Anda di halaman 1dari 3

Ayat Sama Maksud

BAF + Palang
B:
1. Baca soalan dengan tenang dan teliti, tanpa meninggalkan
sebarang perkataan.
2. Baca soalan kali kedua.
A:
1. Analisis Soalan.
2. Gunakan tanda palang ( / ) pada setiap frasa yang terkandung
dalam soalan.
3. Palang semua pilihan jawapan.
4. Potong ayat yang jelas kesalahannya. Peratus memilih jawapan
yang tepat lebih tinggi.
5. Pilih ayat yang mengandungi bilangan frasa dan maksudnya yang
menyamai soalan.
F:
1. Fahamkan Soalan.
2. Pilih jawapan yang tepat.
3. Jawapan yang tepat akan menghasilkan ayat yang gramatis.
4. Menghitamkannya pada kertas jawapan.

CONTOH:
Dia mengambil keputusan untuk tidak membuat kerja itu / kerana
upahnya tidak berpatutan dengan apa yang dibuat.
A Oleh sebab upahnya tidak sesuai /, kerja-kerja itu tidak dapat
dibuat olehnya.
B Kerja itu tidak akan dibuatnya / selepas ketuanya memberi upah
yang sedikit.
C Keputusan telah diambilnya / dengan tidak membuat kerja /
kerana upahnya
tidak banyak.
D Oleh sebab mendapat upah yang sedikit / , dia tidak mahu
meneruskan kerjanya.

LATIHAN
1. Golongan belia digalakkan menyertai program Rakan Muda
supaya masa terisi
dengan perkara yang berfaedah.
A Untuk mengisi masa lapang , Rakan Belia digalakkaan menyertai
program golongan belia.
B Golongan belia digalakkan menyertai program Rakan Muda untuk
mengisi masa lapang.
C Untuk mengisi masa lapang , golongan belia digalakkan menyertai
program Rakan Muda.
D Golongan belia menggalakkan Rakan Muda untuk menyertai
program lapang.

2. Cikgu Salim memberi kebenaran kepada Anis untuk ke kedai


buku.
A Anis meminta kebenaran untuk pergi ke kedai buku.
B Anis mendapat kebenaran daripada Cikgu Salim untuk pergi ke
kedai buku.
C Anis dan Cikgu Salim mendapat kebenaran untuk ke kedai buku.
D Cikgu Salim mendapat kebenaran daripada Anis untuk ke kedai
buku.
3. “ Saya tidak dapat hadir ke sekolah kelmarin kerana demam
panas”.kata Noni kepada Siti.
A Noni demam dan tidak dapat hadir ke sekolah kelmarin.
B Siti tidak sihat kelmarin dan dia tidak hadir ke sekolah.
C Noni memberitahu Siti bahawa kelmarin dia demam dan tidak
dapat hadir ke sekolah.
D Noni memberitahu Siti dia tidak hadir ke sekolah kelmarin.

4. Salmah membantu kakaknya memasak di dapur pada hari


minggu.
A Kakak Salmah memasak di dapur pada hari minggu.
B Salmah meminta kakaknya memasak di dapau pada hari minggu.
C Samah dan kakaknya bercadang memasak pada hujung minggu.
D Pada hujung minggu , Salmah menolong kakaknya memasak di
dapur.

Jawapan : D 1 B 2 B 3 C 4

Anda mungkin juga menyukai