Anda di halaman 1dari 27

SEJARAH DUNIA

(SEMESTER 1)
INSTITUSI
PEMERINTAHAN
RUSSIA

NAMA PEBENTANG : NURAINA FARISYA


PETA RUSSIA
DEFINISI PEMERINTAHAN
•SEBUAH KERAJAAN YANG ADA KUASA UNTUK MEMERINTAH
MENGENDALI , MENGURUS DAN MEMELIHARA KEDAULATAN NEGARA
TERSEBUT.
PEMERINTAHAN RUSSIA

SISTEM PEMERINTAHAN RUSSIA TELAH MENGGAMALKAN



SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA BERMULA PADA TAHUN 1547 –
1917 .
MAHARAJA RUSSIA DIGELAR “TSAR” DI RUSSIA . GELARAN

“TSAR” DIAMBIL DARI CAESAR (MAHARAJA) YANG DIGUNAKAN
OLEH PARA PEMERINTAH ROM TIMUR .
• IVAN IV MERUPAKAN RAJA PERTAMA YANG MENGGUNAKAN
GELARAN TSAR DAN PENGGUNAAN BERAKHIR PADA DINASTI
ROMANOV PADA TAHUN 1917 .
KEDUDUKAN
MAHARAJA RUSSIA
• KEDUDUKAN TERTINGGI
* Kedudukan TSAR adalah kedudukan tertinggi dalam struktur masayarakat , maharaja juga merupakan
ketua dalam setiap bidang pemerintahan dan berhak membuat keputusan .

• BERKUASA MUTLAK
* Pemerintahan bercorak autokratik , dimana maharaja berhak membuat segala keputusan .
* Ivan mengistiharkan kanun undang-undang baru pada 1550 , dengan menubuhkan perwakilan feudal
(zemskii sobor) pertama di Russia dan Berjaya melemahkan orang Tartar dengan menguasai Kazan .

• HAK ISTIMEWA
* Kekebalan dari segi undang-undang dan diberi pelbagai kemudahan istimewa . Segala kata TSAR akan
dirujuk dan dianggap sebagai undang-undang .
PERANAN MAHARAJA RUSSIA
• KETUA NEGARA
* TSAR sebagai ketua negara dan berkuasa mutlak dalam pentadbiran .
TSAR berkuasa dalam politik , ekonomi dan sosial . Contohnya , pada zaman
pemerintahan TSAR NICHOLAS II .
• MELANTIK MENTERI
*Sistem pemerintahan Beraja di Russia , TSAR berkuasa untuk melantik Menteri untuk
mengukuhkan kedudukannya .
* TSAR juga berkuasa untuk memecatkan Menteri yang dianggap menentangnya
dalam pemerintahan . ( semasa pemerintan TSAR NICHOLAS II )
* TSAR akan melantik Menteri yang bagus dan Menteri yang boleh dipercayainya .
* Menteri dianggap sebagai tulang belakang kerajaan .

• BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA KEAMANAN NEGARA


* TSAR bertanggungjawab dalam menjaga keamanan dan keselamatan seluruh
negara Russia .
* Pemerintahan MICHEAL RAMANOV , yang mana Berjaya mempertahankan Russia
daripada pencerobohan asing dengan menjadikan beberapa buah bandar yang berkubu
di selatan untuk menentang Tartar dan Turki .
• MENGETUAI KETENTERAAN
* Dasar perluasan wilayah mendorong kepada Russia mengawal ketenteraan .
* Russia sering terancam menyebabkan pemerintahan Russia memperkuatkan tenteranya
, seperti yang dilakukan oleh PETER THE GREAT .
* PETER THE GREAT menambahkan peruntukan ketenteraan pusat dan memberi
keutamaan kepada pertahanan negara Russia .

• MENGUASAI EKONOMI
* TSAR bertanggungjawab memajukan ekonomi supaya negara bertambah maju dan
stabil .
* Kesungguhan pemerintah Russia dapat dilihat untuk memajukan ekonomi pada
pemerintahan PETER THE GREAT , TSAR ALEXANDAR II dan TSAR NICHOLAS II .
* PETER THE GREAT juga telah menggalakkan kilang perindustrian membuat senjata
peralatan tentera , pembuatan makan dan sektor pembuatan seperti tekstil ,kertas dan kaca
.
• SEBAGAI KETUA AGAMA KRISTIAN
* TSAR bertanggungjawab dalam mengukuhkan dan menyuburkan agama
Kristian Ortodoks .
* TSAR perlu memastikan setiap rakyat mengamalkan agama .
* Contohnya , pada pemerintahan PETER THE GREAT tawarkan kemewahan ,
kebendaan dan yang mempunyai tanah akan dirampas jika tidak mengamalkan
agama Kristian Ortodoks .
• PERUNDANGAN
• Baginda mengetuai system pentadbiran undang-undang di Russia .
• TSAR juga berperanan sebagai ketua hakim negara dan melantik hakim untuk
mengendalikan kes .
• Semasa pemerintahan TSARINA Catherine Agung , menubuhkan Suruhanjaya
Perundangan .
• TSAR Alexander ii pula memperkenalkan prinsip perundangan Barat di Russia .
• TSAR menjalankan perbicaraan secara terbuka dan memperkenalkan system juri .
SOSIAL
• TSAR bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat .
• TSAR menyediakan kemudahan asas serta peluang Pendidikan kepada rakyat .
DASAR PEMERINTAHAN
DINASTI ROMANOV
TSAR PETER THE GREAT (1689-1725)
Dasar yang dijalankan semasa pemerintahan Tsar Peter The Great :
• Merombak institusi pentadbiran .
• Menubuhkan badan perundangan , iaitu Colleges dan Majlis Senat .
• Menekankan pembangunan industry berat dan industri pembuatan .
• Memberi pelbagai insentif dan subsidi untuk membangunkan sektor
perindustrian .
• Sediakan kemudahan infrastruktur
• Memberi kebebasan dalam bidang penerbitan akhbar dan majalah .
• Menggalakkan pemodal-pemodal asing mendirikan kilang di Russia .
• Memperkenalkan cukai tidak langsung dan cukai kepala untuk
menambahkan perbendaharaan negara .
• Menghantar pelajar-pelajar ke Eropah Barat bagi mempelajari kepakaran dalam
bidang baharu .

• Mendirikan sekolah seperti The Navigator School , Naval Academy dan banyak lagi

• Memperkenalkan penerbitan surat khabar yang pertama di Russia .

• Menggalakkan kegiatan penterjemahan bahan-bahan bacaan dari luar negara .

• Mengurangkan kuasa dan keistimewaan yang dimiliki oleh institusi gereja .

• Meletakkan pentadbiran gereja dibawah bidang kuasanya .


TSARINA CATHERINE THE
GREAT (1762-1792)
Dasar yang dijalankan semasa pemerintahan Tsarina Catherine
The Great :
• Menyusun semula sistem pentadbiran di peringkat provinsi
dan daerah .
• Melantik gabenor dan naib gabenor bagi menguruskan
pentadbiran di peringkat provinsi .
• Menubuhkan Suruhanjaya Perundangan pada tahun 1766
bagi mengubal kod undang-undang negara .
• Mengambil Langkah-Langkah untuk mengawal institusi
gereja .
• Mengambil tindakan memilik negarakan harta dan kekayaan
gereja .
• Mendirikan sekolah dan akedemi di seluruh negara .
• Menghantar anak-anak raja ke England untuk menuntut ilmu dalam bidang
pertanian .

• Memperkenalkan Pendidikan bagi golongan Wanita daripada kelas atasan .

• Melancarkan dasar peluasan kuasa bagi menambmah wilayah Russia .

• Tentera Russia Berjaya menawan Crimea , Poland dan berperang dengan Sweden .
TSAR ALEXANDER I (1801-1825)

Dasar yang dijalankan semasa pemerintahan Tsar Alexander I :


• Dasar pemerintahan terdiri daripada dasar liberal dan dasar
antiliberal .
• Menubuhkan badan penasihat yang terdiri daripada golongan
berfahaman liberal .
• Mengawal pasukan polis politik khas daripada melakukan
penyeksaan terhadap tahanan politik .
• Membebaskan tahanan politik .
• Menubuhkan 3 buah university dan memperkenalkan sistem
persekolahan awal.
• Mengadakan pilihan raya bagi memilih anggota Duma dan
Parlimen .
• Memberikan hak kepada gologan petani dan hamba untuk memilih anggota
Duma .

• Meluluskan undang-undang untuk membebaskan golongan hamba .

• Mengeluarkan undang-undang untuk menapis buku-buku sekolah .

• Membatalkan rancangan membebaskan hamba .

• Memberikan kuasa kepada Gereja Ortodoks Russia dalam bidang Pendidikan .


TSAR NICHOLAS I (1825-1855)

Dasar yang dijalankan semasa pemerintahan Tsar


Nicholas I :
• Mengambil tindakan tegas untuk menyekat
perkembangan liberalisme .
• Mengehadkan kemasukan pelajar-pelajar ke sekolah
menengah .
• Melantik polis rahsia untuk mengawasi pelajar-pelajar
yang menuntut di universiti .
• Melarang pelajar-pelajar dan orang ramai membaca
karya-karya yang diharamkan .
• Mengenakan pelbagai sekatan terhadap golongan
penulis di Russia .
• Melakukan penapisan terhadap karya-karya yang dihasilkan .

• Mengambil tindakan keras terhadap golongan intelek yang menentang


pemerintahannya .

• Mengambil tindakan tegas terhadap golongan anti-Slavophil yang mahu


menggulingkan pemerinahan Tsar .

• Melancarkan dasar peluasan kuasa di Parsi dan di kawasan strategik sepanjang


Sungai Timur sehingga China .

• Melancarkan peperangan dan mengalahkan Poland pada bulan September 1831 .


TSAR ALEXANDER II (1855-1881)

Dasar yang dijalankan semasa pemerintahan Tsar Alexander ii :


• Mengamalkan dasar tolak ansur dalam pemerintahan .
• Menamatkan Perang Crimea dan mengalihkan perhatian
kepada masalah dalam negara .
• Membebaskan golongan hamba menerusi Titah Perintah
Emansipasi .
• Memecahkan monopoli golongan bangsawan dalam Dewan
Perhimpunan .
• Meluluskan rang undang-undang penubuhan Majlis Daerah
(Zemstvos) di Russia pada tahun 1864 .
• Memperkenalkan sistem perundangan Barat dalam pentadbiran undang-undang
Russia .

• Memperkenalkan sistem juri dan perbicaraan secara terbuka .

• Mewajibkan semua lapisan rakyat berkhidmat sebagai anggota pasukan tentera .

• Menggalakkan kemasukan modal daripada luar untuk membangunkan sektor


perindustrian .

• Membagunkan kemudahan infrastruktur .

• Memberi kebebasan dalam bidang penerbitan akhbar dan majalah .


TSAR ALEXANDER III (1881-189)
Dasar yang dijalankan semasa pemerintahan Tsar Alexander iii
:
• Mengambil tindakan agresif untuk mengekang golongan
revolusioner .
• Mengawal pentadbiran di universiti dan sekolah .
• Menyingkirkan guru-guru yang mengamalkan fahaman liberal
.
• Menyekat penerbitan akhbar dan menutup 14 buah akhbar
tempatan .
• Melantik kapitan tanah yang mempunyai kuasa mutlak
terhadap pengawai tempatan lain .
• Melaksanakan pembaharuan dalam keanggotaan Zemstvos .
• Melantik golongan kapitan tanah sebagai anggota Zemtvos .

• Melarang golongan cerdik pandai bertanding untuk kerusi Majlis Tempatan .

• Melaksanakan dasar pengurusiaan bagi menbendung sentiment kebangsaan .

• Memperkenalkan peubahan bagi mempertahankan peranan dan kedudukan Gereja


Ortodoks Russia .

• Mengenakan sekatan terhadap Gereja Lutheran Protestan di wilayah sekitar Laut Baltik .

• Mengamalkan dasar anti orang yahudi .

• Memperkenalkan kuota bagi mengehadkan kemasukan pelajar Yahudi di institusi


pengajian tinggi .
TSAR NICHOLAS II (1894-1917)
• Tsar Nicholas ii merupakan Tsar terakhir yang memerintah
Russia .
• Baginda meneruskan pemerintahan bercorak autokratik .
• Semasa pemerintahan Tsar Nicholas ii , berlaku
perkembangan pesat dalam bidang peindustrian .
a) Baginda menggalakkan pelabur dari Perancis , Inggeris
dan Jerman melabur dalam bidang perindustrian .
b) Baginda juga mendapatkan pinjaman dari luar negara
untuk membangunkan sector perindustrian .
• Tsar Nicholas ii mengambil Langkah menbendung mogok
dan tunjuk perasaan Russia melalui kemunculan parti-parti
politik .
• Pada tahun 1904 , tercetus Perang Russia-Jepun . Kekalahan Russia dalam
peperangan ini menjejaskan kewibawaan Tsar Nicholas ii .
• Rakyat mula mempersoalkan kekuatan pasukan tentera kerjaan pusat .
• Peristiwa Ahad Berdarah menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap
Tsar Nicholas ii .
• Kegiatan mogok dan tunjuk perasaan diadakan di seluruh Russia .Parti
politik seperti Menshevik , Bolshevik dan Revolusioner Sosialis turut
menganjurkan mogok .
• Tsar Nicholas ii mengisytiharkan Manifesto Oktober , 1905 untuk
menghentikan kritikan terhadap pemerintahannya .
• Akhirnya , Tsar Nicholas ii digulingkan dalam Revolusi Russia pada bulan
Mac 1917 .
INSTITUSI PEMBESAR DI RUSSIA

• Semasa pemerintahan monarki , raja dibantu oleh golongan pembesar yang dikenali sebagai
Boyar .
• Golongan pembesar terdiri daripada golongan aristocrat yang memberikan taat setia kepada
raja .
• Mereka terdiri daripada golongan tuan tanah yang kaya dan memegang jawatan penting dalam
kerajaan .
• Raja beri kuasa kepada mereka agar golongan ini dapat mentadbir Kawasan tertentu dan
mempunyai pengikut yang ramai .
• Pembesar juga berkuasa untuk memungut cukai dan melaksanakan undang-undang di kawasan-
Kawasan yang mereka kuasai .
PERANAN PEMBESAR

• Pembesar membantu Tsar dalam pentadbiran pada


peringkat pusat dan wilayah .
PEMERINTAHAN • Memberi nasihat kepada Tsar tentang hal ehwal
pentadbiran negara .
• Membantu Tsar dalam mengendalikan hal ehwal
kehakiman negara .
KEHAKIMAN • Tsar melantik hakim,majistret, dan juri daripada
golong pembesar untuk kendalikan kes .
• Membantu Tsar dalam bidang ketenteraan .
KETENTERAAN • Membantu Tsar dalam merancang strategik serta
berperanan sebagai panglima perang .
• Pembesar memiliki tanah pertanian yang luas
EKONOMI diusahakan oleh golongan petani dan hamba .
• Mengutip cukai daripada penduduk .

• Memimpin dan menguasai institusi gereja


Kristian Ortodoks .
KEAGAMAAN • Sebelum zaman Peter The Great , institusi
gereja berpengaruh dalam bidang keagamaan ,
ekonomi dan politik .

Anda mungkin juga menyukai