Anda di halaman 1dari 11

Modul #Learning@home

BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Standard Kandungan:
1.1 KONSEP KEKURANGAN, PILIHAN DAN KOS LEPAS

Standard Pembelajaran :
1.1.1 Mentakrif ilmu ekonomi.

Takrif Ilmu Ekonomi


 Cara sesebuah isi rumah memperoleh, mengagihkan, dan menggunakan pendapatannya untuk
memenuhi keperluan dan kehendaknya sehingga mencapai kepuasan yang maksimum.
 Ilmu ekonomi mengkaji perlakuan individu dan masyarakat dalam memperuntukan sumber
ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad.

Standard Pembelajaran :
1.1.2 Menjelaskan konsep kekurangan dan pilihan berasaskan sumber ekonomi terhad dan kehendak
tidak terhad.

Kehendak Manusia
 Kehendak manusia tidak terbatas berbanding dengan sumber ekonomi yang terhad telah
membawa kepada masalah kekurangan.
 Keinginan manusia terhadap barang dan perkhidmatan
 agar mencapai kehidupan yang lebih selesa dan mewah
 tidak terhad dan berbeza antara individu
 berdasarkan tingkat pendapatan dan cita rasa
 sentiasa bertambah dan berubah dari masa ke semasa

Standard Pembelajaran :
1.1.4 Mendefinisikan kos lepas.
1.1.5 Menganalisis sesuatu situasi untuk menerangkan kos lepas.
1.1.6 Menilai implikasi pilihan yang dibuat oleh individu, kerajaan atau masyarakat dari aspek kos lepas
dengan menggunakan contoh.

Masalah Ekonomi yang dihadapi oleh 3 unit ekonomi :

1)Kekurangan 2)Pilihan 3)Kos Lepas


(Kekurangan ialah (Masalah pilihan melibatkan
Unit (Kos lepas merujuk kepada pulangan
keinginan manusia yang pembuatan keputusan
yang mungkin daripada barang-
Ekonomi/ Masalah jauh melebihi apa yang tentang kehendak yang
barang atau perkhidmatan kedua
ekonomi dapat dihasilkan dalam perlu dipenuhi terlebih
terbaik yang terpaksa dilepaskan
ekonomi dengan sumber dahulu dan melibatkan
akibat pemilihan sesuatu barangan)
ekonomi yang terhad.) pengorbanan)
1) Isi Rumah
Seorang individu, Kepuasan yang mungkin daripada
sebuah keluarga atau Memilih barang yang barangan kedua terbaik yang
Pendapatan
sekumpulan individu memaksimumkan terpaksa dilepaskan untuk
/ wang
yang tinggal bersama kepuasan mendapatkan barangan yang
dan berfungsi sebagai dipilih
satu unit ekonomi

Ekonomi Tingkatan 4 1
Modul #Learning@home

2) Firma
Sebuah organisasi Keuntungan yang mungkin
Memilih keluaran /
atau unit pengeluaran daripada
Faktor projek pelaburan
yang merancang dan keluaran/projek pelaburan kedua
pengeluaran yang
menggunakan faktor terbaik yang terpaksa dilepaskan
/ modal memaksimumkan
pengeluaran untuk untuk mendapat keluaran/projek
mengeluarkan barang keuntungan
pelaburan yang dipilih
dan perkhidmatan

3) Kerajaan
Sebuah badan
organisasi yang Kebajikan yang mungkin
Memilih projek
mempunyai kuasa diperoleh daripada projek
pembangunan
untuk membuat dan pembangunan kedua terbaik yang
yang
menguatkuasakan Hasil negara terpaksa
memaksimumkan
undangundang dilepaskan untuk mendapat
untuk menjaga kebajikan
projek pembangunan yang
kestabilan ekonomi masyarakat
dipilih
dan sosial

Standard Pembelajaran :
1.1.3 Mendefinisikan faktor pengeluaran iaitu tanah, buruh, modal dan usahawan.

Faktor Pengeluaran

Faktor
Maksud Ganjaran Contoh
pengeluaran
- Sumber alam semula jadi sumber dapat dibaharui
- Penawaran tanah adalah terhad Sewa :hasil hutan dan sumber
Tanah - Tidak mempunyai mobiliti tempat laut
- Mempunyai mobiliti kegunaan sumber yang tidak dapat
dibaharui: bijih timah,
- Seorang individu yang kreatif,inovatif,
berani menghadapi risiko dan tidak
mudah berputus asa
- Individu yang menggabungkan dan Untung Pemilik kilang sarung
menyelaraskan faktor pengeluaran yang tangan
lain untuk mengeluarkan barang dan
Usahawan perkhidmatan
- Bertujuan untuk mencapai pengeluaran
output yang maksimum atau
meminimumkan kos pengeluaran untuk
memperoleh untung yang maksimum.

Ekonomi Tingkatan 4 2
Modul #Learning@home

- Alat ciptaan manusia yang


digunakan untuk mengeluarkan
barang dan perkhidmatan. Faedah Mesin, Jentera dan Kilang
- Mempunyai mobiliti geografi yang
Modal tinggi mudah dipindahkan seperti
mesin.
- Bangunan dan kilang pula adalah
tidak mempunyai mobiliti geografi
yang tinggi.
- Sumbangan tenaga manusia yang
produktif dari segi fizikal atau mental
dalam proses pengeluaran.
- Terdiri daripada buruh :
 Mahir – berpendidikan tinggi atau Upah Akauntan, Pegawai bank,
memiliki kemahiran profesional Arkitek dan Operator
tertentu. pengeluaran
 Tak mahir – berpendidikan rendah
Buruh
atau tidak memiliki kemahiran
profesional tertentu
- Buruh mempunyai mobiliti
pekerjaan dan mobiliti geografi yang
tinggi iaitu mudah bertukar
pekerjaan dan mudah bergerak dari
satu tempat ke tempat yang lain.

Standard Pembelajaran :
1.1.7 Menganalisis keluk kemungkinan pengeluaran untuk menunjukkan kos lepas.

Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Fungsi KKP Menerangkan perkaitan antara masalah kekurangan, pilihan & kos lepas
KKP ialah keluk yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran
Maksud KKP yang dapat dicapai oleh sesebuah ekonomi dengan menggunakan faktor
pengeluaran yang ada dan tingkat teknologi tertentu
 Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh (pengangguran = 4%
atau kurang daripada 4%).
Andaian menganalisis
 Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang.
KKP
 Sumber ekonomi yang dimiliki adalah terhad dan tetap.
 Tingkat teknologi adalah tetap

Ekonomi Tingkatan 4 3
Modul #Learning@home

Contoh jadual di bawah menunjukkan kombinasi pengeluaran pakaian dan makanan

Jadual KPP
Pakaian
Makanan (tan
Kombinasi Pengeluaran (ribu helai)
metrik)
A
Semua faktor pengeluaran digunakan untuk mengeluarkan pakaian 10 0
(10 ribu helai) dan tiada makanan dikeluarkan (0 tan metrik
B 8 3
C 6 4
D 4 13
E
Semua faktor pengeluaran digunakan untuk mengeluarkan 0 5
makanan (5 tan metrik) dan tiada pakaian dikeluarkan (0 ribu helai)

Masalah ketidakupayaan ekonomi/masalah  Kombinasi G tidak boleh dicapai kerana tingkat


kekurangan dapat digambarkan oleh guna tenaga penuh telah dicapai dan
Titik kombinasi pengeluaran yg berada di luar  tiada faktor pengeluaran lebih untuk menambah
keluk kemungkinan pengeluaran iaitu keluaran.
titik G.  Kombinasi G hanya boleh dicapai jika wujudnya
pertambahan faktor pengeluaran,
 peningkatan tingkat teknologi dan peningkatan
produktiviti buruh.
Masalah pilihan pula ditunjukkan oleh  Semua sumber ekonomi telah digunakan
pergerakan di sepanjang keluk kemungkinan sepenuhnya (tingkat guna tenaga penuh)
pengeluaran iaitu A,B, C dan D  Keluaran telah berada pada tahap maksimum
 Tambahan pengeluaran makanan akan berlaku jika
pengeluaran pakaian dilepaskan
 (wujud kos lepas)

Ekonomi Tingkatan 4 4
Modul #Learning@home

Masalah pengeluaran yang tidak cekap  kerana ekonomi gagal menggunakan faktor
ditunjukkan oleh titik F pengeluaran yang ada dengan sepenuhnya,iaitu
 berlaku masalah pembaziran sumber /
pengangguran
 Pengeluaran dapat dihasilkan tetapi tidak
mencapai tahap maksimum kerana faktor
pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya

Formula untuk mengira kos lepas :


Kos lepas barang X = perubahan barang Y Kos lepas barang Y = perubahan barang X
perubahan barang X perubahan barang Y

 Tanda negatif menunjukkan bentuk keluk KKP yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan iaitu
mempunyai kecerunan negatif.
 Untuk menambah 1 ribu helai pakaian, semakin banyak makanan yang perlu dilepaskan. Kos lepas
pakaian semakin meningkat akibat daripada factor pengeluaran yang tidak sama cekap.
 Kos lepas yang semakin meningkat ditunjukkan oleh KKP yang berbentuk cembung ke titik asalan.
 Kos lepas yang semakin meningkat bermaksud untuk menambahkan satu unit sesuatu barang,
ekonomi terpaksa mengurangkan kuantiti barang yang lain dengan jumlah yang semakin meningkat
pada setiap titik pengeluaran.

Konsep Kos Lepas


Kos lepas meningkat Kos lepas malar
KKP Cembung KKP Garis lurus
 menunjukkan kos lepas  menunjukkan kos lepas
yang semakin meningkat adalah malar (tetap).

Jadual Jadual
Kombinasi Makanan Pakaian Kombinasi Makanan Pakaian
pilihan (unit) (unit) pilihan (unit) (unit)
A 0 10 A 0 10
B 1 9 B 1 8
C 2 7 C 2 6
D 3 4 D 3 4

Ekonomi Tingkatan 4 5
Modul #Learning@home

Pakaian Pakaian

10 A 10 A
9 B 8 B

7 C 6 C

4 D 4 D

0 1 2 3 Makanan 0 1 2 3 Makanan

 kos lepas dari A ke B = 1  kos lepas dari A ke B = 2


 kos lepas dari B ke C = 2  kos lepas dari B ke C = 2
 kos lepas dari C ke D = 3  kos lepas dari C ke D = 2

Ciri-ciri Barang

Ciri-ciri Percuma Awam Ekonomi


Tak perlu Tak perlu bayaran
Bayaran Perlu bayaran
bayaran / sedikit bayaran
Penawaran Tak terhad Terhad Terhad
Pengeluar Anugerah tuhan Kerajaan Swasta
Semua orang boleh Semua orang boleh
Penggunaan Hanya yang mampu
menggunkannya menggunkannya
Kos lepas Tiada kos lepas Ada kos lepas Ada kos lepas
Udara, cahaya matahari Hospital Daerah Gerik, Klinik Azhar dan Rakan-
Contoh
Balai bomba rakan, rumah

Ekonomi Tingkatan 4 6
Modul #Learning@home

Standard Kandungan :
1.2 SISTEM EKONOMI DAN PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMI

Standard Pembelajaran :
1.2.1 Menghuraikan masalah asas ekonomi iaitu apa, berapa, bagaimana dan untuk siapa barang
dikeluarkan.

MASALAH EKONOMI:

1. APA YANG HENDAK DIKELUARKAN 3. BAGAIMANA HENDAK DIKELUARKAN


 Merujuk kepada penentuan jenis barang  Merujuk kepada penentuan cara / kaedah /
yang hendak dikeluarkan. teknik pengeluaran sesuatu barang atau
 Pengeluar akan memilih untuk mengeluarkan perkhidmatan.
barangan yang dapat memenuhi keperluan  Pengeluar harus menggabungkan faktor
dan kehendak manusia. pengeluaran secara optimum untuk
 diselesaikan berdasarkan permintaan /cita meminumkan kos pengeluaran.
rasa masyarakat.  Memilih sama ada menggunakan teknik
 Dapat menentukan corak pengeluaran berintensifkan modal atau
agihan/peruntukan sumber dalam ekonomi. berintensifkan buruh.
 Dapat memastikan pengguna memperoleh  Kaedah berintensifkan modal bermaksud
kepuasan yang maksimum, pengeluaran yang menggunakan lebih banyak
 pengeluar memperoleh keuntungan yang faktor modal berbanding dengan faktor buruh.
maksimum, dan kerajaan menjana kebajikan  Kaedah berintensifkan buruh bermaksud
masyarakat yang maksimum. pengeluaran yang menggunakan lebih banyak
faktor buruh berbanding dengan faktor modal.
 Pemilihan cara pengeluaran dibuat berrdasarkan
2. BERAPA YANG HENDAK DIKELUARKAN harga relatif antara faktor buruh dan faktor
 Merujuk kepada penentuan kuantiti modal atau teknik pengeluaran yang paling
barangan yang hendak dikeluarkan. cekap.
 Persoalan ini adalah untuk memastikan  Jika harga faktor buruh secara relatif lebih
tidak berlaku masalah kekurangan atau murah berbanding dengan faktor modal,
lebihan sesuatu barangan dalam pasaran. pengeluar akan memilih kaedah pengeluaran
 Masalah kekurangan barang akan berintensifkan buruh dan sebaliknya.
menyebabkan kenaikan harga barang.
 Masalah lebihan barangan pula akan
menyebabkan stok sesuatu barangan 4. UNTUK SIAPA DIKELUARKAN
bertambah dan membawa kepada penurunan  Merujuk kepada penentuan corak pengagihan
harga. barangan kepada masyarakat yang menjadi
 Persoalan ini dapat ditentukan berdasarkan sasaran.
permintaan masyarakat dan faktor  Penyelesaian ini berasaskan kepada corak
pengeluaran yang diperuntukkan untuk agihan pendapatan wang iaitu bergantung
mengeluarkannya. kepada kemampuan / kuasa beli masyarakat.
 Golongan yang berpendapatan tinggi biasanya
memperoleh lebih banyak barang dan
perkhidmatan berbanding dengan golongan yang
berpendapatan rendah.

Ekonomi Tingkatan 4 7
Modul #Learning@home

Standard Kandungan :
1.2.2 Mengenal pasti ciri-ciri utama sistem ekonomi pasaran bebas, sistem ekonomi perancangan pusat
dan sistem ekonomi campuran.

Perbandingan Ciri-ciri 3 Sistem Ekonomi – Ringkasan

Sistem Ekonomi Sistem Ekonomi


Ciri-ciri Sistem Ekonomi Campuran
Kapitalis Perancangan Pusat

1.Pemilikan  pengguna /  kerajaan  pengguna / pengeluar bebas


Faktor pengeluar bebas mempunyai kuasa memiliki factor pengeluaran
pengeluaran memiliki faktor mutlak untuk
pengeluaran memiliki faktor  kerajaan campurtangan untuk
pengeluaran dan mengeluarkan barang awam bagi
keluarkan barang memaksimumkan kebajikan
dan perkhidmatan masyarakat

2. Penentu  pengguna /  kerajaan membuat  pengguna dan pengeluar berhak


kehendak pengeluar bebas semua keputusan dalam membuat keputusan
membuat tentang masalah ekonomi untuk menyelesaikan
keputusan untuk asas ekonomi. masalah asas ekonomi.
menyelesaikan
masalah ekonomi  kerajaan merancang  Pengguna bebas menentukan
dan mengawal corak permintaan barang dan
 pengguna bebas peruntukan faktor perkhidmatan yang hendak
menentukan jenis pengeluaran kepada digunakan untuk
barang dan masyarakat dan memaksimumkan kepuasan diri
perkhidmatan ang agihan barang dan (utiliti)
hendak digunakan perkhidmatan
untuk  Pengeluar bebas besaing untuk
memaksimumkan mengeluarkan barang dan
kepuasan diri perkhidmatan bagi
(utiliti) memaksimumkan keuntungan

 pengeluar bebas  Kerajaan mengeluarkan barang


membuat bagi menjaga / memaksimumkan
keputusan tentang kebajikan masyarakat.
penggunaan faktor
pengeluaran untuk
memaksimumkan
keuntungan

Ekonomi Tingkatan 4 8
Modul #Learning@home

3. Pembuat  pengguna bebas  pengguna tidak  pengguna bebas membuat pilihan


Pilihan membuat pilihan bebas membuat terhadap barang dan
terhadap barang pilihan terhadap perkhidmatan yang diingini
dan perkhidmatan barang dan
yang diingini perkhidmatan yang  pengeluara bebas membuat
diingini. pilihan dalam pengeluaran dan
 pengeluara bebas teknik pengeluaran barang dan
membuat pilihan  pengeluar tidak perkhidmatan meminimumkan kos
dalam pengeluaran bebas menggunakan
dan teknik factor pengluaran  kerajaan mengawal kebebasan
pengeluaran melalui undang-undang untuk
barang dan mengelakkan penyelewengan
perkhidmatan
meminimumkan
kos

4. contoh  Amerika Syarikat  Korea Utara dan  Malaysia dan Thailand


negara dan Hong Kong Cuba

Standard Kandungan :
1.2.3 Membincangkan penyelesaian masalah asas ekonomi oleh setiap sistem ekonomi tersebut.

Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi

Masalah Sistem Ekonomi


Sistem Ekonomi Kapitalis Sistem Ekonomi Campuran
Asas Perancangan Pusat

Apa  diselesaikan oleh kuasa  diselesaikan oleh  diselesaikan melalui kuasa


yang permintaan pengguna kuasa kerajaan / pasaran/mekanisme harga dan
hendak dan kuasa penawaran badan perancangan kuasa kerajaan.
dikeluarkan pengeluar. pusat  pengguna bebas memilih
 pengguna bebas memilih  kerajaan berkuasa baranganu untuk
barang untuk mutlak menentukan memaksimumkan kepuasan
memaksimumkan utility jenis barang  pengeluar swasta bebas
 pengeluar mengeluarkan  kerajaan keluarkan mengeluarkan barang ekonomi
barang ekonomi yang barang awam. yang mempunyai permintaan
mempunyai permintaan tinggi untuk memaksimumkan
tinggi untuk keuntungan
memaksimumkan  KERAJAAN keluarkan barang
keuntungan awam/barang yang tidak
dikeluarkan oleh firma swasta
untuk memaksimumkan
kebajikan masyarakat

Ekonomi Tingkatan 4 9
Modul #Learning@home

Berapa  diselesaikan melalui  diselesaikan melalui  FIRMA keluarkan barang


hendak mekanisme kuasa mutlak ekonomi berdasarkan
dikeluarkan harga/kuasa pasaran kerajaan. mekanisme har ga /
 interaksi kuasa  kuantiti barang yang permintaan & penawaran
permintaan dan kuasa dikeluarkan  interaksi antara kuasa
penawaran menentukan mengikut keperluan permintaan dan kuasa
kuantiti barang yang masyarakat supaya penawaran menentukan
akan dikeluarkan. mencukupi. jumlah barang ekonomi
 KERAJAAN keluarkan barang
awam ikut keperluan
masyarakat.
 KERAJAAN akan menambah
barang yang tidak cukup
dikeluarkan oleh pihak swasta

Bagaimana  diselesaikan melalui  diselesaikan oleh  diselesaikan melalui pemilihan


hendak pemilihan cara kerajaan melalui cara pengeluaran paling cekap /
dikeluarkan pengeluaran paling pemilihan cara meminimumkan kos
cekap /meminimumkan pengeluaran paling pengeluaran
kos. cekap /  pilih samada intensif buruh
 pilih samada intensif meminimumkan kos atau intensif modal yang lebih
buruh atau intensif pengeluaran / murah.
modal yang lebih murah. mengurangkan  bagi barang ekonomi, FIRMA
 kombinasi faktor pengangguran SWASTA pilih cara pengeluaran
pengeluaran yang paling  matlamat kerajaan yang dapat memaksimumkan
cekap pada kos ialah keuntungan.
pengeluaran yang memaksimumkan  bagi barang awam, KERAJAAN
minimum akan dipilih kebajikan pilih cara pengeluaran paling
oleh pengeluar masyarakat cekap untuk memaksimumkan
kebajikan masyarakat.

Untuk  diselesaikan melalui  diselesaikan oleh  diselesaikan melalui corak


siapa corak agihan kerajaan agihan pendapatan wang bagi
dikeluarkan pendapatan wang  memastikan barang ekonomi.
 golongan berpendapatan barangan diagih  golongan berpendapatan tinggi
tinggi mempunyai kuasa secara adil mempunyai kuasa beli tinggi
beli tinggi dan akan  menggunakan memperoleh lebih banyak
dapat lebih banyak system kopun / barang
barang catuan.  pihak KERAJAAN akan agihkan
 agihan kekayaan dalam  kerajaan kawal barang untuk semua individu
masyarakat adalah tidak harga barang untuk  KERAJAAN campur tangan
sama rata. menjamin kebajikan dalam agihan barang melalui
masyarakat sistem percukaian dan subsidi.
 KERAJAAN mengagih barang
awam kepada semua individu.

Ekonomi Tingkatan 4 10
Modul #Learning@home

Standard Pembelajaran :
1.2.4 Menerangkan ciri-ciri utama ekonomi Islam.

Ciri-ciri Ekonomi Islam

1. Ciri-ciri Utama  matlamat ekonomi Islam adalah untuk mencapai al-Falah iaitu
Ekonomi Islam mencapai keseimbangan antara kebahagian individu dan masyarakat
di dunia dan akhirat.
 segala kegiatan ekonomi yang berlandaskan syariat Islam dianggap
sebagai ibadah dan akan diberi ganjaran pada hari akhirat.
 keputusan ekonomi mestilah berdasarkan prinsip dan hukum Islam
iaitu Al-Quran dan Hadis.
 pengeluaran barang dan perkhidmatan adalah untuk umat dan
aktiviti ekonomi yang dijalankan mencerminkan keseluruhan hidup
Islam.
 aktiviti ekonomi yang tidak halal seperti penyeludupan, perjudian,
pengedaran dadah dan penipuan adalah diharamkan sama sekali.

2. Wujud persaingan  individu dan swasta adalah bebas mencari/memiliki kekayaan di


yang adil dan dunia demi kebajikan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat asalkan
saksama antara tidak bertentangan dengan hukum Islam.
individu  pengguna dan pengeluar berhak dalam membuat keputusan
ekonomi untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi.
 pengguna mempunyai kebebasan memilih barang/perkhidmatan
yang halal dan jenis pekerjaan yang ingin diceburi.
 pengeluar bebas bersaing dalam pengeluaran barangan untuk
memperoleh keuntungan asalkan mematuhi hokum syarak..
 kerajaan akan mengawal kebebasan pengguna dan pengeluar
melalui undang-undang dan peraturan.

3. Keseimbangan  kepentingan awam adalah lebih diutamakan berbanding dengan


antara kepentingan kepentingan individu
individu dan  kerajaan akan membuat keputusan ekonomi dalam pengeluaran
masyarakat barang awam untuk memastikan kestabilan ekonomi dan kebajikan
masyarakat terjamin.
 sasaran pengeluaran adalah untuk semua masyarakat.
 setiap individu dijamin memperolehi barang keperluan asas.
 prinsip kesederhanaan amat dipentingkan dalam aspek penggunaan
dan pengeluaran sesuatu barang dan perkhidmatan
 Individu yang cukup syarat dikehendaki membayar zakat untuk
diagihkan kekayaan mereka kepada golongan yang kurang
kemampuan / golongan yang layak menerima zakat.

Ekonomi Tingkatan 4 11

Anda mungkin juga menyukai