Anda di halaman 1dari 5

PROCEEDING OF INTERNATIONAL CONFERENCE ON EMPOWERING ISLAMIC

CIVILIZATION, 7-8 OKTOBER 2017


Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization
Editors: Rahimah Embong, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid,
Fadzli Adam & Syed Hadzrullathfi Syed Omar
© Research Institute for Islamic Product and Malay Civilization (INSPIRE)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
ISBN 978-967-0899-70-1 (2017), http: //www.inspire.unisza.edu.my

Konsep Ta’dib Menurut Pandangan Cendekiawan Islam


Mior Mohd Mizan Mior Pi1, Rahimah Embong2 & Kasimah Kamaruddin3
1
Pelajar Sarjana, Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE),
Universiti Sultan Zainal Abidin,
Malaysia.
2
Felo Penyelidik, Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE),
Universiti Sultan Zainal Abidin,
Malaysia.
3
Doktor Falsafah Pengurusan Pembangunan Islam, Pusat Kajian Pengurusan Islam,
Universiti Sains Malaysia,
Malaysia.

Abstrak: Pendidikan yang diwarisi dari dahulu hingga kini merupakan pendidikan yang berteraskan Barat
yang bertujuan untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab (responsible citizen). Malah dalam
Islam, telah wujud sekian lama pendidikan berteraskan Islam yang dinamakan ta’dib. Secara umumnya,
ta’dib ialah proses mendidik yang lebih tertumpu kepada pembinaan dan penyempurnaan akhlak atau budi
pekerti dalam pembentukan peribadi muslim yang berakhlak mulia. Terdapat pelbagai pandangan
cendekiawan berkaitan ta’dib antaranya al-Attas, Imam Al-Ghazali dan Ibnu Sina. Persoalannya, apakah latar
belakang Imam Al-Ghazali, Ibnu Sina dan Al-Attas? Dan apakah pandangan Imam Al-Ghazali, Ibnu Sina
dan Al-Attas terhadap konsep ta’dib? Kertas kerja ini bertujuan menjelaskan konsep ta’dib menurut
pandangan cendekiawan Islam dan melihat sejauh mana pendekatan ta’dib dapat menangani masalah disiplin
pelajar yang berleluasa kini? Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan dianalisis menggunakan kaedah
analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa ta’dib menurut pandangan al-Attas adalah lebih tepat
kerana merangkumi kesemua unsur-unsur ta’dib iaitu unsur-unsur ilmu (‘ilm), pengajaran (ta’lim), dan
penyuburan yang baik (tarbiyah).

Kata Kunci: Konsep, Ta’dib, cendekiawan Islam

PENGENALAN

Pendidikan yang ada sekarang adalah pendidikan yang diasaskan oleh sistem sekular penjajah, iaitu sistem
yang memisahkan agama dan nilai-nilainya dari pendidikan akal dan jasmani. Manakala pendidikan
kerohanian tidak lebih dari menyampaikan fakta-fakta untuk dihafal tapi tidak menghidupkan jiwa dan hati
(El-Muhammady,1991:55).
Setiap sistem pendidikan mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Maka selaras dengan matlamat
akhir pendidikan dalam tamadun barat untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab (responsible
citizen) Hal ini berbeza dengan matlamat dan teras utama konsep pendidikan Islam adalah untuk melahirkan
insan yang baik (good man) atau insan yang sempurna (insan al-kamil) dan seimbang atau manusia yang adil
sifatnya(Asma, 2012:251).
Dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, maka perlu
diterapkan pendekatan ta’dib dalam diri seseorang. Hali ini kerana, ta’dib merupakan pendidikan adab yang
berteraskan konsep ilmu dan amal bagi melahirkan insan yang beradab seterusnya dapat melaksanakan
perintah Allah SWT demi mencapai kebahagiaan di dunia dan Akhirat (Rusliza,2015:40).
Tiga tokoh pemikir telah dikenal pasti bagi menjelaskan pandangan mereka mengenai ta’dib. Tiga
tokoh tersebut terdiri daripada Imam al-Ghazali, Ibnu Sina dan Syed Muhammad Naquib al-Attas. Ketiga-
tiga tokoh tersebut masing-masing mewakili zamannya sendiri iaitu al-Ghazali dan Ibnu Sina mewakili
pendidikan zaman tradisional, manakala Syed Muhammad Naquib Al-Attas mewakili zaman moden
sekarang.

136
PROCEEDING OF INTERNATIONAL CONFERENCE ON EMPOWERING ISLAMIC
CIVILIZATION, 7-8 OKTOBER 2017

LATAR BELAKANG TOKOH

Imam al-Ghazali

Nama lengkapnya ialah Muhammad bin Muhammad Abu Hamid al-Ghazali, bergelar Hujjatul Islam,
dilahirkan di Tusia Bandar Khurasan pada tahun 450H (1058M). Beliau dibesar dan diasuh oleh seorang guru
tasawuf dan setelah mencapai umur dewasa al-Ghazali berhijah ke Nisapur berguru dengan Imam al-
Haramain sehingga menguasai pelbagai bidang ilmu iaitu fiqh mazhab Syafi’i, mantiq dan falsafah. Imam al-
Ghazali adalah pengarang sebuah kitab yang dikenali sebagai Ihya’ Ulum al-Din atau dikenali dengan ihya’
al-Ghazali. Kitab ini secara keseluruhannya memfokuskan tentang pendidikan. Sekurang-kurangnya tujuh
bab pertama adalah secara khusus mengenai pendidikan iaitu; (i) kelebihan ilmu, kelebihan belajar dan
mengajar,(ii) Ilmu-ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah,(iii)ilmu yang bukan ilmu dan jenis-jenis ilmu yang
tercela,(iv)bahaya perdebatan, pertengkaran dan perselisihan pendapat, (v) Adab guru dan murid, (vi) bahaya
ilmu kepada pemiliknya,(vii) akal, kelebihan akal dan bahagian akal (al-Ghazali,2004:14).

Ibnu Sina

Nama lengkap Ibnu Sina adalah Abu ‘Al-Husain ibnu ‘Abd Allah ibn Hasan ibnu ‘Ali ibn Sina. Ibnu Sina
dilahirkan di Afsyna dekat Bukhara pada tahun 980 M dan meninggal pada tahun 1037 M dalam usia 58
tahun. Jasadnya dikebumikan di Hamadzan. Ibnu Sina dilahirkan dalam masa kekacauan, ketika Khilafat
Abbasiyah mengalami kemunduran dan negeri-negeri yang mula-mula berada di bawah kekuasaan khilafah
tersebut mulai melepaskan diri satu persatu untuk berdiri sendiri. Ibnu Sina dibesarkan di daerah
kelahirannya. Ia belajar al-Qur’an dengan menghafal dan belajar ilmu-ilmu agama serta ilmu-ilmu
pengetahuan umum seperti astronomi, matematik, fizik, logik, perubatan, dan ilmu metafizik. Sebelum
mencapai usia 16 tahun, beliau sudah menguasai ilmu kedoktoran, sehingga banyak orang yang datang
kepadanya untuk berguru. Beliau menguasai ilmu kedoktoran ini secara teori dan praktikal (Aan Rukmana,
2013:22).
Ibn Sina terkenal sebagai anak yang memiliki kepandaian sangat luar biasa (chil prodigy). Pendidikan
Ibn Sina bersifat ensiklopedik mulai dari tata bahasa, geometri, fizik, perubatan, hukum, dan teologi.
Pengetahuan yang pertama kali ia pelajari adalah membaca al-Qur’an, setelah itu ia melanjutkan dengan
mempelajari ilmu-ilmu agama Islam seperti Tafsir, Fiqh, dan Usuluddin (Abuddin Nata, 2003 :62).

Syed Muhammad Naquib al-Attas

Syed Muhammad Naquib ibn ‘Ali ibn ‘Abdullah ibn Muhsin al-Attas, dilahirkan di Bogor, Jawa Barat pada 5
September 1931. Latar belakang keluarga telah memberikan pengaruh yang besar dalam pendidikan awal al-
Attas. Beliau telah mendapat pendidikan dalam ilmu-ilmu keislaman melalui keluarganya di Bogor manakala
melalui keluarganya di Johor, beliau memperoleh dan mengembangkan dasar-dasar bahasa, sastera, dan
kebudayaan Melayu. Syed Naquib al-Attas merupakan satu-satunya pemikir dan sarjana di rantau alam
Melayu yang banyak menyumbang tenaga fikirnya dalam pemahaman mengenali pendidikan. Beliau telah
menghasilkan puluhan rencana dan buku mengenai falsafah pendidikan dan hal-hal yang berkaitan
epistemologi (Wan Mohd Nor, 2005;1-2).

KONSEP TA’DIB BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH

Menurut Ibn Manzur (1999:93) dan al-Fairuz Abadi (1997:128), perkataan ta’dib merupakan kata terbitan
daripada addaba iaitu ‘allama datang dalam bentuk timbangan taf’il atau fa’ala yang menurut ilmu bahasa
Arab digunakan untuk menggambarkan usaha menghubungkan objek daripada suatu perbuatan kepada
makna asal perbuatan tersebut. Ta’dib berasal dari addaba yang bermaksud ‘allama iaitu mendidik orang lain
cara beradab atau melatih dnegan sifat beradab. Menurut Mahmud Yunus (1990: 37), kalimat ta’dib memberi
maksud proses mendidik yang lebih tertumpu kepada pembinaan dan penyempurnaan akhlak atau budi
pekerti dalam pembentukan peribadi Muslim yang berakhlak mulia.
Kita boleh fahami maksud ini daripada pengertian sudut bahasa dengan budi pekerti, moral dan etika
yang seerti dengan akhlak. Jadi ta’dib dan akhlak tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Ta’dib
adalah proses pendidikan ke arah penyempurnaan budi pekerti sebagaimana hadis nabi yang menujukkan
bahawa diutuskan nabi adalah sebagai untuk menyempurnakan akhlak ummah.

137
PROCEEDING OF INTERNATIONAL CONFERENCE ON EMPOWERING ISLAMIC
CIVILIZATION, 7-8 OKTOBER 2017

Al-Attas

Menurut al-Attas (2012), pendidikan adalah penyemaian dan penanaman adab dalam diri seseorang yang
digelar sebagai ta’dib. Inilah yang menjadi intipati matlamat pendidikan beliau. Konsep adab dalam konteks
pendidikan merangkumi aspek; adab terhadap diri sendiri, adab terhadap hubungan sesama ahli keluarga,
adab terhadap ilmu, adab terhadap alam dan adab terhadap bahasa yang semuanya berkesudahan dengan
wujudnya sistem nilai akhlak Islam pada setiap aspek kehidupan. Manakala contoh manusia yang paling
beradab ialah Nabi Muhammad S.A.W ini diakui oleh sarjana Muslim lain yang menyebutnya sebagai
manusia sempurna (al-insan al-kulliy).
Menurut beliau lagi, konsep ta’dib adalah yang paling tepat digunakan untuk pendidikan Islam jika
benar difahami dan dijelaskan dengan baik, bukannya tarbiah ataupun ta’lim. Beliau menyatakan struktur
konsep ta’dib sudah mengandungi unsur-unsur ilmu (‘ilm), pengajaran (ta’lim), dan penyuburan yang baik
(tarbiah) sehingga tidak perlu lagi dikatakan bahawa konsep pendidikan Islam adalah sebagaimana yang
terdapat dalam tiga serangkai konsep tarbiah, ta’lim dan ta’dib. Walaupun al-Qur’an tidak menggunakan kata
akar adab tetapi perkataan adab digunakan dalam ucapan-ucapan Nabi S.A.W, para sahabat R.A, dalam puisi
ataupun karya sarjana-sarjana Muslim yang datang setelah mereka.
Menurut al-Attas (1979) konsep ta’dib dalam pendidikan menjadi amat penting diberi penekanan dan
keutamaan memandangkan masyarakat Islam hari ini menghadapi gejala keruntuhan akhlak terutama di
kalangan remaja Islam. Menurut beliau sebab keruntuhan akhlak di kalangan umat Islam ialah kerana kurang
adab bukannya kerana tiada ilmu pengetahuan.
Konsep ta’dib yang dipelopori al-Attas merupakan suatu gagasan pendidikan dalam Islam yang
bermatlamat untuk menjadikan manusia yang seutuhnya serta mempunyai kecerdasan intelektual yang
berlandaskan moral dan agama dalam melaksanakan kewajibannya. Hal ini dapat dilihat konsep ta’dib yang
telah mencakupi konsep ilmu dan amal. Dalam konsep ini dijelaskan bahawa setelah manusia dikenalkan
kedudukannya, ia diharapkan dapat mengamalkan ilmunya dengan baik dalam kalangan masyarakat
berdasarkan nilai-nilai moral dalam ajaran Islam (Rusliza, 2015:39).

Imam al-Ghazali

Menurut Imam al-Ghazali (1998:99) ta’dib berasal daripada perkataan adab yang membawa maksud
mengeluarkan tenaga dalaman yang terpendam dan secara semula jadinya cenderung kepada hakikat
kebenaran supaya dimanifestasikan dalam bentuk tindakan atau tingkah laku. Beliau juga menafsirkan adab
itu sebagai pendidikan diri jasmani dan rohani (ta’dib al-zahir wal batin) yang merangkumi empat perkara
iaitu perkataan, perbuatan, akidah dan niat seseorang.
Menurut al-Ghazali (1976:92), dalam menghuraikan konsep ta’dib oleh guru sebagai proses
mendisiplinkan kedua-dua aspek spiritual dan fizikal manusia, penguasaan ilmu pengetahuan dan perubahan
sahsiah bertujuan untuk mencapai akhlak yang mulia. Al-Ghazali turut menyatakan ta’dib sama seperti
pekerjaan ladang yang perlu dibuang duri dan dicabut rumput agar tanaman dapat tumbuh dengan segar.
Begitulah perumpamaan dengan manusia yang dilahirkan suci bersih perlu dibimbing melalui pendidikan
supaya berkembang dan berfungsi dalam kehidupan. Pendidikan bukan setakat perkembangan fizikal malah
akhlak jiwa dan kesopanan yang tinggi sesuai dengan taraf untuk menjalani kehidupan di bumi Allah SWT (
Ruszila, 2015:42).
Namun demikian, dalam keterbatasan ruang penekanan hanya diberikan kepada adab pengajar (guru)
dan pelajar menurut imam al-Ghazali. Beliau memberi perhatian yang berat kepada guru, yang pada waktu
itu disebut muaddib. Walaupun pada asalnya gelaran muaddib itu merujuk kepada guru-guru yang ditugaskan
mendidik kepada anak-anak raja, amir dan wazir pada zaman itu, tetapi kemudiannya istilah muaddib
menjadi sebutan masyarakat umum diberikan guru pada waktu itu. Al-Ghazali sangat menekankan
pendidikan berkaitan akhlak. Menurutnya untuk memperoleh akhlak yang baik ada empat syarat iaitu;
berilmu, mengawal amarah, mengawal syahwat dan keadilan. (Ghazali Basri,2008:89).

Ibnu Sina

Pemikiran Ibn Sina tentang pendidikan terkait dengan pemikirannya tentang falsafah ilmu. Menurut Ibn Sina
ilmu terbagi menjadi dua, iaitu ilmu yang tidak kekal dan ilmu yang kekal (hikmah). Ilmu yang kekal
dipandang dari peranannya sebagai alat dapat disebut logika. Berdasarkan tujuannya, maka ilmu dapat
dibahagi menjadi ilmu yang praktikal dan yang teoretikal. Ilmu teoretikal seperti ilmu sains, matematik dan
ilmu ketuhanan. Sedangkan ilmu yang praktikal adalah ilmu akhlak, ilmu pengurusan rumah, ilmu
pengurusan kota dan ilmu nabi (shari’ah).
Ibnu Sina (1929:36) telah menggunakan istilah ta’dib untuk merujuk kepada pendidikan, malah proses
untuk melahirkan insan beradab ini seharusnya bermula seawal usia seseorang bayi itu menyempurnakan

138
PROCEEDING OF INTERNATIONAL CONFERENCE ON EMPOWERING ISLAMIC
CIVILIZATION, 7-8 OKTOBER 2017

tempoh penyusuannya. Anak-anak perlu diasuh dengan adab-adab yang telah di amalkan oleh Rasulullah
S.A.W sehingga mereka mencapai usia mumayyiz iaitu akal mereka dapat membezakan antara yang baik dan
buruk.
Dalam memformulasikan konsep pendidikan, Ibn Sina sangat menekankan pada pendidikan akhlak.
Karena pada zaman itu suasana dan sosial politik memang sangat membimbangkan. Ketika itu fitnah terus
berkecamuk sehingga kekacauan politik dan pertentangan aliran-aliran mazhab tengah melanda umat Islam.
Situasi yang demikian menunjukkan bahawa betapa teruknya akhlak kaum Muslimin. Oleh yang demikian,
baik secara langsung mahupun tidak langsung telah berpengaruh terhadap pemikiran pendidikannya
(Ramayulis dan Samsul Nizar, 2005:30).
Selanjutnya Ibn Sina membahagikan tingkatan pendidikan menjadi dua bahagian diantaranya adalah:
a. Tingkat Umum: Pada tingkat ini anak dilatih untuk dapat belajar mempersiapkan badan jasmani,
akal dan jiwanya. Pada tingkat ini anak diberi pelajaran membaca, menulis, al-Qur’an, masalah-
masalah penting dalam agama, dasar-dasar bahasa dan sastera.
b. Tingkat Khusus: Pada tingkat ini anak dipersiapkan untuk menuju suatu tahap iaitu mereka dilatih
untuk melakukan secara amali yang berkaitan dengan masalah kehidupan. Ini kerana, jika hanya
memiliki rasa ingin tahu saja belum cukup tetapi harus berlatih terus menerus. Di sini Ibn Sina
hendak mengarahkan mengikut bakat-bakat yang sesuai dengan kemampuan dan kecenderungan
anak didiknya (Samsul Ulum dan Triyo Supriyatno, 2006:49).

KESIMPULAN

Ketiga-tiga tokoh yang dipilih mewakili zaman tradisional dan moden yang membincangkan berkaitan
konsep pendidikan atau ta’dib. Tokoh-tokoh tersebut terdiri daripada Imam al-Ghazali dan Ibnu Sina
mewakili zaman tradisional manakala al-attas zaman moden. Maka hasil daripada pandangan tokoh-tokoh
tersebut menunjukkan pendekatan ta’dib amat sesuai dengan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan yang
bertujuan melahirkan insan yang kamil atau insan adabi. Ini kerana menurut al-Attas, konsep ta’dib sudah
mengandungi unsur-unsur ilmu (‘ilm), pengajaran (ta’lim), dan penyuburan yang baik (tarbiah). al-Ghazali
juga menegaskan konsep ta’dib oleh guru sebagai proses mendisiplinkan kedua-dua aspek spiritual dan
fizikal manusia, penguasaan ilmu pengetahuan dan perubahan sahsiah bertujuan untuk mencapai akhlak yang
mulia. Manakala Ibnu Sina menekankan bahawa proses untuk melahirkan insan beradab ini seharusnya
bermula seawal usia seseorang bayi itu menyempurnakan tempoh penyusuannya.

PENGHARGAAN

Kertas kerja ini sebahagian daripada projek penyelidikan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) kod
rujukan: FRGS/1/2015/SS109/UNISZA/02/1. Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan , Universiti Sultan Zainal Abidin in Terengganu,
Malaysia.
RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim
Aan Rukmana, (2013). Ibn Sina Sang Ensiklopedik, Pemantik Pijar Peradaban Islam. Jakarta: Dian Rakyat.
Abuddin Nata (2003). Pemikiran Para Tokoh Pendidikan Islam, Suatu Kajian Filsafat Pendidikan Islam.
Jakarta: Raja Grafindo Persada.
Abdul Halim el-Muhammady. (1991). Pendidikan Islam Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik. Petaling
Jaya: Dewan Pustaka Islam.
Al-Ghazali. (1976). Ihya’ Ulum Al Din. 4jil., Cairo: Mu’assassa Al-Halabi Wa Sharaka Li’l-Nashr Wa’l-
Tawzi.
Al-Ghazali. (1975). Ihya’ Ulum Al-Din. 4 jil. Beirut: Dar Al-Fikr
Asmaa Mohd. Arshad. (2012). Konsep ta‟dib: Teras falsafah pendidikan Islam. Dalam Mohd. Zaidi Ismail &
Wan Suhaimi Wan Abdullah (Ed.), Adab dan peradaban (hlm. 249-258). Petaling Jaya: MPH Group
Publishing Sdn. Bhd.
Al-Fairuz Abadi, Majdu al-Din Muhammad bin Yaakob (1997). Al-Qamus al-Muhit. Cet Pertama:Dar al-
Ihya al-TUrath al-Arabi Muassasah al-Tarikh al-Arabi.
Hasan Langgulung. (1991). Pendidikan Islam Menghadapi Abad Ke-21. Shah Alam : Hizbi.
Hasan Langgulung. (1995). Pendidikan Islam Dan Peralihan Paradigma. Shah Alam : HIZBI,
Ibnu Manzur,Abu al-Fadl Jamal al-Din Mohammad bin Makrarm.(1966. Lisan al-Arab.Beirut:Dar Beirut.
Kamus Dewan. (2005). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Buku Sukatan Pelajaran KBSM Pendidikan Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

139
PROCEEDING OF INTERNATIONAL CONFERENCE ON EMPOWERING ISLAMIC
CIVILIZATION, 7-8 OKTOBER 2017

Mohd Ismail Othman. (2006). Menangani Disiplin Di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors.
Omar al-Syaibany. (1991). Falsafah Pendidikan Islam. Terj Hasan Langgulung Shah Alam : Hizbi,.
Rusliza Othman (2015). Pendekatan ta’dib dalam menangani emosi pelajar akibat krisis keluarga. Tesis
Master. Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia:Bangi.
Sufian Husin, Ghazali Darul Salam. (2016). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan:Amalan Dan
Analisis Kajian. Kuala Lumpur: University Malaya.
Syed Muhammad al-Naquib al-Attas. (1981). Islam Dan Sekularisma. Terj. Karsidjo Djojosuwarno
Bandung: Pustaka-Perpustakaan Salman, ITB,
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (2001). Risalah Untuk Kaum Muslimin. Kuala Lumpur: Institut
Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam.
Wan Mohd Nor Wan Daud (2005), Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib al-Attas : Satu
Huraian Konsep Asli Islmisasi, Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Ramayulis dan Samsul Nizar (2005). Ensiklopedi Tokoh Pendidikan Islam. Ciputat: Quantum Teaching.
Samsul Ulum dan Triyo Supriyatno (2006). Tarbiyah Qur’aniyah. Malang: UIN Press.

140

Anda mungkin juga menyukai