Anda di halaman 1dari 88

PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN

AL-QURAN SEBAGAI SUMBER PENGKRITIK


SAINS MATEMATIK
Himpunan Kertas Kerja
SEMINAR AL-QURAN 2012
Cetakan pertama 2016

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana mana


bahagian artikel , ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua
bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin secara
bertulis dari Penerbit.

Diterbitkan oleh:
Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang
KOMTAR, Tingkat 48,
10000 Pulau Pinang
Tel: 04-263 2975 Faks: 04-263 2985
http://mufti.penang.gov.my

Rekabentuk / urus cetak:


Dream Worx

NASKAH PERCUMA
ISI KANDUNGAN

PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN


Oleh: Prof. Dato Dr. Mohd Yusof Bin Othman.
Institut Islam Hadhari, 6
Universiti Kebangsaan Malaysia

AL-QURAN SEBAGAI SUMBER PENGKRITIK


SAINS MATEMATIK
Oleh: Prof. Dr. Mohd Shaharir Bin Mohahamad Zain
38
Felo Penyelidik Kanan.
Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya
6 Seminar Al-Quran
2012
PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN
Oleh : Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Bin Othman

Pendahuluan
Pembangunan sains dan teknologi yang begitu pesat dan canggih
mengagumkan ramai orang daripada kalangan masyarakat awam
sehingga kepada para pemimpin ilmuwan terbilang. Perkara-perkara
yang kita tidak terfikir dua atau tiga puluh tahun dahulu, sekarang
sedang berada di hadapan kita. Sistem pengangkutan yang canggih,
yang bukan sahaja mempercepatkan perjalanan manusia, tetapi juga
dengan penuh keselesaan. Sistem maklumat dan komunikasi yang
memudahkan semua orang berhubung di antara satu dengan yang lain
dalam masa yang singkat dan dengan maklumat yang lebih cekap boleh
sampai di mana sahaja kita berada. Sistem pertanian yang mampu
menghasilkan hasil tanaman dan tuaian yang lebih banyak kuantitinya
dengan masa yang lebih singkat dengan pelbagai cita rasa dan citranya.
Begitu juga dengan sistem perubatan yang mampu untuk mengesan,
mencegah dan mengubati penyakit yang pelbagai karenahnya yang
tidak dapat diatasi suatu masa dahulu.

Semua pembangunan di atas dihasilkan oleh kegiatan sains dan


teknologi yang begitu hebat. Malah manusia merasakan seolah-olah
tanpa sains apalah dunia ini. Sains sudah mendominasi segenap hidup
kita sehingga kita meminta agar pengetahuan sains juga digunakan
dalam bidang-bidang yang secara tradisinya bukan sains, atau
setidak-tidak hujah sains digunakan juga dalam hujah untuk bidang-
bidang yang secara tradisinya bukan sains seperti bidang budaya,
kesusasteraan, ekonomi, politik dan sistem sosial yang lain.

Natijahnya, lahirlah bidang-bidang seperti sains sosial dan kemanusiaan


yang berusaha untuk menjustifikasikannya melalui hujah saintifik.
Hujah saintifik yang bersifat rasional dan kemampuan untuk memberi
sebab musabab secara sistematik telah mengangkat martabat akal
melebihi kedudukannya dalam hierarki ilmu. Lantasnya
Seminar Al-Quran 7
2012
segalanya perlu dihujah secara saintifik untuk menjustifikasikan
kebenarannya.

Tetapi dalam masa yang sama, terdapat masih ramai juga kalangan
sarjana yang masih meragui kemampuan hujah saintifik ini. Sebab
apa yang berlaku pada hari ini menampakkan seolah-olahnya
pembangunan yang dinatijahkan oleh sains dan teknologi penuh
dengan ketempangan dan kebejatannya alam sekitar menjadi
semakin tercemar dan rosak; sistem ekonomi tidak menjanjikan
pengagihan kekayaan dan pembangunan yang saksama; dan
kehidupan sosial menjadi semakin tercelaru sehingga anak-
anak sudah tidak tahu bagaimana menghormati ibu bapa sendiri,
kalangan yang hidup bersendirian makin meningkat (Klinenberg,
2012), rumahtangga menjadi semakin rapuh.

Ternyata dunia amat memerlukan sains yang berteraskan agama


dan Tuhan. Aktiviti sains dan teknologi perlu dibangunkan
atas dasar kebertanggungjawaban terhadap Tuhan Yang Maha
Mencipta. Kertas ini berusaha untuk membincangkan penghayatan
sains sebagaimana yang terkandung dalam ajaran yang terdapat di
dalam al-Quran.

2.0 Apakah Al-Quran?

Sebelum kita melihat bagaimana al-Quran boleh menjadi kitab


yang menginspirasikan aktiviti sains dan teknologi, marilah kita
lihat sepintas lalu tentang apakah itu al-Quran. Pemahaman ringkas
kita tentang al-Quran ini akan memudahkan kita faham kenapa al-
Quran dapat mengubah persepsi seseorang.

Umumnya kita dapat katakan al-Quran adalah kitab yang


mengandungi himpunan wahyu yang diturun dan disampaikan
kepada Rasulullah SAW. Menurut Subhi Salleh (1978), ia
dinamakan al-Quran sebab ia perlu diingat dan dihafaz (al-Qiraah)
8 Seminar Al-Quran
2012
oleh umat Islam. Umumnya kita dapat simpulkan al-Quran itu
sebagai berikut :-

• Al-Quran adalah sebuah kitab yang diwahyukan sebagai petunjuk


kepada manusia dan juga yang membezakan antara yang hak dan
yang batil sebagaimana firman Allah SWT (Surah Al-Baqarah :
185) yang bermaksud : -
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan
yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai
petunjuk bagi manusia, dan penjelasan-penjelasan mengenai
petunjuk itu dan perbezaan (antara yang hak dan yang batil)”

• Al-Quran adalah Kalam Allah SWT yang merupakan mukjizat


yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW dan yang ditulis,
di mashaf dan diriwayatkan dengan mutawatir, dan membacanya
adalah ibadah.

• Sebuah kitab yang sah, asli dan tulen (authentic), yang tidak
pernah dan boleh dicabar sejak ianya diturunkan dan dijilid di
zaman Saidina ‘Uthman. Penjilidannya telah diketuai oleh Zaid
bin Thabit, dengan ahli yang lain terdiri daripada Abdullah bin
Zubair, Sa’id bin ‘Ash dan Abdurrahman bin Harith bin Hisyam
(Ishfaq Ahmad,2000).

• Sebuah kitab yang melahirkan individu dan masyarakat yang


beragama, bermasyarakat, berbudaya dan beradab dalam kehidupan
mereka, sehingga untuk memastikan umat Islam terus terbangun,
maka mereka perlu menjadikan al-Quran sebagai inspirasi dalam
membina masa depan hidup mereka (Dawam Rahardjo,1996).

• Mempercayai dan meyakini al-Quran sebagaimana yang diturunkan


merupakan salah satu rukun Iman. Mempertikaikan al-Quran boleh
membatalkan syahadah, walaupun apa yang dinyatakan dalam
al-Quran rasanya bertentangan dengan pemikiran seseorang atau
Seminar Al-Quran 9
2012
sekumpulan orang, seperti cerita Nabi Ibrahim yang dibakar oleh
Raja Namrud tetapi tidak terbakar, Nabi Isa as dapat menghidupkan
orang yang mati dan sebagainya. Ini adalah dasar utama kepada
pembangunan akidah umat Islam (Sayid Sabiq, 1991).

• Dari segi sejarah, al-Quran mula diwahyukan kepada Rasulullah


SAW pada 17 Ramadan ketika baginda bersendirian di sebuah gua
yang terdapat di sekitar kota Mekah yang bernama Jabal-Nur (Gua
Hira’). Lima ayat pertama yang diturunkan melalui perantaraan
Malaikat Jibrail adalah diabadikan dalam lima ayat pertama (Surah
al-‘Alaq : 1-5) yang bermaksud :

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan,


Dia telah menciptakan manusia daripada alaq (segumpal darah),
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia, Yang mengajar
(manusia) dengan perantaraan kalam, Dia mengajarkan kepada
manusia apa yang tidak diketahuinya”

Dengan turunnya al-Quran bererti titik permulaan kepada ajaran


Ilahi yang kemudiannya membina peradaban baru yang bernama
Islam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Al-Quran ini
merupakan kitab utama kepada setiap umat Islam untuk menjadi
panduan dan pedoman di dalam kehidupan mereka seharian,
sama ada dalam kehidupan bersendirian, bersosial, bernegara atau
dalam pembinaan tamadun. Al-Quran juga membenarkan semua
kitab yang telah diturunkan kepada para nabi dan rasul sebelum
Rasulullah SAW, sebagaimana firman Allah SWT (Surah ali-Imran
: 2-4) yang bermaksud :

“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan


Dia. Yang hidup kekal lagi terus-menerus menguruskan
makhluk-Nya. Dia menurunkan al-Kitab (al-Quran) kepadamu
dengan sebenarnya; membenarkan kitab yang telah diturunkan
sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil. Sebelumnya (al-
10 Seminar Al-Quran
2012
Quran) diturunkan, menjadi petunjuk bagi manusia, dan Dia
menurunkan al-Furqan. Sesungguhnya orang yang mengkafirkan
(ingkar) terhadap ayat-ayat Allah akan memperolehi seksa yang
berat dan Allah Maha Perkasa lagi mempunyai balasan (seksa)”.
Al-Quran adalah nama kepada himpunan wahyu yang disampaikan
kepada Rasulullah SAW yang kemudiannya disampaikan kepada
seluruh manusia. Himpunan wahyu kepada nabi-nabi yang lain
tidak dinamakan al-Quran sebagaimana yang dinyatakan dalam
ayat-ayat di atas.

Menurut Subhi Salleh (1978), al-Quran bererti ‘bacaan’ dengan asal


kata qaraa, manakala nama lain bagi al-Quran adalah al-Furqan
bermaksud yang membezakan antara hak dan batil, sebagaimana
firman Allah SWT (Surah al-Furqan : 1) yang bermaksud :

“Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan (al—Quran)


kepada hamba-Nya (Muhammad) agar dia menjadi pemberi
peringatan kepada seluruh alam”

Nama lain lagi bagi al-Quran adalah az-Zikir sebagaimana firman


Allah SWT (Surah al-Hijr : 9) yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan az-Zikir (al-Quran)


dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya”.

3.0 Tema Utama Al-Quran


Al-Quran adalah kitab yang dapat memberikan bimbingan,
petunjuk (al-Huda) atau Hidayah untuk manusia sebagaimana
firman Allah SWT (Surah al-Baqarah : 2 & 185) yang bermaksud :

“Al-Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk


bagi mereka yang bertakwa”.
“Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran
sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan
Seminar Al-Quran 11
2012
mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang
batil)”.

Hidayah adalah anugerah Allah SWT kepada insan yang dipilih-


Nya. Tiada seorang pun, hatta Nabi dan Rasul atau mana-mana
makhluk yang boleh memberikan hidayah kepada seseorang. Nabi
sendiri pun, walaupun amat kasih kepada bapa saudaranya, tidak
mampu untuk mengubah keimanan bapa saudaranya tersebut.
Begitu juga dengan Nabi Nuh a.s, walaupun baginda mendoakan
kepada Allah SWT tentang anak dan isterinya, tetapi baginda
tidak mampu untuk mengubah hidayah Allah SWT yang diberikan
kepada mereka yang diingini-Nya. Sehingga Allah SWT berfirman
(Surah ar-Ra’ad : 11) yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum


sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka
sendiri”.

Dari satu segi, Allahlah pemberi hidayah kepada insan yang


dipilih-Nya, dan dari sudut yang lain pula Allah SWT menyatakan
yang Dia tidak akan mengubah keadaan seseorang melainkan
orang tersebut bersedia untuk méngubah dirinya. Kalaulah itu
hakikatnya, bagaimana mungkin kita beroleh hidayah dari Allah
SWT? Jawapannya, manusia perlu berusaha untuk berubah, atau
mempersiapkan dirinya untuk mendapat hidayah daripada Allah
SWT.

Persoalannya apakah konsep, prinsip dan asas kepada hidayah, atau


bagaimana boleh seseorang itu memperoleh petunjuk dari Allah
SWT? Hidayah boleh diperoleh melalui pelbagai pendekatan.
Sekiranya kita terima bahawa manusia adalah khalifah Allah di
muka bumi yang berperanan untuk mengurus dan mentadbir alam
ini, maka sudah pastinya manusia memiliki potensi yang diberikan
oleh Allah SWT untuk menjalankan fungsinya sebagai khalifah.
12 Seminar Al-Quran
2012
Dengan demikian hidayah dari Allah boleh datang dalam pelbagai
bentuk.

1. Hidayat-ul-ilham, yakni hidayah yang diberikan oleh Allah SWT


kepada manusia melalui ilham. Oleh sebab alam mempunyai fitrah,
tabii dan ciri yang tersendiri, maka apabila manusia memerhatikan
fitrah, tabii dan ciri alam yang mempunyai peraturan tertentu,
maka mereka akan memperoleh ilham hasil daripada pengamatan
mereka terhadap tabii alam tersebut. Contohnya apabila manusia
memerhati dan mencerap bagaimana binatang atau pokok
membesar, mereka boleh menjinakkan binatang berkenaan untuk
diambil manfaatnya, dan menanam pelbagai tanaman untuk
mendapat rezeki daripada tanah yang subur.

Di sini bererti hidayah dari Allah diperoleh melalui ilham, yang


diperoleh pula berdasarkan kepada pengamatan alam tabii yang
mengikuti fitrah, tabii atau ciri tertentu. Hidayat-ul-ilham ini
selalunya dapat diperoleh oleh ahli sains yang memang diasuh
bakat mereka untuk melihat semua fenomena alam yang berlaku
dari alam mikro atau alam nano seperti atom, molekul dan sel
sehinggalah ke alam makro seperti pengamatan kepada alam raya
dan cakerawala.

2. Hidayat-ul-hawas, yakni hidayah yang diberikan oleh Allah


berdasarkan kepada kemampuan manusia untuk meningkatkan
keterampilan pancaindera mereka. Pancaindera manusia seperti
kemampuan mata yang melihat, hidung yang menghidu, telinga
yang mendengar, lidah yang merasa, dan tangan yang menyentuh
merupakan deria atau sensor yang membolehkan seseorang itu
mendapat hidayah dari Allah SWT sekiranya digunakan dengan
wajar. Maka kita akan bertanya ke manakah mata kita telah kita
pergunakan untuk mendapat hidayah; telinga kita untuk mendapat
maklumat yang boleh meningkatkan keimanan kita; hidung
yang dapat digunakan untuk menghidu; lidah kita yang boleh
Seminar Al-Quran 13
2012
membezakan rasa untuk menikmati makanan; tangan dan kaki
yang membolehkan kita berjalan dan merasai sesuatu apabila
disentuh; semuanya ini boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan
hidayah dari Allah SWT.

Dengan teknologi yang kita miliki sekarang ini, kita mampu


pula untuk meningkatkan keupayaan deria kita. Misalnya dengan
penggunaan mikroskop kita mampu untuk melihat objek yang
teramat kecil; dengan teleskop yang kita ada hari ini, kita dapat
melihat dengan lebih dekat dan hebat tentang sistem cakerawala;
begitu juga dengan penderia suhu, cahaya, elektrik dan sebagainya
membolehkan kita untuk meningkatkan keupayaan kita untuk
menderia. Semuanya ini membolehkan kita untuk mendapat
hidayah dari Allah SWT. Dengan hidayah inilah ilmu sains atau
ilmu yang berusaha untuk memahami tabii alam berkembang
dengan pesatnya.

3. Hidayah-addin, yakni hidayah yang diberikan Allah SWT kepada


hamba-Nya melalui amalan agama. Amalan agama pula dapat
dibahagikan kepada dua; afa’alan atau ibadah yang membina
agama seseorang seperti menunaikan solat, berpuasa di bulan
Ramadan, mengeluarkan zakat, menunaikan haji, membaca al-
Quran dan juga berzikir kepada Allah SWT dan aktiviti lain yang
seumpama dengannya; dan keduanya adalah ibadah yang berbentuk
amalan muamalat seseorang seperti bersedekah dan infak, tolong-
menolong dan bekerjasama untuk kebaikan, memberi nasihat yang
baik dan segala amalan yang seumpama dengannya.

Seseorang yang beragama Islam, insyaallah akan mendapat hidayah


dan petunjuk dari Allah sekiranya berusaha untuk melaksanakan
segala ajaran agama ini dengan bersungguh-sungguh. Inilah
sebabnya para ulama dan ilmuwan Islam silam selalu mengamalkan
solat tahajud, berpuasa, bersedekah, mengerjakan umrah, berzikir
dan sebagainya apabila mereka ingin melaksanakan sesuatu
14 Seminar Al-Quran
2012
perkara, kerana mereka amat mengharapkan hidayah dan petunjuk
dari Allah SWT.

4. Hidayat-ul-taufiq wal maunah, yakni hidayah kerana pertolongan


Allah SWT berdasarkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah,
dan sesiapa sahaja yang ditolong oleh Allah (seperti orang yang
teraniaya dan sebagainya). Allah SWT akan menolong hamba-Nya
yang dizalimi, walaupun kita lihat hamba-Nya tersebut terpaksa
berhadapan dengan pelbagai ujian sebagaimana yang pernah
berlaku kepada para nabi dan kaum yang terdahulu, termasuk juga
mereka yang ditolong oleh Allah SWT mereka-mereka yang tidak
menganut agama yang diwahyukan-Nya.

Dengan kata lain, manusia tidak boleh beri hidayah atau petunjuk
kepada orang lain. Yang boleh beri hidayah adalah Allah SWT.
Tetapi Allah SWT tidak akan mengubah keadaan seseorang
melainkan, orang tersebut berusaha untuk mengubahnya. Ini
dapat dilakukan melalui kelima-lima jenis hidayah (petunjuk
dan pertolongan Allah SWT) seperti yang dihuraikan di atas,
yakni melalui ilham yang diperoleh melalui pengamatan kepada
alam tabii, peningkatan keterampilan pancaindera, meningkatkan
ketajaman akal untuk berfikir berdasarkan maklumat yang benar
dan bermakna, melalui amalan beragama, dan melalui pertolongan
Allah SWT kepada orang yang teraniaya. Maknanya hidayah dari
Allah SWT tidak mesti hanya diperuntukkan kepada orang yang
menganut agama Islam sahaja. Yang bukan Islam juga mereka
boleh mendapat petunjuk dari Allah SWT, sebab itu mereka boleh
menjadi ahli sains yang baik walaupun mereka tidak beragama
Islam. Oleh sebab mereka tidak kenal tuhannya (mereka tidak
bertanggungjawab dengan tuhan), biasanya kreativiti mereka lebih
mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan.
Seminar Al-Quran 15
2012
4.0 Teras Utama Al-Quran
Berdasarkan kepada penterjemahan, pentafsiran, huraian dan
ulasan yang diberikan oleh ilmuwan Islam terkenal terhadap al-
Quran (lihat Soenarjo (l4l2H), Abdullah Yusuf Ali(1991), dan
Hamka (1984), kita dapat simpulkan al-Quran mengandungi hal-
hal yang berhubung dengan perkara-perkara berikut :

• Sistem kepercayaan, falsafah, akidah atau dasar keimanan


seseorang. Al-Quran banyak menerangkan tentang dasar
kepercayaan dan prinsip asas kehidupan menurut pandangan
Islam. Contohnya adalah seperti (Surah al-Ikhlas : 1-4) yang
bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad) : (Tuhanku) ialah Allah Yang


Maha Esa # Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk
untuk memohon sebarang hajat # Dia tiada beranak dan Dia
pula tidak diperanakkan # Dan tidak ada seorang pun yang
setara dengan Dia.”

• Secara umumnya, persoalan ketuhanan dan keimanan adalah


persoalan asas yang ingin disampaikan oleh al-Quran.

• Ilmu pengetahuan. Al-Quran adalah sumber segala ilmu


pengetahuan. Walaupun secara terperincinya, al-Quran
tidak menyatakan proses tentang sesuatu seperti bagaimana
mengerjakan solat, bagaimana pokok membesar dan pelbagai
proses alam tabii yang lainnya, namun al-Quran menyatakan
tentang prinsip mengenai sesuatu fenomena alam. Ini
disebabkan al-Quran bukanlah buku sejarah, atau buku sains,
atau buku kesihatan dan sebagainya, sebaliknya al-Quran
adalah kitab untuk memberikan hidayah dari Allah SWT, dan
yang membezakan antara yang benar dan yang batil.

• Kisah-kisah benar untuk diteladani. Dalam al-Quran


16 Seminar Al-Quran
2012
terdapat pelbagai kisah nabi-nabi dan orang-orang yang terpuji
seperti kisah Luqman al-Hakim, dan penghuni Gua Kahfi pada
zaman mereka yang berhadapan dengan pelbagai cabaran yang
diharungi. Di antara kisah yang terperinci yang dinyatakan oleh
al-Quran adalah kisah Nabi Yusuf a.s (Tafsir al-Rahman).

• Falsafah, prinsip dan konsep dalam kehidupan. Walaupun al-


Quran tidak menyatakan secara terperinci tentang sesuatu perkara,
tetapi al-Quran menyatakan secara prinsip tentang sesuatu
perkara. Misalnya al-Quran hanya menyatakan prinsip berpakaian
dan menutup aurat, tetapi tidak dijelaskan bentuk pakaian yang
perlu dipakai. Begitu juga al-Quran menyatakan tentang prinsip
pergaulan, tetapi tidak dinyatakan secara terperinci apa yang perlu
dilakukan. Begitu juga dengan penérangan saintifik tentang sesuatu
perkara. Cukuplah al-Quran hanya menyatakan dalam (Surah al-
Nahl : 43) yang bermaksud :

“Maka bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan


agama, jika kamu tidak mengerti mengetahui”.

• Peraturan untuk mengatur tingkah laku dan tatacara hidup manusia,


sama ada sebagai individu atau makhluk bersosial. Ini merupakan
antara tema utama dalam al-Quran yang disebut sebagai syariah.
Sekiranya manusia tidak dibimbing oleh al-Quran untuk mengikut
sesuatu peraturan, manusia akan membuat peraturan yang akan
merosakkan alam ini. Ini juga membezakan antara al-Quran
dengan buku-buku agama yang lainnya.

• Menyatakan makna kehidupan (di dunia dan akhirat).


Walaupun al-Quran tidak menyatakan secara terperinci tentang
sesuatu perkara, tetapi al-Quran memberikan makna erti
sebuah kehidupan. Misalnya al-Quran memberi makna tentang
kebahagiaan atau nikmat yang diperoleh oleh manusia. Sebab
sekiranya ditanya kepada manusia apakah erti nikmat atau
Seminar Al-Quran 17
2012
kebahagiaan dalam kehidupan seseorang insan, pastinya mereka
menjawab, kaya tanpa miskin, sihat tanpa sakit, senang tanpa
susah, sempurna tanpa cacat, berilmu tanpa jahil, mulia tanpa
hina, kuat tanpa lemah, gembira tanpa sedih, hidup tanpa mati.
Inilah erti kebahagiaan kepada insan biasa.Tetapi bagi Allah
nikmat atau kebahagiaan itu adalah pemberian dari Allah, bukan
sesuatu yang dapat dicari oleh manusia sebagaimana firman-Nya
yang bermaksud (Surah al-Hujurat :17 ) :

“Mereka menganggap diri mereka berbudi kepadamu (wahai


Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam. Katakanlah
(kepada mereka) : Janganlah kamu mengira keislaman kamu
itu sebagai budi kepadaku, bahkan Allah jualah yang berhak
membangkitkan budi-Nya kepada kamu, kerana Dialah yang
memimpin kamu kepada iman, kalau kamu sememangnya orang
yang benar”.

Inilah tema utama yang ingin disampaikan oleh al-Quran kepada


seluruh manusia.

5.0 Pentafsiran Al-Quran


Pelbagai perbincangan dilakukan oleh ramai ilmuwan Islam
mengenai pentafsiran al-Quran. Pada zaman Rasulullah SAW
isu pentafsiran tidak timbul sebab Rasulullah SAW pentafsir
al-Quran yang paling muktabar (Subhi Salleh, 1978). Namun
selepas kewafatan Rasulullah SAW isu pentafsiran al-Quran ini
timbul kerana umat Islam berusaha untuk memahami perintah dan
suruhan Allah SAW dalam amalan kehidupan mereka sepanjang
hari. Suasana persekitaran, kemajuan dalam sains dan teknologi,
kemajuan duniawi yang dicapai oleh manusia dalam meneroka
alam seperti sistem ekonomi, sosial dan politik menyebabkan
pentafsiran al-Quran perlu disampaikan menurut tahap pemikiran
dan kemajuan tersebut.
18 Seminar Al-Quran
2012
Mauduk dan teras utama al-Quran masih kekal, tetapi al-Quran sebagai
kitab hidayah dan petunjuk perlu ditafsirkan selari dengan suasana
semasa ini. Menurut Subhi Salleh (1978), walaupun terdapat ilmuwan
yang menolak tafsir ra’yu (tafsir dengan menggunakan akal) seperti
ini, namun tafsiran sebegini masih dibolehkan selagi tidak bercanggah
dengan dalil yang sah dari al-Quran dan Hadis yang muktabar.

Secara umumnya kita dapat katakan pentafsiran al-Quran dapat


dikategorikan sebagai berikut : (Soenarjo, l4l2H; Subhi Salleh, 1978;
Yusof Qardhawi, 1998).

• Secara terperinci: Untuk keperluan hidup manusia dunia dan


akhirat al-Quran menyatakan tatacara kehidupan seperti yang
berhubung dengan hukum perkahwinan, hukum harta pusaka dan
pelbagai hukum lagi secara terperinci. Dengan kata lain hukum dan
peraturan yang dinyatakan dalam al-Quran secara terang ini perlu
dipatuhi oleh setiap Muslim seadanya sebagaimana yang telah
dinyatakan. Mempertikainya boleh menjejaskan akidah seseorang.
Contohnya adalah seperti pemberian pusaka sebagaimana yang
dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah al-Nisa’ ayat 176, dan
menutup aurat seperti ayat 31 Surah al-Nur.

• Secara umum: Terdapat dalam al-Quran perintah Allah SWT


yang dinyatakan secara umum, tetapi perinciannya dijelaskan
dalam hadis seperti ayat-ayat yang mewajibkan umat Islam untuk
mendirikan solat, berzakat, mengerjakan haji dan sebagainya.
Walaupun semua ibadah ini merupakan ibadah yang membina
rukun Islam, namun perincian bagaimana mengerjakan amalan
tersebut tidak dinyatakan secara terperinci di dalam al-Quran.
Dengan demikian amalan ini memerlukan kepada penjelasan
dari hadis sahih yang muktabar dan juga penjelasan daripada
sarjana-sarjana Islam yang tersohor. Dengan demikian, amatlah
digalakkan kita mengikut ajaran mazhab yang diterima oleh umat
Islam hari ini seperti Mazhab Ahli Sunnah Wal Jemaah (Mazhab
Seminar Al-Quran 19
2012
Shafie, Mazhab Hanafi, Mazhab Hanbali atau Mazhab Maliki),
agar amalan kita menepati kehendak ajaran agama yang sebenar.

• Secara prinsip: Terdapat juga perintah Allah SWT yang


dinyatakan dalam al-Quran yang dinyatakan secara prinsip umum
sahaja, dengan pelaksanaan untuk beramal dengannya diserahkan
kepada kebijaksanaan manusia untuk melaksanakannya. Misalnya
Allah SWT hanya menyuruh umat Islam berdakwah (Surah
Fussilat ayat 33), tetapi tidak dinyatakan secara terperinci
bagaimana pelaksanaan dakwah tersebut; terserahlah kepada umat
Islam mengikut peringkat umur, suasana dan keadaan semasa
untuk melaksanakan kaedah dakwah yang terbaik. Hanya Allah
SWT menyatakan prinsip berdakwah sahaja. Begitu juga dengan
hal yang berhubung dengan kepimpinan, sistem kenegaraan dan
politik, semuanya Allah SWT serahkan kepada kebijaksanaan
manusia untuk melaksanakannya.

• Diserahkan kepada umat Islam untuk berijtihad: Terdapat juga


perkara yang tidak dijelaskan di dalam al-Quran, tetapi umat Islam
perlulah menggunakan kekuatan pengalaman, ilmu yang mereka
miliki untuk mereka berijtihad (menggunakan akal fikiran mereka)
untuk kebaikan dan maslahat keseluruhannya. Ini disebabkan
perkara tersebut tidak diterangkan oleh al-Quran dan hadis secara
qati’e (tegas). Perkara ini telah pun dilakukan oleh para sahabat
seperti pandangan Sayidina Abu Bakar r.a untuk memerangi
mereka yang tidak mengeluarkan zakat; inventori Baitulmal yang
telah pun dilaksanakan oleh Sayidina ‘Umar r.a; menjilidkan
al-Quran seperti yang disarankan oleh Sayidina Uthman r.a;
pembahagian harta sepencarian yang dilakukan oleh para ilmuwan
Islam di Rantau Asia Tenggara dan sebagainya. Semuanya ini
memerlukan kepada kekuatan ijtihad yang didasarkan kepada
suasana semasa dan persekitaran yang memeriahkannya, tetapi
masih tidak melanggar prinsip Islam yang asas. Dengan demikian,
kita lihat agama Islam adalah agama yang cukup dinamik dan
20 Seminar Al-Quran
2012
sesuai dilaksanakan sepanjang masa.

6.0 Pengertian Sains


Menurut Peter Medawar (1984), sains adalah ilmu yang teratur
yang diambil daripada perkataan,‘sienz, ciens, cience, siens,
syence, syense, scyence, scyense, scyens, scienc, sciens, scians
’dengan kata dasarnya diambil daripada perkataan ‘scientia’ yang
bermaksud ‘knowledge’ (ilmu). Tetapi tidak semua ilmu boleh
dianggap ilmu sains. Yang dimaksudkan dengan ilmu sains adalah
:

‘Ilmu yang maklumatnya (hasil daripada pengamatan fenomena


alam tabii) dijana dan dikembangkan secara bersistem dengan
kaedah-kaedah tertentu berdasarkan premis tertentu oleh
pencerapnya sehingga menumpukan pengetahuan yang boleh
dipercayai, sama ada melalui eksperimen atau hujah mantik
secara teori ’

Kebenaran yang ingin dicari dalam sains tulen bukanlah kebenaran


untuk memenuhi kepuasan beragama atau kepuasan rohani,
sebaliknya kebenaran yang dapat dicapai dalam sains tulen adalah
kebenaran mantik pemikiran akal yang berdasarkan kepada
kebenaran pentaakulan atau sebab-musabab. Kepada Medawar
kebenaran sains merupakan kebenaran yang bersandarkan kepada
gawang (gol) yang ingin dicapai oleh kerja yang dilakukan oleh
ahli sains melalui apa yang disebut sebagai ‘asimptot’, yakni suatu
kebenaran yang tidak konklusif, yang masih boleh dipertikai dan
dikritik, tetapi diandaikan demikian. Sains hanya memberikan
suatu arah ke mana kajian sains boleh dilakukan, tetapi tidak
mempunyai matlamat akhir yang ingin dituju. Dengan demikian
penerokaan, dan matlamat sains akan sentiasa berubah, dan tidak
mutlak.

Hujah Medawar ini disokong pula oleh Fritjof Capra et al (1992)


Seminar Al-Quran 21
2012
sewaktu berhujah dengan David Steidal-Rast dan Thomas Matus,
yang menyebut bahawa teori sains yang dikemukakan oleh ahli
sains juga tidak mutlak dan kekal, tetapi turut berubah apabila sesuatu
penemuan baru ditemui kemudiannya. Contoh yang jelas diberikan
oleh Capra adalah tentang teori yang berhubung dengan ‘ether’(gas),
yang satu ketika dianggap ada, tetapi kemudiannya terbatal apabila
teori kenisbian dan kedualan atom ditemui. Malah sekarang ini pun
teori yang berhubung dengan angkutan elektron secara klasik tidak
dapat digunakan untuk menerangkan proses angkutan elektron dalam
sesuatu pepejal, apatah lagi bahan baru seperti superkonduktor. Dengan
kata lain, teori sains tidak mutlak, tetapi berubah apabila masa beredar
dan apabila penemuan-penemuan baru ditemui.

Menurut Crump (2002), adalah sukar untuk membezakan antara sains


dengan pengetahuan (knowledge) yang dalam bahasa Latinnya disebut
scientia. Perkataan nature membawa maksud pengetahuan yang
berhubung dengan sifat tabii. Perkataan ‘natuurkunde’ bermaksud
fizik yang dalam bahasa Greek disebut ‘physis’, yang maksudnya
adalah tabii. Umumnya Crump (2002) mentakrifkan sains sebagai:

“Science is the aggregate of systematized and methodical knowledge


concerning nature, developed by speculation, observation and
experiment, leading to objective laws governing phenomena
and their explanation” yang dapat diterjemahkan sebagai:

‘Sains adalah penumpuan pengetahuan yang bersistem dan berkaedah


mengenai alam tabii, yang dibangunkan secara spekulasi, pencerapan,
dan eksperimen, yang menghasilkan hukum-hukum secara objektif
mengenai fenomena alam dan penerangan mengenai fenomena
tersebut’.

Dengan kaedah sains bermaksud :

“A scientific method seeks to explain the events of nature in a


22 Seminar Al-Quran
2012
reproducible way and to use these findings to make useful predictions.
This is done partly through observation of natural phenomena, but also
through experimentation that tries to simulate natural events under
controlled conditions. Taken in its entirety, a scientific method
allows for highly creative problem solving whilst minimizing
any effects of subjective bias on the part of its users (namely the
confirmation bias)”.

Bagi Shaharir (1987), takrif sains yang biasa didokongi oleh


kebanyakan sarjana dapat dinyatakan sebagai :

‘Sains berupa analisis fenomena secara sistematik, mantik


dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikkan untuk
mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai.’
Takrifan ini memang mempunyai banyak kelemahannya, malah
tidak lagi dianggap tepat. Kritikan kepada takrifan ini dibicarakan
dengan panjang lebar dalam buku tersebut dan pengemaskiniannya
dalam suntingannya kemudian (Shaharir, 1998).

Secara amnya, dapat kita katakan bahawa sains tulen adalah


ilmu sains yang berpaksikan kepada bagaimana manusia mampu
untuk mencerap dan memerhati alam tabii yang berkelakuan
mengikut fitrahnya. Hasil pencerapan secara sistematik ini
kemudiannya dihujah dan dianalisis secara mantik dan objektif,
dilakukan eksperimen dan perbandingan dengan andaian teorinya.
Pengetahuan ini terus dipupuk dan dikembangkan kemudiannya
untuk menambah khazanah keilmuan sains itu sendiri.

6.1 Premis Sains Tabii

Premis ilmu sains tabii, dan pada segi matannya, telah dibicarakan
oleh Shaharir (1987) yang menunjukkan kekurangannya mengikut
perspektif Islam, dan ini tidak diulangi perbincangannya di sini.
Menurut Toby E. Huff (1995), falsafah sains tulen menghendaki
Seminar Al-Quran 23
2012
tiga andaian asas :

• Pertama : ahli sains perlu yakin dan percaya bahawa alam


tabii adalah dalam susunan yang rasional dan teratur. Ini bererti
bahawa alam tabii adalah saling berhubung antara satu dengan lain
(koherens), teratur, mengikut hukum tertentu, dan dalam domain
yang boleh diramalkan. Tanpa anggapan dan keyakinan ini tabii
alam tidak dapat difahami secara sains.

• Kedua : hujah sains mengandaikan manusia mampu untuk


memberi alasan dan sebab musabab, dan mempunyai kemampuan
akal untuk memahami tabii alam. Namun demikian ahli sains juga
memahami bahawa teori tertentu tentang sesuatu fenomena sains
tabii mungkin salah pada sesuatu ketika, dan dalam masa yang
sama kita mungkin tidak dapat mengetahui segala-galanya tentang
tabii sesuatu fenomena. Tetapi ahli sains yakin bahawa akhirnya
nanti manusia mampu juga memberikan alasannya menerusi
penyiasatan mantik.

• Ketiga : falsafah sains tabii mengandaikan yang semua orang,


lelaki dan wanita, dibenarkan menggunakan kuasa sebab-musabab
(taakul) - menyoal segala-galanya tentang kebenaran sains yang
didakwanya, termasuklah hal-hal yang berhubung dengan agama,
politik, dan etika. Akhirnya, dengan alasan dan rasional yang
diberikan, semua orang akan memberikan kesimpulan yang sama
tentang apa yang dicerap atau diamatinya.

Ketiga-tiga premis sains ini akan membenarkan semua orang


bertanya dan mencabar tentang amalan tradisi yang didasarkan
kepada penemuan sains, termasuklah mencabar tentang kesahihan
hujah yang dikemukakan dalam kitab-kitab agama yang
berwibawa termasuk Kitab Injil, Zabur dan al-Quran sendiri.
Hujah-hujah beginilah yang menyebabkan segolongan ahli sains
terkemuka dipenjara dan dihukum oleh golongan gereja pada awal
24 Seminar Al-Quran
2012
kebangkitan sains Barat Moden.

Premis sains ini mungkin berbeza dengan premis ilmu yang lain
seperti ilmu yang membicarakan tentang persoalan adab dan
akhlak, sahsiah, kerohanian dan jati diri insan, dan ilmu yang
berhubung dengan keinsanan, insan yang lainnya. Malangnya,
sekiranya ilmu sains kemanusian juga dirujuk kepada hal-hal
yang saintifik sahaja, maka persoalan keinsanan itu sendiri
disempit dan dibataskan kepada yang boleh ‘dimantikkan’ semata-
mata, sedangkan aspek pembangunan manusia merupakan aspek
pembangunan keseluruhan potensi insan yang juga melibatkan hal-
hal yang berhubung dengan pembangunan rohani, sahsiah, adab,
akhlak dan perilaku diri insan yang tidak boleh ‘dimantikkan’.

7.0 Epistemologi Sains Tauhidik.


Epistemologi sains dari perspektif Barat seperti yang diterangkan
di atas dapat digambarkan seperti dalam Rajah 1 (Mohd Yusof
2009; Mohd Yusof & Khalijah, 2010). Dalam pendekatan ini
Tuhan tidak ada dalam perhitungan membangunkan sains. Ahli
sains yang mengkaji tabii alam hanya melihat alam yang bebas
daripada penguasaan Tuhan yang menjadikan alam ini. Hal-hal
yang berhubung dengan budaya dan agama dianggap tidak relevan
dan tidak wajar untuk dipertimbangkan sewaktu mengkaji tabii
alam.
Manusia
Sains- memahami tabii

Teknologi - memanfaatkan
alam
Alam

Rajah 1: Epistemologi Sains Dari Perspektif Sarjana Barat.


Seminar Al-Quran 25
2012
Pendekatan sains Tauhidik pula meletakkan Tuhan di atas segala-
galanya. Tuhan dalam hal ini adalah Allah SWT sebagaimana
yang dinyatakan dalam surah al-Ikhlas (112) sebagaimana yang
dibincangkan dalam Bahagian 4.0 di atas

Kita dapat gambarkan epistemologi sains Tauhidik seperti yang


dinyatakan dalam Rajah 2. Pertamanya, Tuhan bagi penganut agama
Islam adalah Allah SWT yang bersifat Maha Esa, yakni tunggal dan
tidak boleh dibandingkan daripada segi zat dan juga segala sifat yang
digambarkan dalam al-asma ul-husna dengan sebarang makhluk yang
lain.

Seterusnya ahli sains Tauhidik menerima bahawa ‘Allah adalah


Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu’ (al-Ikhlas(112)
: 2). Maknanya, bagi ahli sains Tauhidik suatu objek akan hanya jatuh
apabila dilepaskan daripada suatu ketinggian sekiranya diizinkan
Allah SWT, tidak dengan sifat graviti objek tersebut secara mutlak
sebagaimana yang ditanggapi oleh ahli sains konvensional (Barat).
Daya graviti hanya penyebab kepada jatuhnya sesuatu objek, tetapi
jatuh objek daripada suatu ketinggian adalah atas kehendak Allah
SWT. Begitu juga api yang panas hanya akan membakar sekiranya
diizinkan Allah SWT untuk membakar, bukan terletak kepada
panasnya api; senjata yang tajam akan memotong sekiranya diizinkan
Allah; air dicincang tidak akan putus sekiranya diizinkan Allah; dan
pelbagai fenomena tabii alam yang lainnya.

Sifat objek yang jatuh daripada suatu ketinggian apabila dilepaskan


hanyalah merupakan fitrahnya yang tidak semestinya bersifat mutlak.
Begitu juga dengan sifat api yang membakar, pisau yang tajam
memotong, air dicencang tidak akan putus semuanya berlaku secara
tidak mutlak. Tetapi berlaku sekiranya diizinkan Allah, sebab ‘Allah
adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu’, termasuk
yang bergantung kepada Allah ini perkara yang fizikal atau kerohanian
atau emosi.
26 Seminar Al-Quran
2012
Manusia pula adalah hamba dan khalifah Allah SWT di bumi ini.
Sebagai hamba, manusia mesti mematuhi segala perintah Allah dan
meninggalkan segala yang dilarang-Nya. Sebagai khalifah, manusia
diamanahkan untuk mentadbir dan mengurus alam ini dengan penuh
amanah dan tanggungjawab kepada-Nya. Allah SWT membekalkan
kepada manusia segala potensi dan kemampuan untuk melaksanakan
tugas mereka sewajarnya. Antara tugas manusia ini adalah
memanfaatkan segala sumber alam yang ada. Dengan demikian,
manusia adalah satu-satunya makhluk yang mampu untuk memahami
tabii alam dengan pengetahuan sainsnya, dan memanfaat alam dengan
teknologi yang mereka miliki.

Dengan demikian seorang ahli sains Tauhidik menerima bahawa alam


ini mempunyai ciri-ciri tertentu yang dapat dipelajari dan diambil
iktibar. Maknanya sifat api adalah membakar, sifat pisau yang tajam
boleh memotong, tembaga dapat mengalirkan elektrik, getah dan
plastik tidak dapat mengalirkan elektrik, pokok memerlukan air untuk
hidup dan sebagainya. Inilah sistem kepercayaan atau iman seorang
ahli sains Tauhidik. Dengan demikian penghayatan ahli sains Tauhidik
seperti digambarkan dalam Rajah 2 tidak sama dengan penghayatan
seorang ahli sains Barat yang mengesampingkan Tuhan sebagaimana
yang digambarkan dalam Rajah 1.

ALLAH

MANUSIA
Hamba & Khalifah Fitrah & Sunnatullah

MANUSIA ALAM

Rajah 2: Epistemologi Sains Tauhidik


Seminar Al-Quran 27
2012
8.0 Penghayatan Sains Melalui Al-Quran.
Kalau kita amati ayat-ayat dalam al-Quran dan juga epistemologi
sains Tauhidik seperti yang digambarkan dalam Rajah 2 di atas,
kita dapat perhatikan bahawa ada tiga perkara utama yang ingin
disampaikan oleh al-Quran seperti berikut :

• Hubungan antara manusia dengan Tuhan — fungsi hamba dan


khalifah.
• Hubungan antara manusia sesama manusia—pembinaan
sistem sosial.
• Hubungan antara manusia dengan alam—pembangunan Sains
dan Teknologi.

Ringkasnya kerangka konsep Sains Tauhidik mengandungi 5 entiti


seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 di atas - entiti Tuhan
(Allah) yang bersifat Maha Menjadikan dan Maha bergantungnya
makhluk kepada-Nya; entiti manusia yang mempunyai potensi
dan kemampuan untuk mencerap tabii alam; entiti alam yang
mempunyai tabii tertentu yang boleh dipelajari dengan pemikiran
yang rasional; entiti al-Quran sebagai kalam Allah yang Maha
Benar, bersifat mutlak, sah dan autentik; dan entiti al-Sunnah
yang merupakan perlakuan dan juga contoh yang diberikan oleh
Pesuruh Allah SWT kepada manusia untuk diteladani. Allah SWT
selaku Yang Maha Pencipta, manakala alam dan manusia sebagai
makhluk ciptaan-Nya. Manusia adalah hamba Allah dan juga
khalifah-Nya yang diamanahkan untuk mentadbir dan pengurus
alam ini, manakala alam adalah tercipta menurut kadar dan nisbah
yang ditentukan oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam
surah al-Qamar ayat 49 yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut


takdir (yang telah ditentukan).”

Maknanya Allah SWT mencipta sesuatu menurut kadar dan


28 Seminar Al-Quran
2012
peraturan tertentu yang dapat difahami oleh manusia, tidak lebih
dan tidak kurang. Kemampuan manusia memahami tabii alam yang
diberikan Allah dalam kadar tertentu adalah disebabkan manusia
diamanahkan oleh Allah SWT untuk mentadbir dan mengurus
alam ini. Bagaimana mungkin manusia mampu mengurus alam
ini sekiranya mereka tidak diberikan kemampuan tersebut oleh
Allah SWT? Yang menjadi panduan untuk memahami tabii alam
dan memanfaat lainnya adalah al-Quran sebagai wahyu daripada
Allah SWT dan sunnah sebagai pedoman dan contoh teladan yang
disampaikan oleh Rasulullah SAW.

8.1 Hubungan manusia dengan Allah SWT


Hubungan antara manusia dengan Allah SWT dinyatakan dalam
ayat-ayat al-Quran, surah as-Sajdah ayat 7-9 yang bermaksud :

“Yang menciptakan setiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan


dimulakan-Nya kejadian manusia berasal daripada tanah #
Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu daripada
darah beku, yang berasal daripada air yang hina (iaitu air mani)
# Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan
padanya roh ciptaan-Nya, serta Dia mengurniakan kepada kamu
pendengaran, penglihatan serta hati (akal fikiran),(supaya kamu
bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud :

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat


:“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah
di muka bumi”. Mereka bertanya ;“Adakah Engkau hendak
menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat
kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami
sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?”
Allah berfirman : “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak
kamu ketahui ” ’
Seminar Al-Quran 29
2012
Sebagai hamba dan khalifah-Nya, manusia diminta untuk
melaksanakan tugasnya seperti mengénali kedudukan Islam sebagai
agama di sisi Allah, persoalan keimanan, kedudukan solat, arahan
untuk mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, sifat dan ciri
kekufuran, kemunafikan, tuntutan berlaku adil, cegahan melakukan
kezaliman, bersyukur, dan sebagainya, semua perkara ini terletak
dalam pembinaan akidah, falsafah, dasar, prinsip dan konsep hidup
seseorang. Antara ayat-ayat yang meminta umat Islam membangunkan
akidahnya adalah ayat-ayat yang bermaksud seperti berikut

Firman Allah dalam surah Ali-’Imran ayat 19 yang bermaksud :

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah hanyalah


Islam.”

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 43 &183 yang bermaksud :

“Dan dirikanlah solat dan keluarkan zakat, dan rukuklah (solat


berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk.”

“Wahai orang yang beriman! Diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana


diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya
kamu bertakwa”

Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 15 yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman


hanyalah orang- orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya,
kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta
mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan
Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).”
30 Seminar Al-Quran
2012
8.2 Hubungan manusia sesama manusia.
Hubungan sesama manusia merupakan hubungan sosial yang
perlu dijalinkan antara manusia sesama manusia. Hubungan ini
termasuklah adab, perlakuan, sikap, dan tanggapan diri yang
membina perilaku seseorang manusia. Antara perintah Allah
SWT dalam membina sistem sosial yang baik adalah sebagaimana
firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 6, 11-12 yang
bermaksud seperti berikut :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu


seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk
menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan
sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini-dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) — sehingga menyebabkan kamu
menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak


(daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan
puak lelaki yang lain, (kerana) kemungkinan puak lelaki yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka. Janganlah pula
sesuatu puak (daripada kaum perempuan) mencemuh dan
merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana)
kemungkinan puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada
mereka. Janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah
yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara
satu dengan lain dengan gelaran yang buruk # Wahai orang-
orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan,
kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah
berdosa.”

Firman Allah SWT dalam surah al-Saff ayat 2-3 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu


memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya # Amat
Seminar Al-Quran 31
2012
besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan
sesuatu yang kamu tidak lakukan.”

Semua perkara di atas menyatakan tentang bagaimana seseorang


itu seharusnya melakukan hubungan sosial antara satu dengan
yang lain.

8.3. Ciri-ciri Alam Yang Dijadikan Allah SWT Untuk Manusia


Memahaminya.
Ciri alam yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-Quran
tentang alam merangkumi perkara berikut :
• Ayat-ayat yang berhubung dengan asal-usul alam semesta.
• Ayat-ayat yang berhubung dengan asal-usul jirim.
• Ayat-ayat yang berhubung dengan asal-usul kehidupan.
• Ayat-ayat yang berhubung dengan siapa manusia.

Antara firman Allah SWT tentang perkara ini adalah seperti ayat-
ayat yang maksudnya adalah seperti berikut :

Firman Allah SWT dalam surah al-Qamar ayat 49 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut


kadar (takdir yang telah ditentukan).”

Firman Allah SWT dalam surah al-Mulk ayat 15 yang bermaksud:

“Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka


berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari
rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah)
dibangkitkan.”
32 Seminar Al-Quran
2012
Firman Allah SWT dalam surah Qaf ayat 6 yang bermaksud :

“Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas
mereka,bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya dan
langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikit pun?”

Firman Allah SWT dalam surah al-Mulk ayat 4 yang bermaksud :

“Kemudian pandanglah berkali-kali, nescaya penglihatanmu akan


kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu kecacatan dan
penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah.”
Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 5 yang bermaksud :

“Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu)


tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat),
maka (perhatikanlah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana
sebenarnya Kami telah menciptakan kamu daripada tanah, kemudian
daripada setitik air benih (mani ), kemudian daripada seketul
darah beku, kemudian daripada seketul daging (mudghah) yang
disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan. (Kami
jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan
kepada kamu (kekuasaan Kami). Kami juga menetapkan di dalam
kandungan rahim, apa yang Kami rancang hingga ke suatu masa yang
ditentukan lahirnya, kemudian Kami keluarkan kamuberupa kanak-
kanak, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampai kepada
dewasa, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di
antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun (nyanyuk),
supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah
diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah
Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan
menumbuhkan berbagai macam lumbuh-tumbuhan yang indah”.

Firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun ayat 12-16 yang


bermaksud :
Seminar Al-Quran 33
2012
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu
sari pati(berasal) dari tanah # Kemudian Kami jadikan sari pati
itu air mani (yang disimpan)(nutfah)dalam tempat yang kukuh
(rahim) # Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah
(‘alaqah), lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal
daging (mudzghah), dan dari segumpal daging itu Kami jadikan
tulang- tulang, lalu tulang-tulang itu Kami bungkus dengan
daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang(berbentuk)
lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik #
Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati # Kemudian,
sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kubur) di
hari Kiamat.”

Ayat-ayat ini merupakan ilmu yang disampaikan kepada manusia


tentang tabii alam.

9.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, kita dapat rumuskan perbincangan di atas
seperti berikut,

• Agama lahir hasil daripada keyakinan diri bahawa adanya


kuasa tertinggi yang perlu dipatuhi (Yusuf Qardhawi); sains
lahir hasil daripada perasaan ingin tahu yang dibangunkan oleh
kemampuan akal berfikir secara mantik dan sebab-musabab
manusia mengenai tabii alam.

• Agama lahir daripada kefahaman kita tentang Yang Maha


Pencipta; sedangkan sains terbangun daripada kefahaman
kita yang berhubung dengan apa diciptakan oleh Yang Maha
Pencipta.

• Agama melahirkan rasa tanggungjawab diri seseorang


dengan Tuhannya; manakala sains hanya melahirkan rasa
tanggungjawab seseorang dengan alam yang diciptakan oleh
34 Seminar Al-Quran
2012
Tuhan.

• Agama memberikan kepuasan rohani, emosi, intelek dan


jasmani; sedang sains hanya memberikan kepuasan intelek
dan jasmani sahaja.

• Agama mengajar kepada manusia tentang perspektif kehidupan


yang lebih luas, merangkumi dunia dan akhirat; sedangkan
sains hanya mengajar kepada manusia tentang dunia yang
sementara ini sahaja.

• Islam tidak menolak ilmu yang membolehkan seseorang


mengenali dan memahami tabii alam sebab manusia adalah
khalifah Allah di bumi ini; tetapi agama mesti memandu
kreativiti dalam sains dan teknologi supaya mendatangkan
kesejahteraan kepada manusia dan alam sejagat. Sains tanpa
agama...buta!

• Sains dan teknologi mesti dibangunkan agar manusia boleh


menyempurnakan tuntutan agama. Agama tanpa sains...
tempang!

• Ajaran agama tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa Sains


dan teknologi.
Seminar Al-Quran 35
2012
10. RUJUKAN
Abdullah Yusuf Ali, 1991. Al-Quranul Karim. Jilid 1-5, diterjemahkan
oleh Muhammad Uthrnan El-Muhammady, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Capra F., Steindl-Rast D. and Matus T., 1992. Belonging to the


Universe: New Thinking About God and Nature, London. Penguin
Books.

Crump T., 2002. A Brief History of Science: As Seen Through The


Development of Scientific Instrument. London, Robinson.

Dawam Rahardjo, 1996. Ensiklopedia al-Quran — Tafsir Sosial


Berdasarkan Konsep-konsep Kunci. Jakarta, Penerbit PARAMADIN
A.

Hamka, l984.Tafsir Al-Azhar. Juzuk 1-30. Surabaya,


PenerbitYayasanLatimojong.

Huff, T.E., 1995. Islam, Science and Fundamentalism. J. of Arabic,


Islam and Middle Eastem Studies, Vol 2(2). pp. 1-27.

Ishfaq Ahmad, 2000. Research and Development in The Islamic


World: Past and Present Problems and Future Directions. Journal of
Islamic Science.Vo1 16(1-2).

Hlm 127-135.
Klinenberg E., 2012. Living Alone is the New Norm. Time, Vol 179
(10) March 12.

Hlm. 40-42.
Medawar P., 1984. The Limits of Science, Oxford University Press,
UK.
36 Seminar Al-Quran
2012
Mohd Yusof Hj Othman, 2009. Sains, Masyarakat dan Agama. Kuala
Lumpur, Utusan Publications & Distrutors Sdn Bhd.

Mohd Yusof Hj Othman & Khalijah Mohd Salleh, 2010. Sains Tauhidik:
Amalan Sains Yang Holistik Untuk Semua. Kertas dibentangkan di
Seminar Antarabangsa

Agama dan Pemikiran Malaysia-Indonesia, anjuran Jabatan Usuluddin


dan Falsafah FPI, UKM dan UIN Alaudin Makasar, lndonesia pada
10-11 Jun.

Sayid Sabiq, 1991. Akidah Islam (Pola Hidup Manusia Beriman).


Singapura, Pustaka Nasional Pte Ltd.

Shaharir Mohamad Zain, 1987. Pengenalan Sejarah dan Falsafah


Sains. Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI). Kuala Lumpur. Hlm
6. Lihat juga tulisan beliau dalam Shaharir Mohamad Zain, 1998.

Kritikan Awal Kepada Premis Ilmu Sains Tabii. Kesturi 1(1).

Shaharir Mohamad Zain, 1998. Kritikan Awal Kepada Premis Ilmu


Sains Tabii.

Kesturi 1(1)

Soenarjo R.H.A. (Ketua), T.M. Hasbi Ashshiddiqi, H. Bustami A.


Gani, H. Muchtar

Jahya, H.M. Toha Jayha Omar, H.A. Mukti Ali, Kama] Muchtar, H.
Gazali Taib,

K.H.A. Musaddad, K.H. Ali Maksum dan Busjairi Madjidi, 1412 H.


Al-Quran dan Terjemahannya. Medinah Munawwarah. Percetakan
Kerajaan Saudi Arabia.
Seminar Al-Quran 37
2012
Hlm 15.
Subhi Salleh, 1978. Kajian al-Quran. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Yusuf Qardhawi, 1998. Al-Quran — Akal dan Ilmu Pengetahuan.


Jakarta, Gema Insani Press.
38 Seminar Al-Quran
2012
AL-QURAN SEBAGAI SUMBER PENGKRITIK
SAINS MATEMATIK
Oleh : Prof. Dr. Mohd Shaharir Bin Mohamad Zain

Pendahuluan
Tidak syak lagi, satu daripada sebabnya umat Islam tertinggal jauh ke
belakang dan lalu menjadi pengikut setia Barat dalam perkara yang
amat penting dalam kehidupan, iaitu ilmu, ialah disebabkan mereka
hanya membaca al-Quran tidak dengan kritisnya sejak abad ke-17M
atau lebih awal lagi. Membaca sesuatu dengan kritisnya ialah membaca
dengan fikiran terbuka untuk mendapatkan idea baharu dalam sesuatu
perkara yang diminati berbanding dengan status perkara itu dalam
khazanah ilmu atau maklumat yang sedia ada. Umat Islam malah
sudah sampai pada tahap menjadikan al-Quran sebagai penghukum
keesahan atau kebenaran sains ciptaan sesiapa pun termasuklah mereka
yang terang-terang bertekad mewujudkan sains yang bertentangan
dengan agama wahyu (terutamanya Kristian dan Yahudi yang tentunya
terpalit juga dengan Islam) tetapi menyerasikan dengan agama ciptaan
manusia, termasuklah Hinduisme, Buddhaisme dan paling banyaknya
dengan X-isme,terutamanya Sekularisme, Deisisme, Tabiisme bahkan
Ateisme. Buku-buku umum yang menggunakan ayat al-Quran yang
mengukuhkan keesahan sesebuah unsur sains moden begitu disanjung
tinggi masyarakat Muslim sehingga amat laris jualannya. Sekaligus,
ramailah umat Islam yang menganggap gaya penilaian ilmu dari
kebudayaan lain dengan cara begini adalah cara yang murni bagi
menyelamatkan umat Islam daripada berpegang pada ilmu yang
salah atau menyesatkan, ringkasnya itulah penilaian ilmu mengikut
perspektif Islam sehingga hasilnya itulah yang layak dinamakan ilmu
Islam, atau sains Islam.

Para penulis ilmu sebegini dikategorikan oleh Ziauddin Sardar tahun


1990-an dahulu(seorang penggerak Penglslaman Ilmu yang aktif
dalam dasawarsa itu) sebagai Bucailleis dan pemeluk kaedah ini
Seminar Al-Quran 39
2012
dinamainya Bucailleisme. Gelaran ini sempena seorang ahli sains
perubatan Perancis dan doktor peribadi Raja Faisal Arab Saudi yang
mencipta namanya menerusi perbincangannya tentang fenomenon
atau maklumat mengikut al-Quran, Bible dan sains moden dalam
bukunya yang bersejarah “Bibel, al-Quran dan Sains” terjemahan
1982 daripada karya asalnya dalam bahasa Perancis 1976, La Bible,
le Coran et la Science: Les Ecritures Saintes examinées d Ia lumiére
des connaissances modernes. Beliau membuktikan maklumat di dalam
al-Quran amat menepati dengan maklumat sains 1970-an (semasa
kajiannya) tetapi tidak demikian dengan Bibel. Serta merta bukunya
menjadi laris jualan dan diterjemah ke dalam pelbagai bahasa, dan
beliau menjadi selebriti sarjana dunia Islam.

Ilmuwan berbahasa Arab menamakan pendekatan ilmu sebegini


sebagai pendekatan i’jazi (sempena penonjolan mukjizat al-Quran);
yang banyak diperihalkan di dalam buku Guessoum (2009/2011).
Mereka percaya sains moden ini (walaupun bukan karyanya/ciptaan
sarjana Muslim) dapat digunakan untuk membuktikan mukjizat al-
Quran! Penulis menambah istilah Ii ‘jazis untuk ditujukan kepada
pengikut/pendokong gaya penulisan ini dan falsafah pendekatan ini
sebagai I ‘jazisme. Guessoum menyatakan kegiatan sebegini bermula
zaman kesedaran Islam pertama abad ke-19 oleh Sir Syed Ahmad
Khan, Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Ismail al-Faruqi
(1982/1992) menyatakan sebab utamanya hal keadaan ini berlaku
ialah kerana kesilapan memahami ilmu sebagai yang neutral, tiada
pengaruh cara hidup, pandangan hidup dan sebagainya. Guessome
juga memetik pandangan sarjana Muslim yang mengatakan kegiatan
ini dimulai oleh Fakhruddin al-Razi (abad ke-15M) lagi, yang kami
anggap satu kesilapan, kerana al-Razi tidak menggunakan al-Quran
untuk mengiyakan teori sarjana sebelumnya tetapi menggunakan
al-Quran untuk berijtihad sehingga melahirkan ilmu yang beliau
menjadi pemula/ pemprakarsal perintisnya. Guessoum juga memetik
pandangan seorang Islamologis (ahli pengajian Islam, tidak semestinya
Muslim) bemama Wielandt, bahawa pendekatan ini dilakukan dimulai
40 Seminar Al-Quran
2012
oleh Muhammad al-lskandarani sekitar 1880 dalam bidang perubatan,
diikuti oleh Tantawi Jawhari 1923 yang menghasilkan ensiklopedia
subjek sains di dalam al-Quran yang dipadankan dengan sains semasa.
Namun Guessoum telah melampau analisisnya hingga ke zaman
Tamadun Islam yang dianggapnya beraliran ini dengan nama yang
disebutnya al-Jahiz (781-869 M), lbn Hazm (994-1064 M), al-Ghazali
(1058-1111 M) (selain dari al-Razi yang disebut di atas) semata-mata
kerana mereka ini menggunakan al-Quran bagi menyokong ilmunya,
sedang ilmu itu asli ciptaan mereka ini mendahului sarjana lain pada
zamannya menerusi perolehan ilham atau idea daripada ayat-ayat al-
Quran, iaitu suatu kegiatan sains Islam yang sesungguhnya, bukan
Bucailleisme atau I‘jazisme.

Walau apapun Muslim kini amat gemar dengan pendekatan penilaian


ilmu secara berpegang kepada Bucailleisme atau I‘jazisme itu.
Puncanya bukan sahaja seperti pendapat yang benar oleh al-Faruqi
yang disebut di atas itu tetapi kerana kejahilan dan ketiadaan budaya
ilmu yang mantap dan kukuh di kalangan umat Islam seluruh dunia.
Penulis malah menamakan penulis dan pembaca yang gemar dengan
genre penulisan ini sebagai bertujuan “menumpang sekaki” atau
“menumpang semangkuk” atas “kejayaan” orang lain.

Mereka rasa dengan berbuat demikian mereka tidak ketinggalan dan rasa
bersama “orang-orang yang maju”, malah mereka rasa kebesarannya
kerana ada orang kafir pun yang membuktikan kebesaran agamanya
tanpa perlu penyertaannya sendiri. Di Malaysia, penulis yang paling
“Berjaya” menghasilkan buku dalam kegiatan sebegini ialah Danial
Zainal Abidin, dengan karyanya “Quran Saintifik”, terbitan PTS,
kerana buku beliau itu amatlah laris sehingga kini sudah cetakan ke-8,
lalu penulis pun terpanggil untuk memberi ulasan kritis terhadap buku
ini (Shaharir 2010a). Namun nasibnya belum sebaik Malim Ghozali
(2006) yang juga menghasilkan karya genre yang sama dengan Danial
itu yang baharu diterbitkan cetakan ke-2 tetapi karyanya itu diiktiraf
begitu tinggi oleh ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia) untuk
Seminar Al-Quran 41
2012
diterjemahkannya kepada bahasa Inggeris terbitan tahun 2010 dengan
judul “Understanding Perfection: Profound Truth”, kerana dianggapnya
“karya besar Malaysia” yang perlu diantarabangsakan menerusi bahasa
Inggeris pula. Sungguh malang kepada ahli sains di Malaysia yang
bertaraf Ahli Sains Negara, pemenang Anugerah Merdeka, ratusan
ahli sains liat yang bergelar Felo Akademi Sains Malaysia dan 1,700
orang ilmuwan bertaraf profesor kerana tidak seorang pun mendapat
pengiktirafan sebegini daripada ITNM dengan menterjemah karya
besar mereka dalam bahasa lnggeris (kalau pun tiada dalam bahasa
Melayu!) ke dalam bahasa-bahasa Negara Maju lain!. Rupa-rupanya
ITNM memang terpesona dengan genre Bucailleisme/I‘jazisme
kerana sebelum ini ITNM sudah pun menterjemah karya Al-Abdali
pada tahun 2008, berjudul “Sains dari Perspektif Kitab Samawi”,
(terjemahan karya asalnya dalam bahasa Arab, Nazrah ‘llmiyah li
al-Kutub al-Samamiyyah). Penglibatan Institut Terjemahan Negara
dalam pempromosian karya genre ini lebih-lebih mendukacitakan lagi.

Buku Bucailleis/I‘jazis yang lebih sensasi lagi ialah karya sarjana


Indonesia Ary Ginanjar Augustian (2001/2008) yang sudah cetakan
ke-43 (yang dikritik oleh Shaharir 2011a). Buku-buku Indonesia yang
lain dalam genre ini ialah karya Wardhana 2007, “Melacak Teori
Einstein dalam al-Quran” yang dikritik oleh Shaharir (2007a); dan
yang terbaharu oleh Agus Purwanto 2008, “Ayat-ayat Semesta: Sisi-
sisi al-Quran yang terlupakan yang dijangka menjadi laris jualan di
Indonesia kerana beliau seorang ahli fizik nuklear lulusan D.Fal. dari
Universiti di Jepun dan yang dihormati di Indonesia, seorang penggiat
Muhammadiah dan mahir berbahasa Arab pula sehingga separuh
daripada bukunya itu ialah‘ kompilasi ayat-ayat al-Quran pilihannya
dan terjemahannya sendiri yang dikatakannya mengandungi ilmu
sains. Penulis memberi kritikan terhadap buku Purwanto ini (Shaharir
201 lb). Ada sebuah lagi “penerbitan besar” berbahasa Melayu dalam
genre ini yang ingin disebut di sini yang tentunya mengecewakan
pejuang “sains Islam” sebenar (yang dibicarakan di bawah), iaitu
Yusuf al-Haj Ahmad 2009, Ensiklopedia Kemukjizatan Sains dalam
42 Seminar Al-Quran
2012
al-Quran & Sunnah, terbitan Al-Hidayah, Kuala Lumpur. (Terjemahan
karya asalnya dalam bahasa Arab, al-I‘jaz al-’Ilmy). Buku ini semacam
mengulangi karya Tantawi Jawhari 1923 yang disebut sebelum ini.

Penulis popular sensasi luar negara yang tergolong dalam Bucailleis/


I‘jazis ialah Harun Yahya yang hampir semua karya Bucailleisnya
(kecuali tentang Teori Evolusi) diterjemah ke dalam bahasa Melayu
oleh Saba Islamic Media, di Kuala Lumpur, suatu kerja institusi
ini (dan yang lain juga yang mempromosikan karya Bucailleis/
I‘jazis penumpang sekaki) yang dikira tidak langsung membantu
mempromosikan kesarjanaan Muslim sebenar dalam penciptaan
ilmu di abad ini, bahkan melemahkan psikologi daya cipta umat
Muslim di Malaysia. Yang pada penulis ini, lebih memalukan lagi
umat Islam sedunia rasanya ialah tentang adanya promosi hebat dan
hadiah besar dalam karya Bucailleis/I‘jazis/penumpang sekaki tajaan
World Muslim League, di bawah sayapnya, Commision for Scientific
Miracles of the Quran and Sunnah. Sudah banyak buah buku genre ini
yang diterbitkannya; dan seorang penulis besar genre ini, al-Naggar,
sudah dianugerahi hadiah besar itu (yang pertama) dari institusi ini
dalam tahun 2009.

Secara amnya, Muslim Bucailleis/I‘jazis/penumpang sekaki sentiasa


menegakkan kebenarannya menerusi sains yang salah (yang
dianggapnya benar atau tidak diketahui salahnya) atau semata-
mata ketinggalan zaman, atau menegakkan kebenaran sains tanpa
pemeriksaan teliti akan anggapan lasumpsi asasi atau aksiom ilmu
yang disanjung itu bahkan tidak juga implikasi ilmu itu, dan jauh
sekali selok-belok kaedah matematik yang terlibat di dalamnya kerana
mereka ini sebenarnya tidak pernah membuat penyelidikan di dalam
perkara yang mereka sanjung itu.

Tegasnya, penilaian ilmu berasaskan Bucailleisme atau I’jazisme


itu sebagai “kaedah pengislaman ilmu” adalah tidak mempedulikan
pandangan falsafah sains Barat sekalipun, iaitu falsafah Kulm-
Seminar Al-Quran 43
2012
Popper-Lakatos-Feyerabend ciptaan mereka ini dalam tahun 1960-
1970-an yang amat berpengaruh dan falsafah sains Islam oleh Nasr-
Faruqi-Attas juga ciptaan sekitar 1960-an dan 1970-an yang tidak
kurang pengaruhnya terutamanya di kalangan sekelompok ilmuwan
Muslim, yang semuanya mengiktiraf tidak neutralnya ilmu dan sarat
nilainya ilmu. Oleh itu, ilmuwan/penulis Muslim amnya belumlah
lagi sedar/tahu akan perlunya ‘penilaian kritis’ terhadap setiap unsur
ilmu masing-masing tentang adanya pengaruh budaya, kepercayaan,
agama, atau isme di dalamnya. Jika mereka insaf keadaan ini nescaya
suatu kegiatan penyelidikan yang tidak berkesudahan tetapi cukup
menarik, dan membuahkan hasil yang bagus-bagus, akan berlaku. Ini
penyelidikan pra-pengislaman yang akan dibicarakan lagi di bawah
ini.

Pengkritikan ilmu menjadi suatu yang perlu bagi kemajuan ilmu, iaitu
penciptaan ilmu baharu. Kegiatan ini berlaku dengan dua ragam :

K1. Mendapatkan unsur-unsur kelemahan atau pandangan kontra


menerusi hujah-hujah kecendekiawanan, data baharu yang
bertentangan, atau contoh lawan kepada teori yang sedia ada. Ini
dikelaskan sebagai kritikan dalaman terhadap ilmu. Penilai ilmu itu
masih berada dalam alam pemikiran, pandangan alam, atau pelukan
falsafah, isme yang sama, ringkasnya acuan yang sama, dengan ilmuwan
yang menghasilkan ilmu yang dinilai itu. Penilaian ilmu dilakukan
semata-mata berasaskan pada ketekalan teori itu (iaitu mantik yang
lazim), kepuasan hati, kuasa penerangan dan kuasa peramalan teori
itu. Ini perlu dalam bahagian pengenalan/mukadimah bagi sesebuah
makalah ilmiah atau tesis sebelum menawarkan penambahbaikan teori
itu dalam acuan yang sama.

K2. Mencari hujah, data dan sebagainya berasaskan acuan


yang baharu iaitu beralih —isme atau agama seperti berasaskan
falsafah dan ajaran Islam, al-Quran dan hadith, sumbangan
sarjana Islam Zaman Tamadun Islam, dan ilmu warisan tamadun
44 Seminar Al-Quran
2012
sendiri (yang melibatkan agama dan bahasa sendiri). Hasilnya
ialah pengkritikan ilmu yang amat berbeza daripada kaedah
K1 di atas dan kegitan baharu ini dinamai pengislaman Ilmu
dan pemeribumian ilmu yang membuahkan ilmu yang layak
digelar sains Islam atau sains peribumi atau etnosains yang
boleh menjadi saingan kepada sains moden kini atau sains Barat
kini. Kaedah kedua inilah yang dibicarakan selanjutnya di dalam
makalah ini.

2.0 Pengislaman Ilmu Sebenarnya: Al-Quran sebagai


bahan pengkritikan ilmu kontemporari dan pemula
ilmu penggantinya.

Pengislaman ilmu, Islamisasi ilmu atau Islamization of


Knowledge sehingga kini, tahun 2012, sudah berumur sekitar 30
tahun jika dikira terbitnya risalah pertama dengan judul ini oleh
Ismail al-Faruqi (1982, “Islamization of Knowledge”) penaja
institusi pengislaman yang terkenal, IIIT (International Institute
of Islamic Thought). Sehingga kini, walaupun sudah banyak
institusi lain yang ditubuhkan dengan tujuan yang sama, IIIT-lah
yang menghasilkan banyak risalah atau buku berkenaan dengan
jurusan ini. Namun tiadalah sebuah pun karya terbitan institusi
ini yang dapat dikelaskan sebagai hasil penglslaman sains tabii
(sains fizik, sains kimia atau sains matematik) sehingga umat
Islam khususnya berpersepsi “pengislaman ilmu”, jikalau pun
ada, hanya di bidang sastera, kemanusiaan dan sains sosial
sahaja.

Sebenarnya, pengislaman sains matematik sudah


menompang berlakunya menerusi pengislaman ekonomi
dan pengurusan kerana bidang ini amat dekat dengan sains
matematik, bahkan aspek teorinya seperti ekonomi teori
memang diakui sebuah bidang sains matematik, apatah lagi
Seminar Al-Quran 45
2012
bidang pengoptimuman yang sering menjadi takrif ilmu ekonomi
pula (Intriligator1971/2002, “Mathematical Optimization and
Economic Theory”) memang sudah ada karya pengislamannya yang
dimuatkan di dalam jurnal IIIT American Journal of Islamic Social
Sciences, yang terbitan sulungnya pada tahun 1988 itu. Bahkan hasil
pengislaman yang paling diketahui umum dan berdampak besar
ialah “perbankan Islam” yang sudah diterima seluruh dunia. Namun
aspek matematiknya di jurusan “perbankan Islam” ini masih tidak
mengalami pengislamannya sehingga Islamnya perbankan Islam itu
boleh dianggap hanya aspek adab sahaja. Khususnya, buku matematik
bunga atau untuk berlembut “matematik faedah” (mathematics of
interest), matematik pinjaman (mathematics of loans), matematik
aktuari (actuarial mathematics) dan matematik insurans/asuransi
(mathematics of insurance)belum ada gantinya dengan ilmu Islam
menerusi pengislaman ilmu sesungguhnya sehingga melahirkan
matematik abunga (mathematics of non interest), matematik
mudharabah, musyarakah dan sebagainya itu, matematik takaful dan
lain-lain lagi. Hanya baru-baru ini sahaja matematik mudharabah dan
musyarakah agak berjaya diformulasikan oleh Maheran (2006), dan
itu pun masih dalam bentuk tesis, walaupun beberapa buah penerbitan
makalah daripadanya dan perkembangan daripadanya sudah dan
sedang dilakukannya hingga kini pun. Matematik takaful dan jualan
tangguh, bay’ bithamin al-‘ajil, juga setahu penulis ini baharu sedang
diformulasikan untuk tesis D.Fal di Malaysia (UKM dan UMT).
Kritikan terhadap takaful sudah dimulai oleh Puspa Liza & Ismail
(2011) tetapi tawaran penambahbaikannya masih tidak menghayati
unsur perniagaan bersama di dalam takaful itu.

Walaupun pengislaman sains (bukan sains sosial) tidak pernah


dilakukan oleh mana-mana institusi pengislaman ilmu kecuali sebuah
institusi di Malaysia bernama ASASI(Akademi Sains Islam Malaysia)
yang ditubuhkan pada tahun 1978, yang tentunya menjadi institusi
pertama di dunia yang memperjuangkan pengislaman ilmu (sains
tabii), namun bidang sains tabii-lah yang paling kerap ditonjolkan
46 Seminar Al-Quran
2012
ciri-ciri ketidakislaman falsafahnya (tabiisme, mekanisisme, deisisme,
sekularisme dan sebagainya). Jurnalnya Kesturi dimulai pada 1991
dengan penerbitan makalah-makalah bersifat kefalsafahan dan kaedah
sains sehinggalah mulai akhir dasawarsa tahun 1990-an barulah ada
matan sains tabii mengikut perspektif Islam mula termuat di dalam
jurnal ini. Jurnal Islamic Science keluaran MAAS (Muslim Association
for the Advancemnent of Science) berpusat di Aligarh, India yang
memperjuangkan “pengislaman Ilmu sains” sama seperti Kesturi
ASASI walaupun keluaran sulungnya bermula 1985 tetapi sehingga
kini pun makalah yang tersiar di dalamnya masih bersifat kefalsafahan
dan kritikan umum terhadap sains Barat sahaja. IIIT sendiri baru
mengiktiraf perlunya pengislaman dalam sains tabii dalam tahun 1988
tetapi tiada hasil yang pernah diterbitkan oleh institusi itu hingga kini.
Namun “pengislaman sains” ini selalulah ditonjolkan menerusi kaedah
yang menjadi pertentangan dengan konsep sebenar “pengislaman”
yang ditaja oleh para pemulanya yang tersebut di atas. Bidang yang
selalu menjadi sasaran atau mendapat perhatian di dalam “pengislaman
sains” jenis ini ialah bidang teori atom atau mekanik quantum, teori
Einstein dan kosmogoni-kosmologi. Walau bagaimanapun di dalam
makalah ini kami hanya ingin menyorot maksud “pengislaman ilmu”
dengan contoh konkritnya dalam bidang ekonomi-pengurusan-
perniagaan-kewangan-perbankan,dan kosmologi. Sebelum itu konsep
pengislaman yang sebenar itulah yang hendak diperkatakan dahulu.

Bagi Muslim, saratnya ilmu dengan nilai sepatutnya sudah lebih


lama lagi disedari kerana ajaran Islam sendiri menegaskan Ilmu
ada hubungan dengan Iman, walaupun sarjana Barat Rosenthal
(1970/1992) nampaknya yang paling berpengaruh di abad ini yang
berjaya menegakkan tesis “ilmu=iman” dalam Islam. Ini bermakna
pengetahuan yang tidak ada hubungan dengan iman tidaklah diiktiraf
sebagai ilmu mengikut fahaman ajaran Islam ini. Di kalangan sarjana
Muslim kini, tiga orang sarjana, iaitu Nasr, al-Aflas dan al-Faruqi
merupakan mereka yang paling berpengaruh membicarakan saratnya
nilai di dalam sains kini, iaitu saratnya nilai yang tidak semestinya serasi
Seminar Al-Quran 47
2012
dengan nilai (ajaran) Islam, dan oleh itu perlu kepada pengislamannya.
Mereka inilah pelandas pengislaman yang sesungguhnya. Ringkasnya,
Nasr (1964/1992) membicarakan wujudnya doktrin kosmologi di
dalam ilmu karya sarjana Muslim pada zaman Tamadun Islam (dan
ketiadaannya di dalam sains kontemporari); al-Attas (1978/ 1993)
membicarakan, antara lainnya, saratnya sekularisme di dalam ilmu
kontemporari dan pengislaman ilmu ini ialah pengenyahan sekularisme
itu; manakala al-Faruqi ( l982/ 1984) mengesyorkan pengislaman ilmu
dengan kaedah penilaian kritis ilmu kontemporer vis-d-vis ilmu dalam
Tamadun Islam dan seterusnya diharapkan sintesisnya melahirkan
ilmu baharu yang mewarisi intipati daripada ilmu Islam itu.

Satu perkara yang selalu disebut bahawa ilmu Islam itu berlandaskan al-
Quran. Namun sehingga kini, sejak abad ke-17M hal ini tidak berlaku.
Al-Quran tidak pun digunakan untuk mengkritik ilmu yang terbit
daripada tamadun lain, khususnya Barat; sedangkan itulah syarat perlu
yang memungkinkan terjadinya perkara yang selalu disebut itu. Syarat
perlu untuk mampu membaca al-Quran dengan kritis ialah seseorang
itu mestilah dilengkapi secukupnya dengan ilmu kontemporari (dari
Barat) dan ilmu warisan sendiri (llmu Malayonesia, Pascabima, atau
Nusantara yang wujud sejak abad ke-5M dan memuncak mulai abad
ke-16 dan merudum mulai abad ke-19M). Kegiatan pencungkilan
atau pengekskavasian ilmu Malayonesia yang terfosil itu dan
dikontemporarikan bicaranya adalah sebahagian daripada kegiatan
penggelintaran ilmu yang diistilahkan sebagai pemeribumian yang
seanalog dengan Barat melakukan pemeribumian ilmunya sejak
abad Pembaharuannya (hingga kini) dengan mengkaji warisan ilmu
Yunani dan membaratkan ilmu daripada Tamadun Islam menerusi
pemindahan bahasa dan penyesuaian kebudayaan setempat. Satu
lagi aspek pemeribumian ialah pemindahan ilmu kontemporari ini ke
dalam bahasa sendiri (Melayu) dan pengubahsuaian, penginovasian
atau penciptaan yang baharu sama sekali berasaskan acuan sendiri
(bahasa dan agama sendiri). Pemindahan ilmu menerusi bahasa sendiri
membuka peluang pengkritikan ilmu kerana dua istilah yang berbeza
48 Seminar Al-Quran
2012
(kerana bahasa yang berbeza) terhadap benda yang sama
berpotensi mencetuskan idea yang baharu. Contoh yang lebih
bermakna lagi daripada istilah-istilah diperingkat sekolah
yang dibicarakan di atas itu akan dapat dilihat dalam kuliah
yang selanjutnya. Perincian perihal pemeribumian ilmu dan
etnosains ada dalam Shaharir (20l0b).

Mungkin contoh pertama dan utama dalam pembinaan sains


matematik bersumberkan al-Quran ialah ilmu matematik sekolah,
iaitu yang sekarang ini dinamai “aritmetik bahagi” dan ilmu
falak. Isu bahagi di atas itu masih boleh ditambah wacananya
sedikit lagi.“Bahagi Islam” yang terawal ialah hukum faraid
yang tiada dalam bangsa /agama/budaya/-isme lain. Namun
“bahagi” ini pun malangnya diabaikan oleh ilmuwan Islam
seluruh dunia. “Bahagi” sebagai proses mencipta keadilan
(dan keadilan Islam berbeza daripada keadilan bukan Islam)
itulah yang perlu diartikulasikan di dalam pendidikan ilmu
“bahagi” ini.

Berikut ini tiga unsur ilmu kontemporari yang pengkritikannya


sepatutnya sudah lama dikemukakan menerusi al-Quran, iaitu
pembinaan ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan berasaskan
sifat azali manusia, ilmu ekonomi-perniagaan dan pengurusan
yang menghindari, daripada riba, dan kosmologi-kosmogoni-
kosmogenesis yang lebih cocok dengan ajaran Islam.

3.0 Al-Quran sebagai Sumber Pengkritikan Ilmu


Kemanusiaan dan Kemasyarakatan.
Semua ilmu yang kini dikelaskan sebagai ilmu kemanusiaan
dan kemanusiaan atau sains sosial melibatkan andaian
asasi (dalam sains matematik diistilahkan sebagai aksiom)
terhadap sifat asasi dan azali manusia. Ilmu kontemporari
dalam bidang ini (jika dikaji dengan halusinya) membabitkan
aksiom manusia Barat Kristian dan X-isme ciptaan sarjana dan
Seminar Al-Quran 49
2012
ahli falsafah mereka seperti Modenisme, Pascamodenisme,
Sekularisme, Pragmatisme, Wujudisme, Deisisme, Tabiisme,
bahkan Ateisme. Aksiom ini hampir pasti akan bertemakan
(bahasa Kelantan dan Terengganu) atau bertembung dengan
aksiom manusia kita sendiri, aksiom manusia mengikut ajaran
al-Quran jika seseorang membaca al-Quran dengan kritis.
Aksiom manusia yang termaktub di dalam al-Quran pastinya
mampu menjadi sumber pengkritikan ilmu kontemporari di
bidang yang dibicara ini, dan mampu menerbitkan ilmu baharu
yang lebih baik daripada ilmu kontemporari. Ini dibincangkan
dengan beberapa contoh spesifiknya di bawah ini.

3.1. Pengkritikan Keperluan Manusia Tajaan Barat


Bersumberkan Al-Quran
Dalam ekonomi dan pengurusan satu daripada perkara asas
yang perlu ditetapkan untuk membina sesebuah teori bagi
sesuatu perkara itu ialah aksiom keperluan manusia. Silapnya
aksiom ini maka silaplah atau melesetlah ilmu berkenaan
dengannya. Aksiom keperluan manusia yang berpengaruh
sehingga kini ialah yang diutarakan oleh Maslow dalam tahun
1940-an dahulu.

Teori keperluan manusia oleh Maslow (1943, 1954) amatlah


berpengaruh bukan sahaja dalam psikologi tetapi dalam
ekonomi dan ilmu-ilmu kemanusiaan yang lain. Maslow
berpendapat keperluan manusia ada 5 tahap, iaitu yang
terendahnya keperluan fisiologi, diikuti oleh keperluan
keselamatan, keperluan cinta dan kasih sayang, keperluan
estim/penghormatan, dan tertingginya keperluan penswa-
sebenaran/swa-aktualisasi. Teori ini seolah-olah mencapai
tahap maksum. Bagaimana dengan pandangan di Malayonesia
dan Islam? Persoalan sebegini perlu untuk tercetusnya
pengkritikan ilmu.
50 Seminar Al-Quran
2012
Di dalam al-Quran ada ayat yang menyebut tiga tingkat
manusia yang kerana latar belakang teori Maslow ini, ditafsirkan
sebagai tiga tahap keperluan manusia, iaitu nafs ammarah, lawwamah,
dan mutma’innah yang diajar oleh al-Quran, daripada Surah Yusuf
ayat 53 yang bermaksud :

“Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan) kerana


sesungguhnya nafsu itu selalu ammarah (mendorong kepada
kejahatan)”.

Surah al-Qiyamah ayat 2 yang berikut :

“Dan aku bersumpah dengan “Nafsu al-Lawwamah” (jiwa yang amat


menyesali (dirinya sendiri).”

Surah al-Fajr ayat 27 yang berikut :

“Wahai “Nafsu al-mutma’innah”(jiwa yang tenang)”.

Ini pun sudah boleh dijadikan sumber pengkritikan teori Maslow itu.
Namun kita ada lebih daripada itu lagi kerana hasil kajian sarjana
Muslim dahulu terhadap ayat ini telah menerbitkan pengkelasan
hierarki keperluan manusia yang lebih perinci lagi. Umpamanya, di
dalam manuskrip MS 1659 yang dianggarkan ditulis sebelum abad ke-
20M dinyatakan adanya satu lagi hierarki nafs, iaitu yang dinamainya
nafs sawiyyat. Setiap jenis hierarki nafs ini (ada 4 tahap itu) memang
ada dijelaskan fi‘il-nya di dalam manuskrip itu. Dalam manuskrip
MSI47 di PNM, Jami‘ al-Jami‘ al-Muntaqaraby‘aht, yang salinannya
bertarikh awal abad ke-20 (menunjukkan ilmu ini sudah diketahui
dalam abad ke-19 atau sebelumnya lagi) ada perihal 6 tingkat nafs,
dan tingkat-tingkat itu ialah nafs amaarah, nafs lawwaamah, nafs
mul-hdamah, nafs al-mutma’innah, nafs raadhiyah, dan nafs mardhiyah.
Mengikut Khasiruddin (t.t), ada satu lagi tingkat nafs yang tertinggi
yang dinamai nafs kamaliyyat. Sémua maklumat ini amat berguna
Seminar Al-Quran 51
2012
bagi mengkritik dan memperbaiki atau mengganti teori
Maslow itu. Hasilnya nanti itulah, sebahagian daripada UHSUI
ekonomi Islam.

3.2. Pengkritikan Sifat-Sifat Azali Manusia Tajaan Barat.


Dalam ilmu kemasyarakatan kontemporari, banyaklah pemuka
ilmu Barat mengaksiomkan manusia yang dianggap benar
berlaku lalu dijadikannya asas pembinaan ilmunya. Contohnya
manusia diaksiomkan sebagai spesies homoeconomicus, iaitu
tidak puas-puas dengan miliknya yang sedia ada sehingga
setiap orang secara azalinya lagi akan bérusaha untuk beroleh
sebanyak-banyaknya. Dalam pembinaan teori lain lagi
manusia diaksiomkan sebagai orang gila kuasa, gila harta, gila
kebebasan, dan rasional sepenuhnya. Seseorang yang insaf
akan kebudayaannya sendiri (agama dan bahasanya) pastinya
akan merujuk aksiom manusia menerusi ajaran cara hidupnya
(agamanya) sekurang-kurangnya bagi membandingkannya
dengan aksiom manusia mengikut ilmu dari kebudayaan lain
ini (Kebudayaan Barat). Penulis mentelaah terjemahan al-
Quran sedasawarsa yang lepas khusus untuk mencari aksiom
azali manusia dan beliau mendapati adanya 23 aksiom azali
manusia yang cukup berbeza walaupun ada yang bertindan
dengan aksiom dan’ sarjana Barat itu (Lihat Shaharir
2008/2010). Pastinya aksiom daripada al-Quran ini mampu
menjadi sumber pengkritikan aksiom manusia oleh sarjana
Barat itu. Aksiom manusia Barat yang serupa dengan aksiom
manusia di dalam al-Quran itu pun, layanan sarjana Islam
terhadap aksiom itu sepatutnya amat berbeza dengan layanan
sarjana Barat kerana tujuan aksiom di dalam al-Quran
ialah untuk kesedaran dan keinsafan manusia bagi tujuan
menghindarinya menerusi ilmu yang perlu dibangunkan
oleh sarjana bukannya seperti yang dilakukan oleh sarjana
Barat yang membangunkan ilmu untuk menegakkan dan
mengukuhkan malah menyuburkan lagi aksiom msanusia azali
52 Seminar Al-Quran
2012
yang negatif itu. Perbezaan pendekatan pembangunan ilmu
berasaskan pada aksiom manusia yang serupa ini sekalipun
pastinya akan melahirkan ilmu kemasyarakatan yang berbeza
: ilmu Islam lawan Barat.

3.2.1. Pengkritikan Ilmu Barat Berkenaan Dengan IQ, EQ Dan


SQ.
Contohnya pembinaan ilmu yang menyukat tahap keinsanan
yang dibina oleh Barat yang dikenali sebagai IQ, EQ, SQ itu
memang berasaskan pada aksiom manusia oleh sarjana Barat
dan makna I=intelligence atau kepintaran, E = e m o t i o n a l
atau emosi dan S=spiritual atau rohani oleh sarjana Barat.
Umpamanya kepintaran Barat ialah kerasionalan, keanalitikan,
dan kemantikan semata-mata kerana mereka mentakrif
manusia sebagai spesies haiwan yang rasional sepenuhnya,
sedangkan al-Quran mentakrif manusia sebagai sesempurna
kejadian (haiwan natiq yang benar jugalah ada unsur rasional,
analitik dan mantik itu) tetapi pada masa tertentu (perlu
dihindari) manusia , iaitu insan, juga dinyatakan bersifat
pelupa dan bertaraf lebih rendah daripada haiwan melata itu.
Ayat al-Quran yang berkenaan dengan perkara ini ialah yang
berikut :
“Dia mencipta manusia, mengajar pandai berbicara.”
Hubungan “bayaan” dalam ayat ini dengan natiq akal
dibicarakan di dalam al-Attas 1980)
Surah Taha ayat 115 yang berikut :

“Dan sesungguhnya telah Kami pesankan kepada Adam


dahulu (supaya jangan menghampiri pohon yang dilarang),
tetapi dia lupa (nasiya), dan Kami tidak dapati kemahuan
yang kuat padanya.”

Surah al-Tin ayat 4-6 yang berikut :


Seminar Al-Quran 53
2012
“Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dalam
bentuk yang sebaik—baiknya # Kemudian Kami kembalikan dia
ke tempat yang serendah-rendahnya # Kecuali orang-orang yang
beriman dan mengerjakan kebajikan; maka mereka akan mendapat
pahala yang tidak putus-putusnya.”

Oleh itu tidak tepatlah dan tidaklah patut umat islam menerima
ilmu daripada IQ Barat itu.Takrif emosi Barat juga berbeza daripada
emosi Islam (mengikut al-Quran) tetapi yang lebih menarik lagi
untuk dipaparkan di sini ialah berbezanya takrif rohani Barat dengan
rohani Islam (mengikut al-Quran). Mengikut Barat, rohani ialah
sesuatu fenomena yang bertentangan dengan teori Einstein (seperti
memerlukan penjelasannya dengan mengandaikan fenomenon itu
melibat andaian kelajuan benda yang lebih pantas daripada cahaya)
atau fenomenon yang tiada ilmu untuk mencapainya menerusi al-
kawarizmi/algoritma. Mengikut Islam pastinya bukan demikian. Oleh
itu ilmu tentang EQ dan SQ Barat itu tidak menepati dengan kehendak
Islam. Tidak hairanlah Ary (2001/2008) mengutarakan ilmu ESQ yang
berlainan yang dikatakannya berasaskan rukun Islam, rukun iman
dan ihsan. Walaupun usaha beliau itu agak menyasar juga daripada
yang sepatutnya (malah dihukumkan oleh Mufti Wilayah sebagai ilmu
yang menyesatkan) tetapi usahanya itu patut dipuji sebagaimana yang
diperkatakan oleh Shaharir (2011a). Umat Islam masih memerlukan
teori NP (nisbah pintar), NE (nisbah emosi), NR (nisbah rohani) yang
benar-benar berasaskan sifat azali manusia dan takrif pintar, emosi,
rohani dan kejayaan yang menepati dengan konsep-konsep tersebut di
dalam al-Quran.
54 Seminar Al-Quran
2012
3.2.2. Kritikan Membina Terhadap Konsep Pengurusan
Terbaik Barat Bersumberkan Al-Quran.
Pengurusan apa pun mahu dilakukan dengan sebaik-baiknya
atau paling baik atau terbaik. Model untuk konsep ‘terbaik’
Barat ialah optimum (dalam matematik itu) yang memang
canggih sehingga dapat menutup segala kelemahan konsep
itu dan rata-rata Muslim akur sepenuhnya hingga kini.
Terbaik bagi pengakur Barat-Inggeris hanya terjemahan ‘the
best’ yang dimodelkan Barat sebagai optimum atau optimal
(daripada Latin ‘optimus’ bermakna terbaik itu). Pengkritik
ilmu (Pengislaman dan pemeribumian) bertanya dirinya
sendiri: Dalam kebudayaan (agama dan bahasa) kita betulkan
begitu? ‘Saya’ pun tak sama dengan ‘I’. Takkanlah ‘the best’
setara dengan ‘terbaik’! Skeptis sebegini penting bagi menilai
ilmu kini (dari Barat).

Contoh yang hendak dipaparkan dengan lebih lanjut lagi


ialah ilmu pengoptimuman. Matematik pengoptimuman
ialah matematik memodelkan makna ‘sebaik-baiknya’ atau
‘paling baik’, ‘terbaik’ dan sebagainya. Namun kita dikelabui
mata dan hati kita dengan istilah ‘optimum’ yang walaupun
asalnya ‘optimus’ Latin itu bermakna ‘paling baik’ tetapi ahli
matematik Barat telah lama, berkurun-kurun, menegaskan
maknanya yang tidak disedari oleh pengakurnya bertentangan
dengan kebudayaan dan agama sendiri, iaitu mengikuti ilmu
Barat bahawa ‘optimum’ ialah ‘yang tertinggi’ atau ‘terbesar’
nilainya, atau ‘terendah’ atau ‘terkecil’ nilainya. Apa pun yang
pentingnya, begitu lama tiadanya ahli sains yang sedar dan
insaf akan nilai agama atau kebudayaan sendiri yang berbeza
tentang konsep ‘terbaik’ itu. Bagi umat Islam umpamanya,
begitu banyak ajaran tentang makna ‘terbaik’ yang berbeza
dengan maksud ‘optimum’ itu tetapi sehingga kini Muslim
juga terus-menerus mengajar, mendidik dan mengggunakan
konsep ‘optimum’ yang tidak serasi dengan kebudayaan
Seminar Al-Quran 55
2012
sendiri (agama dan bahasa sendiri) ajaran Islam itu. Maka jadilah
‘Islam suku, ilmu suku’, ringkasnya ilmu sekular. Islam memaklumkan
umatnya (menerusi al-Quran) bahawa umat Islam adalah ‘umat yang
terbaik’ yang istilahnya ‘wasat’ dan (kata akarnya ‘wustho’) di dalam
ungkapan ‘ummatan wasatan’ dan di dalam Surah al-Baqarah ayat
143 yang bermaksud : ‘Demikianlah juga Kami jadikan kamu umat
pertengahan’. Dan istilah ‘wasatan’ ini memang tiada siapa pun yang
menterjemahnya sebagai ‘optimum’.

Itu penegasan di dalam al-Quran. Peneguhannya ada di dalam sebuah


hadis yang menyatakan setiap ‘pekerjaan yang terbaik’ itu ialah
‘pekerjaan wustho’. Pada masa yang sama ajaran Islam juga banyak
yang mengutuk kemelampauan atau ekstrimisme (mu’tadin,pelanggar
batas, di dalam surah al-Baqarah ayat 190; ayat al-Quran musrifin
(pencita berlebihan) di dalam surah al-A’raf ayat 31.

Kedua-duanya tidak dikasihi Allah; dan mubazziriin dianggap Allah


sebagai sahabat syaitan di dalam 17: 27; serta tamak (menghimpun
kekayaan dan menghitung-hitungnya) di dalam surah al-Humazah
ayat 1-4, yang dinistai Allah dengan gelaran pengumpat dan penyebar
skandal yang dijanjikan Neraka Huthomah; sedangkan model optimum
(terutamanya maksimum atau minimum) memang nilai ekstrim dan
memuliakan tamak. Menerusi aksiom manusia ‘homoeconomicus’ di
dalam teori ekonomi dan pengurusan Barat itu. Semua ini mengimbau
jiwa penulis ini dalam tahun 1990-an dahulu untuk memperbaiki
matematik keterbaikan (yang dimodelkan dengan keoptimuman)
dengan menggantikan optimum itu dengan ‘wustho’ dan sekaligus
pengoptimuman digantikan dengan pewusthoan, mengoptimumkan
dengan mewusthokan, keoptimuman dengan kewusthoan dan
sebagainya. Ini benar-benar ‘pengislaman pengoptimuman’.

Apakah nilai berangka bagi ‘wustho?’ Mula kami menumpukan takrif


‘wustho’ kepada masalah pengoptimuman yang lebih berkenyataan,
iaitu ‘pengoptimuman berpelbagai matlamat dan berkekangan’, iaitu
56 Seminar Al-Quran
2012
kami menukar takrif optimum yang terkenal seperti ‘optimum gol’
kepada ‘wustho gol’ (mungkin perlu dipendekkan kepada wustol) dan
‘optimum Pareto’ kepada ‘wustumah’ (daripada wustho ummah) yang
takrifnya boleh dilihat di dalam makalah Shaharir (2003a,2006a,b).

Bagaimana dengan pewusthoan fungsi/matlamat tunggal? Kami belum


merakamkan secara bertulis tentang situasi tidak berkenyataan ini,
walaupun mungkin diminati di dalam kalkulus peringkat sekolah
atau tahun-tahun permulaan di universiti. Buat pertama kalinya kami
merakamkan maknanya dalam kes ini pada tahun 2011 di Seminar
Epistomologi Islam di Universitas Syiah Kuala, Aceh. Untuk fungsi
tunggal, iaitu mewusthokan fungsi matlamat tunggal tanpa kekangan,
titik ‘wustho’ ialah titik yang memberikan nilai fungsi matlamat itu
nilai purata bagi nilai-nilai optimumnya. Dalam kasus (keadaan) ada
kekangan, nilai ‘wustho’ fungsi matlamatnya/objektifnya ialah purata/
rerata nilai optimum (tertinggi, terendah atau lengkok balas) dan nilai
hujungnya (rendah atau tinggi).

Oleh itu ada sekurang-kurangnya ada dua jenis ‘wustho’, iaitu ‘wustho’
tinggi dan ‘wustho’ rendah. ‘wustho’ tinggi ialah purata semua nilai
maksimum setempat, nilai lengkok-balas dan (bagi bersempadan)
nilai ujung tinggi; manakala ‘wustho’ rendah ialah purata semua nilai
minimum setempat, nilai lengkok balas, dan (bagi bersempadan) nilai
ujung rendah. Pendeknya, bagi fungsi matlamat yang terbezakan,
nilai ‘wustho’ itu besar kemungkinannya bukannya pada titik yang
terbitan fungsi itu bernilai kosong. (Lihat Shaharir 2011a). Bagi
perancangan multi matlamat dijangkakan hampir pastinya perancangan
‘wustho’(terbalik di sisi Islam) berbeza daripada perancangan
optimum (lihat Shaharir 2006a,b). Namun amatlah banyak kerja yang
masih perlu dilakukan sebelum sebuah buku matematik pewastaan
dapat diterbitkan bagi menandingi matematik pengoptimuman yang
tidak serasi dengan kehendak Islam itu.
Seminar Al-Quran 57
2012
3.3. Kritikan Konsep Pengurusan terlestarikan
Pengurusan terlestarikan Barat ditunjukkan oleh penulis
ini (Shaharir & Alinor 2011, Shaharir 2012) layak dikritik
menerusi al-Quran sehingga menghasilkan takrif pengurusan
terlestarikan yang lebih baik dan menjanjikan kerja-kerja
penyelidikan yang mampu menghasilkan buah yang lebih
ranum lagi. Kritikan terhadap takrif keterlestarian berasaskan
Prasasti Melayu abad ke-7M dan ajaran Islam. Setelah
mengkritik takrif keterlestarian Barat dan mengambil iktibar
warisan ilmu sendiri sejak abad ke-7M lagi maka diperoleh
takrif baru keislaman dalam keterlestarian :

Keterlestarian ialah keadaan tercapainya keperluan jasmani,


sosial, politik, ekonomi, ilmu-pengetahuan, rohani-agama dan
kelangsungan bahasa dankebudayaannya sekarang serta pada
aras ‘wustho’ tanpa pengorbanan sumber berkenaan dan sarwa
makhluk supaya generasi kelak boleh menikmati kebahagiaan
hidup dunia dan akhirat sekurang-kurang sebaik generasi kini.

Daripada takrif ini amatlah banyak kerja penyelidikan


seterusnya yang perlu diteruskan bagi menerbitkan ilmu
keterlestarian yang baharu yang layak dinamai keterlestarian
Islam kerana setiap perkataan atau ungkapan tebal itu
umpamanya amat sarat dengan pandangan Islam.

3.4. Kritikan terhadap Ilmu Pengurusan Pinjaman


Wang.
Kaedah lazim pinjaman wang dengan bayaran balik lebih
daripada jumlah pinjaman memang sudah lama diperkatakan
oleh ulama sebagai amalan riba (usury). Namun amalan ini
tetap diamalkan dengan berleluasanya bukan sahaja di bank
atau institusi kewangan tetapi di kalangan individu di kampung-
kampung, itulah yang disebut ‘makan bunga’ atau ‘ambil anak’.
58 Seminar Al-Quran
2012
Kezaliman daripada amalan ini memang dirakamkan di dalam
banyak novel Melayu Malaysia dan Indonesia sejak tahun
1920-an. Namun ilmu dalam bidang ini tetap tidak berubah.
Dalih terakhir ‘Halal dalam Haram’ kerana darurat. Amalan
dalam perbankan Islam tentang perkara ini pun tidak berubah
ilmunya, masih pakai ‘matematik bunga’/mathematics of
interest. Niat berbeza hasilnya serupa bahkan ramai mengeluh
‘pinjaman Islam lebih teruk’. Timbul ungkapan dalih daripada
pihak Islamis, ‘Ayam sembelih tak sama dengan ayam tak
sembelih’. Sebenarnya, tesis D.Fal Maheran (2006) dan siri
makalahnya bersama penulis ini dalam 2003-2007 sudah agak
meleraikan keadaan ini.

Ringkasnya, rumus pinjaman lazim (dihukum sebagai


bertentangan dengan al-Quran/Islam berupa satu rumus yang
diperoleh menerusi pertimbangan satu pihak sahaja, iaitu pihak
yang menanggung hutang tetapi tiada maklumat tentang nasib
wang bayaran hutang bulanan kepada pemberi pinjam. Dalam
urusan ‘pinjaman wang secara Islam’ yang ditafsirkan sebagai
urus niaga mudharabah atau musyarakah antara peminjam
dengan pemberi pinjam rumus pinjaman dan bayaran balik
diperoleh daripada pertimbangan kedua-dua pihak ini setiap
masa, khususnya nasib kepada wang pinjaman dan bayaran
balik bulanan diketahui oleh kedua-dua pihak bila-bila masa
pun. Perincian matematiknya memang jauh lebih susah daripada
matematik pinjaman lazim itu. (Lihat Maheran dan Shaharir
2003-2007). Ini tidaklah bermakna model mudharabah dan
musyarakah Maheran dan Shaharir ini sudah mengakhiri ilmu
ini. Kritikan atau perluasan terhadap karya mereka ini masih
terbentang luas demi memantapkan lagi matematik ini.
Seminar Al-Quran 59
2012
3.5. Kritikan terhadap Ilmu Pembelian/Penjualan
Secara Ansuran.
Kaedah lazim pembelian atau penjualan secara bayaran
beransur-ansur agak kurang diperkatakan oleh ulama sebagai
amalan riba (usury). Lebih teruk daripada isu pinjaman,
pembelian/penjualan ansuran tetap berjalan hingga kini kerana
secara lebih berleluasanya.

Model matematik bunga bermaharajalela kerana pihak


perbankan Islam pun nampaknya tidak mengamalkan rumus
daripada matematik bunga yang lebih adil dalam menentukan
harga barang yang hendak dijual secara bayaran ansuran itu.
Istilah dalam bahasa Arab yang dipakai oleh pengurus institusi
kewangan Islam ialah bay’ bithamin al-‘ajil,(pembelian dengan
bayaran bertangguh). Mereka mengambil jalan mudah dalam
penentuan harga jualan/belian sekarang dengan harga pada
tahun/bulan yang dijanjikan langsai pembayarannya setelah
dibayar secara bulanan.

Kalau mahu bayar harga barang secara beransur-ansur setiap


bulan selama N bulan, maka harga barang itu dikira harganya
pada bulan ke-N itu mengikut bunga p peratus setahun
mengikut bunga simple (mudah), iaitu:

Jika harga sekarang RM H, maka harga ansurannya ialah harga


barang berkenaan itu pada akhir T tahun nanti (berasaskan
bunga/faedah/inflasi/susut nilai wang p% setahun dan ingin
dilangsaikan selama T tahun itu, iaitu harga barang itu pada
akhir tahun ke-T itu ditentukan oleh penjualnya dengan rumus
bunga simple:

RM(1+p% T)H (1)


pada akhir tahun ke-T.
60 Seminar Al-Quran
2012
Jika bayaran muka ditentukan m% daripada harga sekarang H itu,
maka bayaran ansuran bulanan barang ini ialah :
RM(1 +p%T—m% )H /12T sebulan (2a)
atau yang kurang menindasnya,
RM(1+p%T) (1 —m%) H/ 12T sebulan (2b)

Contohnya untuk barang yang sekarang harganya H=100 ribu, bunga


p=4, tempoh T=7,
peratus muka m=10 , maka rumus (2a) memberikan bayaran bulanan
yang berikut :
Bayaran muka ialah 10% daripada 100 ribu = RM10 ribu
Harga barang pada akhir 7 tahun nanti ialah (1+4% x 7) 100 ribu =
RM128 ribu;

atau yang kurang menindasnya, (1+4% x 7) 90 ribu = RM115, 200.00


Bayaran bulanan ialah :
RM128 ribu/(12x7) = RM152.38 atau (3a)
RM115,200/(12x7) = RM137.05 (3b)

Kalau ada yang lebih zalim lagi nescaya penjual akan menetap harga
barang ini secara bunga majmuk (berganda), iaitu harga bayar secara
ansurannya ialah katalah berdasarkan kadar penambahan harga
barang itu p% setahun (kerana inflasi dan sebagainya), maka bayaran
bulanannya akan menjadi lebih besar daripada harga ansuran cara
dahulu. Sebabnya harga barang pada akhir tahun ke-T lebih besar lagi,
iaitu :

(1+p%)TH (3)
Bayar muka atau cengkeramnya m% daripada harga sekarang, masih
RM mH,

Oleh itu bayaran bulanan ialah :


[(1+p%)T —m] H /12 T] (4a)
Seminar Al-Quran 61
2012
atau secara kurang menindasnya :
[(1+p% )T (1-m)H /12T (41)]

Semua kaedah jual ansuran di atas itu zalim dan riba kerana
gharar(tidak jelas apa yang berlaku dengan bayaran bulanan) dan
memang memenuhi sifat riba’ di dalam al-Quran, Surah Ali-Imran,
ayat 130 : (berganda-ganda) jadinya hutang seseorang walaupun
dibayar setiap bulan (kerana bayaran balik itu tidak diambil kira
langsung) terutama jika menggunakan kaedah bunga majmuk itu; sifir
amnya dengan kadar bunga majmuk 4% hutang seseorang berganda
dalam masa 20 tahun, dan dengan bunga simple menjadi berganda
selama 25 tahun.

Rumus riba yang kurang zalimnya bagi bunga simple ialah dengan
mengambil kira bayaran bulanan B itu untuk bayar harga sekarang
H sehingga harga barang itu pada akhir bulan pertama bertambah
sebanyak p H, apabila kadar naik harganya k% sebulan, k= p/12; akhir
tahun kedua harga barang itu bertambah sebayak k(H-B), ketiga k(H-
2B) dan seterusnya ke-n bunganya k(H-(n-1)B). Jumlah kenaikan
harga barang itu pada akhir bulan ke-N ialah :

kH + k(H-B) + k(H-2B) + ...+ k(H-(N-1)B) = kNH — k(1+2+...+ (N-


l))B
= mu - kB N2/2= kN(H-BN/2), (5)

iaitu bunga harga barang pada bulan ke-N ialah :


kN(H-BN/2), (6)

Harga barang pada akhir bulan ke-N ialah H + kN(H-BN/2) yang


kurang daripada cara dahulu. Jadi bayaran bulannya pun kurang
daripada dahulu, iaitu B yang memenuhi persamaan :
H+kN(H-BN/2) — m H =0, iaitu :
B= 2(1+kN-m)H/kN2 ; (7)
Setelah bayar cengkeram mH.
62 Seminar Al-Quran
2012
Cara penjualan ansuran di atas akan menjadi lebih adil lagi (tetapi
masih juga riba) jika mengambil kira bayaran cengkeram mH itu
lalu ‘yang berbunga’ (beranak berbuahnya) bukanlah harga asal yang
ditetapkan tetap harga setelah ditolak cengkeram, iaitu (1-m) H. jadi
jumlah hutang pembeli sehingga N bulan langsai hutang ialah :

(l~m) H + k N [(1-m)H —BN/2], (8)


Sehingga menerbitkan bayaran bulananya ialah
B = 2(l-m) (1 + kN)H/kN2, (9)

Untuk rumus riba yang kurang zalim bagi bunga majmuk ialah
dengan bayaran bulanan B yang memenuhi persamaan hutang H” pada
bulan ke-n sebagai :
H” = H,,-1+ kH,,.1 - B = (l+k) H,,-1 — B, H0 = (1-m) H, setelah
cengkeram mH, yang memberikan :
Hn=(l+k)”Ho-[(1+k)””-l]B/k, (10)

Model penentuan harga jualan secara ansuran di atas perlulah


diperbaiki agar matematik bunga itu diganti dengan matematik
jualan ansuran yang benar-benar adil, dan telus (tanpa gharar).
Matematik jualan ansuran ini sudah disyorkan pemodelannya oleh
Nurfadhlina drk. (2011) tetapi penulis ini berpendapat model mereka
ini pun masih tidak mencukupi pengambilkiraan unsur mudharabah
atau musyarakahnya antara penjual dengan pembeli. Sepatutnya,
modelnya seperti “pinjaman Islam” dalam seksyen 3.4 atas dengan
pengubahsuaian kerana adanya kesusutan atau kenaikan harga barang
yang dibeli/dijual itu kerana usianya semasa barang itu masih belum
langsai bayarannya.
Seminar Al-Quran 63
2012
4.0 AI-Quran Sumber Pengkritikan Bentuk dan Asal
Kejadian Alam Semesta.
Teori besar dalam kosmologi ialah Teori Alam Semesta
Mengembang (TAMbang, atau TASME dalam buku Shaharir
201 ld) dan Teori Deguman Besar (TDB)TAMBang terbit
pertama kali menerusi model alam semesta sebagai permukaan
ruang-masa(manifold Riemannan 4-matra) yang bersukatan
panjang antara dua titik di atasnya bergantung masa dan ruang
sehingga boleh ditafsirkan alam semesta ini mengembang
daripada satu titik yang tidak terhingga ketumpatan jirimnya
kepada seperti sekarang ini dan masih berkembang.
Mekanismenya diutarakan sebagai suatu ledakan besar berlaku
pada mula terjadinya alam semesta ini yang diistilahkan dalam
sebutan bunyi ledakan itu ‘bang’ (dalam bahasa Inggeris) atau
degum atau dentum (dalam Bahasa Melayu) lalu terbitnya
istilah ‘The Big Bang’ atau ‘Deguman Besar’ atau ‘Dentuman
Besar’ (ringkasnya, DB). Sukatan panjang antara dua titik
itu mulanya disyorkan oleh sarjana Rusia, Friedmann, pada
1922 dan diperbaiki oleh Robertson dan Walker 1935 dan
kemudiannya (dihebahkan ke Kontinental/Eropah Timur) oleh
Lamitre lalu dikenali sebagai alam semesta FRW atau tambah
Lametre lagi (Pembonceng gratis?) menjadi alam semesta F
LRW, sehingga berbentuk :
(ds)2= (cdt)2 - a(t, 6) (dc)2 , (do-)2 = (du)2 +u2((d6)2 +sin2(¢9)
(d(p)2)
o = (u, 0, (p), dengan kuantiti a’/a, a’ = terbitan terhadap t,
ditafsirkan sebagai kadar pengembangan alam semesta ini.

Cerapan dilakukan untuk membuktikan sahnya


TAMbang dengan berteori lagi terhadap mekanisme yang
mengimplikasikan pengembangan itu. (1) Anjakan spectrum
gelombang cahaya dari suatu penjuru alam ke penjuru alam.
Ini ditafsirkan begini oleh Hubble pada 1936 terhadap datanya;
(2) Alam semesta dahulu lebih padat daripada sekarang. Ini
64 Seminar Al-Quran
2012
dibuktikan oleh Wilson and Penzias 1965 menerusi sisa sinaran daripada
ledakan besar yang dinamai sinaran latar belakang mikrogelombang
kosmos (SiLaM) dan mereka berdua beroleh Hadiah Nobel 1978
kerana perkara ini; (3) Jumlah hidrogen dan helium di alam semesta
kononnya berubah sesuai dengan berlakunya DB; (4) Bentuk jasad
hitam dan anisotropi SILAM oleh Mather dan Smoot yang beroleh
Hadiah Nobel 2006; (5) Pengembangan memecut pada supernova oleh
Permutter, Schmidt dan Riess yang beroleh Hadiah Nobel 2011. Semua
ini dicabar oleh banyak pihak di Barat terutamanya oleh kumpulan ahli
astonomi dan kosmologi di UK yang menamakan diri mereka sebagai
Kumpulan Kosmologi Altematif yang bergerak sejak 2004.

Ada sekurang-kurangnya 3 tafsiran cerapan ‘Hubble’ itu (sebenarnya


seorang lain sebelumnya lagi, namanya Slipher 1912, iaitu tentang
tafsiran anjakan spektrum merah sinaran antara Bintamabor atau
galaksi): Hubble menggunakan tafsiran Slipher dan cerapan baharunya
1929 tentang laju Bintamabor menjauhi diri antara satu dengan lain
(yang menerbitkan hukum Hubble) dan tafsiran alam mengembang
1936. Ada dua tafsiran lagi (yang diabaikan) ialah kesan Compton
dan kesan daripada jirim dan tenaga gelap itu (yang tidak diketahui
pada zamannya). Mekanisme alam semesta mengembang diutarakan
oleh Alpher-Bethe-Gamov 1948 yang kemudian dinamakan secara
sinisnya oleh ahli kosmologi ateis/mulhid Hoyle sebagai Deguman
Besar (menjadi Teori Deguman Besar). Sebagai ateis, dia tidak
percaya kepada ‘Deguman Besar’ kerana kononnya implikasinya ada
Tuhan, walaupun ramai pula sarjana Barat-Kristian juga berhujah
teori ini mengimplikasi tiada tuhan atau tuhan ada tetapi tidak lagi
berfungsi! Teori Deguman Besar (TDB) memang dicabar oleh ramai
sarjana Barat hingga kini bukan sahaja atas hujah keagamaan Kristian
(oleh kumpulan sarjana pemuka teori ketuhanan yang dinamai Reka
Bentuk Pintar), falsafah tetapi yang lebih ramai dibicarakan ialah
kerana kelemahannya menjelaskan banyak fenomenon fizik di alam
semesta ini (Shaharir 2011d). Tahapnya sudah sama dengan Teori
Evolusi kerana teori ini memangTeori Evolusi Kejasmanian selama
Seminar Al-Quran 65
2012
sekitar 7 srijuta/bilion tahun diikuti oleh Teori Evolusi Hayat/Darwin
sejak sekitar 5 srijuta tahun dahulu.

Halangan sarjana Barat untuk melakukan penyelidikan di dalam teori


alternatif kpd TDB ini memang wujud bukan sahaja segi penerbitan
tetapi perolehan gran seperti yang diprotes (disiarkan di dalam New
Scientist 22 May 2004) oleh kumpulan ahli kosmologi-astronomi di
UK yang menggelar kumpulannya Kumpulan Kosmologi Alternatif
dengan ahlinya termasuk ahli kosmologi masyhur, Bondi itu.
Kumpulan memberi hujah-hujah yang konkrit menyangkal TDB,
termasuk penyangkalan terhadap bukti terbesar TDB, “Sinaran Latar
Belakang Mikrogelombang Kosmik (SiLAM)” (Cosmic Microwave
Background Radiation, C./IBR) oleh pemenang hadiah Nobel
Penzias dan Wilson itu (Lihat laporan “The First Crisis in Cosmology
Confrence” oleh Ratcliffe , Progress in Physics 2005, vol. 3 : 19-
24). Persidangan kedua oleh kumpulan ini diadakan pada 2008 dan
dilaporkan oleh Ratcliffe juga (lihat PerSiKiK 2005, 2008).

Malangnya Muslim akur sepenuhnya terhadap TDB dan TAMbang


dengan sokongan ayat-ayat al-Quran sekali! (Lihat perinciannya di
dalam buku Kritikan TE-TQ oleh Shaharir 201 ld, dan diringkaskan
butir penting untuk wacana ini di bawah ini). Golongan Bucailleis
atau I‘jazis nampaknya begitu beriya-iya (dan nampaknya berjaya)
meyakinkan umat Islam bahawa TDB dan TAMbang itu adalah
teori terakhir sains. Jika benar-benar berjayanya kumpulan ini nanti
maka memang berakhirlah juga sumbangan Muslim di dalam bidang
astronomi dan kosmologi dan benar-benar pupuslah bakal ulil abshar
dan jenis ulama yang diperihalkan di dalam al-Quran.

Pertamanya, selain daripada Iqbal (1934/2004 yang terjemahan


Melayu Indonesianya 1982 dan 2002), Tan Malaka (1943) dan Shaharir
(1987/2000, 2004a,b, 2007a,b, 201 lb,d) tiada penulis Muslim lain
yang mengkritik kelemahan Teori Einstein (TEn) terutamanya dari
aspek sistem nilainya atau Islam. Iqbal (1934/2004; berasaskan siri
66 Seminar Al-Quran
2012
kuliahnya di UK dalam tahun 1920-an lagi) adalah sarjana Islam yang
pertama yang mengkritik model alam semesta statik Einstein semata-
mata berdasarkan Ayat-Ayat al-Quran yang padanya menunjukkan
alam semesta ini dinamik kerana kedinamikan masa. Ini perkara kedua
yang Iqbal kritik terhadap Teori Einstein, selepas beliau mengkritik
teori masa di dalam teori tersebut yang dianggap tidak bertepatan
dengan kehendak Islam. Tan Melaka (1943), ideologi komunis
Malayonesia 1930-an hingga kematiannya (mula dianggap mati pada
1949, tetapi ada yang mengatakan tahun 1959 dan jumhurnya 1961),
dan dianugerah Pahlawan Negara Indonesia sejak pasca-Reformasi
Indonesia 1998, mengkritik TEn kerana pendekatannya dikatakannya
tidak cukup menghayati dielektika materialis/kebendaanis dan
mantiknya, lalu beliau menggariskan pendekatan baharunya; tetapi
beliau tidaklah menyentuh isu bentuk alam semesta yang terbit
daripada TEn atau dalam pendekatannya yang baharu itu. Shaharir
(2007a) telah pun mengupas hampir segala tulisan yang mengiyakan
keesahan/kebenaran TEn sempena beliau menyorot sebuah buku
baharu dalam bahasa Melayu Indonesia yang dianggapnya mendewa-
dewakan keunggulan teori tersebut tanpa cacat celanya lagi itu.
Kupasan tersebut tidaklah sesuai dipaparkan semula di sini kerana
di sini penumpuan perbincangan dipumpun kepada penerapan TEn
ke dalam kosmologi sahaja. Tafsiran kepada data cerapan Hubble
1929, dan data sinaran latar belakang mikrogelombang kosmik
(SiLaM) oleh para pemenang Hadiah Nobelnya (Penzias-Wilson
beroleh Hadiah Nobel 1978, dan Mather-Smoot beroleh Hadiah
Nobel 2006) serta data pengembangan memecut bagi supernova
oleh pemenang Hadiah Nobelnya, Permutter-Schmidt-Riess yang
beroleh Hadiah Nobel 2011) yang kononnya membuktikan TDB dan
TAMbang, dan oleh itu keperluan model alam semesta statik yang
lebih baik daripada model asal Einstein langsung tidak mendapat
tempat dalam buku-buku teks kosmologi memang menarik perhatian
pengkritik ilmu sahaja. Malangnya, ilmuwan Muslim seluruh dunia
rata-rata bukan pengkritik ilmu tetapi pengakur ilmu sahaja: cepat
begitu yakin dengan kebenaran TDB tanpa kesedaran yang mendalam
Seminar Al-Quran 67
2012
akan betapanya teori itu serasi bahkan mengukuhkan Teori
Evolusi (TEv) sedangkan secara ijmaknya, TEv itu tidak
disetujui oleh ilmuwan Islam termasuk yang menyokong
TDB dan TAMbang itu! (Lihat sorotan tentang tindakan balas
ilmuwan Muslim terhadap TEv oleh Mabud (1987), Osman
(1987), Rematulla (1993), dan sensasi barunya oleh Harun
Yahya (1998, 1999/2005) yang menentang TEv tetapi berkarya
menyokong kuat TDB dalam karyanya yang lain (Harun 2005
& t.t).

4.1. Al-Quran Pengakur atau Pengkritik TDB dan


TAMbang?
Achmad Baiquni (1995: 147) yang diulanginya dalam karya
beliau 1997 dan sebuah lagi tanpa tahun (t.t) itu, seorang ahli
sains fizik nukleus di Indonesia yang disegani masa hidupnya
(hidup sehingga 2003), dan amat perihatin kepada Islam,
berpendapat walau apa pun hasilnya, model alam semesta
Einstein (iaitu alam semesta statik) bertentangan dengan
Islam berasaskan kefahamannya kepada al-Quran, Surah al-
Dhariyat, ayat 47 :

“Dan Iangit itu Kami bina dengan kekuasaan Kami, sedangkan


sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa”.

Terjemahan ayat ini yang kononnya jelas menunjukkan alam


ini tidak statik. Dengan tafsiran ayat ini dan kononnya disokong
pula oleh Surah al-Anbiya’, ayat 104 :

“(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung


lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana Kami memulai
penciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya
sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami. Sesungguhnya
Kami tetap melaksanakannya”.
68 Seminar Al-Quran
2012
Surah al-Anbiya’, ayat 30 :

“Adakah orang-orang yang tidak beriman tidak mengetahui


bahawasanya langit dan bumi itu pada awalnya bersatu, kemudian
Kami pisahkannya di antara keduanya dan Kami jadikan daripada
air tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu
beriman?”

Pandangan seperti Achmad Baiquni ini (sebelum dan


selepasnya) serupa sahaja dengan pendirian sarjana,
cendekiawan atau penulis popular Muslim seluruh dunia, dan sebagai
contoh wakilnya ialah Harun Yahya (2005, Lt) penulis Turki yang
cukup popular sekarang; Sulaiman (l989/ 1999) dan Abbas (1993),
dua orang sarjana Malaysia yang tidak asing lagi; Iqbal (2002: 8, 44)
dan Muhammad Asad (1980: 805, note 31), dua orang ahli falsafah
Islam yang disanjung seluruh dunia, semuanya menyokong TAMbang
dengan hujah-hujah yang sama. Sa‘id Hawa (1986: 278; 1985: 5529)
pula, yang boleh dianggap mewakili ulama, berhujah secara nahu
bahasa Arab sahaja terhadap surah al-Anbiya’ ayat 30 bagi menegakkan
TDB. Semuanya ini bersifat amat reaktif dan didorongi amat sangat
oleh perasaannya yang terpesona dengan ilmu Barat ini (fizik) yang
tidaklah mereka begitu fahami selok beloknya(aksiom, kaedah,
keteknikamiya dan implikasi mendalam meluasnya), lalu cepat sahaja
menyokong teori yang sedia ada sahaja itu yang tidak pula beliau
begitu mendalaminya, atau menggalakkan umat Islam mendahului
umat lain dalam membuat kajian terhadap asal usul kejadian alam ini
seperti yang termaktub di dalam al-Quran (menghasilkan ulil abshar
dan jenis ulama yang menjadi peneroka kosmologi).

Namun terjemahan tafsiran lain, lain pula fahamannya. Umpamanya


tentang surah al-Dhariyat, ayat 47 itu, mengikut al-Quran dan
terjemahnya, katanya, “Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan
(Kami) dan sesungguhnya kami benar-benar berkuasa”, yang tidak pula
menunjukkan alam ini tidak boleh statik! Begitu juga dengan surah al-
Seminar Al-Quran 69
2012
Anbiya’, ayat 104 : “(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti
menggulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana Kami
memulai penciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya
sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami. Sesungguhnya Kami
tetap melaksanakannya”. Ini tidak semestinya tidak boleh ditafsirkan
alam semesta ini tidak mengembang? Bahkan tafsiran terjemahan ini
boleh menjadi bahan pengkritikan TDB-TAMbang.

Terjemahan surah al-Anbiya’, ayat 30 oleh Mahmud Yunus (1969/


1993), tafsir Quran Karim itupun agak lain : “Tiadakah orang-orang
kafir mengetahui bahawa beberapa langit dan bumi adalah keduanya
bertaut (bersatu). Lalu kami belah kedua-duanya dan Kami jadikan
daripada air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak
mahu beriman?”. lni pun tidak semestinya mengimplikasikan alam
semesta ini mengembang. Mengikut tafsiran-terjemahan ini, langit
dan bumi (iaitu alam semesta ini) sudah pun seperti sekarang sejak
azali lagi. Cuma kedudukannya agak bertindan atau ‘bersatu’ sahaja
dan kemudian diperjauhkan antara kedua ini (tiada pengembangan
saiz masing-masing).

Terjemahan al-Quran oleh penterjemah pertama di Pascabima


ini, Abdul Ra’uf Singkel & Baba Daud pada 1671 dahulu lagi
menarik kerana ketika itu tiadalah ‘Teori Alam Mengembang’ ini.
Terjemahan mereka terhadap surah al-Dhariyat, ayat 47 (ayat yang
paling popular di kalangan Bucailleis yang menegakkan TDB dana
TAMbang) ialah : “Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan
(Kami) dan sesungguhnya kami benar-benar berkuasa”. Ini pun
tidak juga memaklumkan alam semesta ini mengembang tetapi cuma,
menyatakan keluasannya sahaja seperti sekarang sejak azali lagi. Bagi
ayat surah al-Anbiya’, ayat 104 pula beliau mentafsir-menterjemah
sebagai “Sebab itu olehmu ya Muhammad hari yang Kami gulungkan
langit seperti gulung oleh segala malaikat bernama Sijiil akan Kitab
Shohifat anak Adam tatkala matinya seperti yang telah Kami melalui
pertama menjadikan segala makhluk daripada tiada kepada ada
70 Seminar Al-Quran
2012
lagi akan Kami kembalikan ia kemudian daripada tiadanya yang
telah Kami janjikan dengan satu janji atas kamu bahawasanya kamu
berbuat akan barang yang kamu janjikan itu.”; dan surah al-Anbiya’,
ayat 30, “Tiadakah diketahui segala mereka itu yang telah kafir itu
bahawasanya tujuh petala langit itu dan bumi telah ada keduanya
tertempat. Maka kami jadikan langit itu tujuh petala dan bumi itu
pun tujuh petala dan telah kami jadikan daripada air yang turun dan
yang terbit dari bumi itu tiap-tiap sesuatu yang hidup. Maka tiadakah
kiranya mereka itu percaya dengan mentauhidkan Aku?”. Setiap satu
terjemahan itu jelas tidak mengajak seseorang yang tidak dipengaruhi
oleh TAMbang atau TDB untuk menyokong teori-teori ini dengan
ayat-ayat ini.

Lebih menarik lagi, ialah tafsiran-tafsiran surah al-Anbiya’, ayat 30


oleh ulama-ulama zaman Nabi dan zaman tamadun Islam dahulu yang
teori kosmologinya lagi penuh mitos Arabs, Yunani, dan sebagainya;
Oleh itu tafsiran mereka dipengaruhi oleh keadaan ilmu pengetahuan
masa itu pula, seperti yang dirakamkan oleh Hamka (1965/ 1983-
84) dalam ‘Tafsir al-Azhar’ beliau itu. Hamka sendiri menterjemah
ayat itu sebagai “Dan apakah tidak melihat orang-orang yang kafir
itu bahawasanya langit yang banyak dan bumi itu dahulunya adalah
sekepal, lalu Kami pisahkan di antara keduanya,....”. Pemilihan
kata ‘sekepal’ itu jelas tafsiran Hamka sendiri, walaupun beliau
sendiri nampaknya tidaklah beriltizam menyokong TAMbang, malah
cenderung kepada berpandangan tafsiran al-Quran tentang sains hanya
benar nisbi masa sahaja, iaitu berubah mengikut perubahan sains.
Pendirian ini pun dipengaruhi oleh hakikat Muslim Zaman ini bahawa
pentafsir al-Quran bukannya seorang ahli sains dan oleh itu sentiasa
mengekori ahli sains zaman ini, iaitu ahli sains Barat sahaja.

Tafsir yang dibentangkan dengan panjang lebarnya oleh Hamka


ialah tafsir Ibn Kathir (yang hidup pada abad ke-8H/ke-15M) yang
melaporkan tafsiran Ibn ‘Abbas, Abu Saleh dan Said bin Yubair
bahawa surah al-Anbiya’, ayat 30 itu bermaksud dahulunya langit itu
Seminar Al-Quran 71
2012
satu sahaja lalu dipisahkan oleh Tuhan menjadi tujuh, dan bumi itu
pun satu lalu dipisahkan kepada tujuh juga tetapi langit dan bumi itu
memang terpisah tetapi berdempetan sahaja sehingga apabila langit
itu diangkat naik barulah bumi itu tersembul. Itulah katanya yang
dimaksudkan Allah memisahkan langit dengan bumi itu. Hamka juga
memaparkan tafsiran al-Qurtubi (abad ke-12M) yang mengatakan
langit dan bumi dijadikan oleh Tuhan sendiri dan masing-masingnya
kemudian dipecahkan kepada tujuh petala secara berturutan dengan
ada nama-nama khas [mmk beberapa petala bumi, iaitu Ru’aa,
Dakmaa, dan seterusnya...Mad dan ’Aribah masingnya petala bumi
pertama, kedua, keenam dan ketujuh]. Semua tafsir klasik ini adalah
sipi-sipinya sahaja dengan teori kejadian alam semesta sekarang.
Namun yang jelasnya, mengikut tafsiran ini, bumi ini daripada asal
lagi terpisah daripada yang lain, dan segala kejadian pemisahan itu
(yang mungkin hendak ditafsirkan sebagai alam mengembang itu)
telah berlaku, iaitu sekarang sudah tidak berubah lagi atau mantap
sahaja. Mengikut Hamka lagi ayat asal al-Quran surah al-Anbiya’
ayat 30 itu memang diungkapkan Allah dalam kala lepas, fi’il madzi,
walaupun katanya boleh juga merujuk kepada kala akan datang. Jika
demikian oleh kerana semua petala itu sudah siap, dan Tuhan masih
mencipta sepanjang masa seperti yang fahami oleh mutakallimun
itu, maka tafsiran klasik ini mengesyorkan alam mantap lebih sesuai
daripada alam mengembang. Tafsiran Hamka ini bertentangan dengan
tafsiran Sa’id Hawa, dan sekaligus al-Quran menjadi pengkritik TDB-
TAMbang.

Mengikut sarjana besar Melayu abad ke-17M, Nur al-Dyn al-


Ranyry (1639) yang dibicarakan lebih terperinci lagi pada
seksyen terakhir makalah ini kejadian alam semesta ini tiada
menunjukkan berlakunya secara evolusi (hanya selama 6 hari
sahaja, daripada al-Quran) dan tiada juga semacam ‘Deguman
Besar’ itu berlaku tetapi dengan ‘tilik muhibbaht’ atau ‘tilik hebat’
Tuhan sahaja. Ini dibicarakan lagi kemudian.
72 Seminar Al-Quran
2012
Persoalan sejauh manakah seseorang Muslim sekarang (yang telah
lama tidak berminat atau memberi sumbangan kepada ilmu falak,
astronomi dan kosmologi) patut tidaknya menggunakan al-Quran bagi
membicarakan pandangannya atau pandangan Islam terhadap sesuatu
teori/isu penemuan sains ini telah lama menjadi perbahasannya
walaupun kemuncaknya ialah 1990-an (di Malaysia) menerusi projek
‘Pengislaman Ilmu’ atau ‘Islamisasi Ilmu’. Ada pandangan seperti
yang diwakili oleh Abdul Rahman (2006), menerusi akhbar perdana
Malaysia, yang tidak bersetuju langsung usaha seseorang memadankan
ayat-ayat al-Quran dengan sains moden kerana sains moden berubah
sedangkan al-Quran berubah. Ini hujah biasa yang disuarakan di
seminar-seminar di Malaysia sejak tahun 1980-an dahulu lagi sehingga
menimbulkan istilah Bucailleisme itu. Yang berbezanya kali ini suara
itu dibaca oleh ratusan ribu pembaca akhbar perdana itu dan tentunya
amat mempengaruhi Muslim di Malaysia. Rasanya agak keterlaluan
jika kita takut memberi pendapat menerusi kefahaman kita tentang
sains dan al-Quran walaupun sains itu ciptaan orang Islam, apatah
lagi sains ciptaan bukan orang Islam. Yang menjadi masalahnya, ialah
iktikad pengulas sains itu sendiri. Dia perlu menganggap sains itu
dipengaruhi nilai (agama ahli sains itu : majoritinya ateis atau tidak
peduli agama!) dan bukannya tiada kelemahannya. Atas iktikad ini
sudah tentu seseorang Islam yang mempunyai nilai yang bitara dalam
segala hal akan lebih menilai sains Barat (yang membawa nilai ahli
sains yang ateis atau tidak peduli agama) itu dengan lebih berhati-
hati, iaitu penilai sains itu tidak cepat untuk akur sahaja kerana ‘takut’
(termasuk takut dituduh ‘ketinggalan zaman’, ‘konservatif’ dan
sebagainya) atau yang lebih teruk lagi ‘bebal’ (jahil tetapi sentiasa
mahu mengeluarkan pendapat kerana menganggap dirinya ‘tahu’).
Dengan berbuat demikianlah maka kita memupuk daya kritis dan daya
pengaryaan pada diri kita dan masyarakat terpelajar kita dan lambat
laun kita pula boleh terpanggil untuk menjadi penyumbang kepada
ilmu itu; jika tidak kita hanya menjadi pengakur, pak angguk, pak turut
dan pok-ko (istilah Kelantan untuk cicak koben) sepanjang zaman.
Seminar Al-Quran 73
2012
Ada sekurang-kurangnya 6 isu daripada teori kosmologi
Hawking yang bertemakan(berhadapan dan lekat) tanpa
peleraiannya bahkan terus bertentangan haluannya :

1. Konsep kejadian dari tiada kepada ada, la min syai atau


ex-nihilo.
2. Keserasian zarah berskala Planck dengan zarah al-haya
3. Evolusisme menerusi TDB-TAMbang tidak bertentangan
dengan kunfayakun
4. Model alam semesta (Hartle-)Hawking tidak bertentangan
dengan Islam
5. Model alam semesta (I-Iartle-)Hawking mematikan
Kebendaanisme dalam kejadiaan alam semesta
6. Kewujudan Lohong Cacing serasi dengan pengalaman ahli
sufi.

4.2. Teori Alam Semesta Melayu-Islam Abad Ke-16M.


Tulisan berbahasa Melayu bersumberkan Islam yang tidak
dipertikaikan lagi tertuanya setakat ini, yang mengandungi
unsur-unsur ilmu falak dan sekaligus kosmologi, iaitu
tentang teori ‘aradh (yang diterjemah oleh Inggeris sebagai
theory of accident) dapat disaksikan dalam ‘Aqaid al-Nasafi
karya terjemahan bertarikh 998H/1590M yang sekaligus
dianggap manuskrip Melayu tertua (Lihat kupasan manuskrip
ini oleh Al-Attas 1988). Lambatnya penterjemahan karya
asal al-Nasafi ini (nama penuhnya ‘Umar Najm al-Dyn al-
Nasafi yang meninggal 537H/1142M) berjudul ‘Aqa’id
sahaja, jelas juga menunjukkan lamanya Melayu ketinggalan
zaman dari segi ilmu warisan Islam ini. Bahkan Bukhary al-
Jawhary (Bukhari al-Jauhari) 1623 dalam karyanya yang
terkenal, Taj al-Salatdin, juga hanya merujuk ‘Aqa’id ini
sahaja apabila beliau membicarakan sedikit unsur astronomi
dan secara tak langsungnya kosmologi Melayu Islam. Karya
terjemahan yang tertua yang khusus berkenaan dengan
74 Seminar Al-Quran
2012
kosmologi keislaman sahaja ialah buku terjemahan/saduran Nur al-
Dyn al-Ranyry (Nuruddinal-Raniri), berjudul dalam bahasa Arab,
Badaa Khalq al-Samaawaati wa al-Ardh (yang bermakna “Permulaan
Penciptaan Langit dan Bumi”) bertarikh 1046H (sekitar 1639M)
yang, antaranya, ada di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan di
dalam Taj al-Mulk yang masih tersebar luas di pasaran hingga kini.
Ternyata yang ada di PNM ialah manuskrip MS78l Aaman Khalq al-
Samaawaht al-Ardh, tetapi nama penuh yang tertulis di dalam
manuskrip itu ialah “Fasl awwal fi Bayaan maa Khalaq Allah Taala
wa Khalaq al-Samawat al-Ardh wama Ta’aluqu biaidi ‘Alaihi
Fushuk”. Fasal yang pertama pada menyatakan peri yang pertama
dijadikan Allah Taala Dan ‘Peri Kejadian Tujuh Petala Langit Dan
Tujuh Petala Bumi Dan Barang Yang Ta‘aluk Pada Keduanya Dan
Di Dalamnya Beberapa Fasal’. Manuskrip ini ialah sebuah salinan
yg dibuat di Kelantan tanpa tahun oleh al-Khatd’ Abd al-Rahman.
Didapati kandungannya sama dengan Bab 1 daripada manuskrip buku
Bustan al-Salatdin karya agung Nur al-Dyn al-Ranyry sekitar 1639M
itu (yang telah ditranskripsi oleh Jelani Harun 1997 tetapi diterbitkan
oleh DBP 2004), walaupun beberapa ayat atau ungkapannya sudah
diubah oleh penyalinnya. Kandungan ketiga-tiga versi ini sudah
dibandingkan menerusi transliterasi versi di PNM oleh Shaharir &
Sayed Omar (2009) yang dimuatkan di dalam Ku PELEMA (2012a).

Apa pun manuskrip ini boleh dianggap tulisan tertua dalam bahasa
Melayu yang masih ada dan yang membicarakan Nur Muhammad
sebagai asal mula kejadian alam ini. Manuskrip yang dikatakan
mengandungi unsur kosmologi berasaskan Nur Muhammad ini yang
diketahui sah wujudnya dalam bahasa Arab ialah kitab/manuskrip
Bahr al-Lahut karya Abdullah al-‘Arif abad ke-12M dan datang
berdakwah di Aceh sehingga kitab itu diterjemah ke dalam bahasa
Melayu di sekitar abad ke-15M salinan manuskripnya dan huraiannya
ada dalam Mahayudin (2000). Ramailah yang menganggap Bahr al-
Lahut inilah manuskrip Melayu yang tertua sekurang-kurang dalam
bidang tasawuf/sufi atau kosmologi Melayu Islam. Namun, isinya
Seminar Al-Quran 75
2012
tentang kejadian alam semesta amatlah singkat dan kabur sekali dan
tiadalah istilah Nur Muhammad.

Selain daripada itu kitab/manuskrip tentang tasawuf/sufi yang khusus


membicarakan tentang alam juga boleh dianggap sebahagian daripada
kosmologi orang-orang Islam atau Melayu Islam seperti yang tersebut di
atas, umpamanya kitab-kitab berkenaan dengan alam yang terkandung
dalam karya-karya yang dikelaskan sebagai ajaran ‘Martabat Lima’
oleh Syeikh Wajih al-‘Alawi di India (abad ke-16 M) menerusi Kitabnya
Jawahir al-Khamsah yang dikembangkan oleh pengikutnya kepada
‘Martabat Tujuh’ di Pascabima (Malayonesia, Malayuwiyyah, Alam
Melayu, Nusantara) ini pada abad yang sama adalah juga menyamai
kosmologi Hindia-Islam dan Melayu-Islam. Kitab jenis ini (Mengikut
Abdul Rahman 1995,dan lnternet 2) yang pertamanya di Pascabima
ini ditulis oleh Syeikh Syamsuddin al-Sumaterani (meninggal 1690M)
berjudul Jawhar al-Haqaa ’iq yang dipengaruhi oleh kitab terawal
berkenaan ajaran ini dari Hindia oleh Syeikh Muhamad al-Burhan(i)
puri (meninggal 1029H/1619M) berjudul al-Tahfah ila Mursalah ila
Ruh al-Nabi (abad ke-16M) yang diterjemah kepada bahasa Jawa pada
1680 dan bahasa Inggeris 1965. Mengikut Abdul Fatah(1992) unsur-
unsur ajaran ‘Martabat Tujuh’ ini sudah ada dalam kitab Asrara al-
Anyin karya Hamzah Fansuri (seorang sarjana agung Melayu di Aceh
yang meninggal pada 1606M) lagi. Kitab-kitab kosmologi Melayu
yang bercampur aduk dengan kosmologi Hindu dan Islam ini(Abdul
Rahman 1995) walaupun dianggap berupa ajaran sesat oleh sesetengah
sarjana atau ulama ( Abdul Fatah 1992) dan oleh JAKIM (Internet 3),
kedudukannya dalam dunia kosmologi Muslim sekurang-kurangnya
samalah dengan ilmu nujum atau tanjim itu.

Pembicaraan ‘Uthman E1-Muhammady (2004, 2005), tentang


Nur Muhammad hanya sekadar pendedahan sejarah dan sumber-
sumber penulisannya sahaja tanpa kupasannya yang kritis seperti
mempersuakannya dengan teori astronomi dan kosmologi kini.
Beliau hanya sekadar mengatakan bahawa semua unsur permulaan
76 Seminar Al-Quran
2012
dalam fizik itu asalnya Nur Muhammad itu; dan segala teori sains
Barat kini khususnya astronomi itu ‘bila benar pada pengamatan
ilmiah yang mentaati syarat-syaratnya boleh diterima’ hingga kepada
‘pandangan Capradalam Tao of Physics itu, maka pada kita itu tidak
menjadi masalah.’ Pernyataan sebegini bukan sahaja menjadikan Nur
Muhammad ini pasif dan ‘teori pak sanggup’ sehingga tafsiran sains
moden (khususnya astronomi) berasaskan pandangan alam Taoisme
pun kita sanggup didokongi oleh Nur Muhammad itu. Mungkin
tersirat di sini bahawa ‘Uthman El-Muhammady juga sama seperti
kebanyakan ahli sains Muslim ikhtisas, yang menganggap sains itu
bebas nilai yang amat bertentangan dengan pendirian para pembina
sains Islam yang antara lain mahu mengembalikan astronomi kepada
roh ilmu falak itu. Pernyataan ‘Uthman tentang keserasian Nur
Muhammad dengan atomisme (percaya kepada teori fizik atom yang
mengandungi elektron, proton, quark dan sebagainya itu) itu bukan
sahaja satu langkah pengadilan yang terburu-buru bahkan bertentangan
dengan mazhab bukan atomisme dalam Islam (bukan mutakallimun)
dan mazhab tetalisme (daripada tetali=tali-temali bagi menggantikan
zarah) dalam fizik Barat setelah atomisme sudah mencapai tahap
tepunya. Adakah kemudiannya akan dikatakan pula Nur Muhammad
juga serasi dengan tetalisme?

Dalam Bab 1 daripada Bustan al-Salatdin karya Nur al-Dyn al-Ranyry


1040H (iaitu sekitar 1639M) terdapat perihal kejadian alam semesta
dan alam ghaib. Beliau ada menyebut 12 buah sumber rujukannya
tanpa nama pengarangnya dan tahunnya (seperti Kitab ‘Ajaa ’ibal-
Malakuut, Kitab al- Manzumi, Daqaa’iq al-Haqaa’iq, Mirshaad al-
‘Ibaaa’) namun yang mana selain” daripada Kitab al-Manzumi yang
menjadi sumber rujukannya tentang kejadian alam semesta ini tidaklah
dinyatakan dan oleh itu patut menjadi penyelidikan kita selanjutnya.

Kitab al-Manzumi itu séndiri pun patut menjadi kajian statusnya.


Seperti yang selalu didengar dan disebut asal mulanya segala kejadian
ini ialah dari Nur Muhammad atau kadang-kadang disebut juga dalam
Seminar Al-Quran 77
2012
karya Bustan al-Salatdin ini sebagai ‘Nyawa Muhammad’ atau ‘Ruh
Muhammad’. Ada beberapa manuskrip (sekitar 80 buah seluruh
perpustakaan di Malaysia yang dikategorikan sebagai manuskrip
tasawuf; lihat pengkelasan sains manuskrip Melayu oleh Shaharir
2003b) yang dijangka lebih baru daripada Bustan al-Salatdin itu yang
dijangka sebahagian besarnya mengandungi kisah Nur Muhammad
ini (yang telah ditelaah oleh penulis ini setakat ini ialah Manuskrip
MS147 dengan judul Minha al-Shawfir fi Bayan minahl al-Showjj)
bertarikh 1292H (sekitar 1914M), dan Manuskrip MSIS 14 bertarikh
1343H(sekitar 1922M) tetapi arah perincian kedua-dua manuskrip
ini ialah kepada ‘Martabat Tujuh’ sedangkan al-Ranyry langsung
tidak menyebut ‘Martabat Tujuh’ itu; manakala MS505 yang berupa
terjemahan kitab Abdullah Ibn Thamud (sarjana zaman Nabi Muhamad
masih hidup?) yang diterjemah sebagai ‘Kitab Seribu Masalah’
(tanpa tahun dan tanpa nama penterjemahnya atau penyalinnya) ada
menceritakan asal kejadian alam semesta yang hampir sama dengan
yang di dalam Bustan al-Salatdin itu (tetapi tiada istilah Martabat
Tujuh atau Nur Muhammad). ‘Uthman El-Muhammady (2005) ada
memaparkan sumber-sumber karya yang mengandungi kisah Nur
Muhammad yang agak komprehensif dengan tujuan membuktikan
kesahihan teori Nur Muhammad itu sahaja, bukan selok-belok
kejadiannya dan perbandingan dengan teori kosmologi moden (Barat).
Walau apa pun kisah Nur Muhammad ini (terutamanya yang membawa
kepada kisah Martabat Tujuh) di anggap menjadi sebahagian daripada
kosmologi Melayu seperti yang dinyatakan oleh Abdul Rahman (1995)
dan penghukum terkenal, Abdul Fatah (1992), yang mengelaskan Nur
Muhammmad dan ‘Martabat Tujuh’ itu satu daripada ajaran sesat yang
perlu dihapuskan dan hukum ini diterima pakai oleh JAKIM (Internet
3).

Sekarang, kami ingin menonjolkan kejadian Nur Muhammad dan


dibandingkan dengan kosmologi Barat sekarang. Mengikut Bustan
al-Salatdin (yang dipetik pada Kitab al-Manzumi) Nur/Nyawa/Ruh
Muhamad itu berasal daripada Cahaya Qudraht Zat Tuhan/Pancar Nur
78 Seminar Al-Quran
2012
Hidayah Tuhan ketika Tuhan berada pada ‘ama’ (yakni ‘ilmu Tuhan’)
yang ‘tiada udara’ di atas di bawahnya (istilah kini vakum agaknya?)
daripada adam (yang juga diterjemah tafsirnya sebagai ‘ketiadaan’)
kepada wujud. Seterusnya al-Ranyry menegaskan kejadian Nur
Muhammad ini adalah tafsiran kepada ayat al-Quran surah al-Saff,
ayat 8 :

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya (agama) Allah


dengan mulut (ucapan dusta) mereka. Allah tetap menyempurnakan
cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya.”

al-Ranyry menterjemahnya sebagai “Bermula Allah jua yang


menyempurnakan cahaya-Nya”; dan yang kami hitung, daripada 12
hadis (sahih katanya, dan banyak bertaraf hadis qudsi), dan sebuah kitab
bernama Kitab al-Manzumi. Daripada NurflVyawa/Ruh Muhammad
terbitnya tiga perkara(mekanismenya Tuhan ‘tilik muhibbaht’ kpd
NurflVyawa/Ruh Muhammad itu) lalu menjadi nyawa segala anbiya’
(dan seterusnya nyawa makhluk-makhluk lain bertingkat-tingkat
mengikut hierarkinya termasuklah nyawa insan diikuti oleh nyawa
malaikat, nyawa jin, nyawa syaitan, nyawa binatang dan akhirnya
nyawa tumbuh-tumbuhan bukan secara evolusi tetapi secara ‘tilik
muhibbaht’), menjadi juga sekalian alam, dan perkara ghaib seperti
‘aql, qalam, Loh dan lain-lain. Kejadian ‘sekalian alam’ itu juga
agak terperinci diperihalkan oleh al-Ranyry. Beliau tetap menerima
kejadian alam ini selama 6 hari (ayyam) yang ditegaskan di dalam
al-Quran itu, surah al-Sajdah, ayat 4, yang jelas bukan menerusi
evolusi (bertentangan dengan dalam kosmologi moden evolusi selama
antara 12 hingga 18 sejuta tahun, walaupun kita mengambil unit hari
akhirat 1 hari=500 ribu tahun dunia sekarang). Dalam Bustan al-
Salatdin oleh al-Ranyry dan dalam manuskrip ‘Kitab Seribu Masalah’
juga nampaknya ada fakta warisan Kristian yang menyatakan Tuhan
menjadikan Bumi ini pada hari Ahad, malah seorang gerejawan abad
ke-17M (Bishop Ussher) mendapatkan masa ciptaannya yang tepat
sekali, iaitu kononnya pukul 10.30 pagi Ahad, 23 Oktober 4004SM
Seminar Al-Quran 79
2012
yang sentiasa menjadi bahan sindiran sarjana Barat!

Yang lebih menarik lagi dikatakannya segala kejadian alam tidak


bernyawa ini adalah dalam masa 6 hari itu bertingkat-tingkat bermula
dengan ‘keruh-keruh [kerak-kerak?] ampas segala nyawa’ dari Nur
Muhammad itu menjadi jawhar yang bernama Dzarraht al-Baydha’
(kami anggap transliterasi Jelani 1997 sebagai, Durrat al-Baida
tidak tepat). Kemudian dengan ‘tilik hebat’ Allah terhadapnya, maka
jawhar ini hancur menjadi api dan air.’ Seterusnya terjadilah asap
yang membentuk 7 petala langit dan ‘bekas’ asap itu menjadi Bumi,
Matahari, Bulan dan segala ‘bintang’. Perincian sehingga terjadinya
angin, laut, bukit dan 7 petala Bumi tidak perlu dibicarakan di sini.
Peringkat kejadian ‘Deguman Besar’ dan dan sebagainya itu (mengikut
kosmologi Barat) dapat dibanding dengan peringkat kejadian Nur
Muhamad itu sahaja. Jika kita mahu bersikap Buceilleis, kejadian Nur
Muhammad itu jelas sama dengan perihal kosmologi quantum, iaitu
bermula dengan vakum dan genjatan vakum serta penerowongan (‘tilik
muhibbaht’ itu). Lebih tepat lagi ialah bukan sama tetapi seanalog;
dan yang lebih penting lagi teori kejadian al-Ranyry alam semesta
Melayu-Islam al-Ranyry, alam ini tidaklah terbentuk menerusi evolusi
dan fenomenon alam mengembang itu. Tentunya, kita perlu memerah
otak lagi untuk membina teori sekukuh teori kosmologi quantum itu
bagi menandinginya menerusi kajian kejadian ‘Nur Muhammad’ ini.
80 Seminar Al-Quran
2012
5.0 Rujukan
Abbas (Hj.) M.b. A. L. 1993. Alam Semesta dalam al-Quran. Sem.
Falsafah Sains. 3-5 Dis. UTM
Abdul Rahman A.R. 2006. Usah Bandingkan Sains, Al-Quran. Utusan
Malaysia 29 September 2006.
Abdul Rahman Hj. A. 1995. Falsafah Alam Semesta dalam Sejarah T
auhid Melayu.
P. Jaya: Access Infotech Sdn Bhd.
Abdul Ra’uf Singkel (Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri al-Jawi Singkel)
& Baba Daud. 1671. Tuijuman
al- Mustafid. Cetakan semula di Singapura 1951 (ada pada Dr.
Muhammad Alinor PPSM,
UKM)
Achmad Baiquni. Lihat Baiquni A.
Abdulfatah H. I. 1992. Ajaran Sesat. K. Lumpur: DBP
Al-Quran dan Terjemahnya. 1971 .Yayasan Penyelenggara
Penterjemah/Pentafsir Al-Quran. PT Intermasa
Al-Attas S.M.N.l978/1982. Islam & Sekularisme. Terjemah kepada
karya asalnya dalam bahasa Inggeris, yang ada suntingan keduanya
1993 yang baru diterjemah ke dalam bahasa Melayu Malaysia 2012.
---------------- --. 1980. The Concept of Education in Islam. A
Framework for an Islamic Philosophy of Education. Kuala Lumpur:
ABIM
---------------- --. 1988. The Oldest known Malay Manuscript. A 16”’
Century Malay
Translation of the Aqa ’id of Al-Nasafi. K. Lumpur: Univ. Malaya
al-Burhan(i)puri S. M. (t.t). Al-Tahfah ila Mursalah ila Roh al-Nabi.
Terjemahan oleh Johns A.H.
(Pyt.). 1965. The Gift Addresses to the Spirit of the Prophet. Canberra:
Australian National Univ. Ada terjemahan ke bahasa Jawa 1680 lagi.
al-Faruqi I.R. 1982/ 1992. Islamisasi ilmu Pengetahuan. Terjemahan
karya asalnya, Islamization of Knowledge. Hemdon, VA: IIIT
al-Nasafi. Lihat al-Attas (1988).
al-Raniri. Lihat Bustan al-Salatin; lihat juga al-Raniry.
Seminar Al-Quran 81
2012
al-Ranyry N. al-D. 1046 H/1639. Bustan al-Salatdin. Ditransliterasi
oleh Jelani H. (1997/2004)
al-Ranyry 1046 H/1639. Badaa Khalq al-Samaawat
An Open Letter to the Scientific Community. New Scientist 22 May
2004. Ada juga di
httpzll www. cosmologystatementnrg. 17 Okt. 2005
Ary G.A. 2001/2008. Rahasia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi
dan Spiritual ESQ Emotional Spiritual Quotient. The ESQ Way 165.
1 Ihsan, 6 Rukun Iman dan 5 Rukun IsIam”, cetakan ke-43 Augustus
2008. Jakarta: Arga Publishing. Terbitan Pertamanya 2001.
Baiquni A. 1997. Al-Quran dan Ilmu Pengetahuan Kealaman.
Yogyakarta: Pt. Dana Bhakti Prima Yasa.
---------- -- 1995. Al-Quran Ilmu Pengetahuan dan Teknologi. Tiada
penerbit.
---------- --. t.t. Konsep-konsep kosmologis. http://soni69.tripod.com/
Kelih 25 Sept. 2005
Bucaille M. 1976. The Bible, The Quran and Science. The Holy
Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge., traduit par
Alistair D. Pannell, 7ed. 2003
Bukhary al-Jawhary. 1623. Taj al-Salatdin. DiRumikan sebagai Tajus
as-Salatin terbitan DBP 1992.
Bustan al-Salatin: (bab pertama dan kedua) karangan Nuruddin Ar-
Raniri. Penyelenggara Jelani Harun 2004. K.Lumpur:DBP
Guessoum N. 2009/2011. Islam’s Quantum Question. Reconciling
Muslim Tradition and Modern Science. London: Tauris.
Hamka. 1965/ 1983-1984. T afisir al-Azhar. Yayasan Nurulislam
Harun Y. 1998. Evolution Deceit terbitan Ta-Ha, UK 1998 yg sudah
lebih drp 8 kali suntingan
---------. 1999/2005. Penipuan Evolusi: Keruntuhan Sains Darwinisme
dan Latar belakang Ideologinya. K.Lumpur: Saba Islamic Media .
Terjemah 2005 Ed. ke-3. The Evolution Deceit: London: The Scientific
Collapse of Darwinism and Its Ideological Background. Ta-Ha Pub
1999. Drp. Turki
---------- --. 2005. The big bang echoes through the map of the galaxy.
82 Seminar Al-Quran
2012
http: ll www.
harunyahyacom/article/70big_bang. Php. Kelih 3 Okt 2005
-------------- --. t.t. Penciptaan Alam Semesta. Teij. drp Inggeris?, The
Creation of the Universe. Yg diterjemah daripada Turki
Intriligator M.D. 1971/2002. Mathematical Optimization and
Economic Theory. Printice Hall 1971;
dicetak semula oleh SIAM 2002
Iqbal A.M. 1934/2004. The Reconstruction of Religious Thought in
Islam. Edited and annotated by
M.Saeed Sheikh. N.Delhi: Adam Publishers & Distributors. Suntingan
pertamanya 1934 di London. Terjemahan terbaru Melayu Indonesia
2002, “Rekonstruksi Pemikiran Agama dalam Islam Al-mizan
.Terjemahan Melayu Indonesia pertama 1982 “Membangun Kembali
Pemikiran Agama dalam Islam” »
Iqbal 1982. Lihat Iqbal 1934/2004 ~
Iqbal 2002. Lihat Iqbal 1934/2004
Iqbal 2004. Lihat Iqbal 1935/2004 2.
Puspa Liza bt. G. & Ismail b.M: Perbezaan model matematik dalam
insurans nyawa dan
takaful keluarga kini. Kesturi 201 1 (2): M Jelani H. Lihat Bustan al-
Salatin.
KuPELEMA (Pnyut.). 2012a. Abstrak Beberapa buah Manuskrip Me/
ayu-Jawi sebelum 1905 dan ~
Transliterasi Pilihannya. J ilid 1. Serdang, Selangor: INSPEM, UPM
(Akan terbit)
------------------------ --. 2012b. Penyembulan Etnosains Matematik
Berbahasa Melayu 400 M hingga 1905. Jilid 1. Serdang, Selangor:
INSPEM, UPM (Akan terbit)
Mabud S.A. 1987. Teori evolusiz Satu taksiran daripada sudut Islam.
Asasains. 2/87 dan 3/87; 1/88;
2/88, 3-6, 1/89: 6-11; 1/91: 28-37 (Terj.). Makalah asalnya , Theory of
evolution : an
essessment from the Islamic point of view terbitan Muslim Education
Quarterly 1987.
Seminar Al-Quran 83
2012
Diterbitkan semula oleh Kuala Lumpur: The Islamic Academy, Kuala
Lumpur 1991. Buku
beliau Theory of Evolution terbitan The Islamic Academy 1992 juga
berasaskan pada makalah beliau itu. 7
Mahayudin Hj. Y. 2000. Karjya Klasik Melayu-Islam. K. Lumpur DBP
Maheran J. 2006. Model Matematik Pelaburan Islam. Tesis D. Fal.
Pusat Pengajian ains Matematik, ”
UKM
Mahmud Y. 1969/1993. Tafsir Quran Karim. Klang: Klang Book
Centre. Asalnya terbitan di ~-Indonesia 1969
Maslow A. 1943. A Theory of human motivation. Psychological Rev.
50(4):370-396,-
---------- --. 1954. Motivation and Personality. N.York: Harper & Row
Muhammad Asad. 1980. The Massage of the Quran. New Era Pub. _
Nasr S.1-1. 1964/1992. Pengenalan Kosmologi Doktrin. Terjemahan
Terbitan DBP 1992. Drp snt. 1978 karya asalnya Introduction to
Islamic Cosmological Doctrines: Conceptions of Nature and Methods
M
Used for Its Study by the lkhwan Al-Safa, Al-Biruni, and Ibn Sinna,
Harvard Univ. Press
1964. Ada Rev. ed 1993 terbitan State Univ. N. York Press
Nature 340, August 10, 1989. 9
New Scientist 2004. An Open Letter to the Scientific Community. New
Scientist 22 May 2004. Ada juga di http:// www.cosmologystatement.
org. 17.-Okt. 2005 A
Nur al-Din al-Raniri. Lihat al-Raniri
Nur al-Dyn al-Raniry. Lihat al-Raniry
Osman B. 1987. Critique of Evolutionary Theory: A Collection of
Essays. Islamic K. Lumpur: Academy of Science and Nurin Enterprise
PerSiKiK. 2005. Laporan persidangan, The First Crisis in Cosmology
Confrenee oleh Ratcliffe ,
Progress in Physics 2005, vol.3 : 19-24; Pasca sidangnya oleh Lemer
E.J. & Almeida J .B
(Pnyut.). 2006. 1st Crisis in Cosmology Conference: CCC-1.Springer
84 Seminar Al-Quran
2012
Verlag.
---------- --. 2008. A Report on the Second Crises in Cosmology
Conference. Port Angeles, WA, USA,
8th to 11th September, 2008 oleh Ratcliffe. http://wwwhiltonratcliffe.
com/article008.htm
Pasca sidangnya oleh Potter F. 2009. 2nd Crisis in Cosmology
Conference, C CC-2.
Astronomical Society of the Pacific Conference Series Ratcliffe . 2005.
The First Crisis in Cosmology Confrence oleh Ratcliffe. Progress in
Physics 3 : 19-24
--------- --. 2008. A Report on the Second Crises in Cosmology
Conference. Port Angeles, WA, USA,
8th to 11th September, 2008 oleh Ratcliffe. http://wwwhiltonrateliffe.
com/article008.htm
Rematulla A. 1993. The Reaction of muslim Arab scholars to the
Darwinian Revolution. Muslim Eduction Quarterly. 10(4): 57-64
Rosenthal F. 1970/1992. Keagungan Ilmu. Terjemahan terbitan DBP
1992. Karya asalnya Knowledge Triumphant 1970
Russell R.J. 1988. Quantum physics in philosophical and theological
perspective. Dalam Russell R.
drk. 1988. Physics, Philosophy, and Theology: A Common Quest for
Understanding. Vatican City: Vatican Observatory Publications. Pp.
343-3 74
----------- --. 1993. Finite creation without a beginning: The doctrine
of creation in relation to Big Bang and quantum cosmologies. Dalam
Russell R.J. drk. 1993. Quantum Cosmology and the Laws of Nature.
Vatican City State: Vatican Observatory Pub. Pp. 49-89, 293-329
Russell R.J., Murphy N. & lsham C.J. (Pnyut.). 1993/1996. Quantum
Cosmology and the Laws of Nature. Vatican City State: Vatican
Observatory Pubs. 2”“ ed. 1996
Russell R.J., Murphy N. & Peacocke A.R. (Pnyut). 2000. Chaos and
Complexity: Scientific Perspectives on Devine Action. Vatican City
State: Vatican Observatory, and Berkeley: Centre for Theology and
Natural Sciences
Seminar Al-Quran 85
2012
Russell R.J., Stoeger W.R., George V. & Coyne C.V. (Pnyut.). 1988.
Physics, Philosophy, and
Theology: A Common Quest for Understanding. Vatican City: Vatican
Observatory
Publications.
Sa‘id Hawa. 1985. al-Asas fi al-Tafsir. Al-Qahirah (bahasa Arab). I
----------- --. 1986. al-Rasul. Singapura: Syarikat Kerjaya al-Mahmudah
(bahasa Arab)
Shaharir b.M.Z.. 1987/2000. Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains.
Snt. Ke-2. Bangi: Penerbit UKM. Snt pertama 1987
-----------------. 2003a. Some specific methodologies of relating
mathematical sciences and Islam
J.Is. Sc. 19 (1-2):1l1-126 A
--------------- --. 2003b. ) Sains dan teknologi Melayu sebelum
penjajahan Eropah. Jurnal
Antarabangsa Dunia Melayu. 1(2): 157-204 ~
--------------- --. 2004a. Dinamik Sebutir Dua Zarah Klasik: Penjana
Sains Matematik, Peguam Bela dan Penjana Nilai Serra Kontroversinya
Sepanjang Zaman. Bangi: Pusat Pengaj. Sn A Matema, UKM.
-------------- --. 2004b. Perjuangan menegakkan sistem nilai Islam
dalam pembinaan teori fizik. Majalah Fizik, Sains & Idea 4 : 18-27
----------------- -- 2006a. Pendekatan baru terhadap konsep optimum
Barat dan beberapa konsep optimum baru dalam acuan sendiri. Kesturi
2006, 16(1 &2): 55-96
---------------- --.2006b. Penganggaran nilai wustho pengaturcaraan
linear bermatlamat tunggal”,
Sem.Keb. Sn Matematik 14, 2006, PERSAMA-UM: 357-360
------------------ --. 2007a. Ulasan buku Wisnu Arya Wardhana,
“Melacak Teori Einstein dalam Al-Quran”. Yogyakarta: Pustaka
Pelajar 2005. Jawhar 4(1) Feb/Mac 2007 ms 17-30
----------------- --. 2007b. Beberapa judul dalam fizik matematik:
perspektif acuan sendiri. Kesturi
l7(l&2): 53-86. Bengkel Pemeribumian dan Pengislaman Sains &
Kejuteraan ASASI-UKM
86 Seminar Al-Quran
2012
di UKM 9 Feb 2007
------------------ --. 2008/2010. Pembinaan Semula Teori Kepemimpinan
dan Kepengurusan Rumpun
Melayu. Snt. kedua 2010 (snt. pertama 2008). K.Terengganu: UMT
------------------ --. 2010a. Laris, Terhiris dan Tergores: Ulasan buku
Quran Saintifik karya Dr. Danial Zainal Abidin .JurnaI Peradaban 3:
99-124
----------------- --. 2010b. Tiga dasawarsa Pengalaman Menyembulkan
Etnosains Matematik di Malaysia. Seminar ASASI-UNR1 12 Nov
2010
----------------- --. 2011a. Ulasan Buku Ary Ginanjar Augustian: ESQ
2008 . Blog Komshaha. Akan terbit dalam Jurnal Peradaban
----------------- --. 2011b. Rehlah ke Dunia Sains Islam Purwanto
bersama Ayat-Ayat Semestanya . “_*‘
Ulasan buku. Blog Komshaha
---------------- --. 2011c. Pengislaman ilmu sesungguhnya. Seminar on
Islamic Epistemology,
Universitas Syiah Kuala , Acih, anjuran 1lIT SEA dan Univ. Syiah
Kuala.
----------------- --. 201 ld. Kritikan Teori Kenisbian dan Teori Quantum.
P. Jaya, Selangor: ASASI.
----------------- --. 2012.A new paradigm in sustainability. Journal of
Sustainability Development 2012,
5( 1 ): 91 -99.
Shaharir b.M.Z. & Alinor M.b.A.K. 2011. Keperluan takrif baru
konsep keterlestarian. Wacana 2, Siri Wacana Keterlestarian dan
Tamadun. Wacana 2, Siri Wacana Keterlestarian dan Ketamadunan,
Pusat Dialog Peradaban, UM , 24 Jun 2011
Shaharir b.M.Z. & Sayed Omar 2009. Manuskrip MS781 Aaman
Khalq al-Samaawaht al-Ardh. PNM.
Dalam KuPELEMA. 2012a. Abstrak beberapa buah Manuskrip
Melayu-Jawi sebelum 1905 M dan Transliterasi Pilihannya. Akan
terbit oleh INSPEM, UPM.
Sulaiman N. 1989/1999. Sains Menurut Perspektif Islam. Cetakan ke-
Seminar Al-Quran 87
2012
9. Bangi: PPU. Cetakan pertamanya 1989.
Tan Malaka. 1943. Madilog. Jakarta: TePLOK Press. Terbitan pertama
1946, terbit kembali 1951, dan 2 kali 2000
‘Uthman El-Muhammady M. 2005. Konsep Nur Muhammad. di
Dunia Melayu dalam konteks Wacana Sunni: Satu Pengamatan Awal.
Siri Wacana Ilmiah DAMAI Dunia Melayu dan Islam
ATMA, UKM 21 Jun 2005
-------------------------------- --. 2004.The concept of the Muhammadan
light in malay-Islamic discourse in the context of Sunni Sacred
narrative: An Early Observation. International Seminar on Islamic
Thought (ISOIT), UKM
%%%%%%%%%
* Makalah Undangan di Seminar al-Quran anjuran Kerajaan Negeri
Pulau Pinang, 30 Jun 2012.

Anda mungkin juga menyukai