungan.
3. Meneroka langkah-langkah yang digunakan oleh kaunselor dalam membantu klien
menghadapi masalah kurang bijak menangani kebebasan.
4. Meneroka kesan yang dialami oleh klien dari aspek emosi, pemikiran dan tingkah
laku setelah menjalani sesi kaunseling.
4

8. Kaedah Kajian:
Pengkaji-pengkaji menggunakan kaedah pensampelan bertujuan, iaitu ke atas dua
klien yang berumur 19 dan 20 tahun. Klien-klien ini dikenalpasti telah berhadapan
dengan isu kurang bijak menangani kebebasan di kolej. Selain temu bual yang
dirakam dalam lima sesi kaunseling, data juga diperoleh melalui kaedah pemerhatian,
dan analisis laporan kaunseling.

9. Dapatan Kajian:
Para pengkaji telah membandingkan data daripada temu bual dengan laporan bertulis
kaunselor untuk melihat keselerasan maklumat yang diperoleh. Dapatan menunjukkan
kedua-dua klien yang dikaji didapati terlalu seronok dengan kebebasan, mempunyai
konflik dengan keluarga, mempunyai masalah pergantungan dengan rakan sebaya dan
tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Selain itu, faktor latar
belakang yang dikenal pasti ialah kurang mendapat kebebasan sebelum ini,
mempunyai bapa yang garang, dan merupakan anak tengah. Sebagai kesimpulan,
pengkaji-pengkaji merumuskan bahawa pendekatan kaunseling memberikan hasil
yang positif kepada klien di mana mereka dapat kembali keyakinan diri, mendapat
celik akal tentang hubungan kekeluargaan, mendapat sokongan keluarga, dan
membina tingkah laku yang lebih berkesan.

10. Cara Mengatasi:


Kajian ini mencadangkan agar:
1. Para kaunselor mempunyai peranan penting dalam usaha mengurangkan punca
gejala sosial.
2. Perkhidmatan kaunseling perlu dikembangkan dengan pelbagai pendekatan bagi
membantu golongan remaja.
3. Kaunselor juga boleh mewujudkan satu sistem rakan sebaya yang dapat memberi
sokongan dan mendengar permasalahan remaja tersebut.
4. Dengan adanya sistem sokongan, remaja yang kurang bijak menangani kebebasan
tidak akan merasa terasing, rasa tidak diterima atau tidak diperlukan tetapi
sebaliknya mereka mempunyai ruang dan tempat untuk bercerita serta mendapat
meklumat bagaimana untuk mendapat pertolongan lanjut.
5

11. Kesimpulan:
Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan faktor keluarga seperti gaya asuhan,
kasih saying dan kawalan yang memberi kesan kepada kemenjadian identiti kendiri
remaja. Perkhidmatan kaunseling secara profesional dilihat dapat memberi kesan
positif kepada perubahan kendiri remaja. Selain itu, perkhidmatan kaunseling perlu
dikembangkan dengan pelbagai pendekatan bagi membantu remaja yang memerlukan
sokongan emosi dalam menghadapi masalah mereka. Kajian juga menunjukkan
bahawa terdapat kesan positif di mana klien kembali mendapat keyakinan, mendapat
celik akal tentang hubungan kekeluargaan dan mendapat sokongan keluarga dalam
membina tingkah laku yang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai