Anda di halaman 1dari 3

NNN SK ( FELDA ) CHINI 3 & 5

26690, CHINI
PAHANG DARUL MAKMUR

TAJUK PROGRAM / AKTIVITI / PROJEK


Bengkel Pembinaan Tool Kits dan Pengaplikasian PAK 21 secara atas talian.

LATAR BELAKANG
Bengkel ini diadakan adalah untuk membina Tool Kits dan seterusnya digunakan untuk
mengaplikasi elemen PAK 21 dalam bilik darjah apabila sekolah dapat beroperasi
secara bersemuka. PAK 21 menjadi amalan yang penting dalam Sekolah Transformasi
(TS25) untuk mencapai kemenjadian murid serta sekolah berkualiti.

JUSTIFIKASI
Kita kurang faham sesuatu perkara dengan hanya mengetahui konsep dan teorinya
sahaja tanpa pengaplikasian dalam suasana yang sebenar. Dengan pelaksanaan
bengkel ini, murid-murid dapat merasai bagaimana pembinaan Tool Kits dan
seterusnya diaplikasikan dalam keadaan kelas yang sebenar. Hal ini menjadi
pemangkin kepada mereka untuk menjayakan PAK 21 bersama-sama para guru.

MATLAMAT
1) Memberi pendedahan kepada murid tentang Tool Kits dan aplikasi PAK 21
dalam PdPc.
2) Melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif.
3) Menggalakkan murid menggunakan pelbagai bahan bantu belajar dalam pdpc.
4) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan antara guru dan
murid.
TARIKH / MASA

TARIKH KELAS/TAHUN MASA


13 Oktober2021 ( Rabu) TAHUN 4 ( 56 orang ) 0800 - 1200
14 Oktober 2021 ( Khamis ) TAHUN 5 ( 53 orang ) 0800 - 1200
15 Oktober2021 ( Jumaat) TAHUN 6 ( 64 orang ) 0800 - 1200

Bengkel diadakan secara atas talian memandangkan pandemik Covid-19 dan sekolah
tidak dapat beroperasi secara bersemuka. Bengkel ini dikendalikan oleh guru kelas dan
dibantu oleh beberapa orang guru.

IMPLIKASI KEWANGAN
Artline Marker 500A/Black : 10 batang x RM 3.10
= RM 31.00

Artline Marker 500A/Blue : 10 batang x RM 3.10


= RM 31.00

Artline Marker 500A/Red : 10 batang x RM 3.10


= RM 31.00

CBE Lamintaing Film A3/100 : 1 paket x RM47.00


= RM 47.00

IK A3 Paper 80 / 450 : 5 rim x RM 22.00


Merah - 2 rim = RM 110.00
Kuning - 2 rim
Hijau - 1 rim

Gam : 25 unit x RM 1.00


= RM 25.00

Stick notes : 15 set x RM 2.00


= RM 30.00

Beg Kecil : 15 buah x RM 2.00


= RM 30.00

Batang Aiskrim :
5 paket x RM 3.00
= RM 15.00
_______________________________________________
Jumlah besar : RM 350.00
KEWANGAN
Peruntukan Ts25

TENTATIF PROGRAM/PROJEK / AKTIVITI


1) Murid-murid akan diberikan pendedahan tentang Tool Kit yang akan dibina oleh
guru-guru melalui aplikasi whatsapp, google meet atau telegram.
2) Murid-murid akan membina Tool Kit tersebut di kediaman atau tempat masing-
masing bersama-sama guru dan bantuan dari ahli keluarga.
3) Tool Kit yang telah dibina oleh murid-murid akan diaplikasikan penggunaanya
semasa sesi bersemuka.

PELAN KONTIGENSI
Tiada

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_____________________________ _________________________

(CIK NUR ASYAH BINTI ISMAIL ) (EN. MOHD SAPAWI BIN MAT
ZALI)
Penyelaras Transformasi Sekolah (TS25), Penolong Kanan Pentadbiran,
SK ( FELDA ) CHINI 3 & 5. SK ( FELDA ) CHINI 3 & 5.

Disahkan oleh :

_______________________________
(EN. AHMAD ZUHAIRI BIN AB RAHMAN)
Guru Besar,
SK ( FELDA ) CHINI 3 & 5.

Anda mungkin juga menyukai