Anda di halaman 1dari 3

Draf KK PERNIAGAAN

6.1.4 PERBANDINGAN / KELEBIHAN PERKHIDMATAN

Saya memilih perkhidmatan mencuci dan membersih tingkap dalam Perniagaan Safarah
Kilau2 kerana perkhidmatan ini mempunyai banyak kelebihan yang jarang diketahui
oleh orang ramai .Kelebihan perkhidmatan ini antaranya dapat melambangkan penjagaan
kebersihan secara terperinci terutamanya di bahagian tingkap sesebuah bangunan
ataupun tingkap rumah .Saya katakan demikian kerana , ramai masyarakat pada hari
ini yang bekerjaya dan tidak sempat untuk mencuci kesan kotoran yang terdapat di
tingkap rumah mahupun diluar premis bangunan yang tinggi. Oleh hal demikian ,
perkhidmatan ini juga dapat memudahkan pelanggan yang sentiasa sibuk dengan
pekerjaan mereka dan dapat membantu memudahkan pengurusan perniagaan lain . Dengan
ini akan memberikan kesan yang positif bagi persekitaran yang harmoni dan
keselesaan kepada pelanggan . Selain itu , kelebihan perkhidmatan ini juga dapat
membantu pelanggan menjimatkan masa dan tenaga untuk tidak lagi melakukan kerja
mencuci ini setelah penat bekerja

Di samping itu , dalam perkhidmatan ini juga saya menggunakan produk yang
berkualiti tinggi bagi memberi kesegaran dan kenyamanan kepada pelanggan dengan
menggunakan spray pewangi yang bukan sahaja melekat pada tingkap tapi dibawa juga
dalam udara dan tidak lupa juga spray pembasmi bakteria juga digunakan untuk
membasmi bakteria yang ada pada tingkap rumah atau tingkap premis bangunan .Produk
ini wajib digunakan tambahan pula harganya juga berpatutan dengan kualiti produk
tersebut .Akhir sekali perkhidmatan saya juga sentiasa mengutamakan kepantasan
dalam membuat kerja dengan teratur mengikut prosesur yang betul tanpa ada kesilapan
yang remeh untuk menjaga kepercayaan pelanggan .

6.1.3 STRATEGI PROMOSI

Perniagaan Safarah Kilau2 menggunakan pelbagai strategi bagi menarik pelanggan


sekaligus meningkatkan tempahan perkhidmatan melalui kaedah pengiklanan dan promosi
jualan .

Saya menggunakan kaedah pengiklanan ini untuk membuat iklan kepada orang ramai
supaya mengetahui tentang perkhidmatan yang dijalankan oleh perniagaan saya . Saya
menggunakan kaedah ini melalui media elektronik dan media cetak . Media elektronik
ini merupakan media yang luas dan ramai masyarakat hari ini menggunakan penggunaan
atas talian melalui aplikasi whatapp , facebook , instagram, telegram dan sebagai.
Dengan ini , saya dapat memberitahu tentang kelebihan perkhidmatan ini .

Selain itu , kaedah promosi jualan juga dapat membantu saya untuk mendapatkan lebih
banyak tempahan dengan memberikan potongan harga sebanyak 11% apabila menjelang
musim perayaan kerana Malaysia merupakan negara yang memiliki masyarakat berbilang
kaum dan mempunyai banyak perayaan dalam setahun . Saya juga akan memberikan
voucher kepada pelanggan tetap yang membuat tempahan melebihi 5 kali

RINGKASAN EKSEKUTIF
Perniagaan yang akan dijalankan oleh saya ialah perniagaan Safarah Kilau-kilau .
Perniagaan ini menjalankan perkhidmatan mencuci dan membersih tingkap di premis-
premis bangunan atau ke rumah pelanggan . Perniagaan Safarah Kilau-kilau juga
mempunyai visi , misi dan objektif yang jelas untuk memastikan keberkesanan dalam
perkhidmatan ini bagi mencapai sasaran yang diingini oleh perniagaan Safarah Kilau-
kilau . Saya ingin menjadikan Safarah Kilau-kilau sebagai Pilihan Utama para
penduduk bandar dan perkhidmatan ini harus menunjukkan keyakinan kepada penduduk
Daerah Tanah Merah dan ini merupakan kompenan Visi yang pertama untuk perniagaan
Safarah Kilau-kilau . Hal ini kerana , apabila perniagaan saya dapat mencapai
sasaran Visi ini , saya dapat mengembangkan perniagaan ini dengan membuka cawangan
yang baru di sekitar negeri yang dikediami saya seperti Kelantan . Obejektif bagi
perniagaan SKK akan menguasai syer pasaran tertinggi dalam tempoh 3 tahun pertama

Selain itu , saya juga komited untuk membuat Misi bagi menjalankan perniagaan ini
dengan menjalankan perkhidmatan mencuci dan membersih tingkap secara cermat dan
memastikan perkhidmatan ini mempunyai kualiti yang tinggi bagi memastikan kepuasan
pelanggan dan membuat pelanggan rasa berbaloi dengan tempahan mereka yang membuat
perkhidmatan dengan harga yang berpatutan . Manakala , Safarah Kilau-kilau juga
telah menetapkan objektif bagi menyasarkan syer pasaran yang tinggi dalam tempoh
perniagaan dijalankan selama 3 tahun .

Perniagaan Safarah Kilau-kilau menggunakan struktur organisasi bahagian fungsian


kerana ianya mudah dibentuk dan dipraktik . Struktur organisasi ini mempunyai 3
lapisan bagi memudahkan pengurusan perniagaan supya berjalan dengan sistematik .
Pada lapisan pertama pengurus besar memainkan peranan dalam setiap tindakan urusan
pejabat dan menjadi suara utama dalam membuat sebarang keputusan . Di samping itu ,
mengikut struktur organisasi ini pengurus kewangan dan pengurus operasi berada di
lapisan kedua . Pengurus kewangan menjalankan tugas dengan mengemaskini akaun dan
penyata kewangan perniagaan Safarah Kilau-kilau manakala pengurus operasi pula
berperanan dengan memantau segala operasi tugas pekerja semasa proses pembersihan
dijalankan . Bayaran gaji pekerja pula akan diberi berdasarkan jumlah yang telah
ditetapkan yang minimun sebanyak RM1500 dan maksimum sebanyak RM2500 mengikut
syarat gaji .Selain itu , pekerja juga akan diberikan potongan KWSP sebnyak
(peratus) dan majikan sebanyak (peratus) . Di samping itu , insentif lain juga
akan diberikan kepada pengurus dan pekerja selain daripada potongan caruman
tersebut . Saya memberikan cuti tahunan , cuti sakit dan cuti bersalin mengikut
penyataan yang telah ditetapkan dan dipersetujui dalam sistem perniagaan ini
seperti cuti sakit yang akan diberikan kepada setiap pengurus selama ( ) dan
pekerja selama ( ) hari .

Anggaran kos pentadbiran bagi perniagaan SKK sebanyak (RM) .Jumlah kos perbelanjaan
bagi peralatan pejabat SKK seperti komputer , printer , telefon pejabat dan alat
pemadam kebakaran yang saya anggarkan akan mencecah (RM) . Manakala
anggaran kos peralatan perabot pula dianggarkan sebanyak RM seperti set sofa , set
meja pengurs , rak peralatan , rak fail dan rak bahan mentah . Semua Peralatan ini
dibeli secara sewa beli di syarikat Rara sdn bhd bagi peralatan pejabat manakala
peralatan perabot pula dibeli di syarikat RABUT sdn bhd .Anggaran jumlah kos
belanja bagi baju uniform pula dianggarkan sebanyak RM( ). Kenderaan iaitu van pula
dibeli secara secara sewa beli dengan membuat pembayaran deposit RM ( ) dari harga
asal sebanyak RM ( ) .Van ini dibeli di syarikat SyafikC sdn bhd

Perniagaan SKK menyediakan perkhidmatan iaitu mencuci tingkap premis bangunan dan
dari rumah ke rumah pelanggan . SKK akan menjalankan perkhidmatan ini pada (waktu
operasi) dan bertempat di alamat NO 44 (alamat premis) . Lokasi ini dipilih kerana
faktor2 yang telah membuatkan kawasan tersebut menjadi kawasan yang strategik untuk
menjalankan aktiviti perniagaan . Selain itu , SKK juga mempunyai rakan strategik
yang dapat membantu perniagaan SKK berjalan lancar dan cepat membuat penyelesaian
jika menghadapi sebarang masalah dengan adanya WAQIF CLEAN DAN LALA ENTERPRISE
sebagai rakan strategik . Saya juga telah merangka susun atur premis bagi
memberikan keselasaan kepada pekerja dan keberkesanan pentadbiran dalam menjalankan
tugas yang telah ditetapkan . Di samping itu , perniagaan SKK juga telah membuat
insurans kebakaran dan kecurian bagi mengelakkan risiko kerugian yang perlu
ditanggung jika berlaku sesuatu kecurian atau kebakaran premis bangunan . Saya
telah membuat pendaftaran dengan MyIPO bagi melindungi nama dan logo perniagaan
daripada salahguna oleh pihak tidak bertanggungjawab .

RINGKASAN KEWANGAN
Rancangan kewangan ini telah menunjukkan kewanagn SKK di penyata pendapatan
perfirma bahawa jumlah keuntjngan kasar bagi prniagaan SKK yang berakhir pada tahun
pertama sebanyak RM () dan jumlah perbelanjaan lain , perbelanjaan pemasaran dan
perbelajaan kewangan pula sebanyak RM () . Seterusnya , sebanyak RM () jumlah yang
dikira sebagai susut nilai iaitu van ,kelengkapan perabot dan kelengkapan operasi .
Selain itu , kunci kira2 proforma bagi pernia SKK pada 31 JULAI 2022 juga telag
ditunjukkan bagi tahun pertama dalam ramcangan kewangan yang telah dibuat oleh pn
SKK. Di samping itu , pinjaman modal , sewa beli van , perabot dan peralatan
pejabat berjumlah rm () yang merupakan liabiliti bukan semasa . Penyata aliran
tunai perniagaan SKK akan bermula pada ( TARIKH TNGOK DEKAT LATAR BELAKANG) .
Sebanyak rm () merupakan jumlah aliran keluar manakala RM ()merupakan lebihan atau
baki aliran tunai keluar .

Perniagaan ini memerlukan modal sebanyak RM46,000 sebagai permulaan PN SKK . Saya
akan menggunakan sumber pembiayaan luaran CIMB BANK bagi mendapatkan pinjaman
sebanyak RM41,000 sebagai modal perniagaan dan saya juga membuat pinjaman sendiri
sebanyak RM5,000 . Pinjaman pembiayaan tersebut akan digunakan untuk pembelian
alatan perabot , alatan pejabat ,stok keperluan operasi , pembayran sewa premis,
ubahsuai premis
dan untuk membuat bayaran pendahuluan van serta bayaran kos ultiliti dan kos2 lain
utk keperluan Pn .

Dengan ini , saya amat komited dalam menjayakan pencapaian sasara Visi Misi dan
Objektif dalam perniagaan SKK dan harapan saya juga supaya SKK tidak menanggung
banyak kerugian dan dapat mengurangkan risiko tersebut pada masa akan datang .

Anda mungkin juga menyukai