Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH SAINS SERI PUTERI

KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ
SESERI TAHUN 2020

25 MAC 2020
DEWAN GEMALA PUTERI, SM SAINS SERI PUTER
1.0 PENDAHULUAN

Perlaksanaan Sambutan Israk dan Mikraj Seseri merupakan suatu pengisian


kerohanian dalam melahirkan murid-murid Sekolah Menengah Sains Seri Puteri yang
mempunyai pakej yang holistik dalam pelbagai aspek pembangunan insan termasuklah
keseimbangan intelektual, spiritual, fizikal, emosi dan sosial.

Penekanan terhadap pengisian rohani dan spiritual murid yang menginjak usia
remaja yang penuh dengan cabaran dan pancaroba kehidupan. Program ini disediakan
menjadi suluhan dan penunjuk jalan kepada murid agar sentiasa kebal dan teguh dengan
iman yang mantap dalam mendepani ujian kehidupan. Murid-murid juga diharap agar
mempunyai jati diri yang kuat dan benteng iman yang utuh untuk melawan ajakan syaitan
dan hawa nafsu.

Pada tarikh 27 Rejab setiap tahun, umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan
majlis sambutan Israk dan Mikraj. Peristiwa Israk dan Mikraj ini berlaku pada 27 Rejab,
setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬dari Mekkah ke Madinah. Israk ialah perjalanan
Nabi ‫ ﷺ‬menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di
Baitulmaqdis, Palestin. Mikraj pula ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di
langit yang ketujuh. Menyedari hakikat inilah, maka program ini dilaksanakan agar dapat
menyingkap rahsia kebesaran malam tersebut. Seterusnya, ia memberi peluang kepada
murid dan warga SESERI untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah ‫سبحانه‬
‫وتعالى‬.

Program ini diimplimentasikan dalam bentuk ceramah oleh penceramah jemputan


agar warga sekolah dapat mengingati serta mengambil pengajaran daripada peristiwa
tersebut seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan.

2.0 OBJEKTIF
Berikut adalah objektif pelaksanaan Sambutan Israk dan Mikraj:

2.1 Murid-murid dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa


perjalanan Rasulullah ‫ ﷺ‬tersebut dan mengamalkannya dalam kehidupan

2.2 Murid - murid dapat meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan berkaitan Islam
secara holistik
2.3 Murid- murid dapat meneroka perisai diri yang perlu diperkemaskan dalam mendepani
pancaroba kehidupan

2.4 Murid-murid dapat mewujudkan iklim solehah yang memberi impak kepada
pembentukan peribadi dan sahsiah terpuji

3.0 SASARAN
Semua murid Muslim Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 Sekolah Menengah Sains Seri Puteri

4.0 TARIKH
25 Mac 2020 (Rabu)

5.0 MASA
3.00 hingga 4.30 petang

6.0 TEMPAT
Dewan Gemala Puteri

7.0 PENCERAMAH
Pencetus Ummah (PU) Akram Ikrami bin Taib Azamudden

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

KUANTITI KOS JUMLAH


BIL PERKARA
(RM) (RM)

1 Bayaran Penceramah 1 orang 300.00 x 1 300.00

2 Kudapan 6 orang 5.00 x 6 30.00

JUMLAH RM 330.00

9.0 SUMBER KEWANGAN

PCG Panitia Pendidikan Islam


10.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan agar kertas cadangan ini mendapat perhatian dan pertimbangan
yang sewajarnya dari pihak pengurusan. Semoga dengan adanya program sebegini dapat
melahirkan puteri-puteri Sekolah Menengah Sains Seri Puteri yang berkeperibadian mulia
dan unggul hasil tarbiah program yang dilaksanakan.

Disediakan oleh :

SITI RASIDAH BINTI MOHD HAKIM


Panitia Pendidikan Islam
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri
Kuala Lumpur

(Diluluskan / Tidak diluluskan)

________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________

ASIAH BINTI ZAINAL ABIDIN


Pengetua
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri
Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai