Anda di halaman 1dari 44

KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

2
Title Page

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Bahasa Arab
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

TAHUN 1
Bahagian Pembangunan Kurikulum

APRIL 2015
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

Terbitan 2015

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku
ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

ii
KANDUNGAN

Rukun Negara ................................................................................................................................................................................................ v


Falsafah Pendidikan Kebangsaan .................................................................................................................................................................. vi
Definisi Kurikulum Kebangsaan ..................................................................................................................................................................... vii
Kata Pengantar .............................................................................................................................................................................................. ix
Pendahuluan .................................................................................................................................................................................................. 1
Matlamat ........................................................................................................................................................................................................ 2
Objektif ........................................................................................................................................................................................................... 2
Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah............................................................................................................................................. 3
Fokus ............................................................................................................................................................................................................. 4
Kemahiran Abad Ke-21 .................................................................................................................................................................................. 5
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ....................................................................................................................................................................... 7
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran .......................................................................................................................................................... 8
Elemen Merentas Kurikulum ........................................................................................................................................................................ 10
Pentaksiran Sekolah .................................................................................................................................................................................... 13
Organisasi Kandungan ................................................................................................................................................................................. 16
Kemahiran Mendengar dan Bertutur ......................................................................................................................................................... 19
Kemahiran Membaca................................................................................................................................................................................ 22
Kemahiran Menulis ................................................................................................................................................................................... 26
Standard Prestasi ..................................................................................................................................................................................... 27
Panel Penggubal .......................................................................................................................................................................................... 29
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:


Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vi
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

3. Kurikulum Kebangsaan

(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk


kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997


[PU(A)531/97]

vii
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

KATA PENGANTAR DSKP yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam tunjang
Kerangka KSSR, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21
secara berperingkat mulai tahun 2011 telah disemak semula bagi dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penyepaduan
memenuhi dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan tersebut dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 supaya kualiti kurikulum harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
yang dilaksanakan di sekolah rendah setanding dengan standard sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
antarabangsa. Kurikulum berasaskan standard yang menjadi
amalan antarabangsa telah dijelmakan dalam KSSR menerusi Bagi menjayakan pelaksanaan KSSR, pengajaran dan
penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada KBAT
(DSKP) untuk semua mata pelajaran yang mengandungi dengan memberi fokus kepada pendekatan Pembelajaran
Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek, supaya
Prestasi. murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad
ke-21.
Usaha memasukkan standard prestasi di dalam dokumen
kurikulum telah mengubah landskap sejarah sejak Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi
Kebangsaan dilaksanakan di bawah Sistem Pendidikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
Kebangsaan. Menerusinya murid dapat ditaksir secara berterusan terlibat dalam penggubalan KSSR. Semoga pelaksanaan KSSR
untuk mengenal pasti tahap penguasaannya dalam sesuatu mata akan mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan
pelajaran, serta membolehkan guru membuat tindakan susulan Kebangsaan.
bagi mempertingkatkan pencapaian murid.
Dr. SARIAH BINTI ABD. JALIL
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum

ix
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

PENDAHULUAN kira keperluan generasi baru untuk menguasai lebih daripada


satu bahasa.
Kurikulum Bahasa Arab peringkat sekolah rendah digubal
bertujuan untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kurikulum ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya
Kebangsaan dalam melahirkan insan seimbang dan harmonis pembelajaran, minat dan kecerdasan yang pelbagai dalam
dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum tersebut kalangan murid. Bagi mencapai hasrat tersebut, teknik
dilaksanakan di sekolah sebagai usaha kerajaan untuk pengajaran guru yang berkesan sangat diperlukan untuk
menggalakkan pembelajaran bahasa tambahan selain bahasa membantu murid mengalami pengalaman sebenar pembelajaran
Inggeris seperti yang dihasratkan dalam PPPM (2013-2025). bahasa Arab yang menyeronokkan. Amalan lughatul-fasli yang
Kurikulum ini memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran berkesan sangat penting untuk mewujudkan suasana
asas bahasa Arab iaitu kemahiran mendengar, bertutur, pembelajaran tersebut.
membaca dan menulis. Kemahiran-kemahiran tersebut
dinyatakan secara spesifik dalam Standard Kandungan dan Sepanjang proses pembelajaran bahasa Arab, pentaksiran
Standard Pembelajaran yang telah ditentukan. Kejayaan murid formatif dilaksanakan terhadap murid melalui enam tahap
menguasaai keempat-empat kemahiran bahasa ini dapat penguasaan dalam standard prestasi. Pentaksiran tersebut
meningkatkan kesediaan mereka untuk berinteraksi dengan ayat dilaksanakan secara holistik melalui pertimbangan profesional
mudah mengenai diri sendiri dan persekitaran mereka selaras guru terhadap murid. Di samping itu juga, penilaian sumatif boleh
dengan Common European Framework of Reference for dilaksanakan oleh guru untuk menilai pencapaian murid dalam
Language (CEFR). aspek penguasaan kandungan.

Kepentingan bahasa Arab meliputi kepentingan dalam mendalami


ilmu pengetahuan, penyelidikan, sosial, ekonomi, politik,
pelancongan dan hubungan antarabangsa. Ianya juga mengambil

1
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

MATLAMAT 8. Mengaplikasikan nilai-nilai murni dan menunjukkan tingkah


laku positif dalam pembentukan peribadi individu mithali untuk
KSSR Bahasa Arab bermatlamat melahirkan murid yang pembangunan agama, bangsa dan negara.
menguasai kemahiran asas bahasa Arab dan mampu
berkomunikasi menggunakan ayat-ayat mudah serta
mengamalkan nilai-nilai murni.

OBJEKTIF

Kurikulum Standard Bahasa Arab menyediakan peluang kepada


murid untuk mencapai objektif berikut:

1. Mendengar sebutan huruf hijaiyah, perkataan dan ayat mudah


dengan betul.
2. Menyebut huruf hijaiyah, perkataan dan ayat mudah yang
dihafal dengan sebutan yang betul.
3. Bertutur dengan ayat mudah berdasarkan tema yang sesuai
dengan persekitaran murid.
4. Membaca perkataan dan ayat mudah dengan betul.
5. Menulis huruf hijaiyah, perkataan dan ayat mudah dengan
betul.
6. Memahami perkataan dan ayat mudah yang dipelajari.
7. Mengaplikasikan asas tatabahasa Arab dalam pertuturan dan
penulisan.

2
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

KERANGKA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KSSR dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi; membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni
Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri; berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan,
Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan Teknologi. berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif sebagaimana yang
Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang digambarkan dalam Rajah 1. Kurikulum Bahasa Arab digubal
menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan berdasarkan enam tunjang Kerangka KSSR.
pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan

Rajah 1: Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah

3
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

FOKUS Jadual 1: Tahap Rujukan Am Bahasa Arab KSSR

TAHUN 1 – 3 (A1) TAHUN 4 – 6 (A2)


KSSR Bahasa Arab berfokus kepada kemahiran mendengar,
Boleh memahami dan Boleh memahami ungkapan
bertutur, membaca dan menulis yang merentasi domain serta
menggunakan frasa dan dan ayat yang sering
situasi yang digariskan dalam Common European Framework of ungkapan harian yang asas. digunakan, yang merangkumi
Reference for Language (CEFR) merangkumi domain personal, maklumat asas tentang
peribadi, keluarga, dan
sosial, pekerjaan dan pendidikan.
persekitaran.
Boleh bertanya dan menjawab Boleh menggunakan bahasa
Melalui proses tersebut berlaku pemerolehan dan penguasaan
soalan mengenai butir-butir yang mudah dalam perkara
kosa kata. Manakala aspek tatabahasa diajar secara implisit iaitu peribadi dan sekeliling. rutin.
lebih menekankan aspek aplikasi dalam pertuturan, pembacaan Boleh berinteraksi Boleh berkomunikasi dalam
dan penulisan. menggunakan ayat yang menerangkan latar belakang
mudah. diri dan persekitaran.

Pada peringkat sekolah rendah, murid sepatutnya berada pada


CEFR membahagi kemampuan pembelajaran bahasa asing
tahap Pengguna Asas yang mampu berinteraksi menggunakan
kepada tiga kumpulan; A, B dan C. Setiap kumpulan tersebut
bahasa mudah dalam konteks yang terhad. Perincian tahap
dipecahkan kepada dua peringkat; A1, A2, B1, B2, C1 dan C2.
tersebut adalah seperti Jadual 1.
Kumpulan A merupakan peringkat pembelajaran permulaan,
manakala kumpuan B adalah peringkat pembelajaran
pertengahan dan C adalah peringkat pembelajaran peringkat
tinggi.

4
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

KEMAHIRAN ABAD KE-21


PROFIL MURID PENERANGAN
yang beretika. Mereka berfikir tentang
Satu daripada hasrat KSSR adalah untuk melahirkan murid yang pembelajaran dan diri mereka sebagai
mempunyai Kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi fokus pelajar. Mereka menjana soalan dan bersifat
terbuka kepada perspektif, nilai dan tradisi
kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya individu dan masyarakat lain. Mereka
yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran Abad Ke-21 berkeyakinan dan kreatif dalam menangani
bidang pembelajaran yang baru.
bermatlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri
yang dinyatakan dalam profil murid seperti dalam Jadual 2 Kerja Mereka boleh bekerjasama secara berkesan
Sepasukan dan harmoni dengan orang lain. Mereka
supaya berupaya bersaing di peringkat global. Penguasaan SK mengalas tanggungjawab bersama serta
dan SP dalam kurikulum Bahasa Arab menyumbang kepada menghormati dan menghargai sumbangan
yang diberikan oleh setiap ahli pasukan.
pemerolehan kemahiran abad 21 dalam kalangan murid. Mereka memperoleh kemahiran
interpersonal melalui aktiviti kolaboratif, dan
ini menjadikan mereka pemimpin dan ahli
Jadual 2: Profil Murid pasukan yang lebih baik.

PROFIL MURID PENERANGAN Bersifat Ingin Mereka membangunkan rasa ingin tahu
Tahu semula jadi untuk meneroka strategi dan
Berdaya Tahan Mereka mampu menghadapi dan mengatasi idea baru. Mereka mempelajari kemahiran
kesukaran, mengatasi cabaran dengan yang diperlukan untuk menjalankan inkuiri
kebijaksanaan, keyakinan, toleransi, dan dan penyelidikan, serta menunjukkan sifat
empati. berdikari dalam pembelajaran. Mereka
menikmati pengalaman pembelajaran
Mahir Mereka menyuarakan dan meluahkan fikiran, sepanjang hayat secara berterusan.
Berkomunikasi idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif
secara lisan dan bertulis, menggunakan Berprinsip Mereka berintegriti dan jujur, kesamarataan,
pelbagai media dan teknologi. adil dan menghormati maruah individu,
kumpulan dan komuniti. Mereka
Pemikir Mereka berfikir secara kritikal, kreatif dan bertanggungjawab atas tindakan, akibat
inovatif; mampu untuk menangani masalah tindakan serta keputusan mereka.
yang kompleks dan membuat keputusan

5
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

PROFIL MURID PENERANGAN

Bermaklumat Mereka mendapatkan pengetahuan dan


membentuk pemahaman yang luas dan
seimbang merentasi pelbagai disiplin
pengetahuan. Mereka meneroka
pengetahuan dengan cekap dan berkesan
dalam konteks isu tempatan dan global.
Mereka memahami isu-isu etika / undang-
undang berkaitan maklumat yang diperoleh.

Penyayang/ Mereka menunjukkan empati, belas kasihan


Prihatin dan rasa hormat terhadap keperluan dan
perasaan orang lain. Mereka komited untuk
berkhidmat kepada masyarakat dan
memastikan kelestarian alam sekitar.

Patriotik Mereka mempamerkan kasih sayang,


sokongan dan rasa hormat terhadap negara.

6
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
kurikulum secara eksplisit supaya guru dapat menterjemahkan berupaya mencipta sesuatu.
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi merangsang pemikiran
berstruktur dan berfokus dalam kalangan murid. Penerangan KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan menaakul
KBAT adalah berfokus kepada empat tahap pemikiran seperti dan strategi berfikir.
Jadual 3.
Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai
Jadual 3: Tahap pemikiran dalam KBAT sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti
TAHAP
PENERANGAN yang munasabah.
PEMIKIRAN

Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan


Mengaplikasi nilai dalam situasi berlainan untuk Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk
melaksanakan sesuatu perkara.
menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai
Mencerakinkan maklumat kepada bahagian dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir
Menganalisis kecil untuk memahami dengan lebih mendalam
tidak mengikut kelaziman.
serta hubung kait antara bahagian berkenaan.

Membuat pertimbangan dan keputusan Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu membuat
Menilai menggunakan pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi. pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.

Menghasilkan idea atau produk atau kaedah Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur dan
Mencipta yang kreatif dan inovatif.
berfokus untuk menyelesaikan masalah.

7
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berfokus kepada
berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah hasil pembelajaran dan pencapaian murid.
dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir
seperti peta pemikiran dan peta minda serta penyoalan aras Pelbagai aktiviti pengajaran berpusatkan murid boleh
tinggi untuk menggalakkan murid berfikir. dilaksanakan seperti Inkuiri Penemuan; Pembelajaran Koperatif;
Sumbang Saran; Simulasi; Tunjuk Cara (Demonstrasi);
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Permainan; Projek; dan Lawatan.

Penggunaan pelbagai strategi pembelajaran dan pengajaran Pembelajaran Berasaskan Inkuiri


yang menekankan pembelajaran secara “learning by doing” Strategi ini merupakan pendekatan pembelajaran yang
merupakan salah satu usaha dalam transformasi pendidikan. melibatkan proses meneroka alam semula jadi dan berasaskan
Dalam konteks pembelajaran bahasa khususnya bahasa Arab lima fasa: (i) menyoal; (ii) memeriksa atau menyelidik; (iii) mereka
sebagai bahasa asing dan bahasa tambahan kepada kanak- cipta; (iv) membincangkan; dan (v) membuat refleksi.
kanak di Malaysia, pendekatan yang menarik dan berkesan harus
menjadi perkara utama dalam proses pembelajaran murid di bilik Pembelajaran Kooperatif
darjah. Justeru strategi pengajaran berpusatkan murid Strategi ini memerlukan kerjasama murid yang mempunyai
memainkan peranan yang sangat penting. Strategi ini akan pelbagai kebolehan untuk mencapai satu matlamat yang sama
menjadikan murid aktif dalam aktiviti pembelajaran di samping dalam bentuk kumpulan. Peranan setiap ahli diperlukan untuk
guru yang menjadi pembimbing mereka. menunjukkan kefahaman mereka melalui agihan tugas yang
diberikan. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi
Strategi pembelajaran berpusatkan murid merupakan aktiviti yang daripada gerak kerja berkumpulan ini akan mendorong murid
melibatkan komunikasi dua hala samada di antara guru dan murid untuk saling berkongsi maklumat bagi mencapai objektif
mahupun sesama murid dalam bilik darjah. Melalui strategi ini, pembelajaran. Contoh aktiviti pembelajaran koperatif Student
Team Achievement Division, Jigsaw, Round Robin, Round Table,

8
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

Team Game Tournament, Team Accelerated Instruction dan Tea Permainan


Party. Strategi ini merupakan strategi yang paling diminati oleh murid.
Kanak-kanak akan memperolehi pembelajaran yang paling
Sumbang Saran berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu dengan minat,
Tujuan strategi sumbang saran dilakukan adalah untuk tujuan dan faedah mereka.
menggalakkan pemikiran murid secara imaginasi dan kreatif.
Murid digarap untuk memberi sumbangan idea dalam bentuk Pembelajaran Berasaskan Projek
jawapan, kesimpulan, fakta dan penerangan. Secara amnya, Objektif utama pelaksanaan projek adalah untuk pemerolehan
sumbang saran meliputi aktiviti yang sarat dengan idea murid, pengetahuan yang baharu atau penggunaan pengetahuan sedia
kepelbagaian idea, idea spontan mahupun perkembangan idea ada. Penerangan tentang tugas secara terperinci dan berulang
dari murid lain. Selain itu, murid juga tidak digalakkan untuk kali serta jelas bagi setiap peranan dan tanggungjawab mereka
mengkritik idea rakan yang lain. adalah sangat penting untuk mencapai objektif pembelajaran
mereka melalui kerja projek ini.
Simulasi
Simulasi boleh dilakukan dengan cuba mewujudkan situasi Pembelajaran Luar Bilik Darjah
sebenar bagi sesuatu topik. Simulasi mesti dilakukan dalam Aktiviti ini merupakan aktiviti sokongan yang mampu menjadikan
keadaan terkawal melalui sosiodrama yang mengandungi skrip murid lebih mengingati apa yang telah dipelajari. Selain itu, aktiviti
dan konflik, mahupun main peranan seperti lakonan spontan. ini juga boleh menghindarkan perasaan bosan murid selama
belajar di dalam bilik darjah.
Tunjuk Cara
Strategi tunjuk cara boleh dilakukan melalui peranan guru
sebagai pelaku yang boleh diperhatikan oleh murid untuk diikuti.
Selain guru, murid-murid terpilih juga boleh berperanan sebagai
penunjuk cara.

9
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM  Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan


alam sekitar dalam membentuk etika murid untuk
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang menghargai alam.
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen- 3. Nilai Murni
elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan  Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata
keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat pelajaran supaya murid sedar akan kepentingan dan
menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen-elemen mengamalkannya.
di dalam EMK adalah seperti berikut:  Nilai murni merangkumi aspek kerohanian,
kemanusiaan dan kewarganegaraan yang menjadi
1. Bahasa amalan dalam kehidupan harian.

 Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu


4. Sains Dan Teknologi
dititikberatkan dalam semua mata pelajaran.
 Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi
 Semasa PdP bagi setiap mata pelajaran, aspek sebutan,
dapat meningkatkan literasi sains serta teknologi
struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa perlu
dalam kalangan murid.
diberi penekanan bagi membantu murid menyusun idea
dan berkomunikasi secara berkesan.  Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat
membantu serta menyumbang kepada pembelajaran
2. Kelestarian Alam Sekitar yang lebih cekap dan berkesan.
 Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam
jiwa murid perlu dipupuk melalui PdP semua mata
pelajaran.

10
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

 Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdP  Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui
merangkumi empat perkara iaitu: ubah suaian, membaiki dan mempraktikkan idea.
o Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip,  Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu
konsep yang berkaitan dengan sains dan teknologi); untuk memastikan pembangunan modal insan yang
o Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran mampu menghadapi cabaran Abad 21.
manipulatif tertentu);  Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan
o Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, dalam PdP.
keselamatan); dan
o Penggunaan teknologi dalam aktiviti PDP. 7. Keusahawanan
 Penerapan elemen keusahawanan bertujuan
5. Patriotisme membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan
 Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.
pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat.  Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam PdP
 Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti
mempunyai semangat cintakan negara dan berbangga rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta
sebagai rakyat Malaysia. membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk
memacu idea ke pasaran.
6. Kreativiti Dan Inovasi
 Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk 8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
mengumpul, mencerna dan menjana idea atau mencipta  Penerapan elemen TMK dalam PdP memastikan
sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau gabungan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan
idea yang ada. pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang
dipelajari.

11
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

 Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid 10. Pendidikan Kewangan


menjadi kreatif malah menjadikan PdP lebih menarik  Penerapan elemen Pendidikan Kewangan bertujuan
dan menyeronokkan serta meningkatkan kualiti membentuk generasi masa hadapan yang
pembelajaran. berkeupayaan membuat keputusan kewangan yang
 TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang bijak, mengamalkan pengurusan kewangan yang
hendak diajar dan sebagai pengupaya bagi beretika serta berkemahiran menguruskan hal ehwal
meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap kewangan secara bertanggungjawab.
kandungan mata pelajaran.  Elemen Pendidikan Kewangan boleh diterapkan
dalam PdP secara langsung ataupun secara sisipan.
9. Kelestarian Global Penerapan secara langsung adalah melalui tajuk-
 Elemen Kelestarian Global bermatlamat melahirkan tajuk seperti Wang yang mengandungi elemen
murid berdaya fikir lestari yang bersikap responsif kewangan secara eksplisit seperti pengiraan faedah
terhadap persekitaran dalam kehidupan harian mudah dan faedah kompoun. Penerapan secara
dengan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan sisipan pula diintegrasikan melalui tajuk-tajuk lain
nilai yang diperolehi melalui elemen Penggunaan dan merentas kurikulum. Pendedahan kepada
Pengeluaran Lestari, Kewarganegaraan Global dan pengurusan kewangan dalam kehidupan sebenar
Perpaduan. adalah penting bagi menyediakan murid dengan
 Elemen Kelestarian Global penting dalam pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dapat
menyediakan murid bagi menghadapi cabaran dan isu diaplikasikan secara berkesan dan bermakna.
semasa di peringkat tempatan, negara dan global.
 Elemen ini diajar secara langsung dan secara sisipan
dalam mata pelajaran yang berkaitan.

12
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

PENTAKSIRAN SEKOLAH PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan


pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni
Pentaksiran Sekolah (PS) adalah sebahagian daripada dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang
pendekatan pentaksiran yang merupakan satu proses memerlukan komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas
mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid yang daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembang potensi
dirancang, dilaksana dan dilapor oleh guru yang berkenaan. setiap murid ke tahap maksimum.
Proses ini berlaku berterusan sama ada secara formal dan tidak
formal supaya guru dapat menentukan tahap penguasaan Ciri-ciri Pentaksiran Sekolah
sebenar murid. PS perlu dilaksanakan secara holistik
berdasarkan prinsip inklusif, autentik dan setempat (localised). PS mempunyai ciri-ciri berikut:
Maklumat yang diperoleh dari PS akan digunakan oleh pentadbir, 1. Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang
guru, ibu bapa dan murid dalam merancang tindakan susulan ke pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan
arah peningkatan perkembangan pembelajaran murid. PS boleh nilai murni.
dilaksanakan oleh guru secara formatif dan sumatif. 2. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan
PdP.
Pentaksiran secara formatif dilaksanakan seiring dengan proses 3. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut
PdP, manakala pentaksiran secara sumatif dilaksanakan pada kesesuaian dan kesediaan murid.
akhir suatu unit pembelajaran, penggal, semester atau tahun. 4. Berasaskan standard kurikulum.
Dalam melaksanakan PS, guru perlu merancang, membina item, 5. Pelaksanaan pentaksiran formatif yang dijalankan seiring
mentadbir, memeriksa, merekod dan melapor tahap penguasaan dengan proses PdP dan pentaksiran sumatif yang dijalankan
murid dalam mata pelajaran yang diajar berdasarkan DSKP. PS pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.
berperanan mengukuhkan pembelajaran murid serta mampu
memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah
dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP.

13
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

Pentaksiran Rujukan Standard Standard Prestasi

Pentaksiran rujukan standard merupakan proses mendapatkan Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan
maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan menunjukkan tahap penguasaan murid dalam perkembangan
pernyataan standard prestasi yang ditetapkan. Pentaksiran atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam
Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara
murid dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi murid dalam mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (Tahap
pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan Penguasaan). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau
pertumbuhan murid merujuk kepada pernyataan standard. Murid lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang
dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil
masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, pembelajaran. Standard Prestasi dibina sebagai panduan untuk
kemahiran dan potensi diri. Pihak sekolah mampu mendapatkan guru menambah baik PS sejajar dengan pelaksanaan
maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan Pentaksiran Rujukan Standard.
kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang
murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab Tahap Penguasaan Keseluruhan
mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan
anak didik sebagai insan yang berguna dan mempunyai potensi Tahap penguasaan keseluruhan perlu ditentukan bagi memberi
untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa satu nilai tahap penguasaan murid di akhir sesi persekolahan.
mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Tahap penguasaan keseluruhan ini merangkumi domain kognitif,
afektif dan psikomotor murid secara kolektif dan holistik dengan
melihat semua aspek semasa proses pembelajaran murid secara
berterusan melalui pelbagai kaedah. Guru boleh membuat

14
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

pertimbangan professional untuk memberi satu nilai tahap Jadual 4: Tafsiran Umum Tahap Penguasaan
penguasaan keseluruhan murid berdasarkan pengalaman guru
TAHAP
TAFSIRAN
bersama murid, kebijaksanaan serta melalui perbincangan rakan PENGUASAAN
sejawat. Tahap penguasaan keseluruhan diberi selepas murid Murid mengetahui kemahiran-kemahiran asas
mempelajari kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam bahasa Arab dan bersedia untuk
1
mempraktikkannya dengan bimbingan
kelompok standard pembelajaran seperti Jadual 4 berikut: guru.
Murid mengetahui kemahiran-kemahiran asas
bahasa Arab dan mampu untuk
mempraktikkannya secara sedar
2
(awareness – memperolehi kemahiran melalui
sesi pembelajaran secara langsung tetapi
belum mencapai tahap konsisten).

Murid mengetahui kemahiran-kemahiran asas


3 bahasa Arab dan mampu untuk
mempraktikkannya secara konsisten.

Murid mengetahui kemahiran-kemahiran asas


bahasa Arab dan mampu untuk
4 mempraktikkannya secara konsisten dan
menepati situasi (secara beradab, mengikut
kehendak guru, arahan atau soalan).
Murid mengetahui kemahiran-kemahiran asas
bahasa Arab dan mampu untuk
5
mempraktikkannya secara konsisten,
menepati situasi dan sukarela.
Murid mengetahui kemahiran-kemahiran asas
bahasa Arab dan mampu untuk
6 mempraktikkannya secara konsisten,
menepati situasi dan mithali (menjadi
contoh).

15
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

ORGANISASI KANDUNGAN 2. Kemahiran Bertutur pula merupakan kemampuan murid


untuk berkomunikasi dan menyampaikan idea dan maklumat
KSSR Bahasa Arab digubal dengan memberi penekanan pada melalui ungkapan dengan menitikberatkan tekanan suara
SK dan SP yang perlu diketahui dan boleh dilakukan oleh murid. yang betul dan intonasi yang sesuai.
SK dan SP ini berpaksikan kemahiran bahasa dan sisitem bahasa
yang disokong oleh Elemen Merentas Kurikulum. Standard ini 3. Kemahiran Membaca bermaksud kemampuan murid untuk
dipersembahkan dalam bentuk modular yang menyokong membaca dengan betul dan memahami teks yang dibaca.
keperluan pembelajaran bahasa. Sehubungan itu, organisasi
kandungan dokumen ini meliputi kemahiran bahasa, seni 4. Kemahiran Menulis pula bermaksud kemampuan murid
mempersembahkan bahasa, tema pembelajaran bahasa dan untuk menulis huruf, perkataan dan ayat dengan betul. Murid
unsur bahasa. juga digalakkan untuk menunjukkan bakat mereka dalam
menghasilkan penulisan khat Arab yang cantik.
Kemahiran Bahasa
Kemahiran bahasa merupakan perkara asas dalam penguasaan Seni Mempersembahkan Bahasa
dan pembelajaran bahasa. Murid yang menguasai kemahiran Aktiviti seni mempersembahkan bahasa dalam pembelajaran
bahasa akan dapat menggunakan kemahiran tersebut untuk bahasa Arab sangat penting untuk menarik minat murid sekaligus
mendalami bahasa yang dipelajari dengan lebih baik. Kemahiran menyokong penguasan kemahiran berbahasa dan pembelajaran
bahasa terdiri daripada kemahiran mendengar, bertutur, berpusatkan murid. Penggunaan kosa kata dan ungkapan
membaca dan menulis. termasuk kata-kata hikmah yang bersesuaian boleh digunakan
dalam pelbagai aktiviti seperti; nyanyian, bicara berirama (kalam
1. Kemahiran Mendengar merupakan kemampuan murid untuk jama’ei), lakonan, deklamasi sajak, bercerita, menghasilkan buku
mendengar dan memahami perkara yang didengar dan skrap, kad ucapan dan poster.
memberi respons terhadapnya.

16
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

Tema Pembelajaran Bahasa 1. Sistem Fonetik


Pemilihan tema untuk KSSR Bahasa Arab adalah berdasarkan Sistem fonetik merupakan elemen yang amat penting dalam
perkara yang berkaitan dengan murid sekolah rendah secara pengajaran bahasa Arab. Ia bertujuan melatih murid menyebut
langsung dengan alam persekitaran mereka. Tema utamanya dan membaca huruf, suku kata, perkataan, ungkapan dan ayat
adalah yang berkaitan dengan alam di rumah dan di sekolah. dengan betul serta mampu menguasai dan membezakan
Selain daripada itu, sub-sub tema yang berkaitan dengan sebutan dengan baik.
keperluan semasa seperti sains dan teknologi, keusahawanan,
patriotisme serta kelestarian global turut dijelmakan dalam tema- 2. Kosa Kata
tema yang bersesuaian. Tema dan sub tema tersebut ialah; Dunia Pemilihan kosa kata dari tema-tema yang telah disenaraikan
Huruf al-Hijaiyyah, Dunia Murid di Rumah, Dunia Murid di sebelum ini adalah berdasarkan perkembangan murid dari
Sekolah, Anggota Badan, Hobi dan Cita-Cita, Nombor dan aspek mental dan fizikal serta keperluan-keperluan tertentu
Bilangan, Warna, Bentuk dan Kedudukan, Waktu dan Masa, yang bersesuaian.
Makanan dan Minuman, Dunia Haiwan serta Sains dan
Teknologi. 3. Tatabahasa
Elemen tatabahasa Arab dalam Kurikulum Bahasa Arab
Unsur Bahasa Sekolah Rendah diterapkan secara implisit dalam dokumen
Unsur bahasa merupakan elemen yang sangat penting dalam dan pelaksanaannya. Tatabahasa fungsian yang paling asas
mempelajari sesuatu bahasa sebagaimana pentingnya kemahiran disepadukan dalam pembelajaran murid oleh guru secara tidak
bahasa itu sendiri. Unsur bahasa yang ditekankan dalam KSSR langsung dengan mengambil kira tahap kemampuan murid.
Bahasa Arab ini adalah, Sistem Fonetik, Kosa Kata dan
Tatabahasa.

17
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARAN


DAN STANDARD PRESTASI

Jadual 5: Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan


Standard Prestasi

Standard Standard Standard


Kandungan Pembelajaran Prestasi

Penyataan spesifik Suatu penetapan Suatu set kriteria


tentang perkara kriteria atau umum yang
yang murid patut indikator kualiti menunjukkan
ketahui dan boleh pembelajaran dan tahap-tahap
lakukan dalam pencapaian yang prestasi yang
suatu tempoh boleh diukur bagi perlu murid
persekolahan setiap standard pamerkan sebagai
merangkumi aspek kandungan. tanda bahawa
pengetahuan, sesuatu perkara
kemahiran dan itu telah dikuasai
nilai. murid.

Dalam organisasi kandungan, terdapat lajur Catatan. Lajur ini


mengandungi cadangan aktiviti dan nota. Guru boleh
melaksanakan aktiviti tambahan selain daripada yang
dicadangkan mengikut kreativiti dan keperluan untuk mencapai
Standard Pembelajaran.

18
‫‪KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1‬‬

‫ﻣﻌﻴﺎراﳌﺤﺘﻮى واﻟﺘﻌﻠﻢ ﻟﻠﺼﻒ اﻷول‬


‫‪Kemahiran Men dengar dan Bertut ur‬‬

‫)‪ (1‬ﻣ ﺎرة اﻻﺳﺘﻤﺎع واﻟﻜﻼم‬


‫اﳌﻼﺣﻈﺔ‬ ‫ﻣﻌﻴﺎراﻟﺘﻌﻠﻢ‬ ‫ﻣﻌﻴﺎراﳌﺤﺘﻮى‬
‫ﺗﻄﺒﻴﻖ "ﺣﺮو اﳌﺮﺣﺔ " ﻟﺘﻌﻠﻴﻢ اﻷﺑﺠﺪﻳﺔ ﺸ ﻞ ﻣﻤﺘﻊ‪.‬‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﻣﺤﺎ ﺎة أﺻﻮات ا ﺮوف‬ ‫‪1.1.1‬‬ ‫]‪ [1.1‬اﻻﺳﺘﻤﺎع إ أﺻﻮات ا ﺮوف‬
‫ﻣﻼﺣﻈﺔ ﻣ ﻤﺔ‪ :‬ﻌﺘﻤﺪ اﻟﺘﻄﺒﻴﻖ ﻧﻈﺎم ﻧﻄﻖ ﺻﻮت ا ﺮف‬ ‫اﳌﺴﻤﻮﻋﺔ وﺗﺮدﻳﺪ ﺎ وﻧﻄﻘ ﺎ‪.‬‬ ‫اﻟ ﺎﺋﻴﺔ )ا ‪ /‬ب ت ث ‪ /‬ج ح خ ‪ /‬د ذ ‪/‬‬
‫اﳌﺴﻤﻮع ﺑﺎﺳﺘﺨﺪام ﻃﺮ ﻘﺔ ﺻﻮﺗﻴﺔ ﺑﺪﻻ ﻣﻦ ﻃﺮ ﻘﺔ ﺣﺮﻓﻴﺔ‬ ‫رز‪ /‬س ش ‪ /‬ص ض ‪ /‬ط ظ ‪ /‬ع غ ‪/‬‬
‫وﻓﻖ ﻃﺮق ﺗﺪر ﺲ اﳌﻌﺎﺻﺮة وا ﺪﻳﺜﺔ‪.‬‬ ‫ف ق ‪ /‬ك ‪ /‬ل ‪ /‬م ‪ /‬ن ‪ /‬و ‪ /‬ه ‪ /‬ء ‪ /‬ي(‬
‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﻣﻦ ﺧﻼل اﻷﻧﺎﺷﻴﺪ واﻟﻜﻼم ا ﻤﺎ ‪.‬‬ ‫اﻟ ﻠﻤﺎت وﻧﻄﻘ ﺎ ﺑﺤﺮ ﺎ ﺎ اﳌﺨﺘﻠﻔﺔ‬
‫)اﻟﻔﺘﺤﺔ‪/‬اﻟﻜﺴﺮة‪/‬اﻟﻀﻤﺔ( ﻧﻄﻘﺎ ﻴﺤﺎ‪.‬‬

‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﻣﻦ ﺧﻼل ﺣﺮ ﺎت ا ﺴﻢ‪ ،‬واﻹﺷﺎرات‪ ،‬واﻹﻳﻤﺎءات‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﺤﺪﻳﺪ أﺻﻮات ا ﺮوف‬ ‫‪1.1.2‬‬
‫‪ ...‬إ ‪.‬‬ ‫اﳌﺴﻤﻮﻋﺔ‪.‬‬

‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﻣﻦ ﺧﻼل اﻟﻠﻌﺒﺔ اﻟﻠﻐﻮ ﺔ ﻣﺜﻞ اﻟﺮﺳﺎﻟﺔ اﳌ ﻤﻮﺳﺔ‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﻤﻴ أﺻﻮات ا ﺮوف‬ ‫‪1.1.3‬‬
‫واﻟﺘﻠﻮ ﻦ‪.‬‬ ‫اﳌﺴﻤﻮﻋﺔ‪.‬‬

‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﻜﻮ ﻦ ا ﺮوف اﳌﺴﻤﻮﻋﺔ‪ .‬اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﺑﺎﺳﺘﺨﺪام اﻟﺼﻠﺼﺎل واﳌﻮاد ا ﺎﻣﺔ ﻣﺜﻞ أوراق‬ ‫‪1.1.4‬‬
‫ا ﺮ ﺪة‪.‬‬

‫‪19‬‬
‫‪KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1‬‬

‫اﳌﻼﺣﻈﺔ‬ ‫ﻣﻌﻴﺎراﻟﺘﻌﻠﻢ‬ ‫ﻣﻌﻴﺎراﳌﺤﺘﻮى‬


‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﻣﻦ ﺧﻼل اﻷﻧﺎﺷﻴﺪ‪ ،‬واﻟﻜﻼم ا ﻤﺎ ‪ ،‬وﺣﺮ ﺎت‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﻣﺤﺎ ﺎة اﳌﻘﻄﻊ اﳌﺴﻤﻮع‬ ‫‪1.2.1‬‬ ‫]‪ [1.2‬اﻻﺳﺘﻤﺎع إ أﺻﻮات ا ﺮوف‬
‫ا ﺴﻢ‪ ،‬واﻹﺷﺎرات‪ ،‬واﻹﻳﻤﺎءات ‪ ...‬إ ‪.‬‬ ‫وﺗﺮدﻳﺪﻩ وﻧﻄﻘﮫ ﻧﻄﻘﺎ ﻴﺤﺎ‪.‬‬ ‫اﻟ ﺎﺋﻴﺔ اﳌﺮﻛﺰة )م‪/‬ب‪/‬ت‪/‬ا‪/‬ج‪/‬د‪/‬ك‪/‬ن(*‬
‫ﻟﻌﺒﺔ اﻟﺒﻄﺎﻗﺔ وﻟﻌﺒﺔ اﻟﻘﻨﺒﻠﺔ‪.‬‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﺤﺪﻳﺪ اﳌﻘﻄﻊ اﳌﺴﻤﻮع‪.‬‬ ‫‪1.2.2‬‬ ‫اﻟ ﻠﻤﺎت ﺑﺤﺮ ﺎ ﺎ اﳌﺨﺘﻠﻔﺔ )‬
‫أول‪/‬وﺳﻂ‪/‬آﺧﺮاﻟ ﻠﻤﺔ(‪.‬‬
‫ﻟﻌﺒﺔ اﻟﺒﻄﺎﻗﺔ‪ ،‬وﻟﻌﺒﺔ اﻟﻘﻨﺒﻠﺔ‪ ،‬وﻟﻌﺒﺔ اﺧﺘﻴﺎراﻟﺒﻄﺎﻗﺔ‪.‬‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﻤﻴ اﳌﻘﻄﻊ اﳌﺴﻤﻮع‪.‬‬ ‫‪1.2.3‬‬

‫ﻟﻌﺒﺔ اﻟﺒﻄﺎﻗﺔ‪ ،‬واﻷوراق‪ ،‬واﻟﺼﻠﺼﺎل‪ ،‬وﻟﻌﺒﺔ اﻟ ﻠﻤﺎت‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﻜﻮ ﻦ اﳌﻘﻄﻊ اﳌﺴﻤﻮع‪.‬‬ ‫‪1.2.4‬‬ ‫*ﺗﺮﺗ ﺐ ا ﺮوف ﻳ ﻮن ﻋ اﻟﺴ ﻮﻟﺔ‬
‫اﳌﺘﻘﺎﻃﻌﺔ‪.‬‬ ‫اﻟﻨﻄﻖ‪.‬‬
‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﻣﻦ ﺧﻼل اﻷﻟﻌﺎب اﻟﺸﻔ ﻴﺔ‪ ،‬واﻷﻧﺎﺷﻴﺪ‪ ،‬واﻟﻜﻼم‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﻣﺤﺎ ﺎة اﻟ ﻠﻤﺎت وﺗﺮدﻳﺪ ﺎ‬ ‫‪1.3.1‬‬ ‫]‪ [1.3‬اﻻﺳﺘﻤﺎع إ اﻟ ﻠﻤﺎت اﻟ ﻓ ﺎ‬
‫ا ﻤﺎ ‪ ،‬وﺣﺮ ﺎت ا ﺴﻢ‪ ،‬واﻹﻳﻤﺎءات‪ ،‬وﺗﻤﺜﻴﻞ ا ﻮار‪.‬‬ ‫وﻧﻄﻘ ﺎ‪.‬‬ ‫ا ﺮ ﺎت اﳌﺨﺘﻠﻔﺔ )ا ﺮ ﺎت اﻟﻘﺼ ة‬
‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﺤﺪﻳﺪ اﻟ ﻠﻤﺎت اﳌﺴﻤﻮﻋﺔ‪ .‬ﺗﻠﻮ ﻦ ﺻﻮر ﻟﻠ ﻠﻤﺎت اﳌﺴﻤﻮﻋﺔ‪.‬‬ ‫‪1.3.2‬‬ ‫واﻟﻄﻮ ﻠﺔ‪ ،‬واﻟﺴﺎﻛﻨﺔ‪ ،‬واﳌﺸﺪدة( وﻧﻄﻘ ﺎ‬
‫ﻧﻄﻘﺎ ﻴﺤﺎ‪.‬‬
‫ﻌﻴ ن ﺻﻮر ﻟﻠ ﻠﻤﺎت اﳌﺴﻤﻮﻋﺔ‪ ،‬و ﻌﻴ ن ا ﺮ ﺎت اﻟﻘﺼ ة‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﻤﻴ اﻟ ﻠﻤﺎت اﳌﺴﻤﻮﻋﺔ‪.‬‬ ‫‪1.3.3‬‬
‫واﻟﻄﻮ ﻠﺔ ﻣﻦ ﺧﻼل اﻹﻳﻤﺎءات‪ ،‬واﻹﺷﺎرات‪ ،‬واﻟﻠﻌﺒﺔ اﻟﻠﻐﻮ ﺔ‬
‫)ﻣﺤﻄﺔ اﻟ ﻠﻤﺎت(‪.‬‬
‫ﺗﺮﻛﻴﺐ اﻟ ﻠﻤﺎت ﺑﺎﺳﺘﺨﺪام اﳌﻮاد اﳌﺨﺘﻠﻔﺔ‪ ،‬و ﺸﻜﻴﻞ‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﻜﻮ ﻦ اﻟ ﻠﻤﺎت ﻣﻦ‬ ‫‪1.3.4‬‬
‫اﻟ ﻠﻤﺎت اﳌﺴﻤﻮﻋﺔ‪ ،‬وﻟﻌﺒﺔ ‪ ،sahibba‬وأﻟﻌﺎب اﻟ ﻠﻤﺎت‪،‬‬ ‫ا ﺮوف اﳌﺴﻤﻮﻋﺔ‪.‬‬
‫وأﻟﻌﺎب ﺗﺨﻤ ن اﳌﻔﺮدات‪ ،‬وأﻟﻌﺎب ﻋﺸﻮاﺋﻴﺔ اﻟ ﻠﻤﺎت‪.‬‬
‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﻣﻦ ﺧﻼل اﻟﻌﻤﻞ ا ﻤﺎ ‪.‬‬ ‫ﻞ‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ إﻧﺘﺎج اﳌﻠﺼﻘﺎت و‬ ‫‪1.3.5‬‬
‫اﻟﻘﺼﺎﺻﺎت ﻟﻠ ﻠﻤﺎت اﳌﺴﻤﻮﻋﺔ‪.‬‬

‫‪20‬‬
‫‪KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1‬‬

‫اﳌﻼﺣﻈﺔ‬ ‫ﻣﻌﻴﺎراﻟﺘﻌﻠﻢ‬ ‫ﻣﻌﻴﺎراﳌﺤﺘﻮى‬


‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﻣﻦ ﺧﻼل اﻷﻧﺎﺷﻴﺪ‪ ،‬وا ﻮار‪ ،‬واﺳﺘﺨﺪام اﻟﺼﻮر‪.‬‬ ‫‪ 1.4.1‬اﻟﻘﺪرة ﻋ اﻻﺳﺘﻤﺎع إ اﻟﺘﺤﻴﺎت‬ ‫]‪ [1.4‬اﻻﺳﺘﻤﺎع إ اﻟﺘﺤﻴﺎت واﻟ ﺣﻴﺒﺎت‪.‬‬
‫واﻟ ﺣﻴﺒﺎت‪ ،‬وﻣﺤﺎ ﺎ ﺎ وﺗﺮدﻳﺪ ﺎ‬ ‫ﺻﺒﺎح اﻟﻨﻮر‬ ‫ﺻﺒﺎح ا‬
‫وﻧﻄﻘ ﺎ ﻧﻄﻘﺎ ﻴﺤﺎ ﻣﻦ ﺣﻴﺚ اﻟﻨ‬ ‫ﻣﺴﺎء اﻟﻨﻮر‬ ‫ﻣﺴﺎء ا‬
‫واﻟﺘﻨﻐﻴﻢ‪.‬‬ ‫‪/‬ك‬ ‫َ‬
‫أ ﻼ وﺳ ﻼ أ ﻼ ﺑﻚ ِ‬
‫‪ 1.4.2‬اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﻤﺜﻴﻞ اﻟﺘﺤﻴﺎت واﻟ ﺣﻴﺒﺎت اﻟﺘﻤﺜﻴﻞ وأﻟﻌﺎب اﻟﺴﺆال وا ﻮاب‪.‬‬
‫اﳌﺴﻤﻮﻋﺔ ارﺗﺠﺎﻟﻴﺎ‪.‬‬
‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﻣﻦ ﺧﻼل اﻷﻧﺎﺷﻴﺪ‪ ،‬واﻟﻜﻼم ا ﻤﺎ ‪ ،‬وﺣﺮ ﺎت‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ اﻻﺳﺘﻤﺎع إ اﻷرﻗﺎم‬ ‫‪1.5.1‬‬ ‫]‪ [1.5‬اﻻﺳﺘﻤﺎع وﻧﻄﻖ اﻷرﻗﺎم واﻷﻋﺪاد‬
‫ا ﺴﻢ‪ ،‬واﻹﺷﺎرات‪ ،‬واﻹﻳﻤﺎءات‪.‬‬ ‫واﻷﻋﺪاد وﺗﺮدﻳﺪ ﺎ وﻧﻄﻘ ﺎ‪.‬‬ ‫)‪ (١٠-١‬وﻧﻄﻘ ﺎ ﻧﻄﻘﺎ ﻴﺤﺎ‪.‬‬

‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﻣﻦ ﺧﻼل اﻷﻧﺎﺷﻴﺪ‪ ،‬واﻟﻜﻼم ا ﻤﺎ ‪ ،‬وﺣﺮ ﺎت‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﺮﺗ ﺐ اﻷرﻗﺎم واﻷﻋﺪاد‬ ‫‪1.5.2‬‬
‫ا ﺴﻢ‪ ،‬واﻹﺷﺎرات‪ ،‬واﻹﻳﻤﺎءات‪ ،‬وﺗﻤﺜﻴﻞ ا ﻮار‪ ،‬وﻟﻌﺒﺔ‬ ‫اﳌﺴﻤﻮﻋﺔ ﺷﻔ ﻴﺎ‪.‬‬
‫اﻟﻨﻂ‪ ،‬واﻟﻔﻮاز ﺮ ‪ ،‬واﻻﺳﺘﻜﺸﺎف‪ ...‬إ‬
‫ﻟﻌﺒﺔ ﻛﻢ اﻟﻌﺪد؟ ﻟﻌﺒﺔ اﻟﺒﻄﺎﻗﺔ‪.‬‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﻤﻴ اﻷرﻗﺎم واﻷﻋﺪاد‬ ‫‪1.5.3‬‬
‫اﳌﺴﻤﻮﻋﺔ‪.‬‬
‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﻣﻦ ﺧﻼل اﻷﻧﺎﺷﻴﺪ‪ ،‬واﻟﻜﻼم ا ﻤﺎ ‪ ،‬وﺣﺮ ﺎت‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺴﻤﻴﻊ اﻷرﻗﺎم واﻷﻋﺪاد‬ ‫‪1.5.4‬‬
‫اﳌﺤﻔﻮﻇﺔ وﺗﻨﻔﻴﺬ ﻋﻤﻠﻴﺔ اﻟﻌﺪ‪ (١٠-١) :‬ا ﺴﻢ‪ ،‬واﻹﺷﺎرات‪ ،‬واﻹﻳﻤﺎءات‪ ،‬وﺗﻤﺜﻴﻞ ا ﻮار‪ ،‬وﻟﻌﺒﺔ‬
‫اﻟﻨﻂ‪ ،‬واﻟﻔﻮاز ﺮ ‪ ،‬وﻟﻌﺒﺔ اﻻﺳﺘﻜﺸﺎف‪ ...‬إ ‪.‬‬

‫‪21‬‬
‫‪KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1‬‬

‫‪Kemahiran Mem baca‬‬

‫)‪ (2‬ﻣ ﺎرة اﻟﻘﺮاءة‬


‫اﳌﻼﺣﻈﺔ‬ ‫ﻣﻌﻴﺎراﻟﺘﻌﻠﻢ‬ ‫ﻣﻌﻴﺎراﳌﺤﺘﻮى‬
‫ﺗﻄﺒﻴﻖ " ﺣﺮو اﳌﺮﺣﺔ " ﻟﺘﻌﻠﻴﻢ اﻷﺑﺠﺪﻳﺔ ﺸ ﻞ ﻣﻤﺘﻊ‪.‬‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﻣﺤﺎ ﺎة ﻗﺮاءة ا ﺮوف‬ ‫]‪ [2.1‬ﻗﺮاءة ا ﺮوف اﻟ ﺎﺋﻴﺔ )ا ‪ /‬ب ت ‪2.1.1‬‬
‫ﻣﻼﺣﻈﺔ ﻣ ﻤﺔ‪ :‬ﻌﺘﻤﺪ اﻟﺘﻄﺒﻴﻖ ﻧﻈﺎم ﻗﺮاءة ا ﺮوف‬ ‫اﳌﺴﻤﻮﻋﺔ وﺗﺮدﻳﺪ ﺎ ﺗﺮدﻳﺪا ﻴﺤﺎ‪.‬‬ ‫ث ‪ /‬ج ح خ ‪ /‬د ذ ‪ /‬رز‪ /‬س ش ‪ /‬ص‬
‫اﳌﺴﻤﻮﻋﺔ ﺑﺎﺳﺘﺨﺪام ﻃﺮ ﻘﺔ ﺻﻮﺗﻴﺔ ﺑﺪﻻ ﻣﻦ ﻃﺮ ﻘﺔ‬ ‫ض‪ /‬طظ‪/‬عغ‪/‬فق‪/‬ك‪/‬ل‪/‬م‬
‫ﺣﺮﻓﻴﺔ وﻓﻖ ﻃﺮق ﺗﺪر ﺲ اﳌﻌﺎﺻﺮة وا ﺪﻳﺜﺔ‪.‬‬ ‫‪ /‬ن ‪ /‬و ‪ /‬ه ‪ /‬ء ‪ /‬ي( اﻟ ﻠﻤﺎت‬
‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﻣﻦ ﺧﻼل اﻷﻧﺎﺷﻴﺪ‪ ،‬واﻟﻜﻼم ا ﻤﺎ ‪ ،‬واﻟﻘﺮاءة‬ ‫ﺑﺤﺮ ﺎ ﺎ اﳌﺨﺘﻠﻔﺔ )اﻟﻔﺘﺤﺔ‪/‬اﻟﻜﺴﺮة‪/‬‬
‫ا ﺮﺔ‬ ‫اﻟﻀﻤﺔ( ﻗﺮاءة ﻴﺤﺔ‪.‬‬
‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﻣﻦ ﺧﻼل ﻌﻴ ن ﺑﻄﺎﻗﺎت اﻟ ﻠﻤﺎت أو ا ﺮوف‪،‬‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﺤﺪﻳﺪ ا ﺮوف اﳌﻘﺮوءة‪.‬‬ ‫‪2.1.2‬‬
‫واﻹﺷﺎرات‪ ،‬واﻹﻳﻤﺎءات ‪ ..‬إ‬

‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﻣﻦ ﺧﻼل اﻟﻠﻌﺒﺔ اﻟﻠﻐﻮ ﺔ ﻣﺜﻞ ﺗﻮﻓﻴﻖ ا ﺮوف‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﻤﻴ ا ﺮوف اﳌﻘﺮوءة‪.‬‬ ‫‪2.1.3‬‬
‫ﺑﺎﻟ ﻠﻤﺎت‪ ،‬وﺗﻔﺼﻴﻞ ا ﺮوف‪ ،‬وﺗﻮﺻﻴﻠ ﺎ ﺑﺎﺳﺘﺨﺪام‬
‫اﻟﺒﻄﺎﻗﺔ‪.‬‬

‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﺑﺎﺳﺘﺨﺪام اﻟﺼﻠﺼﺎل واﳌﻮاد ا ﺎﻣﺔ ﻣﺜﻞ أوراق‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﻜﻮ ﻦ ا ﺮوف اﳌﻘﺮوءة‪.‬‬ ‫‪2.1.4‬‬
‫ا ﺮ ﺪة‪.‬‬

‫‪22‬‬
‫‪KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1‬‬

‫اﳌﻼﺣﻈﺔ‬ ‫ﻣﻌﻴﺎراﻟﺘﻌﻠﻢ‬ ‫ﻣﻌﻴﺎراﳌﺤﺘﻮى‬


‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﻣﻦ ﺧﻼل اﻟﻘﺮاءة ا ﺮ ﺔ‪ ،‬واﻷﻧﺎﺷﻴﺪ‪ ،‬وﺣﺮ ﺎت‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﻣﺤﺎ ﺎة ﻗﺮاءة اﳌﻘﻄﻊ‬ ‫‪2.2.1‬‬ ‫]‪ [2.2‬ﻗﺮاءة ا ﺮوف اﻟ ﺎﺋﻴﺔ اﳌﺮﻛﺰة‬
‫ا ﺴﻢ‪ ،‬واﻹﺷﺎرات‪ ،‬واﻹﻳﻤﺎءات‪.‬‬ ‫اﳌﺴﻤﻮع‪.‬‬ ‫)م‪/‬ب‪/‬ت‪/‬ا‪/‬ج‪/‬د‪/‬ك‪/‬ن( اﻟ ﻠﻤﺎت‬
‫ﺑﺤﺮ ﺎ ﺎ اﳌﺨﺘﻠﻔﺔ ) أول‪/‬وﺳﻂ‪/‬آﺧﺮ‬
‫ﻟﻌﺒﺔ اﻟﺒﻄﺎﻗﺔ وﻟﻌﺒﺔ اﻟﻘﻨﺒﻠﺔ‪.‬‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﺤﺪﻳﺪ اﳌﻘﻄﻊ اﳌﻘﺮوء‪.‬‬ ‫‪2.2.2‬‬ ‫اﻟ ﻠﻤﺔ( ﻗﺮاءة ﻴﺤﺔ‪.‬‬

‫ﻟﻌﺒﺔ اﻟﺒﻄﺎﻗﺔ‪ ،‬وﻟﻌﺒﺔ اﻟﻘﻨﺒﻠﺔ‪ ،‬وﻟﻌﺒﺔ اﺧﺘﻴﺎراﻟﺒﻄﺎﻗﺔ‪.‬‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﻤﻴ اﳌﻘﻄﻊ اﳌﻘﺮوء‪.‬‬ ‫‪2.2.3‬‬

‫ﻟﻌﺒﺔ اﻟﺒﻄﺎﻗﺔ‪ ،‬واﻷوراق‪ ،‬واﻟﺼﻠﺼﺎل‪ ،‬وﻟﻌﺒﺔ اﻟ ﻠﻤﺎت‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﻜﻮ ﻦ اﳌﻘﻄﻊ اﳌﻘﺮوء‪.‬‬ ‫‪2.2.4‬‬
‫اﳌﺘﻘﺎﻃﻌﺔ‪.‬‬

‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﻣﻦ ﺧﻼل اﻟﻘﺮاءة ا ﺮ ﺔ‪ ،‬واﻷﻧﺎﺷﻴﺪ‪ ،‬واﻟﻜﻼم‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﻣﺤﺎ ﺎة ﻗﺮاءة اﻟ ﻠﻤﺎت‬ ‫‪2.3.1‬‬ ‫]‪ [2.3‬ﻗﺮاءة اﻟ ﻠﻤﺎت اﳌﺘﻌﻠﻘﺔ ﺑﺎ ﺮوف‬
‫ا ﻤﺎ ‪ ،‬وﺣﺮ ﺎت ا ﺴﻢ‪ ،‬واﻹﻳﻤﺎءات‪ ،‬وﺗﻤﺜﻴﻞ ا ﻮار‪،‬‬ ‫وﺗﺮدﻳﺪ ﺎ وﻗﺮاء ﺎ ﻗﺮاءة ﻴﺤﺔ‪.‬‬ ‫اﻟ ﺎﺋﻴﺔ اﻟ ﻓ ﺎ ا ﺮ ﺎت اﳌﺨﺘﻠﻔﺔ‬
‫وأﻟﻌﺎب اﻟﺒﻄﺎﻗﺎت واﻟﺼﻮر‪.‬‬ ‫)ا ﺮ ﺎت اﻟﻘﺼ ة واﻟﻄﻮ ﻠﺔ‪ ،‬واﻟﺴﺎﻛﻨﺔ‪،‬‬
‫واﳌﺸﺪدة( ﻗﺮاءة ﻴﺤﺔ‪.‬‬
‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﺑﻄﺮ ﻘﺔ ﺻﻮﺗﻴﺔ‪.‬‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗ ﺌﺔ اﻟ ﻠﻤﺎت‪.‬‬ ‫‪2.3.2‬‬

‫ﺗﻠﻮ ﻦ ﺻﻮر ﻟﻠ ﻠﻤﺎت اﳌﻘﺮوءة وﺗﻮﻓﻴﻖ اﻟﺼﻮر ﺑﺎﻟ ﻠﻤﺎت‪.‬‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﺤﺪﻳﺪ اﻟ ﻠﻤﺎت اﳌﻘﺮوءة‪.‬‬ ‫‪2.3.3‬‬

‫‪23‬‬
‫‪KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1‬‬

‫اﳌﻼﺣﻈﺔ‬ ‫ﻣﻌﻴﺎراﻟﺘﻌﻠﻢ‬ ‫ﻣﻌﻴﺎراﳌﺤﺘﻮى‬


‫ﻌﻴ ن ﺻﻮر ﻟﻠ ﻠﻤﺎت اﳌﻘﺮوءة‪ ،‬و ﻌﻴ ن ا ﺮ ﺎت اﻟﻘﺼ ة‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﻤﻴ اﻟ ﻠﻤﺎت اﳌﻘﺮوءة‪.‬‬ ‫‪2.3.4‬‬
‫واﻟﻄﻮ ﻠﺔ ﻣﻦ ﺧﻼل اﻹﻳﻤﺎءات‪ ،‬واﻹﺷﺎرات‪ ،‬واﻟﻠﻌﺒﺔ اﻟﻠﻐﻮ ﺔ‬
‫)ﻣﺤﻄﺔ اﻟ ﻠﻤﺎت(‪.‬‬

‫اﳌﺜﺎل‪ :‬ﺗﺮﻛﻴﺐ اﻟ ﻠﻤﺎت ﺑﺎﺳﺘﺨﺪام اﳌﻮاد اﳌﺨﺘﻠﻔﺔ‪،‬‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﻜﻮ ﻦ اﻟ ﻠﻤﺎت ﻣﻦ‬ ‫‪2.3.5‬‬
‫و ﺸﻜﻴﻞ اﻟ ﻠﻤﺎت اﳌﺴﻤﻮﻋﺔ‪ ،‬وﻟﻌﺒﺔ ‪ ،sahibba‬وأﻟﻌﺎب‬ ‫ا ﺮوف اﳌﻘﺮوءة‪.‬‬
‫اﻟ ﻠﻤﺎت‪ ،‬وأﻟﻌﺎب ﺗﺨﻤ ن اﳌﻔﺮدات‪ ،‬وأﻟﻌﺎب ﻋﺸﻮاﺋﻴﺔ‬
‫اﻟ ﻠﻤﺎت‪.‬‬
‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﻣﻦ ﺧﻼل اﻟﻌﻤﻞ ا ﻤﺎ ‪.‬‬ ‫ﻞ‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ إﻧﺘﺎج اﳌﻠﺼﻘﺎت و‬ ‫‪2.3.6‬‬
‫اﻟﻘﺼﺎﺻﺎت ﻟﻠ ﻠﻤﺎت اﳌﻘﺮوءة‪.‬‬

‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﻣﻦ ﺧﻼل اﻷﻧﺎﺷﻴﺪ‪ ،‬وا ﻮار‪ ،‬واﺳﺘﺨﺪام اﻟﺼﻮر‪.‬‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﻣﺤﺎ ﺎة ﻗﺮاءة اﻟﺘﺤﻴﺎت‬ ‫‪2.4.1‬‬ ‫]‪ [2.4‬ﻗﺮاءة اﻟﺘﺤﻴﺎت واﻟ ﺣﻴﺒﺎت ﻗﺮاءة‬
‫واﻟ ﺣﻴﺒﺎت وﺗﺮدﻳﺪ ﺎ وﻗﺮاء ﺎ ﻗﺮاءة‬ ‫ﻴﺤﺔ‪.‬‬
‫ﻴﺤﺔ ﻣﻦ ﺣﻴﺚ اﻟﻨ واﻟﺘﻨﻐﻴﻢ‪.‬‬ ‫ﺻﺒﺎح اﻟﻨﻮر‬ ‫ﺻﺒﺎح ا‬
‫ﻣﺴﺎء اﻟﻨﻮر‬ ‫ﻣﺴﺎء ا‬
‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﻤﺜﻴﻞ اﻟﺘﺤﻴﺎت واﻟ ﺣﻴﺒﺎت اﻟﺘﻤﺜﻴﻞ وأﻟﻌﺎب اﻟﺴﺆال وا ﻮاب‪.‬‬ ‫‪2.4.2‬‬ ‫‪/‬ك‬ ‫َ‬
‫أ ﻼ وﺳ ﻼ أ ﻼ ﺑﻚ ِ‬
‫اﳌﻘﺮوءة ارﺗﺠﺎﻟﻴﺎ‪.‬‬

‫‪24‬‬
‫‪KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1‬‬

‫اﳌﻼﺣﻈﺔ‬ ‫ﻣﻌﻴﺎراﻟﺘﻌﻠﻢ‬ ‫ﻣﻌﻴﺎراﳌﺤﺘﻮى‬


‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﻣﻦ ﺧﻼل ﺗﺤﻠﻴﻞ اﻟﺘﺤﻴﺎت واﻟ ﺣﻴﺒﺎت ﺑﺎﺳﺘﺨﺪام‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﺼ ﻴﻒ اﻟﺘﺤﻴﺎت‬ ‫‪2.4.3‬‬
‫اﻟﺼﻮر‪.‬‬ ‫واﻟ ﺣﻴﺒﺎت اﳌﻘﺮوءة‪.‬‬

‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﻣﻦ ﺧﻼل اﻷﻧﺎﺷﻴﺪ‪ ،‬واﻟﻜﻼم ا ﻤﺎ ‪ ،‬وﺣﺮ ﺎت‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﻣﺤﺎ ﺎة ﻗﺮاءة اﻷرﻗﺎم‬ ‫]‪ [2.5‬ﻗﺮاءة اﻷرﻗﺎم واﻷﻋﺪاد )‪ (١٠-١‬ﻗﺮاءة ‪2.5.1‬‬
‫ا ﺴﻢ‪ ،‬واﻹﺷﺎرات‪ ،‬واﻹﻳﻤﺎءات‪.‬‬ ‫واﻷﻋﺪاد وﺗﺮدﻳﺪ ﺎ وﻗﺮاء ﺎ ﻗﺮاءة‬ ‫ﻴﺤﺔ‪.‬‬
‫ﻴﺤﺔ‪.‬‬
‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﻣﻦ ﺧﻼل اﻷﻧﺎﺷﻴﺪ‪ ،‬واﻟﻜﻼم ا ﻤﺎ ‪ ،‬وﺣﺮ ﺎت‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﺮﺗ ﺐ اﻷرﻗﺎم واﻷﻋﺪاد‬ ‫‪2.5.2‬‬
‫ا ﺴﻢ‪ ،‬واﻹﺷﺎرات‪ ،‬واﻹﻳﻤﺎءات‪ ،‬وﺗﻤﺜﻴﻞ ا ﻮار‪ ،‬وﻟﻌﺒﺔ‬ ‫اﳌﻘﺮوءة‪.‬‬
‫اﻟﻨﻂ‪ ،‬واﻟﻔﻮاز ﺮ‪ ،‬واﻻﺳﺘﻜﺸﺎف‪ ...‬إ ‪.‬‬

‫ﻟﻌﺒﺔ ﻛﻢ اﻟﻌﺪد؟‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﻤﻴ اﻷرﻗﺎم واﻷﻋﺪاد‬ ‫‪2.5.3‬‬


‫ﻟﻌﺒﺔ اﻟﺒﻄﺎﻗﺔ‪.‬‬ ‫وﻗﺮاء ﺎ ﻗﺮاءة ﻴﺤﺔ‪.‬‬

‫اﻟﺘﻨﻔﻴﺬ ﻣﻦ ﺧﻼل اﻷﻧﺎﺷﻴﺪ‪ ،‬واﻟﻜﻼم ا ﻤﺎ ‪ ،‬وﺣﺮ ﺎت‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﻗﺮاءة اﻷرﻗﺎم واﻷﻋﺪاد‬ ‫‪2.5.4‬‬
‫ا ﺴﻢ‪ ،‬واﻹﺷﺎرات‪ ،‬واﻹﻳﻤﺎءات‪ ،‬وﺗﻤﺜﻴﻞ ا ﻮار‪ ،‬وﻟﻌﺒﺔ‬ ‫وﺗﻨﻔﻴﺬ ﻋﻤﻠﻴﺔ اﻟﻌﺪ‪(١٠-١) :‬‬
‫اﻟﻨﻂ‪ ،‬واﻟﻔﻮاز ﺮ‪ ،‬وﻟﻌﺒﺔ اﻻﺳﺘﻜﺸﺎف‪ ...‬إ ‪.‬‬

‫‪25‬‬
‫‪KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1‬‬

‫‪Kemahiran Men ulis‬‬

‫)‪ (3‬ﻣ ﺎرة اﻟﻜﺘﺎﺑﺔ‬


‫اﳌﻼﺣﻈﺔ‬ ‫ﻣﻌﻴﺎراﻟﺘﻌﻠﻢ‬ ‫ﻣﻌﻴﺎراﳌﺤﺘﻮى‬
‫ﻟﻌﺒﺔ اﳌﺮآة‪.‬‬ ‫ﻴﺤﺔ‪.‬‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﻣﺴﻚ أدوات اﻟﻜﺘﺎﺑﺔ ﺑﻄﺮ ﻘﺔ‬ ‫‪3.1.1‬‬ ‫ا ﺮوف‬ ‫]‪[3.1‬‬
‫ﺎ ﻴﺤﺎ‪.‬‬
‫ﻟﻌﺒﺔ اﻟﺘﺨﻤ ن واﻟﻜﺘﺎﺑﺔ ﻋ اﻟ ﻮاء‪.‬‬ ‫ﻴﺢ ﻟﺘ ﻮ ﻦ ا ﺮوف‪.‬‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ ﺗﺤﺮ ﻚ اﻟﻴﺪ واﻷﺻﺎ ﻊ ﺣﺴﺐ اﻻﺗﺠﺎﻩ اﻟ‬ ‫‪3.1.2‬‬
‫ﺻﻨﺪوق اﻟ ﺎﺋﺐ‪.‬‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ وﺻﻞ اﻟﻨﻘﺎط ﻟﺘ ﻮن ﺣﺮﻓﺎ‪.‬‬ ‫‪3.1.3‬‬
‫واﻟﺘﻠﻮ ﻦ‪.‬‬ ‫ﻣﺴﺎﺑﻘﺔ اﻟ‬ ‫ا ﺮوف اﻟ ﺎﺋﻴﺔ‪.‬‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ‬ ‫‪3.1.4‬‬
‫ﺗ ﻮ ﻦ ا ﺮوف ﺑﺎﺳﺘﺨﺪام اﻷدوات‬
‫اﳌﺨﺘﻠﻔﺔ‪.‬‬
‫اﻹﻣﻼء ﻣﻦ ﺧﻼل ﻟﻌﺒﺔ اﻟﻘﻄﺎر‪.‬‬ ‫اﳌﻘﺎﻃﻊ‪ .‬ا ﺮوف ‪) :‬ا ﺮوف اﻟ ﻻ ﻳﺘﺼﻞ ﺎ(‪.‬‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ‬ ‫ﺎ ‪3.2.1‬‬ ‫اﳌﻘﺎﻃﻊ‬ ‫]‪[3.2‬‬
‫ﻴﺤﺎ‪.‬‬
‫اﻟ ﻠﻤﺎت اﳌﺘﻌﻠﻘﺔ ﺑﺎ ﺮوف اﻟ ﺎﺋﻴﺔ )ا ‪ /‬ب ت ث ‪ /‬ج ح خ اﻟﺒﺤﺚ ﻋﻦ اﻟﻜ ‪.‬‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ‬ ‫‪3.3.1‬‬ ‫اﻟ ﻠﻤﺎت‬ ‫]‪[3.3‬‬
‫‪ /‬د ذ ‪ /‬رز‪ /‬س ش ‪ /‬ص ض ‪ /‬ط ظ ‪ /‬ع غ ‪ /‬ف ق ‪ /‬ك ‪ /‬ل ‪ /‬م ‪ /‬ن ‪ /‬و ‪/‬‬ ‫ﻴﺤﺎ‪.‬‬ ‫ﺎ‬
‫ه ‪ /‬ء ‪ /‬ي(‪.‬‬
‫ﻗﺎﻣﻮ اﳌﺼﻮر‪.‬‬ ‫اﻷرﻗﺎم واﻷﻋﺪاد‪.‬‬ ‫اﻟﻘﺪرة ﻋ‬ ‫‪3.4.1‬‬ ‫اﻷرﻗﺎم‬ ‫]‪[3.4‬‬
‫ﺎ‬ ‫واﻷﻋﺪاد )‪(١٠-١‬‬
‫ﻴﺤﺎ‪.‬‬

‫‪26‬‬
‫‪KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1‬‬

‫‪Standard Prestasi‬‬

‫ﻣﻌﻴﺎراﻹﻧﺠﺎزات )ﻟﻠﻤ ﺎرات اﻻﺳﺘﻤﺎع واﻟﻜﻼم واﻟﻘﺮاءة واﻟﻜﺘﺎﺑﺔ(‬

‫ﺗﻔﺼﻴﻞ اﳌﺴﺘﻮ ﺎت‬ ‫اﳌﺴﺘﻮ ﺎت‬

‫ّ‬
‫ﻌﺮف اﻟﺘﻠﻤﻴﺬ ﻋ اﳌ ﺎرات اﻟﻠﻐﻮ ﺔ اﻷﺳﺎﺳﻴﺔ واﺳﺘﻌﺪادﻩ ﻟﺘﻄﺒﻴﻘ ﺎ ﻣﻊ إرﺷﺎد اﳌﻌﻠﻢ‪.‬‬ ‫‪١‬‬

‫ّ‬
‫ﻌﺮف اﻟﺘﻠﻤﻴﺬ وﻗﺪرﺗﮫ ﻋ اﻟﺘﻄﺒﻴﻖ ﺑﺎﳌ ﺎرات اﻟﻠﻐﻮ ﺔ اﻷﺳﺎﺳﻴﺔ ﻣﻊ ﻮﻧﮫ واﻋﻴﺎ‪.‬‬ ‫‪٢‬‬

‫ّ‬
‫ﻌﺮف اﻟﺘﻠﻤﻴﺬ وﻗﺪرﺗﮫ ﻋ اﻟﺘﻄﺒﻴﻖ ﺑﺎﳌ ﺎرات اﻟﻠﻐﻮ ﺔ اﻷﺳﺎﺳﻴﺔ ﻣﻊ ﻮﻧﮫ ﺛ ـ ــﺎﺑﺘﺎ‪.‬‬ ‫‪٣‬‬

‫ّ‬
‫ﻌﺮف اﻟﺘﻠﻤﻴﺬ وﻗﺪرﺗﮫ ﻋ اﻟﺘﻄﺒﻴﻖ ﺑﺎﳌ ﺎرات اﻟﻠﻐﻮ ﺔ اﻷﺳﺎﺳﻴﺔ ﻣﻊ ﻮﻧﮫ ﺛﺎﺑﺘﺎ وﻣﻨﺎﺳﺒﺎ ﺑﺎﳌﻮاﻗﻒ‪.‬‬ ‫‪٤‬‬

‫ّ‬
‫ﻌﺮف اﻟﺘﻠﻤﻴﺬ وﻗﺪرﺗﮫ ﻋ اﻟﺘﻄﺒﻴﻖ ﺑﺎﳌ ﺎرات اﻟﻠﻐﻮ ﺔ اﻷﺳﺎﺳﻴﺔ ﻣﻊ ﻮﻧﮫ ﺛﺎﺑﺘﺎ وﻣﻨﺎﺳﺒﺎ ﺑﺎﳌﻮاﻗﻒ وﻣﺘﻄﻮﻋﺎ‪.‬‬ ‫‪٥‬‬

‫ّ‬
‫ﻌﺮف اﻟﺘﻠﻤﻴﺬ وﻗﺪرﺗﮫ ﻋ اﻟﺘﻄﺒﻴﻖ ﺑﺎﳌ ﺎرات اﻟﻠﻐﻮ ﺔ اﻷﺳﺎﺳﻴﺔ ﻣﻊ ﻮﻧﮫ ﺛﺎﺑﺘﺎ وﻣﻨﺎﺳﺒﺎ ﺑﺎﳌﻮاﻗﻒ وﻣﺜ ــﺎﻟﻴﺎ‪.‬‬ ‫‪٦‬‬

‫‪27‬‬
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

28
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

PANEL PENGGUBAL
1. Safian bin Adam Bahagian Pembangunan Kurikulum
2. Mior Syazril bin Mohamed Sapawi Bahagian Pembangunan Kurikulum
3. Arni Suharti binti Mohamed Yasin Bahagian Pembangunan Kurikulum
4. Anuar Hamdi bin Ismail Bahagian Buku Teks
5. Norazida binti Ibrahim Lembaga Peperiksaan
6. A’edah binti Zakaria IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi
7. Amran bin Abdul Rahman IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi
8. Mohd Ikmal Izwan bin Rosli SK Batu 38, Sabak Bernam, Selangor
9. Yusila binti Ishak @ Yusoff SK Kg. Jawa (2), Klang, Selangor
10. Mohd Yusri bin Kamarudin SK Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka
11. Nor Masayu binti Mat Resid SK Putrajaya Presint 11(1), Putrajaya

TURUT MENYUMBANG
1. Mohd Khairur Rosikhan bin M. Muridun JPN Perak
2. Nazri bini Samsudin JPN Selangor
3. Ahmad Suhaimi binti Abd Hapis JPWP Kuala Lumpur
4. Pauziah binti Othman SK Bukit Beringin, Alor Gajah, Melaka
5. Zuliyana binti Yahaya SK (1) Selayang Baru, Gombak, Selangor
6. Faizah binti Hamzah SK Putrajaya Presint 14(1), Putrajaya
7. Maizathul Sazila binti Othman SK Taman Anggerik, Johor Bahru, Johor
8. Suraiya binti Mohd Yusof SK Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan
9. Hakimi bin Md Said SK Tunku Muda, Serting, Negeri Sembilan

29
KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1

PENGHARGAAN

Penasihat
Dr. Sariah binti Abd. Jalil - Pengarah
En. Shamsuri bin Sujak - Timbalan Pengarah
Datin Dr. Ng Soo Boon - Timbalan Pengarah

Penasihat Editorial
Dr. A’azmi bin Shahri - Ketua Sektor
En. Idrus bin Abdul Rahman - Ketua Sektor
Tn. Haji Naza Idris bin Saadon - Ketua Sektor
Pn. Chetrilah binti Othman - Ketua Sektor
Pn. Zaidah binti Mohd. Yusof - Ketua Sektor
En. Mohd Faudzan bin Hamzah - Ketua Sektor
Dr. Rusilawati binti Othman - Ketua Sektor
En. Mohamad Salim bin Taufix Rashidi - Ketua Sektor
Pn. Hajah Norashikin binti Hashim - Ketua Sektor

30

Anda mungkin juga menyukai