Anda di halaman 1dari 17

6.

1 | PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK

努力就有尽头!我相信你小祖宗
SUMBER TENAGA
Sumber-sumber tenaga dibahagikan kepada dua jenis
1. Sumber tenaga yang boleh diperbaharui. (Sumber ini tidak akan habis)
2. sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. (sumber yang akan habis)
Sumber tenaga yang boleh diperbaharui:

1. Tenaga hidro,
2. Tenaga ombak,
3. Tenaga solar,
4. Tenaga angin,
5. Tenaga geoterma
6. Tenaga biojisim
Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui:

1. Tenaga nuklear,
2. Arang batu
3. Gas asli
4. Petroleum
PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK
■ Tenaga elektrik boleh dihasilkan melalui proses aruhan elektromagnet. Dawai
konduktor perlu digerakkan dalam medan magnet atau sebaliknya. Ini kerana
tenaga elektrik yang dihasilkan apabila medan magnet terpotong dan arus-arus
yang terhasil dipanggil arus aruhan.
■ Terdapat pelbagai jenis penjana seperti:
1. Penjana elektrik terma
2. Penjana elektrik hidro
3. Penjana elektrik diesel
4. Penjana elektrik turbin gas
5. Penjana elektrik nuklear
■ Penjana elektrik terma menggunakan petroleum, gas asli atau arang batu.
■ Bahan api akan dibakar untuk mendidihkan air supaya stim terhasil. Stim
bertekanan tinggi akan memutarkan turbin dan putaran turbin menggerakkan
dinamo yang menjana tenaga elektrik.
■ Berikut adalah struktur am stesen janakuasa terma.
■ Penjana elektrik hidro menggunakan air yang di simpan di dalam empangan untuk menjana tenaga elektrik.
Air yang ditahan di kawasan tinggi disalurkan ke penjana yang berada di kawasan yang lebih rendah. Aliran
air akan memutarkan turbin yang mana menggerakkan dinamo seterusnya menjana tenaga elektrik.

■ Penjana elektrik diesel menggunakan minyak diesel untuk menjana tenaga elektrik.

■ Penjana elektrik turbin gas menggunakan gas asli dan gas petroleum sebagai bahan api.
■ Penjana elektrik nuklear menggunakan bahan radioaktif seperti uranium sebagai bahan
apinya. Tindak balas nuklear yang berlaku di dalam reaktor nuklear akan membebaskan
banyak sangat haba. Haba ini digunakan untuk memanaskan air yang menghasilkan stim.
Stim bertekanan tinggi akan menggerakkan dinamo yang mana akan menghasilkan tenaga
elektrik.
■ Penjana elektrik diesel menggunakan minyak diesel untuk
menjana tenaga elektrik.

■ Penjana elektrik turbin gas menggunakan gas asli dan gas


petroleum sebagai bahan api.
■ Penjana elektrik nuklear menggunakan bahan radioaktif seperti
uranium sebagai bahan apinya. Tindak balas nuklear yang
berlaku di dalam reaktor nuklear akan membebaskan banyak
sangat haba. Haba ini digunakan untuk memanaskan air yang
menghasilkan stim. Stim bertekanan tinggi akan menggerakkan
dinamo yang mana akan menghasilkan tenaga elektrik.
ARUS TERUS DAN ARUS ULANG ALIK
■ Terdapat dua jenis arus elektrik iaitu arus terus dan arus ulang alik
■ Arus terus adalah arus yang mengalir dalam satu arah tertentu sahaja.
■ Arus ulang alik adalah arus yang mengalir dalam arah yang berubah-ubah dengan
masa.
■ Osiloskop Sinar Katod (OSK) adalah peralatan elektronik yang digunakan untuk
menunjukkan bentuk graf voltan melawan masa bagi arus terus dan arus ulang alik.
Perbandingan antara arus terus dan arus ulang alik :

1. Bentuk graf arus terus adalah malar manakala bentuk graf arus
ulang alik berubah-rubah dengan masa.
2. Arus terus pada satu arah sahaja manakala arus ulang alik
bergerak berubah-ubah mengikut masa.
3. Arus terus nilai voltan yang tetap manakala arus ulang-alik
nilai voltannya berubah-rubah
4. Sumber arus terus ialah sel suria dan bateri, manakala
sumber arus ulang alik kebanyakan penjana tenaga elektrik.
Masalah berkaitan bekalan elektrik

■ Di sesetengah kawasan pendalaman masih ada lagi yang tidak


dapat bekalan elektrik kerana kos terlalu tinggi untuk membina
penjana tenaga elektrik atau untuk memasang sesalur elektrik
maka penduduk di kawasan pedalaman yang berhampiran
dengan sungai membina penjana elektrik seperti mini hidro.
6.2 | TRANSFORMER
■ Transformer digunakan untuk mengubah voltan arus ulang alik
■ Transformer terdiri daripada teras besi lembut berlamina yang dililit dengan gegelung dawai pada dua
bahagian yang berlainan.
■ Gegelung di mana arus elektrik memasuki dipanggil gegelung primer dan voltan yang melalui gegelung
primer dikenali sebagai voltan primer.
■ Gegelung di mana arus elektrik keluar dari transformer dikenali sebagai gegelung sekunder. Voltan arus
elektrik di gegelung sekunder dikenali sebagai voltan sekunder.
■ Terdapat dua jenis transformer iaitu:
1. Transformer injak naik
2. Transformer injak turun
■ Transformer injak naik digunakan untuk menaikkan voltan arus ulang alik. Gegelung primer mesti kurang
daripada bilangan lilitan gegelung sekunder.
■ Transformer injak turun digunakan untuk menurunkan voltan arus ulang alik. Gegelung primer mesti
mempunyai lebih daripada bilangan lilitan pada gegelung sekunder.
Fungsi Transformer dalam penggunaan elektrik di rumah.

■ Bekalan elektrik yang sampai di rumah mempunyai voltan kira-kira 240 V.


■ Kebanyakan peralatan elektrik dirumah beroperasi pada voltan yang lebih rendah.
■ Sebagai contoh sebuah komputer riba beroperasi dengan voltan kira-kira 20 V. Oleh
yang demikian bekalan elektrik 240 V perlu dikurangkan dengan transformer injak
turun yang ada pada adapter yang disambungkan ke komputer riba.
■ Bagi mengira masalah berkaitan transformer dapat rumus untuk menyelesaikan
masalah tersebut iaitu :
Contoh

lilitan dalam gegelung primer dan ke dalam sebuah transformer ringkas adalah 160 lilitan dan 480 lilitan
masing-masing. Jika voltan yang dibekalkan kepada transformer itu ialah 50 V, berapakah nilai voltan sekunder nya?
Vp = 50 V , Np = 160 , Ns = 480
Vp = Np
Vs Ns
Vs = Ns x Vp
Np
Vs = 480 x 50V
160
Vs = 150 V
Voltan sekunder ialah 150 V.

Gegelung primer sebuah transformer mempunyai 300 lilitan lebih banyak daripada bilangan lilitan gegelung
sekundernya. Apabila arus dengan voltan 100 V dibekalkan kepadanya, arus ulang alik dengan voltan 40 V
6.3 | PENGHANTARAN DAN PENGAGIHAN TENAGA ELEKTRIK

SISTEM PENGAGIHAN
■ Sistem pengagihan tenaga elektrik terdiri daripada:
1. Rangkaian grid Nasional
2. Stesen transformer
3. Lapangan suis
4. Pencawang masuk utama
5. Pencawang bahagian
■ Stesen Jana kuasa arus ulang alik dengan voltan kira-kira 11 kV dihasilkan.
■ Voltan arus ulang alik yang dihasilkan akan dinaikkan kepada 132 kV oleh transformer injak naik dan
memasuki rangkaian grid nasional.
■ Rangkaian grid nasional terdiri daripada satu jaringan kabel yang dihubungkan kepada semua stesen
kuasa.
■ Voltan arus di rangkaian grid nasional perlu tinggi untuk meningkatkan kecekapan pengaliran dengan
mengurangkan kehilangan tenaga elektrik dalam bentuk haba.
■ Rangkaian grid nasional kemudiannya disambungkan kepada pencawang masuk utama di mana voltan
harus diturunkan oleh transformer injak turun kepada kira-kira 33 kV.
■ Voltan 33 kV ini kemudiannya diturunkan lagi kepada 11 kV di pencawang bahagian oleh transformer
injak turun.
■ Lapangan suis ditempatkan di beberapa tempat di sepanjang kabel penghantaran
untuk memutuskan litar secara automatik sekiranya berlaku litar pintas.
■ Kelebihan rangkaian grid nasional
1. Kehilangan tenaga dapat dikurangkan kerana elektrik diagihkan pada voltan
yang tinggi
2. Penjanaan dan pengagihan elektrik dapat dikawal mengikut permintaan
3. Tenaga elektrik masih boleh diagihkan oleh stesen berlainan dalam rangkaian
grid Nasional jika sebuah stesen kuasa mengalami kerosakan atau gangguan.

■ Kabel yang membawa bekalan elektrik dalam rangkaian grid nasional boleh
menjanakan medan magnet di sekelilingnya. Kehadiran medan magnet ini boleh
menyebabkan gangguan pada peralatan elektrik di kediaman yang berhampiran
dengan pilon rangkaian grid nasional.
SISTEM PENDAWAIAN DI RUMAH
■ Terdapat dua jenis pendawaian yang biasa digunakan iaitu;
1. pendawaian 1 fasa
2. pendawaian 3 fasa
■ Rumah-rumah kediaman yang memerlukan bekalan elektrik rendah atau sederhana biasanya
menggunakan pendawaian satu fasa. Pendawaian fasa 1 biasanya membekalkan tenaga elektrik
bervoltan 240 V.
■ Pendawaian 3 fasa biasanya digunakan oleh industri ringan dan berat yang melebihi 415 V.
■ Tenaga elektrik dari pencawang bahagian dihantar ke rumah melalui dua jenis wayar iaitu dawai hidup
dan dawai neutral.
■ Dawai hidup (berwarna perang) membawa arus elektrik ke rumah yang dawai neutral (berwarna biru)
mengembalikan arus elektrik kepada pencawang bahagian.
■ Arus yang diagihkan ke rumah dialirkan melalui peti fius utama dan seterusnya ke dalam meter elektrik
tetapkan bilangan unit tenaga elektrik yang digunakan.
■ Fius utama berfungsi untuk memutuskan litar jika terdapat arus berlebihan mengalir melaluinya.
■ Arus kemudiannya akan mengalir memasuki suis utama yang mengawal bekalan arus kesemua
bahagian litar di rumah
■ Setiap bahagian litar di rumah dipasang dengan suis dan fius masing-masing.
■ Kotak fius mengandungi fius utama dan fius-fius lain bagi pelbagai bahagian di rumah.
PALAM 2 PIN DAN PALAM 3 PIN
■ Peralatan elektrik disambungkan ke soketnya melalui palam 2 pin atau palam 3
pin.
■ Palam 3 pin mempunyai tiga pin yang ditanda dengan huruf L (hidup), N (neutral)
dan E (bumi)
■ Dawai bumi berfungsi untuk mengalirkan arus terbocor dari peralatan elektrik ke
bumi.
■ Palam 2 pin hanya mempunyai 2 pin yang di tanda huruf L dan N.
■ Di Malaysia semua peralatan elektrik perlu disambungkan kepala suis melalui
palam 3 pin namun terdapat sesetengah negara menggunakan palam 2 pin.
KOMPONEN KESELAMATAN DALAM SISTEM PENDAWAIAN DI RUMAH
■ Komponen keselamatan dalam sistem pendawaian di rumah termasuklah suis, dawai bumi, fius,
pemutus litar dan konduktor kilat.
■ Suis berfungsi untuk melengkapkan atau memutuskan arus yang mengalir dalam suatu litar
elektrik.
■ Dawai bumi akan mengalirkan arus elektrik terputus terus ke bumi
■ Fius dipasang untuk memutuskan litar apabila arus yang mengalir melaluinya melebihi nilai
maksimum fius.
■ Pemutus litar bocor ke bumi ( ELCB) disambungkan kepada suis sesalur di rumah.
Berfungsi untuk memutuskan litar elektrik apabila arus yang besar mengalir, contohnya
ketika ribut petir.
■ Pemutus litar miniatur (MCB) mempunyai suis suis automatik yang mengawal nilai arus yang
mengalir ke pelbagai bahagian litar di rumah. Kebanyakkan kotak fius masa kini sudah
diganti dengan pemutus litar miniatur .
■ Konduktor kilat adalah satu rod logam yang mempunyai satu hujung tajam dan hujung satu
lagi dibumikan. konduktor kilat dipasang pada bahagian bangunan yang tinggi untuk
mengelakkan bangunan itu daripada mengalami kerosakan akibat disambar oleh kilat. Kilat
akan tertarik kepada konduktor kilat dan arus elektrik dari kilat akan terus mengalir ke bumi.
■ Fius adalah satu komponen keselamatan dalam sistem pendawaian di rumah ialah seutas dawai
halus berintangan tinggi yang diperbuat daripada aloi tin dan plumbum. Dawai fius mempunyai takat
lebur yang rendah supaya senang melebur jika arus yang berlebihan mengalir melaluinya. Terdapat
dua jenis fius iaitu fius dawai dan fius katrij.
Keselamatan dalam sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik dan penggunaan peralatan elektrik

■ Litar pintas berlaku apabila arus elektrik mengalir melalui laluan dengan rintangan paling rendah. dalam peralatan elektrik litar
pintas berlaku sekiranya penebat dawai elektrik yang digunakan sudah terkoyak atau mereput. hal ini menyebabkan arus
elektrik mengalir pada arah yang tidak sepatutnya. semasa melakukan pendawaian elektrik litar pintas berlaku apabila dawai
hidup menyentuh dawai neutral. fenomena litar pintas boleh menyebabkan kejutan elektrik, kerosakan litar, kebakaran dan
letupan.
■ Punca-punca kemalangan elektrik lazimnya adalah kelalaian dan sikap tidak peduli pengguna sendiri termasuklah:
1. Pemasangan dan penyelenggaraan yang tidak sempurna.
2. Tidak mematuhi langkah langkah keselamatan
3. Kerosakan pada peralatan elektrik
4. Penyalahgunaan sistem pendawaian
■ Langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan kemalangan elektrik termasuklah:
1. Memastikan pemasangan litar elektrik di rumah mengikut peraturan.
2. Tidak menyambung terlalu banyak peralatan elektrik dalam satu litar yang sama untuk mengelakkan pengaliran arus yang
terlalu besar.
3. Menggantikan fius yang terbakar dengan dawai fius yang sesuai
4. Tidak menyentuh dawai yang terdedah.
5. Memastikan penebat dawai tidak rosak, bocor atau koyak.
■ Langkah-langkah yang perlu diambil semasa berlaku kejutan elektrik:
1. Jangan sentuh mangsa yang terkena kejutan elektrik kerana anda juga boleh terkena kejutan elektrik.
2. Memastikan suis utama di matikan.
3. Pisahkan mangsa dengan punca elektrik menggunakan kayu, kepingan getah atau bahan penebat elektrik yang lain.
4. Berikan pertolongan cemas kepada mangsa yang pengsan atau telah berhenti bernafas.
5. Dapatkan rawatan doktor dengan segera.
6.4 | PENGIRAAN KOS TENAGA ELEKTRIK
KECEKAPAN TENAGA
Kecekapan tenaga ialah peratus tenaga input yang diubah kepada
bentuk tenaga output yang berfaedah.

Kecekapan tenaga = Output tenaga berguna × 100%


Input tenaga dibekalkan

Anda mungkin juga menyukai