Anda di halaman 1dari 3

Nama: Umar bin Rashdan

Sutdent I.D: 2020952259

Group: LWB01E

1) Analisa:

Novel ‘In the Eyes of Darkness’ adalah novel ‘thriller’ yang dikaryakan oleh Dean Koontz and
diterbitkan pada tahun 1981. Novel tersebut mengikuti kisah Cristina Evans setelah kematian
anaknya Danny.

Danny mengikuti lawatan berkhemah ke gunung bersama ketua yang sudah mengetuai
lawatan yang sama sebanyak enam belas kali. Secara tiba-tiba, semua orang termasuk yang
mengikuti lawatan tersebut termasuk Danny didapati meninggal dunia tanpa sebab yang diketahui.
Setahun selepas kematian Danny, Cristina ternampak seorang budak yang serupa dengan Danny
dalam kereta orang lain. Ciri-ciri wajah budak tersebut sama dengan Danny dan Cristina mula berfikir
jika budak tersebut adalah anaknya yang sudah meninggal setahun lalu.

Jelas bahawa Cristina walaupun sudah setahun selepas kematian anaknya, masih tidak dapat
redha akan apa yang telah terjadi. Dia teringat balik ketika dia baru sahaja diberitahu akan kemation
anak kesayangnya. Dia diberitahu oleh pihak polis bahawa mayat Danny dalam keadaan sangat teruk
dan dinasihati agar tidak tengok mayat anaknya. Cristina mengikuti nasihat tersebut dan Danny
dibumikan dengan ‘closed casket funeral’. Cristina menggunakan sebab ini untuk memberitahu diri
sendiri bahwa anaknya masih hidup. Malangnya, budak tersebut bukan Danny.

Ia didedahkan dalam novel bahawa Danny masih hidup tetapi telah dibawa ke sebuah fasiliti
tentera. Sebabnya adalah kerana Danny dijangkiti dengan sejenis mikroorganisma berbahaya yang
bernama Wuhan-400. Seorang ahli saintis yang bernama Li Chen mempunyai data mengenai ‘bio-
weapon’ terbahaya yang keluar dari makmal RDNA di luaran bandar Wuhan.

Hal ini menyebabkan banyak pembaca amat terkejut sampai pada waktu seketika, novel ini
menjadi topik tular di media sosial. Banyak orang membuat anggapan bahawa penulis novel, Dean
Koontz meramalkan situasi sedunia sekarang 40 tahun lepas. Hal ini menyebabkan banyak artikel
ditulis tentang novel tersebut.Kebanyakan artikel menjelaskan bahawa ramalan Dean Koontz hanya
kebetulan sahaja. Menceritakan bahawa walaupun dating dari tempat yang sama, kedua-dua
penyakit adalah berbeza. Sebagai contohnya, kadar kematian Wuhan-400 adalah 100% manakala
Covid-19 adalah agar-agar 3% sahaja.

Dalam novel tersebut, Wuhan-400 dianggap sebagai ‘The perfect weapon’ kerana hanya
manusia sahaja yang akan dan boleh dijangkiti mikroorganisma tersebut. Pengunaan senjata
biological bukan sahaja berada dalam dunia novel, malangnya penggunaan senjata biologi adalah
kebiasaan pada zaman sekarang. Contoh senjata tersebut termasuk, Anthrax, Botulism dan Variola.
Penggunaan senjata biologikal memang berbahaya terutamanya kalua tidak dikawal.
2) Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, novel ini sangat menarik dan mempunyai banyak ciri ‘horror thriller’
yang tolong membuatkan cerita yang disampaikan oleh Dean Koontz. Pada pandangan saya,
walaupun cerita ini mempunyai ciri-ciri mistik, penggunaan konsep seperti senjata biological
amat menarik terutamanya dalam keadaan semasa.

Saya berasa bahawa pengunaan senjata biological seperti Wuhan-400 adalah perbuatan
yang tidak mempunyai sebarang kebaikan. Saya berasa bahawa tiada alasan yang boleh
diberikan untuk membenarkan sebarang perbuatan.

Saya terkagum akan watak Tina Evans. Apa yang dia sanggup buat untuk dapat anak dia
balik, kesusahan dan kesedihan yang dihadapinya dalam setahun setelah kematian Danny. Saya
diingatkan akan kesayangan seorang ibu terhadap anaknya sendiri.

Dalam perspektif Islam pula, pengunaan senjata biological dengan tujuan untuk menjajah
atau membunuh orang adalah haram. Dipetik daripada ayat 32 Surah Mad’iah yang berkata,
“maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya.”
Kekuatan dalam menharungi dugaan yang ditunjuk oleh Tina Evans boleh dicontohi sebagai
seorang Muslim walaupun Tina bukan seorang watak beragama Islam. Kita sebagai manusia
akan sentiasa menghadapi cabaran, kesusahan dan dugaan sepanjang hidup kita. Walau
bagaimanapun, kami tetap harus mengkuatkan hati kita dan mengharungi dugaan masing-masing
seperti yang dibuat oleh Tina. Tapi sebagai orang Islam, kita juga harus menguatkan iman
kepada Allah SWT dan memahami bahawa dugaan yang dihadapi adalah tanda peringatan agar
sentiasa ingat pada Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai