Anda di halaman 1dari 3

Raja bermaksud seseorang yang menduduki hierarki yang

teratas dalam sebuah system pemerintahan. Di rusia, maharaja


dikenali sebagai Tsar. Rusia telah mengamalkan sistem
pemerintahan beraja bermula tahun 1547 sehingga tahun
1917. Sistem pemerintahan Rusia adalah diwarisi daripada
sistem pemerintahan empayar Byzantine selepas berlakunya
perkahwinan Ivan III dengan cucu maharaja Byzantine yang
terakhir iaitu Sophia pada tahun 1469. Sistem pemerintah di
Rusia menggunakan konsep caesaropapism iaitu konsep
gabungan unsur agama dan politik yang menghendaki rakyat
taat setia kepada pemerintah Rusia. Memang tidak dapat
dinafikan yang maharaja mendominasi system pemerintahan di
rusia namun begitu, maharaja juga mendominasi dalam
perkara lain di rusia pada abad ke 16 hingga 20 masihi.

Maharaja di rusia mendominasi sistem pemerintahan di


rusia sebagai ketua negara. Maharaja Rusia berperanan
sebagai ketua Negara atau ketua kerajaan yang berkuasa
mutlak dalam pentadbirannya.Baginda berkuasa dalam bidang
politik,ekonomi dan sosial seperti zaman pemerintahan Tzar
Nicholas II. Tsar Rusia berkuasa dalam menentukan hubungan
luar negeri atau hubungan diplomatik dengan Negara-negara
Eropah seperti Jerman untuk melatih tentera Rusia. Tuntasnya,
maharaja rusia mendominasi sistem pemerintahan di Rusia.

Selain itu, maharaja Rusia juga akan Melantik


Menteri. Dalam sistem pemerintahan beraja Rusia,Tsar juga
mempunyai kuasa melantik menteri bagi mengukuhkan
kedudukannya. Tsar juga berkuasa untuk memecat menteri
yang dianggap menentangnya dalam pemerintahan.
Contohnya, semasa pemerintahan Tsar Nicholas II, Tsar akan
memilih dan melantik menterinya  yang benar-benar boleh
dipercayai dan mampu mentadbir kerajaan. Menteri diibarat
sebagai tulang belakang atau penyokong kuat kerajaan. Hal ini
kerana,kuat atau lemah seseorang pemimpin bergantung
kepada golongan menteri. Tuntasnya, maharaja di rusia akan
melantik menteri.

Di samping itu, maharaja rusia Bertanggungjawab


menjaga keamanan negara. Tsar Rusia bertanggungjawab
untuk memilih,menjaga keamanan dan keselamatan seluruh
Negara Rusia daripada ancaman musuh. Sehubungan dengan
itu,Tsar telah mengetuai ketenteraan untuk menjaga keamanan
dan dasar perluasan wilayah.Oleh sebab Rusia sering
terancam,pemerintah Rusia memperkuat tenteranya dengan
menambah peruntukan ketenteraan seperti yang dilakukan
oleh ‘Peter the Great’.Peter telah memastikan peruntukan
perbelanjaan pusat memberi keutamaan kepada pertahanan
negara Rusia. Jelaslah bahawa maharaja rusia
bertanggungjawab menjaga keamanan negara.

Lantaran itu, Maharaja akan Mengetuai bidang ekonomi di


Rusia. Pemerintah Rusia juga bertanggungjawab memajukan
ekonomi supaya Negara bertambah kukuh dan stabil.
Kesungguhan pemerintah Rusia dalam memajukan ekonomi
dapat dilihat semasa pemerintahan Peter the Great,Tzar
Alexander II dan Tzar Nicholas II. Semasa Peter the Great,
beliau telah manggalakkan pembangunan industri perkilangan
membuat senjata,peralatan tentera, pembuatan makanan,
sector pembuatan tekstil, kertas, kaca dan barangan kulit.
Industri besi dan keluli juga dimajukan di Ural sehingga Rusia
muncul sebagai pembekal besi utama untuk paaran Eropah
pada abad ke-18. Tegasnya maharaja akan mengetuai bidang
ekonomi di rusia.

Akhir sekali, maharaja akan menjadi Ketua agama


Kristian. Pemerintahan Rusia juga berperanan sebagai ketua
agama dan bertanggungjawab memperkukuh serta
menyuburkan ajaran Kristian Ortodoks.Pemerintah Rusia perlu
memastikan rakyatnya sentiasa mematuhi pengamalan agama.
Sebagai contoh, pemerintahan Peter the Great telah
memberikan tawaran kemewahan dan kebendaan serta ada
yang diugut yang mana tanah mereka akan dirampas jika tidak
menukar agama. Bagi menjayakan hasratnya, beliau telah
mengarahkan mubaligh kristian mempelajari bahasa
masyarakat tempatan, menterjemahkan kitab Bible ke dalam
bahasa tempatan dan menghantar mubaligh tinggal bersama
keluarga yang menjadi sasaran pemerintah.Tuntasnya,
maharaja di rusia mendominasi dalam keagamaan juga.

Kesimpulannya, maharaja di rusia mempunyai banyak bidang


kuasa namun begitu, ternyata bahawa maharaja mendominasi
sistem pemerintahan di rusia. Kedudukan dan peranan Tsar di
Rusia sememangnya tidak banyak bezanya dengan kedudukan
dan peranan raja atau maharaja di Negara-negara lain di dunia
ketika itu. Akhirnya, kedudukan dan peranan Tsar tamat
setelah berlakunya Revolusi  1917 di Rusia yang akhirnya
menjadikan Rusia sebagai sebuah Negara Republik dan
dipimpin oleh seorang Presiden.

Anda mungkin juga menyukai