Anda di halaman 1dari 4

BSJ3022

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI

TUGASAN INDIVIDU: CADANGAN PENYELIDIKAN

TAJUK: TAJUK: PENGGUNAAN TULISAN JAWI YANG SEMAKIN PUDAR


DALAM URUSAN RASMI

KUMPULAN A

NAMA MUHAMMAD ASSRAF BIN


ABDULLAH
NO MATRIKS D20211100286
PROGRAM AT46-ISMP MULTIMEDIA
NAMA PENSYARAH DR. SABARIAH BINTI SULAIMAN
PENDAHULUAN

Pada abad ke-16 telah menyaksikan tulisan jawi sebagai nadi penting yang menjadi sebuah
alat berkomunikasi antara kerajaan islam tertua di nusantara ini seperti surat dari Sultan di
Kesultanan Ternate yang terletak di Kepulauan Maluku dengan Raja Porutgal. Melalui surat
yang ditulis oleh Sultan Ternate kepada Raja Portugal tulisan jawi telah diaplikasikan dalam
medium perhubungan antara dua kerajaan tersebut.

Berdasarkan penggunaan tulisan jawi tersebut dalam surat tersebut jelas menunjukkan
bahawa tulisan jawi ini mempunyai ciri khas serta keistimewaannya yang tersendiri sehingga
digunakan dalam urusan rasmi seperti surat-menyurat. Namun demikian, seiring dengan
kemodenan zaman tulisan jawi kian menapak ke belakang ditinggalkan oleh penggunaan
tulisan rumi yang kian mekar dalam kehidupan masyarakat.

Hal ini dikatakan sedemikian kerana, pada masa kini penggunaan tulisan jawi sudah sukar
untuk ditemui tidak seperti pada era sebelum berlakunya kemodenan di mana terdapat
pelbagai karya serta akhbar yang menggunakan tulisan jawi sebagai medium penyampaian.
Pada era penggunaan tulisan jawi hanya dipratikkan di peringkat Sekolah seperti program J-
Qaf dan tiada sebarang kesinambungan dari program tersebut.

Jelaslah bahawa, melalui kajian ini tindakan serta usaha untuk memartabatkan serta
pemeliharaan tulisan jawi akan dapat dikenalpasti untuk diaplikasikan dalam setiap peringkat
pentadbiran terutamanya. Hal ini, sekaligus dapat mengelakkan tulisan jawi jawi dari hilang
begitu sahaja.

PERNYATAAN MASALAH

Pengetahuan dan kemahiran dalam tulisan jawi terutama di kalangan masyarakat Melayu di
Malaysia kini sebenarnya semakin tenat. Hal ini dapat dibuktikan pada tahun 2012 seorang
pakar dari korea yang mempunyai kepakaran dalam bidang tulisan jawi menzahirkan
kebimbangannya akan tulisan jawi yang kian dilupakan. Kajian ini memfokuskan kepada
permasalahan penggunaan tulisan jawi yang semakin pudar dalam urusan rasmi terutamanya
serta usaha dan Tindakan untuk memartabatkannya kembali.
Bagi memartabatkan penggunaan tulisan jawi dari semakin pudar dari urusan rasmi
Teknik dan Tindakan yang mampan, sesuai dan berkesan perlulah dipilih. Hal ini dikatakan
sedemikian kerana, Teknik dan Tindakan yang berkesan mampu menjadi pemangkin kepada
kebangkitan penggunaan tulisan jawi bukan sahaja dalam urusan rasmi seperti surat menyurat
malahan pada semua peringkat urusan.

OBJEKTIF KAJIAN

1) Mengkaji faktor pudarnya penggunaan tulisan jawi.


2) Mengenalpasti tindakan dan usaha bagi meningkatkan penggunaan tulisan
jawi.

METODOLOGI

Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah analisis teks. Kajian
ini adalah untuk mengkaji penggunaan tulisan jawi yang semakin pudar dalam urusan rasmi.
Kaedah pengumpulan data digunakan kerana proses untuk mendapatkan maklumat adalah
mudah serta relevan dengan objektif yang telah ditetapkan.

Pengumpulan Data
            Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menguunakan kaedah
kajian kepustakaan. Kaedah kepustakaan ini dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat dari
manuskrip yang menggunakan tulisan jawi pada abad ke-16.
Teknik Penganalisis Data
    Teknik penganalisan data dibahagi kepada teknik penganalisan data secara kuantitaitf dan
teknik penganalisan data secara kualitatif. Berdasarkan kajian yang dilakukan ini kaedah
secara kualitatif diaplikasikan untuk melengkapkan kajian.
Data Penganalisan Kualitatif
Kaedah kualitatif merupakan satu penerangan yang terperinci tentang peristiwa, interaksi, dan
kelakuan orang yang diperhatikan. Disamping itu, kaedah penyelidikan kualitatif juga dapat
dapat dirujuk sebagai penggunaan petikan daripada orang tentang pengalaman dan pemikiran
mereka sendiri. Antara kebaikan menggunakan kaedah ini adalah ia adalah lebih fleksibel dan
memudahkan pengkaji. Dalam kajian ini, analisis kualitatif adalah berdasarkan data sekunder
yang diperolehi melalui kaedah kepustakaan.
RUJUKAN

Abdullah, Z., & Aziz, A. Y. A. (2020). Peminggiran Tulisan Jawi Sebagai Lambang Jati Diri
Melayu: Satu Kajian Tinjauan: Abandonment of Jawi Script as a Symbol of Malay
Identity: A Case Observation Research. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal
(JSASS), 7(2), 244-255.

Malek, B. (2017, June 9). Tulisan Jawi Semakin Dilupakan Bangsa Sendiri. VOCKET.
Retrieved November 28, 2022, from https://www.thevocket.com/tulisan-jawi-semakin-
dilupakan/

Habib, B. (2011, June 10). ELSEFINA: SURAT TERAWAL DALAM BAHASA MELAYU
1521-1522. ELSEFINA. http://habib-kzadzikry.blogspot.com/2011/06/surat-terawal-
dalam-bahasa-melayu.html

Anda mungkin juga menyukai