Anda di halaman 1dari 2

8/29/22, 10:39 AM JAKIM : E-SMAF V1

Tajuk : Etil Alkohol Dalam Makanan

Kategori: Makan dan Minum


Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor

Keputusan :  

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 16


Rejab 1431 bersamaan 29 Jun 2010 telah membincangkan mengenai Etil
Alkohol Dalam Makanan.

Alahamdullilah fatwanya :

1. Setiap minuman arak mengandungi Alkohol Etanol yang


memabukkan tetapi bukan semua alkohol itu dari arak. Alkohol
dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis.
2.  
3. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak
samada mengandungi sedikit alkohol atau alkohol yang
disulingkan adalah haram diminum.
4.  
5. Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau
bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses
arak adalah halal.
6.  
7. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan
makanan dan minuman tidak najis dan boleh dimakan.

Kandungan Etil Alkohol yang terdapat di dalam makanan dan minuman


yang dibenarkan adalah tidak lebih daripada 0.01%.

e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/12212 1/2
8/29/22, 10:39 AM JAKIM : E-SMAF V1

Oleh itu, produk yang boleh diberikan pensijilan halal adalah :

1. Kod sampel : 229 (L-090310-UCK(b)


2. Kod sampel : 231 (L-090310-RT(a)
3. Kod sampel : 232 (L-090310-RT(b)
4. Kod sampel : 233 (L-090310-RT(c)

Manakala baki produk yang lain tidak menepati syarat dan tidak boleh
diberi pensijilan halal.

????? ???? ???????

Klik disini untuk mencetak

Total Execution Time: 0.0159 seconds

e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/12212 2/2

Anda mungkin juga menyukai