Anda di halaman 1dari 25

Lampiran 1

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MINDA SIHAT


KALENDAR AKADEMIK SESI 2022/2023
1. Pengenalan

1.1 Program Minda Sihat dilaksanakan sebagai langkah pencegahan masalah


gangguan emosi, memperkasa psikososial, menyokong kesejahteraan emosi
dan mental, melaksanakan intervensi dalam membantu murid menguruskan
emosi dengan baik serta merujuk murid yang dikenal pasti kepada pihak yang
bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.
1.2 Program ini mengunakan motto“Minda Sihat : Emosi Terjaga, Kehidupan
Sejahtera” bagi meningkatkan kesedaran warga institusi pendidikan tentang
kepentingan penjagaan kesejahteraan emosi dan mental.

2. Objektif

Objektif program ini adalah untuk;

2.1 meningkatkan kesedaran kepentingan kesejahteraan emosi dan mental murid;


2.2 meningkatkan keupayaan murid meregulasi emosi dan kemahiran gaya daya
tindak dengan baik; dan
2.3 merujuk murid yang mengalami masalah emosi, psikologi dan mental kepada
pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.

3. Pendekatan
Program ini menggunakan empat pendekatan utama iaitu pencegahan,
perkembangan, pemulihan dan krisis.

3.1 Pencegahan

Pencegahan dilaksanakan melalui aktiviti berikut:

3.1.2 mempromosikan aktivititi kesejahteraan emosi, gaya hidup sihat dan teknik
relaksasi dalam kalangan murid;
3.1.3 membimbing murid menguruskan emosi dengan baik dengan meningkatkan
kemahiran gaya daya tindak;
3.1.4 mengenal pasti keperluan dan sebab masalah emosi murid berdasarkan
dapatan senarai semak keperluan emosi murid; dan
3.1.5 melaksanakan saringan minda sihat untuk pengesanan awal masalah
emosi, psikologi dan mental murid.

3.2 Perkembangan

Perkembangan dilaksanakan melalui perkara berikut:

~7~
3.2.1 meningkatkan keupayaan murid berfikir secara sihat, positif, rasional dan
kreatif melalui aktiviti seperti bimbingan individu dan kelompok, Program
Mentor Mentee, Pembimbing Rakan Sebaya dan sebagainya;
3.2.2 meningkatkan kawalan diri, konsep kendiri positif, keyakinan diri dan daya
tahan (resilien); dan
3.2.3 meningkatkan kemahiran mengawal dan meregulasi emosi melalui sesi
bimbingan serta latihan dalam kumpulan yang berterusan.

3.3 Pemulihan

Pemulihan dilaksanakan melalui perkara berikut:

3.3.1 melaksanakan intervensi minda sihat kepada murid yang dikenal pasti
berada pada kategori krisis/khusus melalui proses saringan minda sihat 1;
3.3.2 intervensi dijalankan mengikut garis masa yang telah ditetapkan;
3.3.3 intervensi dilaksanakan menggunakan Modul Program Minda Sihat dan
Modul Intervensi Minda Sihat (PRISMA), Kementerian Pendidikan Malaysia
atau Modul Kesihatan Remaja (KKM) ; dan
3.3.4 melaksanakan sesi kaunseling secara berterusan serta berfokus bagi
meningkatkan kemahiran mendapatkan bantuan dan kemahiran gaya daya
tindak murid.

3.4 Krisis

Krisis dilaksanakan melalui perkara berikut:

3.4.1 mengenal pasti murid yang dikenal pasti berada pada kategori krisis melalui
proses saringan minda sihat 1 dan 2;
3.4.2 mengenal pasti murid yang mengalami tanda-tanda awal kemurungan dan
gangguan/kecelaruan mental contoh skizofrenia, kecelaruan bipolar,
psikososial negatif (idea, perancangan, cubaan dan tindakan
membahayakan diri/orang lain);
3.4.3 melaporkan dan berbincangan kes krisis kepada pengetua atau guru besar
bagi membantu murid;
3.4.4 mengadakan konsultasi dengan ibu/bapa/penjaga untuk merujuk murid
kepada pegawai kesihatan di klinik dan hospital berdekatan;
3.4.5 melaksanakan tindakan kesegeraan bersama-sama ibu/bapa/penjaga bagi
merujuk murid yang mengalami situasi krisis (membahayakan diri dan orang
lain) kepada pegawai kesihatan di klinik dan hospital berdekatan;
3.4.6 menyediakan laporan perkembangan murid daripada GBKSM dan disahkan
oleh Pengetua atau Guru Besar mengikut SPI Bil. 7/2011 Pelaksanaan
Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 kepada Unit Pengurusan

~8~
Kaunseling dan Kerjaya Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
melalui PPD dan JPN.
3.4.7 melaksanakan sesi kaunseling secara berterusan, sokongan emosi,
konsultasi ibu/bapa/penjaga untuk menyokong kesejahteraan emosi dan
mental murid bagi memastikan murid selamat, sihat dan kebajikan terjaga
semasa berada di institusi pendidikan.

4. Peranan dan Tanggungjawab

Peranan dan tanggungjawab pihak yang terlibat dalam melaksanakan program ini
adalah seperti berikut:

4.1 Jabatan Pendidikan Negeri

4.1.1 membimbing pelaksanaan program kepada Timbalan Sektor Pembangunan


Murid, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD);
4.1.2 melaksanakan kunjung bantu, pemantauan dan pematuhan tindak susul kes
krisis murid Program Minda Sihat di institusi pendidikan bawah pentadbiran
masing-masing;
4.1.3 menganalisa dan merekodkan kes krisis di JPN masing-masing bagi tujuan
pelaksanaan intervensi dan pematuhan tindak susul kes krisis di institusi
pendidikan bawah pentadbiran masing-masing; dan
4.1.4 melapor dan melaksana tindakan kesegeraan serta intervensi kes
psikososial negatif (idea, perancangan, cubaan dan tindakan
membahayakan diri/orang lain) mengikut SPI Bil. 7/2011 Pelaksanaan
Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 kepada Unit Pengurusan
Kaunseling dan Kerjaya Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

4.2 Pejabat Pendidikan Daerah

4.2.1 membimbing dan menyokong pelaksanaan program kepada pengetua, guru


besar, GBKSM dan GBLD;
4.2.2 melaksanakan kunjung bantu di institusi pendidikan bawah pentadbiran
masing-masing;
4.2.3 melaksanakan kunjung bantu dan pematuhan tindak susul kes krisis murid
Program Minda Sihat di institusi pendidikan bawah pentadbiran PPD
masing-masing;
4.2.4 menganalisa dan merekodkan kes krisis bagi tujuan pelaksanaan intervensi
dan pematuhan tindak susul kes krisis di institusi pendidikan bawah PPD
masing-masing; dan
4.2.5 melapor dan melaksana tindakan kesegeraan serta intervensi kes
psikososial negatif (idea, perancangan, cubaan dan tindakan
membahayakan diri/orang lain) mengikut SPI Bil. 7/2011 Pelaksanaan
Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 kepada Ketua Penolong
Pengarah Hal Ehwal Murid JPN.
~9~
4.3 Pengetua/Guru Besar

4.3.1 merancang dan melaksana program dengan lancar serta berkesan;


4.3.2 menyokong pelaksanaan promosi, saringan dan intervensi Program Minda
Sihat;
4.3.3 memantau pelaksanaan program secara berterusan;
4.3.4 memastikan kes dikendalikan dengan berhemah, mematuhi etika
kerahsiaan dan menyantuni murid dengan profesional;
4.3.5 merujuk kes krisis dan khusus murid kepada ibu/bapa/penjaga; dan
4.3.6 melapor dan melaksana tindakan kesegeraan serta intervensi kes
psikososial negatif (idea, perancangan, cubaan dan tindakan
membahayakan diri/orang lain) mengikut SPI Bil. 7/2011 Pelaksanaan
Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 kepada Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid dan Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal
JPN.

4.4 Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSMSM) /Guru


Bimbingan Lantikan Dalaman (GBLD)

4.4.1 menyelaras pelaksanaan program kepada guru dan murid;


4.4.2 melaksanakan penataran program kepada guru-guru;
4.4.3 menyebar luas maklumat promosi kesejahteraan emosi dan mental kepada
murid, guru dan ibu/bapa/penjaga;
4.4.4 menyediakan panduan dan bahan program kepada guru;
4.4.5 melatih Pembimbing Rakan Sebaya kemahiran asas membantu dan
sokongan emosi kepada rakan-rakan murid yang dikenal pasti;
4.4.6 melaksanakan saringan minda sihat melalui Sistem
ePerkhidmatan Kaunseling Murid (SePKM) di laman sesawang
https://sepkm.com/msihat/;
4.4.7 menyediakan profil murid krisis/khusus dan tindak susul dari segi isu
kesejahteraan emosi, psikologi dan mental;
4.4.8 melaksanakan program pencegahan, pengembangan, pemulihan dan
krisis mengikut keperluan murid;
4.4.9 memantau perkembangan murid dari semasa ke semasa;
4.4.10 melaporkan kes krisis dan psikososial negatif murid kepada pengetua dan
guru besar;
4.4.11 memastikan kes murid dikendalikan dengan berhemah, mematuhi etika
kerahsiaan dan profesional;
4.4.12 melaksanakan intervensi umum, khusus dan krisis kepada sasaran murid
yang dikenal pasti;
4.4.13 membentangkan dapatan saringan minda sihat dan tindakan intervensi
dalam mesyuarat pengurusan dan mesyuarat guru di sekolah;
4.4.14 melaksanakan sesi konsultasi bersama-sama ibu/bapa/penjaga murid;

~ 10 ~
4.4.15 menyediakan senarai nama murid intervensi khusus dan krisis untuk
dirujuk kepada GBKSM baharu sekiranya berpindah sekolah untuk tindak
susul intervensi serta sesi kaunseling;
4.4.16 GBLD menyenarai nama murid (krisis/khusus) untuk merujuk kepada
Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, PPD.
4.4.17 menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Kesihatan yang berdekatan untuk
mendapatkan khidmat nasihat, maklum balas rujukan dan bantuan
kepakaran.

4.5 Guru

4.5.1 memastikan pelaksanaan program supaya dilaksanakan dengan lancar;


4.5.2 mendidik murid untuk sentiasa membantu, bertanya khabar dan
menghindari stigma kepada rakan murid yang menghadapi masalah
gangguan emosi;
4.5.3 memantau perubahan tingkah laku, emosi, pemikiran dan tindakan murid
yang di luar daripada kebiasaan;
4.5.4 menyantuni murid yang menghadapi masalah gangguan emosi dengan
berhemah dan profesional;
4.5.5 merujuk murid yang dikenal pasti mengalami perubahan tingkah laku,
emosi dan pemikiran kepada GBKSM atau GBLD; dan
4.5.6 meningkatkan kesedaran kepentingan kesejahteraan emosi dan mental
merentas kurikulum.

5. Pelaksanaan Program
Program ini dilaksanakan melalui dua strategi iaitu promosi dan saringan minda
sihat.

5.1 Promosi Minda Sihat

Promosi minda sihat bertujuan meningkatkan kesedaran kepentingan


kesejahteraan emosi dan mental. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti
berikut:
5.1.1 Sebaran Infografik Minda Sihat melalui pelbagai medium secara
dalam talian atau luar talian;
5.1.2 Siaran info audio atau video Info Minda Sihat;
5.1.3 Teknik Relaksasi (Pernafasan, Panduan Penjagaan Diri-self-care);
5.1.4 Mindfulness;
5.1.5 Kuiz Pengetahuan, Kemahiran dan Afektif Minda Sihat;
5.1.6 Kotak/Jurnal/Ruangan/Medium Ekspresi Emosi (luahan emosi);
5.1.7 Pertandingan poster, lagu dan video pendek Minda Sihat;
5.1.8 Talian Sokongan Psikososial; dan
5.1.9 Sudut/Lorong/Laman Minda Sihat.

~ 11 ~
5.2 Saringan Minda Sihat

5.2.1 GBKSM/GBLD melaksanakan saringan minda sihat menggunakan


instrumen/soal selidik seperti berikut;

Sekolah
Bil Instrumen
Rendah Menengah
i. Senarai Semak Keperluan Emosi Murid ✔ ✔
ii. Saringan Instrumen Whooley (PHQ-2) ✔
iii. Soal Selidik Pengurusan Emosi ✔
iv. Instrumen Patient Health Question ✔
(PHQ-9)
v. Instrumen Generalized Anxiety ✔
Disorder (GAD-7)

5.2.2 Murid Berkeperluan Pendidikan Khas cacat penglihatan,


pendengaran dan murid yang boleh mengurus serta mengeksperesi
emosi dengan baik SAHAJA disaring melalui saringan minda sihat
dengan bimbingan guru.
5.2.3 Saringan Minda Sihat melalui Sistem e-Perkhidmatan Kaunseling
Murid (SePKM) di laman sesawang https://sepkm.com/msihat/ atau
secara luar talian (manual); dan
5.2.4 Murid yang dikenal pasti mempunyai isu berkaitan emosi, perlu
menjalani intervensi menggunakan Modul Program Minda Sihat dan
Modul Intervensi Minda Sihat (PRISMA), Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) atau Modul Kesihatan Mental Remaja, Kementerian
Kesihatan Malaysia.

6. PANDUAN PELAKSANAAN SARINGAN MINDA SIHAT

6.1 SEBELUM

6.1.1 GBKSM/GBLD perlu merancang jadual pelaksanaan sesi


bimbingan saringan minda sihat bagi semua murid berdasarkan
panduan yang diberikan; dan
6.1.2 GBKSM/GBLD memaklumkan jadual pelaksanaan sesi bimbingan
saringan minda sihat kepada pentadbir, guru dan murid.

6.2 SEMASA

6.2.1 GBKSM/GBLD mengalu-alukan kehadiran murid,memastikan murid


berada dalam keadaan sihat dan bersedia mengikuti saringan minda
sihat;

~ 12 ~
6.2.2 Murid diminta berada dalam keadaan tenang, selesa dan
memberikan kerjasama yang baik sepanjang saringan minda sihat
dilaksanakan;
6.2.3 GBKSM/GBLD perlu menjelaskan bahawa saringan minda sihat
dilaksanakan untuk mendapat maklum balas bagi menyediakan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang memenuhi keperluan
semasa murid;
6.2.4 GBKSM/GBLD perlu mengingatkan murid bahawa tiada jawapan
betul atau salah bagi setiap penyataan. Jawapan adalah
berdasarkan keadaan dan gambaran semasa diri murid terhadap
terhadap penyataan pada instrumen;
6.2.5 Murid diminta supaya membaca penyataan dengan tenang, teliti,
bersikap terbuka dan jujur berdasarkan keadaan yang dihadapi oleh
murid;
6.2.6 Sekiranya murid berasa kurang selesa dan terganggu semasa
menjawab soalan yang diberikan sila maklumkan kepada
GBKSM/GBLD;
6.2.7 GBKSM/GBLD memaparkan nombor telefon untuk dihubungi oleh
murid bagi mendapatkan bantuan;
6.2.8 Dapatan saringan minda sihat dapat membantu menyokong
kesejahteraan diri murid dan menyediakan intervensi berfokus
kepada murid yang memerlukan berdasarkan maklum balas yang
diberikan;
6.2.9 Tempoh masa sesi bimbingan saringan minda sihat secara dalam
talian bersama-sama dengan murid adalah seperti berikut:
6.2.9.1 peruntukan masa dicadangkan selama 60 minit untuk sesi
bimbingan;
6.2.9.2 15 minit pertama penerangan berkaitan kepentingan dan
tatacara menjawab saringan minda sihat menggunakan
slaid power point;
6.2.9.3 murid diminta mengakses laman sesawang
https://sepkm.com/msihat/;
6.2.9.4 30 minit berikutnya diberikan untuk murid menjawab
saringan minda sihat secara dalam talian;
6.2.9.5 15 minit seterusnya digunakan untuk murid mendapatkan
penjelasan lanjut dan bimbingan tambahan daripada
GBKSM/GBLD kepada murid yang memerlukan; dan
6.2.9.6 GBKSM/GBLD perlu mastikan murid selesai menjawab
dengan baik sebelum sesi bimbingan dalam talian
ditamatkan.

6.3 SELEPAS

6.3.1 Murid yang memerlukan bimbingan secara individu diminta


berjumpa dengan GBKSM/GBLD;
~ 13 ~
6.3.2 Murid yang memerlukan bantuan segera diminta memaklum
kepada GBKSM/GBLD ; dan
6.3.3 Bantuan segera dan sokongan lanjut akan diberikan kepada
murid berkenaan.

6.4 Sekolah yang tidak mempunyai akses internet, saringan dilaksanakan


secara manual mengikut kemampuan dan kreativiti GBKSM/GBLD.
6.4.1 Data saringan yang diperoleh dan dikumpulkan daripada murid
kemudiannya dimasukkan oleh GBKSM/GBLD ke laman
sesawang https://sepkm.com/msihat/

~ 14 ~
CARTA ALIR UMUM SARINGAN MINDA SIHAT SEKOLAH RENDAH

Mula

Promosi Minda Sihat Guru mata pelajaran/ Pencegahan


GBKSM/GBLD Perkembangan

Saringan Minda Sihat


Guru mata pelajaran/
Senarai Semak Keperluan Murid GBKSM/GBLD
Instrumen Whooley(PHQ-2) Semua murid Tahun 5 dan 6
Soal Selidik Pengurusan Emosi

GBKSM/GBLD
Intervensi khusus Pemulihan
Murid yang dikenal pasti untuk
intervensi khusus melalui
Saringan Minda Sihat
Saringan Minda Sihat 2
Instrumen Whooley(PHQ-2) GBKSM/GBLD
Soal Selidik Pengurusan Emosi Murid yang mengikuti
intervensi khusus

Maklumkan kepada guru besar GBKSM/GBLD


Krisis
Guru Besar

Konsultasi bersama-sama GBKSM/GBLD


ibu bapa Guru Besar
Ibu bapa/penjaga

Intervensi, kaunseling, sokongan Ibu bapa/penjaga


psikososial dan pemantauan GBKSM/GBLD
berterusan

Pelaporan GBKSM/GBLD

Tamat

~ 15 ~
CARTA ALIR UMUM SARINGAN MINDA SIHAT SEKOLAH MENENGAH

Mula

Promosi Minda Sihat Guru mata pelajaran/ Pencegahan


GBKSM Perkembangan

Saringan Minda Sihat Guru mata pelajaran/


Senarai Semak Keperluan Murid GBKSM
Instrumen PHQ-9 Semua Murid Peralihan hingga
Instrumen GAD-7 Tingkatan 6

GBKSM
Murid dikenal pasti untuk
Intervensi khusus intervensi khusus melalui Pemulihan
Saringan Minda Sihat

Saringan Minda Sihat 2 GBKSM


Instrumen PHQ-9 Murid yang mengikuti intervensi
Instrumen GAD-7 khusus

Maklumkan kepada pengetua GBKSM


Krisis
Pengetua

Konsultasi ibu bapa GBKSM


Pengetua
Ibu bapa/penjaga

Rujukan Pegawai Perubatan Ibu bapa/penjaga


di klinik/hospital Murid yang perlu dirujuk
Pegawai Perubatan

Pelaporan GBKSM

Tamat

~ 16 ~
Jadual Panduan Pelaksanaan Program Minda Sihat Kalendar Akademik
Sesi 2022/2023

Sekolah
Bil Aktiviti
Rendah Menengah

Sepanjang sesi persekolahan sehingga tamat


1 Promosi Minda Sihat sesi persekolahan Kalendar Akademik Sesi
2022/2023
2 Saringan Minda Sihat 1 11 Oktober hingga 18 November 2022
3 Intervensi Umum dan Khusus 21 November - 2 Disember 2022
4 Saringan Minda Sihat 2 5 hingga 9 Disember 2022
Rujukan, Tindak Susul dan
5 12 Disember 2022 hingga 20 Februari 2023
Pelaporan

~ 17 ~
SENARAI SEMAK KEPERLUAN EMOSI MURID

Nama : ______________________________Tahun/Tingkatan : ____________


Arahan :

Sila tanda ( / ) pada penyataan berikut yang jelas menggambarkan tentang diri anda
dalam tempoh sebulan yang lalu.

0 1 2 3
Tiada langsung Kadang-kadang Kerap Sangat Kerap
Not at all atau beberapa hari atau lebih daripada 7 atau hampir setiap hari
dalam sebulan hari dalam sebulan dalam sebulan
Several days in a More than 7 days in a Nearly every day in a
month month month

SKALA
BIL SOALAN
0 1 2 3
1. Saya kurang yakin melakukan sesuatu
2. Saya berasa stres/tertekan
3. Saya rasa tidak diperdulikan
4. Saya gembira dengan diri saya
5. Saya mudah mencederakan diri sendiri
6. Saya mempunyai kawan karib/baik
7. Saya diganggu/dibuli
8. Saya mudah terpengaruh
9. Kawan-kawan mempercayai saya
10. Kawan-kawan memberi semangat/dorongan kepada saya
11. Ibu bapa/penjaga percaya pada saya
12. Saya terpaksa bekerja/membuat kerja-kerja rumah sebelum ke sekolah
13. Saya dipukul ibu/bapa/penjaga
14. Ibu bapa/penjaga memahami saya
15. Ibu bapa menyokong saya untuk berjaya
16. Saya seronok ke sekolah
17. Saya berasa selamat di sekolah.
18. Cikgu membimbing saya belajar
19. Guru Bimbingan dan Kaunseling sedia membantu saya
20. Saya kurang berminat bersekolah

~ 18 ~
21. Saya tidur lewat kerana bermain online games/media sosial
22. Saya dibuli di internet/media sosial
Saya mampu menguruskan masa dengan baik semasa melayari
23.
internet/media sosial
24. Saya berasa stres jika tidak dapat melayari internet
25. Saya mudah terpengaruh dengan media sosial

~ 19 ~
PANDUAN PENGIRAAN SKOR MENGIKUT ITEM
SENARAI SEMAK KEPERLUAN EMOSI MURID

SKALA
BIL SOALAN
0 1 2 3
1. Saya kurang yakin melakukan sesuatu 0 1 2 3
2. Saya berasa stres/tertekan 0 1 2 3
3. Saya rasa tidak diperdulikan 0 1 2 3
4. Saya gembira dengan diri saya 3 2 1 0
5. Saya mudah mencederakan diri sendiri 0 1 2 3
6. Saya mempunyai kawan karib/baik 3 2 1 0
7. Saya diganggu/dibuli 0 1 2 3
8. Saya mudah terpengaruh 0 1 2 3
9. Kawan-kawan mempercayai saya 3 2 1 0
10. Kawan-kawan memberi semangat/dorongan kepada saya 3 2 1 0
11. Ibu bapa/penjaga percaya pada saya 3 2 1 0
Saya terpaksa bekerja atau membuat kerja-kerja rumah sebelum
12. 0 1 2 3
ke sekolah
13. Saya dipukul ibu/bapa/penjaga 0 1 2 3
14. Ibu bapa/penjaga memahami saya 3 2 1 0
15. Ibu bapa menyokong saya untuk berjaya 3 2 1 0
16. Saya seronok ke sekolah 3 2 1 0
17. Saya berasa selamat di sekolah. 3 2 1 0
18. Cikgu membimbing saya belajar 3 2 1 0
19. Guru Bimbingan dan Kaunseling sedia membantu saya 3 2 1 0
20. Saya kurang berminat bersekolah 0 1 2 3
21. Saya tidur lewat kerana bermain online games/media sosial 0 1 2 3
22. Saya dibuli di internet/media sosial 0 1 2 3
Saya mampu menguruskan masa saya dengan baik semasa
23. 3 2 1 0
melayari internet/media sosial
24. Saya berasa stres apabila tidak dapat melayari internet/media sosial 0 1 2 3
25. Saya mudah terpengaruh dengan online games/media sosial 0 1 2 3

~ 20 ~
KEPUTUSAN SOAL SELIDIK
SENARAI SEMAK KEPERLUAN EMOSI MURID

Senaraikan jumlah skor dalam ruang di bawah mengikut kategori dan nombor soalan

JUMLAH SKOR
KATEGORI RENDAH SEDERHANA TINGGI
(0-5) (6-10) (11-15)

PERIBADI (P)

Jumlah skor nombor soalan 1 hingga 5

KELUARGA (K)

Jumlah skor nombor soalan 6 hingga 10

KAWAN (KW)

Jumlah skor nombor soalan 11 hingga 15

GURU DAN SEKOLAH (GS)

Jumlah skor nombor soalan 16 hingga 20

KEBERGANTUNGAN KEPADA
INTERNET (KI)

Jumlah skor nombor soalan 21 hingga 25

~ 21 ~
Instrumen Whooley (PHQ-2)
Sekolah Rendah
Dalam sebulan yang lalu, berapa kerapkah anda telah terganggu oleh sebarang
masalah berikut ?
Over the past one month, have you been bothered by the following problems?
0 1 2 3

Tiada langsung Beberapa hari Lebih daripada Hampir setiap


Not at all Several days seminggu hari
More than half the days Nearly everyday

SKALA
BIL SOALAN
0 1 2 3
Kurang berminat atau keseronokan dalam melakukan sesuatu
1 perkara?
Having little interest or pleasure in doing thing?
Rasa sedih, tidak gembira atau putus asa?
2
Feeling down, depressed or hopeless

Instrumen Whooley (PHQ-2)


Pengiraan skor

i. Kira Jumlah skor kesemua 2 item/soalan mengikut kotak yang di tanda (√ )


ii. Jumlah Skor bagi kesemua 2 item/soalan adalah di antara 0-6
iii. Rujuk jadual di bawah untuk interpretasi skor Instrumen Whooley(PHQ-2)

Interpretasi Skor Whooley (PHQ-2)


Keputusan Jumlah Skor Tindakan
(Tanda-tanda awal kemurungan)
● Intervensi umum dan
Tiada Risiko 0-2
mengamalkan gaya hidup sihat
● Intervensi khusu
menggunakan modul.
● Sokongan psikososial,
Program pembugaran emosi,
Berisiko 3-6 teknik relaksasi, mindfulness,
sesi kaunseling, sokongan
emosi daripada rakan/guru
dan konsultasi ibu bapa/
penjaga.

~ 22 ~
SOAL SELIDIK PENGURUSAN EMOSI
SEKOLAH RENDAH

Nama : _______________________________ Tahun : ___________________

Arahan :
Sila jawab soalan berikut yang jelas menggambarkan tentang diri anda dalam tempoh sebulan
yang lalu.

0 1 2 3
Tiada langsung Beberapa hari Lebih daripada Hampir setiap
Not at all dalam seminggu seminggu hari
Several days More than half the Nearly everyday
days

SKALA
BIL SOALAN
0 1 2 3
1. Saya mudah bertenang/relaks
2. Saya berasa sunyi/keseorangan
3. Saya mudah berasa bimbang
Saya pernah menggeletar (contohnya pada tangan
4.
dengan tiba-tiba bukan disebabkan rasa sejuk)
5. Saya berasa bimbang
6. Saya berasa dihargai
Saya susah untuk bernafas (contohnya bernafas
7. terlalu cepat, tercunggap-cunggap walaupun tidak
melakukan aktiviti fizikal)
8. Saya boleh mengawal marah
9. Saya berasa sedih
10. Saya mudah terasa hati/tersinggung/sentap
11. Saya berasa takut tanpa sebab
12. Saya rasa hidup ini tidak bermakna
JUMLAH

~ 23 ~
PANDUAN PENSKORAN SOAL SELIDIK PENGURUSAN EMOSI

Arahan :
Sila jawab soalan berikut yang jelas menggambarkan tentang diri anda dalam tempoh
sebulan yang lalu.

SKALA
BIL SOALAN
0 1 2 3
1. Saya mudah bertenang/relaks 3 2 1 0
2. Saya berasa sunyi/keseorangan 0 1 2 3
3. Saya mudah berasa bimbang 0 1 2 3
Saya pernah menggeletar (contohnya pada
4. tangan dengan tiba-tiba bukan disebabkan rasa 0 1 2 3
sejuk)
5. Saya berasa bimbang 0 1 2 3
6. Saya berasa dihargai 3 2 1 0
Saya susah untuk bernafas (contohnya bernafas
7. terlalu cepat, tercunggap-cunggap walaupun tidak 0 1 2 3
melakukan aktiviti fizikal)
8. Saya boleh mengawal marah 3 2 1 0
9. Saya berasa sedih 0 1 2 3
10. Saya mudah terasa hati/tersinggung/sentap 0 1 2 3
11. Saya berasa takut tanpa sebab 0 1 2 3
12. Saya rasa hidup ini tidak bermakna 0 1 2 3

Tidak berisiko 0-9


Berisiko sederhana 10-18
Berisiko tinggi 19-36

Jumlah Skor Tindakan


 Program Peningkatan Kesejahteraan Emosi dan
0-9
Pembangunan Diri
 Amalan Gaya Hidup Sihat
10 -18
 Intervensi Umum

 Intervensi Khusus menggunakan modul


 Sokongan psikososial, Program pembugaran
19-36 emosi, teknik relaksasi, mindfulness, sesi
kaunseling, sokongan emosi daripada rakan/guru
konsultasi ibu bapa/ penjaga dan intervensi khusus

~ 24 ~
INSTRUMEN (PHQ-9) SEKOLAH MENENGAH
Dalam tempoh 2 minggu yang lepas, berapa kerap anda terganggu oleh masalah
berikut ?
How often have you been bothered by the following over the past 2 weeks?
0 1 2 3
Tidak pernah sama Beberapa hari Lebih dari seminggu Hampir setiap hari
sekali Several days More than half the days Nearly everyday
Not at all

SKALA
BIL SOALAN
0 1 2 3
Kurang berminat atau keseronokan dalam melakukan sesuatu
1 perkara
Little interest or pleasure in doing things.
Rasa sedih, tidak gembira atau putus asa.
2
Feeling down, depressed or hopeless.
Masalah untuk tidur/tidur nyenyak atau tidur berlebihan.
3
Trouble failing/staying asleep, sleeping too much.
Rasa letih atau mempunyai sedikit tenaga.
4
Feeling tired or having little energy.
Kurang selera atau makan berlebihan
5
Poor appetite or over eating.
Rasa buruk tentang diri anda-atau anda seorang yang gagal atau
telah menyebabkan diri anda atau keluarga kecewa.
6
Feeling bad about yourself-or that you are a failure or have let
yourself or your family down.
Masalah untuk menumpukan perhatian ke atas sesuatu perkara
seperti membaca surat khabar atau menonton televisyen.
7
Trouble concentrating on things, such as reading the newspaper or
watching television.
Bergerak atau bercakap dengan terlalu perlahan sehinggakan
orang lain perasan atau sebaliknya – menjadi sangat resah atau
gelisah sehingga anda telah bergerak dengan banyak daripada
8 biasa.
Moving or speaking so slowly that other people could have noticed
or the opposite-being so fidgety or restless that you have been
moving around a lot more than usual.
Memikirkan adalah lebih baik saja jika anda mati atau
mencederakan diri sendiri dalam beberapa cara.
9
Thoughts that you would be better off dead or hurting yourself in
some way.

~ 25 ~
Instrumen PHQ-9 *

Panduan Pengiraan skor dan interpretasi

• Kira jumlah skor kesemua 9 item/soalan mengikut kotak yang di tanda (√)
• Jumlah skor bagi ke semua 9 item/soalan adalah antara 0 - 27
• Rujuk jadual di bawah untuk mentafsir skor PHQ-9
INTERPRETASI SKOR PHQ-9

Keputusan Jumlah Tindakan


( Tahap Kemurungan ) Skor
● Intervensi umum psikopendidikan dan
Normal 0-4
amalan gaya hidup sihat.

● Intervensi umum, sokongan


psikososial, teknik relaksasi,
Ringan 5-9
mindfulness, sesi kaunseling dan
amalan gaya hidup sihat.
Sederhana 10-14 ● Intervensi khusus menggunakan modul
Teruk 15-19 ● Sokongan psikososial , sesi kaunseling,
Program Pembugaran Emosi dan
konsultasi ibu bapa/penjaga.
Sangat Teruk 20-27 ● Rujuk pegawai perubatan di klinik/
hospital selepas saringan kali kedua
tidak menunjukkan perubahan.

Interpertasi

• Jumlah Skor 5, 10, 15 dan 20 menunjukkan tanda-tanda kemurungan.


• Skor ≥ 10 adalah jumlah skor positif. Intervensi khusus (sesi kaunseling) dan
saringan kali kedua. Sekiranya masih tidak menunjukkan perubahan perlu dirujuk
pegawai perubatan di klinik/hospital KECUALI tindakan yang melibatkan
keselamatan murid dan mendatangkan mudarat perlu terus dirujuk segera ke
pegawai perubatan di klinik/hospital selepas konsultasi bersama-sama ibu bapa
dilaksanakan.
• Nota : Soalan no 9 adalah saringan utama untuk risiko psikososial negatif.
Murid yang menjawab Skor 1,2 dan 3 bagi soalan no 9 ini PERLU DIBERI
PERHATIAN untuk sesi kaunseling bagi menilai risiko tindakan cubaan psikososial
negatif, mencederakan dan RUJUKAN SEGERA kepada pakar perubatan di klinik
dan hospital berdekatan jika menunjukkan perancangan dan tindakan membunuh
diri SEGERA .

~ 26 ~
Instrumen GAD-7

Dalam tempoh 2 minggu lepas, berapa kerap kali anda terganggu oleh masalah
berikut?

Over the last 2 weeks, how often have you been bothered by any of the following
problems?

0 1 2 3
Tiada langsung Beberapa hari Lebih separuh daripada Hampir setiap hari
Not at all Several days hari-hari tersebut Nearly everyday
More than half the days

SKALA
BIL SOALAN
0 1 2 3
Berasa tidak senang, bimbang atau resah.
1
Feeling nervous, anxious, or on edge.
Tidak mampu untuk berhenti daripada atau mengawal rasa
2 bimbang.
Not being able to stop or control worrying.ot being able
Terlalu banyak berasa bimbang tentang berbagai-bagai
perkara.
3
Worrying too much about different things.to stop or control
worrying.
Sukar untur relaks.
4
Having trouble relaxing.
Menjadi terlalu gelisah sehinggakan payah untuk duduk diam.
5
Being so restless that it is hard to sit still.
Menjadi mudah naik berang atau lekas marah.
6
Being easily annoyed or irritable.
Berasa takut seolah-olah sesuatu yang sangat buruk mungkin
7 berlaku.
Feeling afraid as if something awful might happen.

~ 27 ~
Instrumen Generalised Anxiety Disorder (GAD-7)

Panduan pengiraan skor dan Interpretasi

● Kira jumlah skor kesemua 7 soalan mengikut kotak yang di tanda (√)
● Jumlah skor bagi kesemua 7 soalan adalah antara 0 - 21
● Rujuk jadual di bawah untuk mentafsir skor GAD-7

INTERPRETASI SKOR GAD-7

Keputusan Jumlah Skor Tindakan


Tahap Kebimbangan

Ringan 0-4 ● Intervensi umum psikopendidikan dan


amalan gaya hidup sihat
Sederhana 5-9 ≥8
● Intervensi khusus menggunakan modul
Teruk 10-14
● Sokongan psikososial, sesi kaunseling,
Sangat Teruk 15-21
Program Pembugaran Emosi dan
konsultasi ibu bapa/penjaga.
● Rujuk Pegawai Perubatan di klinik/
hospital selepas saringan kali kedua
tidak menunjukkan perubahan.

Interpertasi

● Jumlah Skor 4, 9, 14 dan 21 menunjukkan tanda-tanda kebimbangan (anxiety) .


● Skor ≥ 8 adalah jumlah skor positif ( Sederhana , Teruk dan Sangat Teruk)
perlu sokongan psikososial, sesi kaunseling, Program Pembugaran Emosi,
intervensi khusus berdasarkan modul yang disediakan sebagai panduan dan
konsultasi ibu bapa/penjaga.
● Sekiranya masih tidak menunjukkan perubahan perlu dirujuk pegawai
perubatan di klinik/hospital.
● Mana-mana skor positif PHQ-9 dan/atau GAD-7 perlu dirujuk selepas
intervensi dilaksanakan kecuali tindakan melibatkan keselamatan murid dan
mendatangkan mudarat perlu dirujuk segera ke pegawai perubatan
di klinik/hospital selepas konsultasi bersama-sama ibu bapa dilaksanakan.

~ 28 ~
CARTA ALIR SARINGAN MINDA SIHAT SEKOLAH RENDAH

Saringan Minda Sihat 1


Senarai Semak Keperluan Murid
Instrumen Whooley (PHQ-2)
Soal Selidik Pengurusan Emosi

Keputusan Instrumen Whooley)


(Berisiko skor 3-6)
Soal Selidik Pengurusan Emosi
(Berisiko skor 19-36)
Insturmen Whooley
(Tidak berisiko skor 0- 2)
Soal Selidik Pengurusan Emosi Intervensi
(Tidak berisiko skor 0-18) khusus

Saringan Minda Sihat 2


Instrumen Whooley
Soal selidik Pengurusan Emosi
Intervensi
umum dan
amalan gaya Keputusan
hidup sihat
Instrumen Whooley Instrumen Whooley
(Tidak Berisiko skor 0-2) (Berisiko skor 3-6)
Instrumen Pengurusan Emosi Pengurusan Emosi
(Tidak Berisiko skor 0 - 18) (Berisiko skor 19-36)

Maklumkan kepada
Intervensi umum Guru Besar
psikopendidikan, sokongan
berterusan dan amalan
gaya hidup sihat
Konsultasi ibu
bapa/penjaga
INTERVENSI
INTERVENSI UMUM DAN KHUSUS(MODUL)
AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
-Sesi Kaunseling
- Sesi Kaunseling Intervensi,
-Kenali emosi
-Teknik Relaksasi kaunseling, sokongan
-Kemahiran daya tindak
-Latihan Pernafasan psikososial dan
-Tangani Stres 10 B
-Senaman bahu dan leher
-Teknik Pernafasan pemantauan
-Urutan bahu dan leher
-Mindfulness berterusan
-Kawal Marah
-Penyelesaian Masalah *Skor skala 1, 2,3 bagi soalan
-Berfikiran Positif nombor 12 Instrumen Pengurusan
-Komunikasi Berkesan
Emosi ini PERLU DIBERI PERHATIAN
-Asertif
dan tindakan segera oleh Guru
Bimbingan dan Kaunseling
~ 29 ~
CARTA ALIR SARINGAN MINDA SIHAT SEKOLAH MENENGAH

Saringan Minda Sihat 1


Senarai Semak Keperluan Murid
PHQ-9
GAD 7

Keputusan
PHQ-9 skor 0-4 PHQ-9 skor 5-9 PHQ-9 skor ≥10
GAD 7 skor 0-4 GAD 7 skor 5-7 GAD 7 skor skor: ≥ 8

Intervensi
khusus

Intervensi umum Saringan Minda Sihat 2


Intervensi psikopendidikan dan amalkan PHQ-9 dan GAD 7
umum gaya hidup sihat
psikopendidikan
dan amalan
gaya hidup
sihat Keputusan

PHQ-9 skor 0-9 PHQ-9 skor ≥10


GAD 7 skor 0-7 GAD 7 skor: ≥ 8

Maklumkan kepada
Intervensi umum Pengetua
psikopendidikan, sokongan
berterusan dan amalan gaya
hidup sihat
Konsultasi ibu
bapa/penjaga

INTERVENSI UMUM INTERVENSI KHUSUS


- Sesi Kaunseling (MODUL)
-Teknik Relaksasi -Sesi Kaunseling Rujuk Pegawai
-Latihan Pernafasan -Kemahiran daya tindak Perubatan
-Senaman bahu dan leher -Tangani Stres 10 B
-Urutan bahu dan leher -Teknik Pernafasan
-X-Break -Kawal Marah
-Energizer -Penyelesaian Masalah *Skor 1,2 dan 3 bagi soalan no 9
-Berfikitan Positif PHQ-9 ini PERLU DIBERI PERHATIAN
-Komunikasi Berkesan dan tindakan segera oleh Guru
-Asertif
Bimbingan dan Kaunseling

~ 30 ~
Instrumen Penilaian Pelaksanaan Program Minda Sihat

Arahan : Sila tandakan / pada ruangan yang disediakan.

Tahap Skor Deskripsi


Terdapat banyak kekuatan dan boleh dicontohi serta dapat
Cemerlang 4 menunjukkan bahan bukti
Baik 3 Banyak kekuatan dan dapat menunjukkan bahan bukti
Sekadar memenuhi keperluan minimum dan kurang
Memuaskan 2 menunjukkan bahan bukti
Banyak kelemahan yang memerlukan tindakan pembetulan
Sederhana 1 dengan segera
Tidak memuaskan 0 Tidak dapat menunjukkan bukti/bahan

Skala
Bil Perkara
0 1 2 3 4

1. Melaksanakan pelbagai aktiviti Promosi Minda Sihat

2. Menyediakan perancangan pelaksanaan Program Minda Sihat


Menghebahkan motto“Minda Sihat : Emosi Terjaga, Kehidupan
3. Sejahtera” atau #MindaSihatEmosiTerjagaKehidupanSejahtera
di pelbagai medium

4. Menyediakan analisis data murid Saringan Program Minda Sihat

Melaksanakan intervensi murid daripada data Saringan Program


5.
Minda Sihat

6 Menilai keberkesanan pelaksanaan Program Minda Sihat


Membentangkan dapatan Program Minda Sihat kepada pentadbir,
7 guru, ibu bapa/penjaga dan pihak berkepentingan untuk bersama-
sama membantu menyokong kesejahteraan diri murid
Melaksanakan jaringan pelbagai pihak dalam meningkatkan
8
keberkesanan Program Minda Sihat
Melaksanakan konsultasi, rujukan, kes konferen bagi mencari solusi
9
terbaik dalam menyokong kesejahteraan diri murid
Merekodkan pelaksanaan Program Minda Sihat bagi tujuan
10
penambahbaikan
PERATUS TAHAP
0 - 25.9% Tidak memuaskan
Jumlah skor =_______ x100 26 - 49% Sederhana
40 50 - 74.9% Memuaskan
75 - 85.9% Baik
86 - 100% Cemerlang

~ 31 ~

Anda mungkin juga menyukai