Anda di halaman 1dari 4

Ilmu Huruf dalam warisan Islam

Huraian ringkas

Ilmu Huruf merupakan puncak dari makrifat . Kerana hikmah dapat dicapai dan
dihurai melalui perkataan sedang kebesaran dan keagungan hanya dapat
dirasai dengan getaran huruf. Itu sebab ilmu ini tidak ramai dipusakai atau
diwariskan dari kalangan para waliyullah dan sufi muhaqiqin sekalipun. Berapa
ramai yang dapat menggunakan dan menijazahkan ilmu huruf? Kitab terkenal
pun tak banyak antaranya Shamsul Maarif Kubra ( atau lebih tepat Shams al-
Ma'arif wa Lata'if al-'Awarif ) oleh Ahmad bin Ali as Sabuni rah. Ibn Arabi rah.
banyak menghuraikannya dalam kitab magnum opusnya Futuhat Al Makiyah.
Menurut beliau , “tinggalkan dua selipar “ seperti yang disebut dalam al Quran
terhadap Nabi Musa a.s (20:12) ialah meninggalkan Lam dan Mim dalam “Alif
Lam Mim”, kerana Alif mewakili Zat sedangkan Lam mewakili Sifat dan Mim ,
af’al atau perbuatan Allah s.w.t. Alif sendiri berbanding manusia adalah
khalifah dalam alam huruf sebagaimana manusia adalah khalifah Allah s.w.t di
muka bumi. Dari segi darjah kewujudan atau maratib , huruf-huruf boleh
disenaraikan sebagai berikut:

Allah s.w.t Alif, Wau , Nun


Manusia Alif, Ya, Hamzah
Jinn Jim, Wau , Kaf , Kof
Binatang (baha’im) Dal, zay, sad, ayn, dhod, sin, zal,
ghayn, shin
Pepohonan (nabati) Alif, Ha, Lam
Bebatuan (jamad) Ba, Ha, Ta, ya, Fa, Rha, Tha ,Kho, Za

Sedangkan dari segi alam :

Jabarut Ha, Hamzah


Malakut Ha, Kho, ayn, Ghayn
Alam al wasat Ta, Tha, jim, dal, dhal, rha, zay, za , kaf
, lam, nun, sad, dod, Kof,sin, shin , ya
Alam al Mulk Ba, mim, wau
Alam khayal Fa
Alam Jabarut bertemu malakut pada Kaf dan Kof
1
dua tahap:
Tahap 1 (imtizaj al martaba)

Ta, Za, sad, dhod


Tahap 2( al sifa al ruhaniyyah)
Alam campuran/ pertengahan Jabarut Ha
-Malakut
Alam fizikal Alif, Wau, Ya

Malah menurut Ibn Arabi rah. semua huruf-huruf hijaiah itu adalah alam
tersendiri yang mempunyai “rasul”nya sendiri dan hukum ilahi yang wajib
diikuti oleh penghuni alam itu.

Di kalangan manusia , dunia:

orang Awam Jim, Dhod, Kha, Dal, Ghayn, shin

Khawas Huruf-huruf muqotaat (14 semuanya)

Khawasul khawas Alif, ya, ba, sin, haf, ta, Kof, tha, wau,
sad, ha, nun, lam, ghayn

Pilihan khawasul khawas Ba

Pilihan khas khawasul khawas 16 huruf semuanya

Alam al mursal (para rasul dan Jim, ha, kha, kaf


anbiya’)

Muqarrabin Alif, dal, dhal, ra, zay dan wau

Insan cahaya 12 huruf

Insan asrar (manusia rahsia) Ba, fa dan jim

Insan maqam ittihad 13 huruf

Itulah yang disebut dalam al Quran, 17 :44 kerana berzikirnya (getaran) huruf-
huruf itu di alamnya masing-masing.
2
Pengalaman sendiri

Permulaan mengenal huruf adalah apabila “menyintai” al Quran . Pertanda di


terima “cinta” kita kepada al Quran ialah Quran itu sendiri turun dari langit dan
memasuki 7 anggota kita ( dada, ubun-ubun , hidung , tapak tangan , tapak
kaki, mata dan pusat) samada pada malam atau siang Jumaat. Disepanjang
turunnya al-Quran dari langit memasuki anggota tubuh itu ( bagi saya bermula
2002 sehingga sekitar 2010), paling tidak dua kali atau lebih dada dibelah oleh
malaikat Jibrail a.s dan pembantunya untuk membersihkan hati dengan air
zam-zam. Selepas itu insyaALLAH , Allah s.w.t akan membawa kita membaca
Al-Quran yang “original” di Lauh Mahfuz . Kemuncak dari “mengenal” Al-Quran
ialah apabila lulus kupasan dan membawa zikir “ Bismillah Ar Rahman
ArRahim” dan seterusnya lulus ujian menundukkan Iblis laknatullah (dengan
keberkatan Basmalah) sebagaimana Rasulullah s.a.w menangkapnya sewaktu
dalam solat dan mengikatnya untuk ditunjukkan kepada penduduk Madinah ,
tetapi disebabkan baginda teringatkan doa Nabi Sulaiman a.s baginda pun
melepaskannya.

Sekitar Oktober 2012 rahsia Alif ( dalam “Abismillah” ) , Mim (dlm “ar Rahim”)
dibukakan, lalu setelah dimaklumkan kepada tuan guru, beliau pun mula
mengijazahkan zikir “ Ya Ahmad, Ya Muhammad , Ya Abal Qasim “ kepada kami
semua. Ahmad bermula dengan Alif , dan Abal Qasim berakhir dengan Mim.
Banyak rahsia dibukakan oleh Allah s.w.t tentang Rasulullah s.a.w dan ayat-
ayat al-Quran yang tertentu.

Sekitar dua minggu lepas , ketika sedang hendak tidur (malam) tiba-tiba Pena
dan Lauh Mahfuz datang merintih menyatakan bahawa mereka tidak dapat
menulis atau mencatat apa-apa kerana huruf-huruf sudah berada dalam diri
saya dan tuan guru. Pada malam berikutnya sepanjang dua minggu itu maka
banyaklah rahsia huruf dibukakan oleh Allah s.w.t kepada hambanya ini. Begitu
juga kepada tuan guru dan sekarang sedang disampaikan kepada anak murid
yang lain.

Rasulullah s.a.w sendiri mendengar desitan Pena diatas Kalam (Lauh Mahfuz)
di Sharirul Aqlam kerana mereka tidak dapat menulis atau mencatat apa-apa
3
apabila baginda s.a.w pergi berjumpa dengan Zat Allah s.w.t di Mustawa. Yang
pasti seperti yang dinukilkan oleh Ibn Arabi rah. dalam Futuhat , manusia dan
al-Quran adalah “adik beradik”. Dua ayat ( yang mengandungi kesemua huruf
hijaiah) iaitu Al-Imran 3:154 dan Al Fath , 48:29 adalah “kakak” dan “abang”
kita masing-masing.

Semua pengalaman ruhani ini adalah anugerah Allah s.w.t. Tidak ada orang
yang dapat mencapai “liqa’ullah” melainkan dijemput oleh Allah s.w.t sendiri
sebagaimana Dia menjemput anda semua ke Mekkah , Madinah dan Baitul
Muqaddas. Sebagaimana itu jugalah tulisan Ibn Arabi rah. dlm kitab Futuhat Al
Makiyyah , beliau tidak menulis kitab ini melainkan apa yang disampaikan oleh
Allah s.w.t ke dalam hatinya (imla’ ilahi , ilqa’ rabbani , nafas ruhani ), dan tidak
ditulis atau diceritakan orang Sufi sesuatu ilmu melainkan yang sudah
dialaminya sendiri secara amali.

Bagi orang Sufi mereka memahami apakah “nikmat” yang telah dianugerahkan
oleh Allah s.w.t kepada mereka dan dapat menjawab 31 pertanyaan yang
dilontarkan oleh Allah s.w.t dalam surah Ar Rahman, kerana mereka juga
memahami kebesaran Allah dalam nikmat yang dicurahkan ( dan tersimpan
dalam rahsia huruf) sebagaimana dihurai oleh Allah s.w.t sendiri dalam surah
Luqman 31:27.

Bagi mereka yang telah dibukakan rahsia ilmu huruf , pastinya boleh
menggunakannya untuk pelbagai urusan antaranya perubatan ( dalam bentuk
wafak) dan sebagainya.

Semoga bermanafaat, wallahu a’lam bissawab.

Shahidan Radiman , Kg.Teras Jernang , 9 Mac 2013.

Anda mungkin juga menyukai