Anda di halaman 1dari 2

INTERVIEW QUESTIONS FOR CASE STUDY ENT530

… customer segments … channels … key activities


… value propositons … customer relationships … key resources
… key partners … cost structure … revenue streams

1. Bolehkah puan menceritakan serba sedikit latar belakang berkenaan perniagaan yang
puan jalankan? Sebagai contoh:
- Tarikh permulaan perniagaan dijalankan
- Apakah produk pertama yang telah menjadikan perniagaan ini berkembang?
- Mengapa bidang ini yang menjadi pilihan puan sedangkan bidang ini terdapat
banyak saingan di kawasan sekitar terutamanya di kawasan bandar?
- Adakah bidang bakeri ini menjadi salah satu hobi kegemaran?
- Sudah berapa tahun menceburi bidang bakeri?
- Bilangan pekerja-pekerja di bawah perniagaan puan.
2. Secara keseluruhan, terdapat berapakah produk yang dihasilkan oleh perniagaan
puan? Dan berapakah harga yang ditawarkan buat setiap produk?
3. Adakah puan menjalankan perniagaan ini sebagai kerjaya tetap atau sekadar untuk
mengisi masa lapang, hobi dan menambah lagi pendapat yang sedia ada?
4. Setiap perniagaan, pasti akan ada jatuh dan bangun. Jadi, apakah faktor atau perkara
utama yang menyebabkan puan kekal berada dalam perniagaan ini?
5. Apa cabaran utama dalam bidang bakeri ini?
6. Apakah antara tindakan yang dilakukan sekiranya hasil jualan perniagaan tidak
memberangsangkan?
7. Sepanjang perniagaan, adakah prestasi memberangsangkan?
8. Sepanjang perniagaan, apakah perkara yang memberi kesan yang mendalam
terhadap puan sendiri? (sekiranya ada berlaku kerugian besar, tekanan daripada
pihak lain)
9. Sebelum memulakan perniagaan, apa pemerhatian yang dilakukan oleh puan?
Adakah kawasan setempat puan agak sukar untuk mendapatkan makanan
berasaskan bakeri? Adakah kerana tawaran harga yang sangat tinggi?
10. Sekiranya pelanggan ingin mendapatkan produk puan, adakah mereka perlu membuat
tempahan terlebih dahulu atau produk itu sememangnya sedia ada dan boleh dibeli
pada bila-bila tanpa membuat tempahan?
11. Kami mendapati bahawa puan banyak mengeluarkan produk berasaskan kek. Jadi,
kawasan manakah yang menjadi keutamaan puan?
12. puan menjalankan perniagaan ini di mana? Adakah puan menyewa kedai atau di
rumah sahaja?
13. Mengapa orang perlu dapatkan produk puan? Adakah puan ada menyediakan kek
yang bersaiz kecil yang sesuai untuk dinikmati oleh sebilangan kecil keluarga? Atau
pelanggan boleh membuat sebarang permintaan dimana puan mampu untuk
memenuhinya?
14. Sekiranya terdapat pelanggan tetap yang sering membeli produk puan, adakah puan
akan memenuhi permintaannya walaupun permintaan tersebut agak sukar untuk
ditunaikan?
15. Bagaimanakah cara yang digunakan dalam mempromosikan produk puan?
16. Pada awal perniagaan, bagaimanakah puan ingin memberi tahu masyarakat bahawa
puan menjalankan perniagaan dalam bidang bakeri? Adakah puan memberi tester
kepada jiran tetangga?
17. Ada atau tidak menggunakan platform e-commerce dalam memasarkan produk
jualan?
18. Sebelum menghasilkan dan menjual sesuatu produk di pasaran, berapa kalikah
percubaan dilakukan sehingga puan betul-betul yakin bahawa tesktur dan rasa
makanan tersebut adalah yang terbaik untuk dijual?

This study source was downloaded by 100000849795555 from CourseHero.com on 11-02-2022 01:44:44 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/117440656/INTERVIEW-QUESTIONS-FOR-CASE-STUDY-ENT530pdf/
19. Di dalam perniagaan bidang bakeri ini, sudah tentu aktiviti yang paling utama adalah
aktiviti pembuatan. Tetapi, ada atau tidak aktiviti yang lain supaya perniagaan ini
dapat diteruskan?
20. Ada atau tidak puan membuat percubaan membuat kek menghasilkan resepi rekaan
puan sendiri?
21. Bagaimanakah puan ingin mengekalkan hubungan dengan pelanggan supaya mereka
akan membeli lagi produk puan pada masa akan datang?
22. Pernah atau tidak puan mengadakan sebarang promosi kepada pelanggan dalam
waktu-waktu tertentu?
23. Dalam mendapatkan sumber barangan mentah, dimanakah tempat yang sering
menjadi pilihan puan? Mengapa?
24. Ketika memulakan perniagaan, berapa banyak jumlah modal yang telah dikeluarkan?
25. Bidang bakeri ini adalah satu bidang yang memerlukan kemahiran, teknik dan
pengetahuan dalam mengendalikan pembuatan makanan bakeri. Sebagai contoh,
kemahiran dan teknik yang betul sangat diperlukan supaya kek yang dihasilkan tidak
menjadi bantat atau kering. Jadi, adakah puan menimba ilmu dengan mana-mana
orang atau puan belajar secara sendirian melalui sumber di internet sahaja?
26. Bagi menyediakan makanan berasaskan bakeri ini, mengambil masa yang banyak dari
segi membuat persiapan mendapatkan bahan mentah, melakukan proses seperti
mengadun, mengayak, membakar dan sebagainya yang sudah pasti puan sendiri
tidak menang tangan ingin melakukan kesemuanya secara sendirian. Maka, adakah
puan mengupah pekerja supaya bebanan kerja dapat dikurangkan sekaligus dapat
meningkatkan kuantiti keluaran produk?
27. Setiap individu yang menceburi bidang ini, sudah pasti akan ada beberapa peralatan
khas yang digunakan. Boleh puan berkongsi dengan kami, apakah mesin-mesin dan
peralatan lain yang puan gunakan?
28. Adakah sistem “agent” diwujudkan dalam perniagaan ini bagi membantu
meningkatkan pendapatan jualan?
29. Sekiranya terdapat tempahan daripada pelanggan luar kawasan dan mereka tidak
dapat mengambil di tempat puan, adakah puan akan menghantar tempahan tersebut
dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan seperti Lalamove, Grab atau puan
menghantarnya sendiri?
30. Secara purata, kami ingin mengetahui perbelanjaan bulanan yang dikeluarkan oleh
perniagaan ini dari segi perbelanjaan bahan mentah, utiliti (air dan elektrik), gaji
yang dibayar kepada pekerja.
31. Selain menjana pendapatan melalui penjualan produk, ada atau tidak membuat
perkara lain yang boleh menambah pendapatan di dalam perniagaan ini? Sebagai
contoh mengadakan kelas online atau menjual resepi ciptaan sendiri di laman media
sosial.

This study source was downloaded by 100000849795555 from CourseHero.com on 11-02-2022 01:44:44 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/117440656/INTERVIEW-QUESTIONS-FOR-CASE-STUDY-ENT530pdf/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai