Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK


PRASEKOLAH BESTARI

Pengenalan
Jamuan akhir tahun adalah aktiviti tahunan yang diadakan bagi meraikan murid-murid
yang bakal tamat bersekolah di Prasekolah, manakala sambutan hari kanak-kanak
adalah sebagai menghargai murid sebagai kanak-kanak.

Matlamat
Jamuan akhir tahun sebagai sambutan terakhir pihak sekolah dengan murid-murid
prasekolah. Sambutan ini bermatlamat memupuk bakat dan kebolehan murid di
samping mewujudkan hubungan erat antara murid, ibu bapa dan warga kerja sekolah
dan memupuk kerjasama dan perpaduan.

Objektif
Sambutan hari kanak-kanak sedunia adalah satu acara penghormatan dan
pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan
acara sambutan juga diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat
keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa
depan kanak-kanak di Malaysia.

Rasional
Perasan disayangi dan dihargai akan membina satu situasi yang kondusif bagi kanak-
kanak membesar. Kestabilan emosi akan membolehkan kanak-kanak membesar
dengan ceria dan menjadi individu yang bersyukur dan hidup berkasih sayang.

Sasaran
Aktiviti yang dirancang ini adalah melibatkan 25 orang murid Prasekolah SK Bandar
Baru Sungai Lalang, guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid serta ibu
bapa.
Tarikh
22 November 2016 (Selasa)

Anggaran Perbelanjaan
Bil Perkara Unit Jumlah
1 Makanan untuk jamuan akhir 25 x RM 12.00 RM 300.00
tahun
2 Hamper Makanan 25 x RM 17.00 RM 425.00
Jumlah RM 725.00

Tentatif Program
Tarikh : 22 NOVEMBER 2016
Hari : Selasa
Masa : 7.30 Pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Prasekolah,

Penutup
Diharapkan melalui aktiviti ini, murid-murid dapat merasai kegembiraan dan bersyukur
dengan penghargaan yang diberikan kepada mereka. Murid-murid diharapkan dapat
mengingati kenangan manis mengharungi peringkat awal persekolahan. Semoga
murid-murid ini dapat menjadikan insan yang berguna dan berjaya untuk nusa,
bangsa dan agama hendaknya dan dapat memberi manfaat kepada semua orang di
sekeliling mereka.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

………………………………… ________________________
() ()
Guru Prasekolah, Guru Besar
SK Bandar Baru Sungai Lalang SK Bandar Baru Sungai Lalang

Anda mungkin juga menyukai