Anda di halaman 1dari 3

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Ringkasan Projek

Salah satu daripada keperluan manusia pada masa kini adalah untuk sentiasa berasa
selamat dan dilindungi terutama di kediaman, pejabat dan sekolah. Terdapat banyak
kejadian jenayah seperti pecah rumah, samun dan kecurian. Kes-kes sedemikian dapat
dibaca dari media sosial seperti facebook, whatsapp, dan wechat yang sering kali
melibatkan kerugian besar. Oleh itu, satu sistem keselamatan perlu ada untuk membantu
orang ramai dari menjadi mangsa penjenayah-penjenayah ini. Pada zaman teknologi yang
serba moden ini telah terdapat pelbagai jenis sistem keselamatan yang direka untuk
keselamatan tempat kediaman, pejabat dan sekolah. Pelbagai cara digunakan untuk
mencipta sesuatu sistem keselamatan dan faktor-faktor tertentu juga diambil kira mengikut
peredaran teknologi.

Berdasarkan dari kes-kes yang ada, terciptalah idea inovasi sistem keselamatan
pintu menggunakan RFID (Radio Frequency Identification) berasaskan Arduino

1
Uno yang mempunyai tahap keselamatan yang lebih baik. Boleh dikatakan bahawa sistem
ini adalah sebuah kunci elektronik yang automatik.

Sistem ini diharapkan dapat mengurangkan kadar pecah rumah, pencerobohan dan
kecurian pada kediaman, pejabat dan sekolah. Selain itu penggunaan RFID ini juga dapat
mengurangkan kadar penggunaan kunci sehingga setiap ahli cukup untuk memerlukan satu
tag card untuk membuka seluruh pintu yang ada.

1.2 Objektif Projek

Objektif adalah perkara penting dalam sesebuah perjalanan projek bagi


memastikan hasil yang dicapai sama dengan apa yang telah ditetapkan semasa perancangan
dan memenuhi kehendak.

Objektif utama projek ini ialah untuk membangunkan sebuah sistem tanpa kunci
dengan menggunakan RFID dimana dapat mengurangkan penggunaan kunci.

1.3 Penyataan Masalah

Arduino automatic door opener and lock ini dilengkapi dengan RFID, servo, push
button, solenoid lock, sensor door dan power supply. Dalam membangunkan projek ini
kami kurang memahami proses perjalanan projek ini. Namun begitu, kami berusaha untuk
mempelajari proses perjalanan projek ini untuk membangunkan projek yang lebih efektif.

Selain itu, manusia juga mudah lupa dimana mereka meletakkan kunci seterusnya
menyebabkan kehilangan kunci. Disebabkan itu, kami membangunkan projek ini agar
dapat mengurangkan kadar penggunaan kunci dan kadar kehilangan kunci.

2
1.4 Skop Projek

Projek ini dibangunkan bertujuan untuk mempertingkatkan sistem keselamatan


pintu agar lebih selamat. Ianya dapat menjamin keselamatan pintu di rumah, pejabat dan
sekolah daripada dicerobohi oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan sebagainya.
Dengan adanya projek ini maka keselamatan sesebuah pintu akan lebih selamat.

Proses perjalanan projek ini adalah dengan mengimbas kad akses pada RFID
kemudian menghantar arahan kepada servo motor dan kemudian menghantar arahan
kepada solenoid lock untuk membuka pintu. Setelah itu pintu akan terbuka dan dalam
beberapa saat pintu akan tertutup kemudian solenoid lock akan mengunci pintu tersebut.

1.5 Sasaran

Projek ini disasarkan kepada orang awam untuk kegunaan di kediaman, pejabat dan
sekolah yang memerlukan keselamatan pada pintu.

Anda mungkin juga menyukai