Anda di halaman 1dari 3

NAMA : KAMILIA ADLINA BINTI KHIRUL ANUAR

KELAS : 5 IBNU SINA

JAWAPAN : PRA UJIAN BAHASA MELAYU

SOALAN 1 : MORFOLOGI
Empat kata terbitan berserta ayat.

i) menjayakan – Siti dan Farah bekerjasama menjayakan program Aman Palestin tempoh hari.

ii) mewujudkan – Sarah mewujudkan formula baru dalam subjek matematik.

iii) membuka – Seorang pemuda membuka matanya setelah beberapa hari terlantar di hospital.

iv) memahami – Optimis adalah satu inisiatif bagi mereka yang belum memahami cakera buana.

SOALAN 2 : SINTAKSIS
NYATAKAN POLA AYAT

FN + FN
FN + FA
FN + FK
FN + FS

FN + FA

FN + FK

SOALAN 3 : PENYUNTINGAN
SENARAIKAN DAN BETULKAN KESALAHAN.

PETIKAN 1
SALAH BETUL
berbagai pelbagai
ikatan hubungan
bukan tidak
menikmati dinikmati

PETIKAN 2
SALAH BETUL
berapa beberapa
di ke
renek rendang
sikat ikat

SOALAN 4 : BAHASA MELAYU STANDARD

Pada suatu hari, Tun Perak dating menghadap dan duduk di tanah bersama rakyat jelata. Bentara yang bergelar Seri
Amerta berkata kepada Tun Perak, “ Tuan Tun Perak, semua orang Klang dating menghadap bertujuan mengadukan
hal kepada Duli Yang Dipertuan. ” Seluruh orang teluk rantau menghadap lelaki; manakala Tun Perak menghadap
dengan membawa perempuan sekali.
SOALAN 5 : PERIBAHASA
PERIBAHASA YANG SESUAI
i) bagai aur dengan tebing

ii) muafakat membawa berkat

iii) rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan

SOALAN 6 :PETIKAN UMUM


JAWAB SOALAN

i) Berdasarkan bahan 1, maksud semasa krisis ialah keadaan genting.

ii) Merujuk bahan 1 dan bahan 2, usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan sector
pelancongan di Malaysia adalah dengan mempromosikan pelancongan di Malaysia dan menyediakan
peruntukan RM90 juta kepada Tourism Malaysia.

iii) Pada pendapat saya, peranan pelbagai pihak untuk memastikan sector pelancongan di Negara kita setaraf
dengan Negara Negara maju di dunia adalah dengan pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan
baharu yang dapat menarik minat pelancong asing, meningkatkan prasarana awam dan menggunakan teknik
pemasaran yang unggul.

iv) Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, cara untuk menerapkan amalan berbudi bahasa dalam
kalangan masyarakat adalah daripada bimbingan ibu bapa dari kecil, pihak kerajaan boleh mengadakan
kempen kesedaran atau ceramah dan memberi bantuan terutama kepada warga tua, warga istimewa, wanita
dan kanak-kanak.

SOALAN 7 : PETIKAN SASTERA


JAWAB SOALAN

i) Berdasarkan bahan 1, maksud amalkan ramai ramai ialah praktikkan bersama-sama.

ii) Berdasarkan semua bahan, kita perlu memartabatkan bahasa kebangsaan kerana bahasa menyatukan
semua kaum,melambangkan jiwa bangsa, dapat mengekalkan budaya bangsa dan supaya tidak hilang ditelan
zaman.

iii) Kesan penggunaan bahasa rojak ialah penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang, Bahasa
Melayu terjejas dan menurunkan kedudukan Bahasa Melayu.

iv) Perkara yang perlu saya lakukan untuk membetulkan semula penulisannya adalah dengan menegur rakan
saya secara personal dan memberi tunjuk ajar yang betul. Selain itu, memberitahu guru bahasa yang lebih
berpengetahuan.Seterusnya, berbincang dengan rakan tersebut dan bersama-sama membetulkan kesalahan
yang dilakukan.
SOALAN 8 : NOVEL
JAWAB SOALAN

i) Punca-punca pelancong dari Jepun gagal menyaksikan keseluruhan buruj orion di Kuala Selangor ialah
langit di kuala Selangor terlalu cerah, berlakunya pencemaran cahaya, Kuala Selangor telah mengalami kesan
negatif dan pembangunan pesat dalam masa yang singkat.

ii) Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Di sebalik Dinara karya Dayang Noor, terdapat
beberapa peristiwa yang boleh membawa kesedaran kepada pembaca iaitu peristiwa pertemuan Farisha
dengan Karl ketika Karl sedang nazak. Ketika bertemu, Farisha berjanji kepada Karl bahawa dia akan
sentiasa mengingati ayahnya itu. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa
menjaga hubungan kekeluargaan agar sentiasa erat. Seterusnya, peristiwa Azraai bekerjasama dengan
ayah dan ibunya menjaga Farisha sejak Farisha berumur 2 tahun. Azraai turut memastikan mikrocip mesti
kekal dalam tubuh Farisha dan Azraai turut menyerahkan fail yang mengandungi macam-macam surat
arwah ayah tentang maklumat Farisha Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar
menjaga sentiasa menjaga amanah yang diberikan oleh orang tua untuk menjaga adik-beradik.

Anda mungkin juga menyukai