Anda di halaman 1dari 1

“Diriku”

Cerita tentang diriku? Jika ingin bercerita tentang diriku, sebenarnya tiada apa-
apa yang menarik. Sama seperti orang lain pada umumnya. Tetapi itu hanya
berlaku sebelum pandemik covid 19 tahun 2020. Aku menjadi seorang
“introvert” yang malu untuk berkomunikasi dengan orang ramai. Cuma Aku
dengan diriku sendiri sudah cukup. Saat itu, aku kehilangan seorang bapa
tersayang pada tahun 2021 kerana COVID 19. Hal ini mengubah diriku kepada
seorang “introvert”. Pelbagai masalah berdatangan merasuki diriku sehingga
membawa kepada keputusasaan serta “depression”, “anxiety” dan
seumpamanya. Aku juga mengalami masalah seperti kekangan wang dalam
pengajian di UMK. Hal ini terus membawa kearah yang lebih parah iaitu
menyalahi takdir. Padahal aku masih mampu untuk makan setiap hari. Apakah
aku tidak bersyukur masih diberi kesihatan hari ini?

Tetapi, hal ini tidak terlanjur terlalu lama, kerani ini Cuma ujian dari Tuhan.
Mereka yang diberi ujian untuk memikirkan akan makan apa hari ini, esok dan
lusa lebih parah dari ujianku. Jadi pada tugasan subjek Lukisan 2, saya ingin
menyampaikan luahan rasa syukur diberi kesihatan yang baik serta masih
memiliki seorang ibu untuk melihat kejayaan ku dikemudian hari, InsyaAllah.

Anda mungkin juga menyukai