Anda di halaman 1dari 2

Selamat sejahtera kepada guru penasihat pengakap smk bukit

mewah,senior-senior dan ahli-ahli pengakap yang hadir pada


hari ini.

Saya,Bryan Ng Wai Lap dari 4Kenanga merupakan pengerusi


pengakap smk bukit mewah 2023.Saya berasa bangga dan
syukur menjadi pengerusi dan dapat memimpin ahli pengakap
bukit mewah.

Antaranya,terima kasih kepada guru-guru dan senior-senior


yang mempunyai keyakinan dan sudi mempercayai saya dalam
tugas ini.Saya akan melaksanakan tugas saya dengan
bersungguh-sungguh supaya tidak mengecewakan semua orang
yang mempercayai saya.

Selain itu,saya akan berusaha memimpin semua ahli dalam


pelbagai aktiviti dengan baik dan lancar supaya menjadikan
pengakap smk bukit mewah sebagai teladan dan dikagumi oleh
sekolah lain serta membuktikan usaha kita bukan bersia-
sia,membuktikan kepada ibu bapa,kita selalu tinggal di sekolah
hingga pukul 5,pukul 6 bukanlah membuang masa.Beritahu
kepada semua orang,apakah pengakap smk bukit mewah.

Di samping itu,saya akan mengajar ilmu-ilmu pengakap kepada


generasi muda dengan seberapa daya upaya saya.Hal ini kerana
meraka akan menggunakan ilmu-ilmu ini pada masa hadapan
dan saya harap ilmu-ilmu ini dapat diturunkan dari generasi ke
generasi.

Seterusnya,saya mengetahui kekurangan saya.Oleh itu,saya


akan berusaha untuk memperbaiki dan harap semua ahli boleh
mempercayakan saya dan saya akan menjadi seorang
pemimpin yang baik.
Akhir sekali,terima kasih kepada guru-guru dan semua ahli-ahli
pengakap hadir AGM pada hari ini.Semoga semua form 5 senior
dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.Harap semua
guru dan ahli dalam keadaan yang sihat.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai