Anda di halaman 1dari 4

Tekno RE Consulting Sdn. Bhd.

(1338551-U)
S-07-11, Trion Permai, Jalan Equine,
Pusat Komersial Taman Equine.
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, Selangor

TRE.YOM.2022.04.10

10 April, 2022
Zainudin Muhamad,
24A, Jalan Wau C 11/C,
Seksyen 11,
40000 Shah Alam,
Selangor.

Ybhg Tuan,

PER: KERJASAMA YAYASAN OHSEM (YOM) – TEKNO-RE CONSULTING SDN


BHD (TRE) DALAM PROJEK :

1. KITAR SEMULA & KOMUNITI TANPA SAMPAH 2030

2. TEKNOLOGI PEMULIHAN BAHAN PINTAR (SMaRT) dan EKONOMI KITARAN


- LANDFILL MINING

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas dan cadangan kerjasama antara Yayasan
Ohsem Malaysia (YOM) dan Tekno RE Consulting Sdn. Bhd. (TRE) serta Kelantan
Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM).

Kerjasama yang dicadangkan akan melibatkan projek seperti yang dinyatakan di atas. Ia
merupakan projek yang akan mampu menjana peluang ekonomi disamping
menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal dan alam sekitar.

Projek 1. Kitar Semula & Komuniti Tanpa Sampah 2030 (KTS2030)

Selaras dengan teras ke-tiga YOM iaitu membangun masyarakat yang mengutamakan
penjagaan kelasterian alam sekitar, projek kitar semula Komuniti Tanpa Sampah 2030
akan merupakan manifestasi inisisatif YOM mencapai kelasterian di kalangan komuniti di
Malaysia melalui aktiviti kitar semula.
KTS2030 akan melibatkan komuniti setempat yang akan mengambil bahagian
mengasingkan sisa pepejal. Komuniti akan perlu dilatih serta disediakan kemudahan-
kemudahan supaya mereka dapat menjadikan sisa buangan sebagai satu pendapatan.

Pusat Kitar Semula (PKS) atau waste bank akan diwujudkan berdekatan dengan
komuniti-komuniti tersebut. Pusat-pusat komuniti seperti masjid dan surau, dewan
komuniti malah usahawan dapat mengambil bahagian supaya sisa yang telah diasingkan
dapat dikumpulkan. Selain itu, beberapa pusat pengumpulan(collection center) dpat
dibangunkan supaya ia dapat menyediakan kemudahan yang lebih baik terutama logistik
dan mesin pemprosesan supaya bahan tersebut dapat dijual kepada pihak pengilang.
Diantara yang telah menyatakan minat untuk mengambil sisa plastik adalah Angkasa
Kowaris Plastics Sdn. Bhd.

Melalui sistem e-dompet seperti Komeps, pembayaran kepada komuniti, pusat kitar
semula dan pusat pengumpulan dapat dilakukan secara digital tanpa menggunakan wang
tunai.

Projek KTS2030 merupakan strategi 'landfill diversion' yang dapat mengurangkan kuantiti
sampah dibuang ke tapak pelupusan sampah. Di samping itu, ia merupakan sumber
ekonomi baru terutama kelompok B40 yang terlibat dalam rantaian nilai ekonomi kitaran
ini.

Secara anggaran, dijangka setiap PKS yang memberi khidmat kepada 500-1000 buah
rumah kediaman, dapat menjana perolehan bulanan sebanyak RM3,000 – RM5,000 dan
manakala PPO akan mampu menjana perolehan sebanyak RM35,000 iaitu pengumpulan
daripada jualan 5 PKS disasarkan buat permulaan. Melalui fasiliti kewangan yang boleh
disediakan oleh agensi-agensi kerajaan dan perbankan melalui sokongan YOM, setiap
PKS memerlukan modal pusingan sebanyak RM10,000 manakala PPO sebanyak
RM50,000.

Seperti yang telah dimaklumkan, KTS2030 dicadangkan untuk dilancarkan dengan


kerjasama dengan Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid Negeri Kelantan akan
bermula di Masjid Ismail Petra Tanah Merah dan Masjid Al Muhibbin Kg Kalai Jeli.
Fasa Pelaksanaan Projek Kitar Semula di seluruh masjid Negeri Kelantan dicadangkan
seperti berikut:

• Tanah Merah & Jeli, April – Jun 2022


• Kota Bharu & Pengkalan Chepa & Bachok, Mei – Julai 2022
• Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat, Jun – Ogos 2022
• Pasir Puteh & Machang & Ketereh, Julai – Oktober 2022
• Gua Musang & Kuala Krai, Oktober – Disember 2022

Keseluruan masjid yang terlibat adalah disasarkan sebanyak 50 buah.

2. TEKNOLOGI PEMULIHAN BAHAN PINTAR (SMaRT) dan EKONOMI KITARAN


PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Merupakan satu teknologi yang akan digunakan untuk pengolahan sisa pepepjal di tapak
pelupusan. Ia merupakan satu kaedah selamat menggunakan kaedah penyelesaian
secara teknologi-bio berbanding kaedah konvensional yang tidak mengamalkan ekonomi
kitaran.

Kaedah ini akan membolehkan bahan-bahan yang tertanam di tapak pelupusan dapat di
tukarkan kepada produk hiliran bernilai tinggi sepert baja, bahan kitar semula contohnya
resin, kayu plastik (plastic lumber) serta dapat menghasilkan Refuse-Derived Fuel (RDF)
sebagai sumber bahan boleh diperbaharui untuk penghasilan bahan kimia, minyak dan
tenaga. Secara anggaran, projek ini akan mampu menjana pendapatan sebanyak RM11
juta setahun untuk penghasilan baja.

Pendekatan ini mensasarkan sebanyak 80-90% MSW dapat dikitar semula. Dalam jangka
masa yang panjang, tapak pelupuasan sedia ada dapat dikecilkan seterusnya
pemprosesan sampah baru dapat dilaksanakan dalam kawasan yang lebih kecil. Ia juga
akan mengelakkan pembukaan tapak pelupusan yang baru. Secara anggaran, kerajaan
negeri akan mendapat penjimatan lebih RM50 juta dalam tempoh 20 tahun berbanding
kaedah konvensional pengurusan tapak pelupusan sampah.

Projek yang dicadangkan secara ekonomi kitaran ini akan membuka peluang besar dalam
ekonomi dan sosial. Ia akan membuka peluang pelaburan terutama dalam sektor
perkilangan kitar semula dan pemprosesan hiliran yang sudah pastinya menjadi
pendapatan baru kepada kerajaan negeri. Selain itu, ia akan membuka peluang pekerjaan
yang ramai. Selain itu, projek ini akan dapat mampu mengurangkan impak alam sekitar
seperti penghasilan gas rumah hijau dan pencemaran air serta tanah dalam jangka masa
yang panjang.

Kami mencadangkan projek seperti ini tidak tertumpu kepada tapak pelupusan yang
sedang beroperasi, tetapi ia juga dapat difokuskan kepada tapak pelupusan yang telah
ditutup supaya tanah tersebut dapat digunakan untuk projek-projek berimpak tinggi
seperti perumahan dan industri.

Adalah diharapkan, projek seperti ini akan mendapat sokongan penuh daripada kerajaan
supaya projek inisiatif swasta ini akan mampu dibangunkan. Pihak kami ingin memohon
cadangan ini dapat diperpanjangkan kepada pihak kerajaan khususnya KUM melalui
kerjasama strategik bersama Yayasan Ohsem Malaysia ini

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,

Asmadi Md. Said


Pengarah Eksekutif,
Tekno-RE Consulting Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai