Anda di halaman 1dari 9

KANNAN P118746 Tugasan 1 (Sintesis Analisis Literatur KP1)

Pengarang, tahun, Sivaneswary Sivaratanam. 2019. Penguasaan golongan kata


tajuk artikel, tajuk dalam kalangan murid SJKT. Jurnal Antarabangsa Persuratan
Jurnal, vol ditulis Melayu (RUMPUN), 7(1) : 1-24
mengikut Gaya UKM

URL atau DOI URL :


https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/9/1

DOI : Tidak dinyatakan dalam jurnal


Pernyataan Masalah • Terdapat perbezaan yang ketara dalam pencapaian murid
SJKT dalam peperiksaan Bahasa Melayu pemahaman
berbanding dengan murid SK dan SJKC.

• Pencapaian murid SJKT dalam peperiksaan Bahasa


Melayu pemahaman sangat rendah.

• Peperiksaan Bahasa Melayu pemahaman di SJKT


merupakan antara salah satu peperiksaan yang menjurus
kepada penurunan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP)
dalam Peperiksaan UPSR pada tahun 2015 (Khair
Mohamad Yusof, 2015).

• Pencapaian murid SJKT dalam peperiksaan Bahasa


Melayu masih lemah dan tidak terserlah meskipun waktu
pengajaran proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu sangat mencukupi.

• Perspektif segelintir guru yang mengajar subjek Bahasa


Melayu khususnya guru tahun 6 tidak wajar dan ada juga
sikap sering menuding jari terhadap guru-guru BM yang
mengajar dari tahun 1 hingga tahun 5 sekiranya
penguasaan kemahiran tatabahasa murid tahun 6 masih
cetek.

• Dapatan kajian rintis yang dilaksanakan di SJKT jelas


menunjukkan bahawa murid masih lemah dalam
penguasaan kemahiran tatabahasa dan memerlukan
bimbingan yang secukupnya.

• Terdapat segelintir guru yang mengalami kesukaran untuk


menyepadukan kemahiran tatabahasa dengan kemahiran
asas berbahasa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
Objektif kajian Objektif 1
(senaraikan) • Menganalisis penguasaan golongan kata BM tahap satu
dalam kalangan murid Sekolah (Jenis) Kebangsaan Tamil.
Kajian Literatur (perlu Penggunaan kata-kata yang mudah melalui strategi
ada) & kerangka simplikasi
konseptual kajian
(hanya jika ada)
• Kanak-kanak bertutur berdasarkan perkataan yang sering
didengari melalui situasi pergaulan dalam kehidupan
seharian.
• Kanak-kanak mengaplikasikan strategi simplikasi yang
menjurus mereka untuk memahami dan menguasai
perkataan yang mudah untuk mengambar makna sesuatu
perkara (Vijayaletchumy Subramaniam, 1998)

Kesalahan tatabahasa dalam kalangan murid Tamil


• Aspek perkataan merupakan antara kesalahan yang paling
ketara dalam kalangan murid Tamil diikuti dengan
kesalahan dari segi frasa dan ayat.
• Unsur terjemahan literal daripada struktur ayat bahasa
Tamil masih dapat dikesan dalam pembinaan ayat dalam
bahasa Melayu sehingga menodai maksud ayat dan
susunan ayat tersebut menjadi tergantung.
• Murid Tamil masih lemah dalam penguasaan tatabahasa
bahasa Melayu dan mereka masih gagal dalam
menguasai Sistem Tatabahasa secara menyeluruh
(Suthanthiradevi J.N.J Money, 2004)

Kesalahan sintaksis dan morfologi dalam kalangan pelajar


Cina
• Dari segi kesalahan sintaksis, pelajar Cina seramai 34.1
peratus melakukan dalam pembinaan ayat majmuk.
• Dari segi kesalahan morfologi, pelajar Cina seramai 39.7
peratus melakukan kesalahan imbuhan secara kerap
berbanding dengan kesalahan dalam golongan kata.
• Pengaruh struktur ayat bahasa Mandarin yang unik iaitu
tiada penggunaan imbuhan merupakan antara faktor
utama pelajar Cina melakukan kesalahan imbuhan (Nor
Zaiton Hanafi, Nor Azura Mohd Salleh & Zamri Mahamod,
2008)

Kesalahan tatabahasa dalam penulisan


• Kajian yang melibatkan 20 orang murid tahun empat
menunjukkan bahawa murid melakukan 174 kesalahan
tatabahasa dan 42 kesalahan bahasa.
• Kesalahan ejaan, imbuhan, kata sendi nama, penggunaan
huruf besar dan kecil merupakan antara kesalahan ketara
yang telah dikenal pasti (Sharina Halim, 2010)

Kesalahan aspek tatabahasa dalam kalangan guru


• Kesalahan aspek tatabahasa dalam kalangan guru yang
amat ketara dan melebihi 50% kesalahan ialah kata
pemeri, klausa dan tanda baca.
• Kesalahan dari segi aspek predikat, morfologi, kata
penguat ialah pada sekitar 50% kesalahan.
• Kata hubung, ayat majmuk, semantik, imbuhan, sintaksis,
frasa, subjek, kata majmuk, kata ganda, dan ayat aktif
merupakan kesalahan aspek tatabahasa yang berada
pada tahap bawah 50% kesalahan.
• Kegagalan guru dalam menguasai kemahiran tatabahasa
secara menyeluruh menjadi titik tolak kepada penurunan
prestasi pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia
STPM (Abdul Rashid Daing Melebek, 2010)

Kesilapan morfologi dalam penulisan pelajar bukan Melayu


• Murid bukan penutur jati bahasa Melayu lemah dalam
penguasaan aspek morfologi khususnya kategori imbuhan,
kata ganti nama, kata sendi nama dan kata hubung
(Rohaza Mohd Saad, 2011)
Metodologi Reka bentuk kajian :
• Reka bentuk • Pengkaji melaksanakan kajian kes dalam bentuk
kajian, deskriptif untuk meninjau sehingga ke akar umbi
• Jenis penguasaan dan pemahaman aspek golongan kata dalam
persampelan kalangan murid SJKT.
• Siapa
responden atau Jenis persampelan :
informan dan • Pengkaji menggunakan kaedah persampelan bola salji
berapa memandangkan informan tidak dipilih sendiri malah
jumlahnya dicadang oleh orang lain.
• instrumentasi** • Pengkaji telah berbincang dengan guru yang mengajar
• kaedah analisis subjek Bahasa Malaysia di lokasi kajian.
data
**terangkan detail Informan
instrumen yang • Daripada 76 murid tahun lima, hanya 50 orang murid
digunakan yang dikategorikan sebagai murid cemerlang dipilih
sebagai informan.
• Kemampuan menguasai kemahiran yang lebih mantap
merupakan antara faktor murid cemerlang dipilih sebagai
informan.

Instrumentasi :
• Ujian penilaian kemahiran tatabahasa yang
mengandungi 30 soalan merangkumi 15 golongan kata.
• Soalan dalam ujian tersebut berbentuk objektif dan
padanan.
• 30 soalan dalam ujian tersebut merangkumi kemahiran
tatabahasa dalam buku teks tahap 1 untuk mengukur
tahap penguasaan kemahiran tatabahasa yang
sewajarnya dikuasai pada tahap 1.

Kaedah analisis data :


• Data daripada pelaksanaan ujian akan dipindahkan
secara manual untuk dipersembahkan dalam bentuk
jadual, graf dan carta pai untuk melancarkan proses
pengiraan.
• Data yang dipersembahkan akan dianalisis dalam
bentuk deskriptif untuk mengemukakan keterangan yang
lebih lanjut.

Kerangka teori :

• Kerangka teori dibina berdasarkan model input-output.


• Input dijelaskan berdasarkan empat indikator iaitu kualiti
pengajaran, kesesuaian aras pengajaran, insentif dan
masa.
• Output ialah peningkatan dalam pencapaian akademik.
• Model ini digunakan untuk mengkaji keberkesanan
pengajaran guru untuk isi pelajaran yang berkaitan dengan
tatabahasa.

• Kualiti Pengajaran : Peringkat isi pelajaran atau


kemahiran dipersembahkan agar murid mudah
menghayati dan mempelajarinya.
• Kesesuaian aras pengajaran : Guru bertanggungjawab
dalam memastikan kesediaan murid untuk mempelajari isi
pelajaran dan mencapai objektif pembelajaran.
• Insentif : Guru memastikan murid dimotivasi untuk
menunjukkan komitmen dan penglibatan yang menyeluruh
dalam kelas.
• Masa : Guru memberikan dan memperuntukkan masa
yang secukupnya untuk mempelajari bahan yang
disampaikan.

Keputusan/ Dapatan Dapatan Objektif 1 :
kajian (berdasarkan
Objektif kajian) Kata nama
• Hanya 53% daripada keseluruhan informan berjaya
menjawab soalan kata nama dengan betul.
• 47% informan masih belum menguasai konteks kata nama
yang menjadi asas dalam tatabahasa Bahasa Melayu.
• Pendedahan tentang jenis yang agak kurang
menyebabkan murid gagal menjawab walaupun mereka
mengenali perbendaharaan kata tersebut.

Kata ganti nama


• Hanya 36% daripada keseluruhan informan tidak berjaya
dalam menjawab sekurang-kurangnya satu soalan dengan
betul.
• 54% informan telah menguasai konteks kata ganti nama.
• Unsur kesamaan yang terdapat dalam bahasa ibunda
memudahkan responden menguasai konteks kata ganti
nama dengan mudah.
Kata Adjektif
• Hanya 54% responden dapat menjawab soalan kata
adjektif dengan betul.
• 46% informan masih tidak dapat mengenali jenis kata
adjektif.
• Pemahaman tentang konteks kata adjektif kurang tidak
dimantap dalam kalangan informan walaupun mereka
mengetahui kosa kata.
• Pendedahan jenis kata adjektif kurang diberi penekanan
pada tahap dua.
• Kesinambungan dalam DSKP tidak wujud lantaran
pemahaman tentang konteks yang dipelajari pada tahap 1
tidak dapat diperkasakan.

Kata kerja
• 60% tidak berjaya menjawab soalan kata kerja dengan
betul.
• 40% informan masih lemah dalam menguasai konteks
kata kerja.
• Ada segelintir informan masih tidak mengetahui perbezaan
antara tunggal dan terbitan.

Kata hubung
• Hanya 44% informan berjaya menjawab soalan kata
hubung dengan betul.
• 56% informan masih lemah dalam menguasai konteks
kata hubung.
• Informan mengalami kesukaran untuk memahami kata
hubung ‘sambil’, ‘kerana’ dan ‘lalu’.
• Informan sudah pasti tidak mampu menguasai konteks
ayat majmuk yang mengandungi kata hubung gabungan.

Kata tanya
• Hanya 26% informan sahaja gagal menjawab soalan kata
tanya.
• Seramai 74% Informan menunjukkan pencapaian yang
mantap dalam soalan kata tanya.
• Soalan kata tanya sangat mudah untuk dijawab kerana
diajar dalam bahasa Tamil dan bahasa Inggeris.
• Segelintir informan keliru dengan partikel –kah dalam
pilihan jawapan sehingga mereka tidak mengenali
perkataan yang bukan berasal dari kata tanya seperti
‘bolehkah’.

Kata sendi nama


• Hanya 38% responden yang dapat menjawab soalan kata
sendi nama dengan betul.
• 62% informan masih lemah dalam menguasai konteks
kata sendi nama.
• Guru kurang memainkan peranan dalam memberi
pendedahan kepada informan tentang cara penggunaan
kata sendi nama dalam ayat.
Imbuhan
• Hanya 51% informan yang berjaya menjawab soalan yang
berkaitan dengan imbuhan dengan betul.
• Seramai 49% informan masih gagal menguasai konteks
imbuhan.
• Informan gagal menguasai kaedah guguran huruf awal
selepas sesuatu kata dasar menerima imbuhan.

Kata ganda
• Hanya 33% responden sahaja yang tidak menjawab
soalan kata ganda yang terdiri daripada dua dengan betul.
• Seramai 67% informan berjaya menguasai konteks kata
ganda dan mempunyai pemahaman yang baik.
• Ciri-ciri setiap jenis kata ganda tidak ditekankan kepada
informan
• Informan mengalami kesukaran untuk membezakan kata
ganda separa, berirama dan penuh.

Kata seru
• Hanya 52% yang dapat menjawab soalan kata seru
dengan betul.
• Seramai 48% informan masih gagal menguasai konteks
kata seru.

Kata majmuk
• 70% informan gagal untuk menjawab soalan kata majmuk
dengan betul.
• Hanya 30% informan sahaja memahami dan mempunyai
pengetahuan tentang konteks kata majmuk.
• Informan tidak didedahkan lagi dengan maksud dan
contoh kata majmuk.

Kata perintah dan kata arah


• Hanya 44% dan 42% informan sahaja dapat menjawab
soalan kata perintah dan kata arah dengan betul.
• Bilangan informan yang gagal menguasai konteks kata
perintah dan kata arah melebihi 50%.
• Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu tidak selaras dengan DSKP dan buku teks.
• Kata perintah sering digunakan dalam pergaulan seharian
lantaran, guru tidak tekankan secara mendalam.
• Informan gagal menjawab soalan yang berkaitan dengan
‘atas’ walaupun maksudnya sangat senang.

Kata bilangan
• Hanya 36% informan dapat menjawab soalan kata
bilangan dengan betul.
• Seramai 64% informan masih gagal menguasai konteks
kata bilangan.
• Informan kurang diberi pendedahan tentang contoh kata
bilangan.
• Informan tidak menguasai konteks ini walaupun diajar
dalam bahasa Inggeris.
Kata bantu
• 80% informan tidak menjawab soalan kata bantu dengan
betul.
• Hanya 20% murid menguasai dan mempunyai
pengetahuan tentang kata bantu.
• Ramai informan lemah dan belum menguasai konteks kata
bantu.
• Informan tidak diperkenalkan dengan kedua-dua jenis iaitu
aspek dan ragam serta fungsinya.

Perbincangan/Implikasi Perbincangan :
kajian
• Murid tahap dua masih tidak menguasai kemahiran
tatabahasa khususnya 15 jenis golongan kata yang
sewajanya dikuasai pada tahap satu.
• Murid tahap dua tidak dapat menjawab soalan sistem
tatabahasa yang merangkumi soalan yang dibina
berdasarkan konteks yang dipelajari pada tahap satu.
• Informan terus dinaikkan ke darjah seterusnya tanpa
melaksanakan sebarang penilaian untuk mengukur dan
mengenal pasti pencapaian serta penguasaan mereka.
• Kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran, insentif
dan masa menjadi input pengajaran yang akan
meningkatkan keberkesanan pencapaian penguasaan
sistem tatabahasa murid (Slavin, R.E, 1994).
• Pengajaran tatabahasa perlu diajar secara berperingkat
daripada aras rendah ke tinggi supaya sebati dengan aras
pemikiran informan.
• Bahasa kedua wajar ada unsur pengulangan sehingga
membentuk kebiasaan kerana informan kurang bertutur
dalam bahasa Melayu selain situasi dalam kelas.
• Unsur simplikasi tidak diperkenalkan kepada murid
lantaran, murid gagal memahami konteks tatabahasa
berdasarkan perkataan yang mudah.
• Kajian ini menjadi titik tolak kepada pihak pengurusan dan
guru bahasa Melayu untuk mengukur tahap pencapaian
dan penguasaan murid cemerlang dalam aspek
tatabahasa.

Implikasi :

• Kajian ini menjadi titik tolak kepada pihak pengurusan dan


guru bahasa Melayu untuk mengukur tahap pencapaian
dan penguasaan murid cemerlang dalam aspek
tatabahasa.
• Dapatan kajian ini turut membantu untuk mengenal pasti
perkembangan pencapaian murid dalam penguasaan
tatabahasa.

Cadangan kajian Tidak dinyatakan dalam jurnal.


lanjutan
Komen/Analisis Pelajar Pernyataan Masalah :
Terhadap Artikel Ini
(e.g Pernyataan • Isu yang menunjangi konteks penguasaan tatabahasa
Masalah, Objektif, dikemukakan secara terperinci.
Sorotan Literatur, • Kebanyakan isu yang dikemukakan tidak disokong dengan
Metodologi kajian lepas ataupun pendapat para tokoh.
(Rekabentuk, dsb), • Pengkaji wajar menjelaskan secara lebih terperinci tentang
Dapatan, kajian rintis yang dilaksanakan di SJKT.
Perbincangan, Kajian
Lanjutan) Objektif :
Penting- perlu ada 5 • Hanya satu objektif dinyatakan dalam jurnal.
poin ulasan • Bilangan objektif wajar ditambah untuk memperoleh
dapatan kajian yang mantap.
• Melaksanakan kajian berdasarkan satu objektif tidak
membuahkan hasil kajian yang holistik dan menyeluruh.
• Pengkaji boleh menjadikan perspektif murid sebagai
objektif seterusnya untuk menimba pengetahuan tentang
pengajaran guru dan kesediaan murid

Sorotan Literatur :
• Sorotan literatur sangat jelas dan terperinci serta disokong
dengan rujukan dalam teks (citation).
• Sorotan literatur tidak dipecahkan kepada tajuk kecil
namun, setiap sorotan ditulis dalam satu perenggan.
• Sebanyak enam sorotan literatur dikemukakan dan 3
daripada sorotan tersebut menjelaskan tentang
penguasaan tatabahasa dalam kalangan bukan Melayu.
• Sorotan literatur boleh ditambah untuk menyokong
dapatan kajian yang bakal diperoleh.

Kerangka konseptual :
• Sewajarnya dimasukkan di bawah sorotan literatur tetapi
pengkaji meletakkanya di bawah metodologi.

Metodologi :
• Kaedah pemilihan sampel tidak dinyatakan dalam jurnal.
• Pengaji tidak nyatakan sama ada kajian ini berdasarkan
keadah kuantitatif ataupun kualitatif.
• Pengkaji sewajarnya menggunakan perkataan ‘informan’
kerana perkataan ‘responden’ digunakan untuk kajian
yang berbentuk kuantitatif.
• Pengkaji tidak menyatakan dan menjelaskan tentang
instrumen temu bual dengan guru dan kaedah
pemerhatian DSKP.
• Kaedah analisis data tidak diperincikan untuk instrumen
temu bual dan pemerhatian.

Dapatan :
• Dapatan kajian dipindahkan dan dipersembahkan dalam
jadual, graf dan carta pai.
• Cara persembahan data sangat jelas dan mudah difahami.
• Dapatan kajian yang dikemukakan menjawab persoalan
kajian dan mencapai objektif yang ditetapkan.
• Pengkaji tidak menjelaskan dapatan yang diperoleh
daripada temu bual dan pemerhatian.
• Pengkaji tidak menjelaskan dapatan kajian tentang
pemerhatian cara pengajaran guru berdasarakan model
input-output.
• Dapatan kajian tidak disokong dengan kajian lepas yang
dikemukakan dalam sorotan literatur.
• Kelemahan dan kekuatan dalam setiap golongan kata
boleh dimasukkan sekali dengan penjelasan tentang
peratus penguasaan untuk setiap golongan kata.

Perbincangan / Implikasi :
• Pengkaji telah membincangkan dapatan kajian secara
terperinci dan dapat mengenal pasti faktor utama yang
menunjangi masalah penguasaan tatabahasa dalam
kalangan murid SJKT.
• Perbincangan disokong dengan model yang berkaitan
dengan elemen ataupun input yang perlu diberi penekanan
dalam pengajaran.
• Implikasi kajian juga dinyatakan hasil daripada dapatan
kajian yang dijelaskan secara mendalam.

Kajian Lanjutan :
• Cadangan kajian lanjutan tidak dinyatakan oleh pengkaji.
• Pengkaji sewajarnya menyatakan kekuatan dan
kelemahan sepanjang melaksanakan kajian.
• Pengkaji wajar menyatakan cadangan penambahbaikan
untuk memudakan pengkaji seterusnya untuk
melaksanakan kajian tanpa sebarang kelemahan.
• Pengkaji boleh mencadangkan instrumen kajian yang
berlainan untuk mendapatkan data kajian yang mantap.

Anda mungkin juga menyukai