Anda di halaman 1dari 20

1.

PENGENALAN

1.1 Definisi Ilmu Ekonomi


1.2 Sumber-Sumber Ekonomi/Faktor Pengeluaran
1.3 Kehendak Manusia (Jenis-Jenis Barang)
1.4 Masalah Asas Ekonomi

1.1 Definisi Ilmu Ekonomi

Definis ilmu ekonomi :- iaitu sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi
yang terhad bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad.

1.2 Sumber-Sumber Ekonomi/Faktor Pengeluaran

 Definisi : Iaitu alam semula jadi (di permukaan bumi atau perut bumi)
Tanah  Contoh : air dan udara
 Penawaran : bersifat tetap & kekal. Tanah tidak dapat dipindahkan ke tempat lain
 Ganjaran : sewa

 Definisi : Iaitu sumber ekonomi ciptaan manusia


 Contoh : wang, mesin, peralatan, bahan mentah
Modal  Digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan
 Mudah dipindahakan dari satu tempat ke tempat yang lain
 Penawaran : tidak tetap iaitu boleh ditambah atau dikurangkan dengan mudah
 Ganjaran : kadar bunga

 Definisi : Individu yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental untuk menghasilkan
barangangan dan perkhidmatan.
 Contoh : buruh mahir (doktor) dan buruh tidak mahir (petani) - membuat kerja
Buruh mengikut arahan majikan/usahawan
 Buruh tidak menanggung risiko kerugian
 Buruh tidak melakukan inovasi
 Ganjaran : upah/gaji

 Definisi : individu yang menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang


dan perkhidmatan
 Contoh : Pengusaha Kerepek – berperanan sebagai perancang, penyelaras, pemimpin
Usahawan dan pengawal aktiviti firma
 Usahawan menanggung risiko kerugian operasi firma
 Usahawan melakukan inovasi dengan meningkatkan kualiti produk di pasaran
 Ganjaran : untung

1.3 Kehendak Manusia (Jenis-Jenis Barang)

1
 Kehendak manusia adalah tidak terhad berbanding dengan sumber ekonomi yang terhad.
 Kehendak manusia ini boleh diukur kepada jenis barang-barang yang diminta.

Barang Percuma Barang Ekonomi


 Definisi : ialah barang anugerah tuhan yang sangat  Definisi : merupakan barang yang dikeluarkan
diperlukan dalam kehidupan seharian oleh pihak swasta
 Penawaran : tidak terhad dan tidak memerlukan  Penawaran : terhad dan memerlukan kos untuk
kos untuk mengeluarkannya mengeluarkannya.
 Kos lepas : tidak mempunyai kos lepas dalam  Kos lepas : ada kos lepas dalam pengeluaran
pengeluaran barang barang
 Bayaran : tidak dikenakan bayaran untuk  Bayaran : pengguna dikenakan bayaran untuk
menggunakannya mendapatkan barangan
 Contoh barang : udara, cahaya matahari, air hujan  Contoh barang : kereta, baju, buku

Barang Awam Barang Persendirian


 Definisi : merupakan barang yang ditawarkan  Definisi : merupakan barang yang boleh dimiliki
kepada semua orang tanpa pengecualian (tiada oleh pengguna secara persendirian (ada prinsip
prinsip pengecualian) pengecualian)
 Penawaran : terhad dan memerlukan kos  Penawaran : terhad dan memerlukan kos
pengeluaran pengeluaran
 Kos lepas : ada kos lepas dalam pengeluaran  Kos lepas : ada kos lepas dalam pengeluaran
barang barang
 Tujuan penyediaan barang awam : untuk  Tujuan penyediaan barang persendirian : untuk
memaksimumkan kebajikan masyarakat memaksimumkan kepuasan individu
 Orang ramai tidak boleh dihalang daripada  Seseorang yang ingin mendapatkan barang
menggunakan barang awam persendirian perlu membayar harga tertentu dan
perlu mendapat keizinan untuk menggunakannya
 Contoh barang : rumah api, jalan raya, lampu jalan  Contoh barang : kereta milik seorang kerani

Barang Modal Barang Perantaraan Barang Pengguna


 Definisi : ialah barang siap atau  Definisi : ialah alat atau input  Definisi : ialah barang akhir yang
barang akhir yang digunakan yang digunakan oleh firma digunakan oleh pengguna
oleh firma untuk mengeluarkan untuk mengeluarkan barang
barang lain pengguna atau barang akhir
 Barang modal tidak berubah  Barang perantaraan akan  Barang pengguna ialah barang
bentuk fizikalnya semasa proses berubah bentuk fizikalnya dalam yang tersedia di pasaran. Teridri
pengeluaran proses pengeluaran daripada barang tahan lama
dan barang mudah rosak
 Contoh barang : mesin dan  Contoh barang : tepung gandum  Tepung gandum yang dibeli
jentera untuk memproses yang digunakan untuk membuat oleh seorang surirumah
tepung gandum kek oleh kedai kek

1.4 Masalah Asas Ekonomi

2
Punca masalah asas ekonomi : - sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak manusia yang
tidak terhad akan mewujudkan masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas.

Punca Masalah Asas Ekonomi


Kekurangan - Masalah kekurangan dalam ekonomi Kekurangan yang dihadapi oleh unit ekonomi
berpunca daripada kehendak manusia Unit Kekurangan
yang tidak terhad berbanding dengan Isi rumah Pendapatan
sumber yang terhad. Firma Sumber ekonomi
- Masalah kekurangan juga merujuk Kerajaan Hasil/Cukai
kepada kekurangan sumber ekonomi - Isi rumah menghadapi kekurangan
untuk mengeluarkan semua barang dan pendapatan untuk mebeli barang dan
perkhidmatan bagi memenuhi kehendak perkhidmatan.
manusia - Firma menghadapi kekurangan sumber
ekonomi untuk mengeluarkan barang dan
perkhidmatan
- Kerajaan menghadapi kekurangan hasil/cukai
bagi projek pembangunan rakyat.

Pilihan - Masalah kekurangan menyebabkan Pilihan yang dibuat oleh unit ekonomi
manusia tidak dapat memenuhi semua Unit Tujuan Memilih
kehendak dan manusia terpaksa Isi rumah Memaksimumkan kepuasan
membuat pilihan dalam menggunakan Firma Memaksimumkan keuntungan
sumber. Kerajaan Memaksimumkan kebajikan
- Isi rumah terpaksa membuat pilihan bagi
memaksimumkan kepuasan pengguna dalam
penggunaan barang dan perkhidmatan
- Firma terpaksa membuat pilihan bagi
memaksimumkan keuntungan firma dalam
pengeluaran barang dan perkhidmatan.
- Kerajaan terpaksa membuat pilihan untuk
memaksimumkan kebajikan masyarakat dalam
pengagihan projek-projek pembangunan.
Kos Lepas - Kos lepas merujuk kepada barang Kos lepas yang dibuat oleh unit ekonomi
kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan Unit Kos Lepas
untuk mendapatkan barang yang dipilih. Isi Barang kedua terbaik yang
- Pilihan terpaksa dibuat kerana rumah dilepaskan untuk mendapatkan
ekonomi menghadapi masalah barang terbaik
kekurangan sumber ekonomi tetapi Firma Output/projek pelaburan kedua
kehendak pula tidak terhad. terbaik yang terpaksa dilepaskan
untuk output/projek terbaik yang
dipilih
Kerajaan Projek pembangunan kedua
terbaik yang dilepaskan untuk
projek pembangunan terbaik
kepada masyarakat.
- Contoh kos lepas isi rumah :- pengguna
mempunyai wang RM1000 dan ingin membeli
jam tangan dan telefon bimbit yang masing-
masing berharga RM1000. Maka jika pengguna
memilih untuk membeli jam tangan, maka
pembelian telefon bimbit terpaksa dilepaskan.
- Contoh kos lepas firma :- Firma mempunyai

3
tanah untuk ditanam dengan getah atau kelapa
sawit. Jika firma memilih untuk menanam
getah, maka penanaman kelapa sawit terpaksa
dilepaskan(tidak ditanam).
- Contoh kos lepas kerajaan :- Kerajaan ingin
membina sekolah atau klinik. Jika keperluan
sekolah menjadi keutamaan masyarakat
terlebih dahulu, maka pembinaan klinik
terpaksa dilepaskan (ditangguhkan terlebih
dahulu buat sementara waktu).

Masalah asas ekonomi :- wujud disebabkan oleh kehendak manusia yang tidak terhad berbanding sumber
ekonomi yang terhad. Maka terdapat tiga masalah asas ekonomi iaitu apa dan berapa hendak dikeluarkan,
bagaimana hendak dikeluarkan dan untuk siapa dikeluarkan.

Masalah Asas Ekonomi Huraian


Apa dan Berapa  Masalah “apa” yang hendak dikeluarkan merujuk kepada jenis barang yang
Hendak Dikeluarkan hendak dikeluarkan dalam ekonomi.
 Masalah “berapa” yang hendak dikeluarkan merujuk kepada kuantiti barang
yang hendak dikeluarkan dalam ekonomi.
 Oleh sebab sumber ekonomi adalah terhad berbanding dengan kehendak
manusia yang tidak terhad, maka apa dan berapa hendak dikeluarkan
bergantung pada permintaan dan penawaran masyarakat di pasaran.
Bagaimana Hendak o Masalah “bagaimana” hendak dikeluarkan merujuk kepada teknik pengeluaran
Dikeluarkan sesuatu barang iaitu sama ada menggunakan intensif buruh atau intensif modal.
o Sesebuah ekonomi akan memilih teknik pengeluaran yang dapat
meminimunkan kos pengeluaran bagi memaksimunkan keuntungan.
Untuk Siapa Hendak  Masalah “untuk siapa” dikeluarkan merujuk kepada pengagihan barang dan
Dikeluarkan perkhidmatan kepada pelbagai golongan masyarakat dalam ekonomi iaitu
bergantung pada corak agihan pendapatan.
 Golongan berpendapatan tinggi biasanya akan berupaya mendapatkan
barangan dengan lebih banyak dan barang yang diminati biasanya barangan
mewah.
 Manakala golongan berpendapatan rendah hanya mampu mendapatkan
barangan dalam kuantiti yang sedikit dan barangan yang dipilih biasanya
barangan normal/biasa.

BAHAGIAN B (ESEI)
Soalan STPM
1.STPM 2014
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan usahawan? (2)

4
(b) Huraikan empat perbezaan antara usahawan dengan buruh. (8)

2. STPM 2015
(a) Huraikan tiga masalah asas ekonomi. (6)

(b) Dengan memberikan contoh, terangkan perbezaan antara barang modal dengan barang pengguna. (4)

5
3. STPM 2017
Dengan memberikan contoh, terangkan perkaitan konsep kekurangan, konsep pilihan dan konsep kos lepas
bagi
(a) pengguna (5)

(b) pengeluar (5)

6
4. STPM 2019
(a) Terangkan peranan teknologi dalam proses pengeluaran. (2)

(b) Huraikan empat sumber ekonomi yang boleh ditawarkan oleh isi rumah kepada firma dalam proses
pengeluaran beserta setiap ganjaran yang diperolehinya. (8)

7
5. STPM 2020
(a) Mengapakah masalah asas ekonomi wujud? (2)

(b) Terangkan masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh pengeluar kerepek pisang. (8)

8
1.5 KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP)

1. Definisi dan Andaian KKP


2. KKP Kos Lepas Meningkat (Cembung)
3. KKP Kos Lepas Malar (Lurus)
4. Masalah Ekonomi Berdasarkan KKP
5. Perubahan KKP

1. Definisi dan Andaian KKP

9
Definisi KKP :- keluk kemungkinan pengeluaran merupakan batas maksimum dua jenis barang yang dapat
dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi dengan menggunakan semua faktor pengeluaran yang ada pada
tingkat teknologi tertentu.

Andaian KKP :
i. Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang
ii. Ekonomi telah mencpai tingkat guna tenaga penuh
iii. Faktor pengeluaran tetap dari segi kuantiti dan kualiti
iv. Tingkat teknologi tetap
v. Proses pengeluaran berlaku dalam jangka pendek

2. KKP Kos Lepas Meningkat (Cembung)


 Definisi kos lepas meningkat :- bermaksud untuk menambahkan satu unit sesuatu barang, ekonomi
terpaksa mengurangkan kuantiti barang lain dengan jumlah yang semakin meningkat dan keluknya
berbentuk cembung.
 Contoh jadual dan rajah KKP kos lepas meningkat :-

3. KKP Kos Lepas Malar (Lurus)


 Definisi kos lepas malar :- bermaksud untuk menambahkan satu unit sesuatu barang, ekonomi
terpaksa mengurangkan kuantiti barang lain dengan jumlah yang sam pada setiap tingkat
pengeluaran dan keluknya berbentuk lurus.
 Contoh jadual dan rajah KKP kos lepas malar :-

4. Masalah Ekonomi Berdasarkan KKP


(Menggambarkan Masalah Kekurangan, Pilihan dan Pengangguran)

10
5. Perubahan KKP

Pertambahan dalam tingkat pengeluaran atau output barang yang disebabkan oleh :
(a) pertambahan dalam kuantiti sumber ekonomi
(b) pertambahan dalam kualiti sumber ekonomi
(c) kemajuan teknologi

Menggambarkan Pertumbuhan Ekonomi

Pelbagai Corak pertumbuhan Ekonomi

11
Menggambarkan Kesan Pilihan Masa Kini Terhadap Masa Depan

12
Lakarkan perubahan KKP berikut :
(1) Kesan pertambahan sumber ekonomi Kesan pengurangan sumber ekonomi

(2) Kesan pertambahan tenaga buruh Kesan pengurangan tenaga buruh

13
(3) Kesan penemuan sumber alam baharu Kesan kepupusan sumber alam

(4) Kesan pertambahan pelaburan Kesan pengurangan pelaburan

(5) Pertambahan dengan kadar yang sama Pengurangan dengan kadar yang sama

14
(6) Pertambahan dengan kadar yang tidak sama Pengurangan dengan kadar yang tidak sama

(7) Pertambahan satu barang sahaja Pengurangan satu barang sahaja

BAHAGIAN B (ESEI)
Soalan STPM

15
1.STPM 2013
(a) Nyatakan maksud keluk kemungkinan pengeluaran. (2)

(b) Dengan menggunakan gambar rajah dan contoh berangka, terangkan bagaimana keluk kemungkinan
pengeluaran yang mempunyai kos lepas meningkat dibentuk. (8)

2. STPM 2018
(a) Nyatakan kaitan antara kos lepas dengan bentuk-bentuk keluk kemungkinan pengeluaran. (2)

16
(b) Dengan menggunakan gambar rajah keluk kemungkinan pengeluara, terangkan dua keadaan sesebuah
ekonomi tidak berada pada tingkat guna tenaga penuh. (8)

1.6 SISTEM EKONOMI

1. Ciri-ciri Sistem Ekonomi (Pasaran Bebas, Perancangan Pusat, Campuran dan Islam)
2. Bagaimana Sistem Ekonomi Pasaran Bebas Menyelesaikan Masalah Asas Ekonomi
3. Kebaikan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas

17
4. Kelemahan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas
5. Perlunya Campur Tangan Kerajaan Dalam Sistem Ekonomi Pasaran Bebas

1. Ciri-ciri Sistem Ekonomi (Pasaran Bebas, Perancangan Pusat, Campuran dan Islam)

2. Bagaimana Sistem Ekonomi Menyelesaikan Masalah Asas Ekonomi

18
3. Kebaikan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas
Kebaikan Penjelasan
1. Tiada campur Masalah asas ekonomi diselesaikan oleh mekanisme harga tanpa campur tangan
tangan kerajaan kerajaan. Apabila permintaan naik, kenaikan harga menjadi petunjuk kepada pengeluar
untuk menambahkan penawaran barang.
2. Penggunaan Firma menggunakan faktor secara cekap bagi memaksimumkan keuntungan dan
faktor secara cekap mengurangkan kos pengeluaran.
3. Wujud kemajuan Firma banyak menggunakan teknologi moden atau melakukan inovasi untuk
teknologi meningkatkan produktiviti. Jadi, firma dapat memaksimumkan keuntungan.
4. Kebebasan Pengguna bebas membeli barang dan memaksimumkan kepuasan manakala pengeluar
individu bebas mengeluarkan barang untuk memaksimumkan keuntungan.

4. Kelemahan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas


Kelemahan Penjelasan
1. Wujud Mekanisme harga menyebabkan ketidakstabilan harga dan guna tenaga iaitu masalah
ketidakstabilan inflasi dan pengangguran. Tanpa campur tangan kerajaan, kestabilan ekonomi sukar
ekonomi dikawal.
2. Agihan Barang-barang hanya diagihkan kepada golongan yang mampu membayar sahaja. Jadi
pendapatan yang golongan kaya menikmati lebih banyak barang dan menyebabkan jurang perbezaan
tidak adil pendapatan antara golongan kaya dengan golongan miskin semakin besar.
3. Kewujudan Persaingan bebas antara firma mewujudkan firma yang besar dan berkuasa
monopoli menentukan harga yang tinggi serta mengehadkan pengeluaran output untuk
memaksimumkan keuntungan.
4. Tiada Firma hanya mengeluarkan barang swasta yang menguntungkan, iaitu untuk golongan
pengeluaran mampu bayar. Jadi, barang awam berdasarkan prinsip tiada pengecualian tidak
barang awam dikeluarkan.
5. Wujud kesan Dalam usaha memaksimumkan keuntungan dan tanpa campur tangan kerajaan,
luaran negatif kegiatan firma akan menghasilkan kesan luaran negatif. Contohnya, pencemaran alam
sekitar dan kesesakan lalu lintas.
5. Perlunya Campur Tangan Kerajaan Dalam Sistem Ekonomi Pasaran Bebas

19
Sebab Campur Tangan Penjelasan
1. Menstabilkan ekonomi Apabila wujud ketidakstabilan harga (inflasi) atau ketidakstabilan guna tenaga
(kemelesetan ekonomi), kerajaan akan menjalankan dasar fiskal dan dasar
kewangan untuk mengawal ketidakstabilan ekonomi.
2. Mengagihkan Tanpa campur tangan kerajaan, agihan pendapatan menjadi semakin tidak adil,
pendapatan dengan adil iaitu jurang perbezaan pendapatan antara golongan kaya dengan golongan miskin
semakin besar.
3. Mengawal monopoli Firma monopoli ialah firma besar yang menjual barang pada harga yang tinggi dan
mengeluarkan output yang rendah untuk menikmati keuntungan tinggi. Campur
tangan kerajaan diperlukan untuk mengawal tingkat harga dan menambah tingkat
output supaya lebih ramai pengguna dapat menikmati barang.
4. Mengeluarkan barang Barang awam merupakan barang yang dinikmati oleh semua golongan pengguna
awam berdasarkan prinsip tiada pengecualian. Contohnya, perkhidmatan polis dan
mahkamah undang-undang tidak disediakan oleh pihak swasta. Oleh itu, kerajaan
menyediakan perkhidmatan awam tersebut untuk memaksimumkan kebajikan
rakyat.
5. Mengawal kesan Bagi memaksimumkan keuntungan, firma akan menghasilkan kesan luaran negatif
luaran/ eksternaliti seperti pencemaran dan kesesakan lalu lintas yang menjejaskan kualiti hidup
negatif masyarakat. Jadi, campur tangan kerajaan melalui penguatkuasaan undang-
undang dan peraturan bagi menangani eksternaliti negatif.

BAHAGIAN B (ESEI)
Soalan STPM
TIADA

20

Anda mungkin juga menyukai