Anda di halaman 1dari 10

No.Pendaftaran : 0910/25.5.

1949
B-2, Tingkat 1, Jalan Darat Makbar, Peti Surat 291, 25730 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09515 6200 Whatsapp : 01163362490 email : kppmptb@gmail.com

SENARAI SEMAK PEMBIAYAAN TAWARRUQ

BORANG PERMOHONAN YANG TELAH LENGKAP BOLEH DI


HANTAR KEPADA KOPERASI DI ALAMAT :

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR


BERHAD
NO B-2 , TINGKAT 1 JALAN DARAT MAKBAR
25730 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR

Atau e-mail : kppmptb@gmail.com

1. BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN TAWARRUQ

2. SLIP GAJI TERKINI (BULAN :……………………)

3. SERTAKAN RM8.00 UNTUK CARIAN KEBANKRAPAN


(TUNAI/ONLINE BANKING)

4. SURAT OPSYEN BERSARA (CETAK DI HRMIS)


No.Pendaftaran : 0910/25.5.1949
B-2, Tingkat 1, Jalan Darat Makbar, Peti Surat 291, 25730 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel : 095156200 Whatsapp : 01163362490 email: kppmptb@gmail.com

BORANG SKIM PEMBIAYAAN TAWARRUQ No. Anggota : ……………..

No. Fail : …………….

1. Butir-butir peribadi :

1.1 Nama penuh : ………………………………………………………………………………..

1.2 No. K/P : ………………………………… 1.3 Tarikh lahir : ………………………….

1.4 No. Tel bimbit : ………………………… 1.5 E-mail : ………………………………..

1.6 Alamat rumah : ……………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………...

………………………………………………. Poskod : ………………

1.7 Nama bank : …………………………… 1.8 No. Akaun : ………………………….

2. Butir-butir keanggotaan dan jawatan :

2.1 Tarikh menjadi anggota : ……………..2.2 Tarikh bersara : ……………………..

2.3 Jawatan : ………………………………...2.4 Opsyen bersara : 55 56 58 60

2.5 Alamat pejabat : …………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………...

………………………………………………. Poskod : ………………

2.6 No. Tel pejabat : ……………………….. 2.7 Gaji bulanan : RM…………………..

2.8 Yuran bulanan : RM……………………. 2.9 Yuran terkumpul : RM………………

2.10 Syer bulanan : RM………………………. 2.11 Syer terkumpul : RM………………...

3. Butir-butir permohonan :

3.1 Tujuan permohonan : ……………………………………………………………………….

3.2 Jumlah : RM……………………………… 3.3 Tempoh bayaran : ………….bulan


No.Pendaftaran : 0910/25.5.1949
B-2, Tingkat 1, Jalan Darat Makbar, Peti Surat 291, 25730 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel : 095156200 Whatsapp : 01163362490 email: kppmptb@gmail.com

4. Pengakuan anggota :
4.1 Saya bersetuju mematuhi segala syarat-syarat yang telah ditetapkan di
dalam Aturan Pembiayaan.
4.2 Saya bersetuju mengambil Skim Berkelompok yang ditetapkan oleh koperasi
selama pembiayaan belum dijelaskan sepenuhnya.
4.3 Saya berjanji akan mematuhi jumlah bayaran ansuran dan bayaran yang
berkaitan dengan pembiayaan ini mengikut cara yang ditetapkan dan
diarahkan oleh koperasi.
4.4 Saya faham, jika borang saya tidak lengkap dan ada keterangan yang tidak
benar, maka permohonan saya akan ditolak.

…………………………….
Tandatangan anggota
Nama anggota : …………………………………..
No. K/P : ……………………………………………..
Tarikh permohonan :……../……../………………

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

LULUS

TIDAK LULUS

………………………

Pengerusi

Setiausaha

Bendahari

Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad


B2 Tingkat 1, Jalan Darat Makbar,
Peti surat 291,
25730 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Tarikh diluluskan : …….../……../…………


Jumlah diluluskan : RM……………………
Disahkan Mesyuarat : …………………….
Ansuran bulanan : RM…………………….
Tempoh ansuran : …………….bulan
No.Pendaftaran : 0910/25.5.1949
B-2, Tingkat 1, Jalan Darat Makbar, Peti Surat 291, 25730 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel : 095156200 Whatsapp : 01163362490 email: kppmptb@gmail.com

SKIM PEMBIAYAAN MENGGUNAKAN TAWARRUQ


KOPERASI ____________________________________
PERJANJIAN INI DIBUAT BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KONSEP TAWARRUQ

PERJANJIAN JUALAN

Perjanjian ini dibuat pada …………… hb ………………. Di antara

KOPERASI ............................................................................

(Selepas daripada ini disebut “Koperasi”) sebagai pihak pertama

Dengan

Nama : ……………………..........................................………………………..

No. K/P :………………………..…………….........................................………..

(selepas daripada ini disebut “Anggota”) sebagai pihak kedua

1) Adalah dengan ini "Pihak Pertama" bersetuju menjual dan "Pihak Kedua" bersetuju
membeli komoditi dengan harga jualan yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah
ditetapkan dan dipersetujui seperti butiran di bawah.

(Seperti dinyatakan pada Dokumentasi Jual Beli Komoditi


JENIS KOMODITI
melalui platform Tawarruq_____________________)
(Seperti dinyatakan pada Dokumentasi Jual Beli Komoditi
JUMLAH KOMODITI
melalui platform Tawarruq_____________________)

HARGA BELIAN

HARGA JUALAN

(selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai "Komoditi")

1
No.Pendaftaran : 0910/25.5.1949
B-2, Tingkat 1, Jalan Darat Makbar, Peti Surat 291, 25730 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel : 095156200 Whatsapp : 01163362490 email: kppmptb@gmail.com

2) Bahawa dengan ini “Pihak Pertama” melafazkan ‘aqd jual dan “Pihak Kedua”
melafazkan ‘aqd beli “komoditi” secara tangguh (selepas ini dirujuk di dalam Lampiran
A: Surat Perlantikan Wakil Lafaz ‘Aqd).

3) Oleh yang demikian, "Pihak Kedua" berjanji dan bersetuju secara TIDAK TERBATAL,
bahawa :

Tempoh Pembayaran Balik Pembiayaan yang Dipersetujui Bersama


a. Membenarkan Majikan / Ketua Jabatan "Pihak Kedua" memotong gaji bulanan
"Pihak Kedua" atau menambahkan potongan gaji sebanyak :
RM _____________ x _______ bulan [selepas ini dirujuk sebagai "Ansuran-
ansuran Tersebut"] dan membayar kepada "Pihak Pertama" sebagai bayaran
balik pembiayaan "Pihak Kedua" terhadap "Pihak Pertama" sehingga "Harga
Tangguh" dan lain-lain bayaran atau perbelanjaan yang terwujud oleh perjanjian
ini (jika ada) diselesaikan sepenuhnya.
atau
Membenarkan Majikan / Ketua Jabatan "Pihak Kedua" memotong gaji bulanan
"Pihak Kedua" atau menambahkan potongan gaji sebanyak :
RM _____________ x _______ bulan & RM ___________ x _______ bulan
[selepas ini dirujuk sebagai "Ansuran-ansuran Tersebut"] dan membayar kepada
"Pihak Pertama" sebagai bayaran balik pembiayaan "Pihak Kedua" terhadap
"Pihak Pertama" sehingga "Harga Tangguh" dan lain-lain bayaran atau
perbelanjaan yang terwujud oleh perjanjian ini (jika ada) diselesaikan
sepenuhnya.
atau
Membenarkan Majikan / Ketua Jabatan "Pihak Kedua" memotong gaji bulanan
"Pihak Kedua" atau menambahkan potongan gaji sebanyak :
RM _____________ x _______ bulan dan akan memasukkan lebihan jumlah
pembayaran (jika ada) ke dalam akaun ahli secara automatik [selepas ini
dirujuk sebagai "Ansuran-ansuran Tersebut"] dan membayar kepada "Pihak
Pertama" sebagai bayaran balik pembiayaan "Pihak Kedua" terhadap "Pihak
Pertama" sehingga "Harga Tangguh" dan lain-lain bayaran atau perbelanjaan
yang terwujud oleh perjanjian ini (jika ada) diselesaikan sepenuhnya.
b. Ansuran-ansuran "Harga Tangguh" mestilah dilunaskan mengikut tarikh dan
bulan yang ditetapkan sepertimana yang ditetapkan oleh "Pihak Pertama".

2
No.Pendaftaran : 0910/25.5.1949
B-2, Tingkat 1, Jalan Darat Makbar, Peti Surat 291, 25730 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel : 095156200 Whatsapp : 01163362490 email: kppmptb@gmail.com

c. Mengekalkan wang simpanan bulanan sekurang-kurangnya RM ___________


sehingga "Harga Tangguh" tersebut dan lain-lain bayaran (jika ada) diselesaikan
sepenuhnya.

d. Adalah dengan ini "Pihak Kedua" membenarkan "Pihak Pertama" mengambil


sebanyak __% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan untuk dimasukkan
di dalam "Tabung Tabarru'". Tabung ini digunakan untuk membantu "Pihak
Kedua" dan ahli-ahli lain yang tidak dapat membayar semula hutangnya
disebabkan oleh keadaan-keadaan yang telah diluluskan oleh "Pihak Pertama"
seperti kematian dan hilang upaya kekal.

e. Membenarkan baki dalam saham dan simpanan (sama ada dengan "Pihak
Pertama" atau sebaliknya) diambil untuk bayaran balik "Harga Tangguh" tersebut
setakat yang ada atau setakat yang terhutang sekiranya "Pihak Kedua" gagal,
lalai atau cuai untuk menjelaskan jumlah pembiayaan pada bila-bila masa.

f. Tidak akan berhenti daripada menjadi anggota / ahli "Pihak Pertama" sehingga
seluruh "Harga Tangguh" tersebut dan lain-lain bayaran atau perbelanjaan yang
terwujud oleh perjanjian ini (jika ada) diselesaikan sepenuhnya kepada "Pihak
Pertama".

g. Mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan khasnya berhubung dengan


pembayaran "Harga Tangguh" tersebut dan pembiayaan yang diperoleh daripada
"Pihak Pertama".

h. Semua risiko dan kerosakan kepada dan / atau daripada dan / atau terhadap
"Komoditi" dari tarikh Perjanjian ini akan menjadi tanggungjawab dan tanggungan
"Pihak Kedua" sepenuhnya.

i. Membenarkan "Pihak Pertama" menuntut daripada "Pihak Kedua" segala kos,


perbelanjaan, yuran, bayaran, ganti rugi dan sebagainya yang berkaitan dengan
usaha "Pihak Pertama" mendapatkan hak "Harga Tangguh"nya sekiranya
berlaku perlanggaran "Pihak Kedua" terhadap Perjanjian ini.

3
No.Pendaftaran : 0910/25.5.1949
B-2, Tingkat 1, Jalan Darat Makbar, Peti Surat 291, 25730 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel : 095156200 Whatsapp : 01163362490 email: kppmptb@gmail.com

j. Mendapatkan _______ orang penjamin (seperti berikut) untuk menjamin


pematuhan kesemua terma dan syarat Perjanjian ini oleh "Pihak Kedua" serta
jaminan pembayaran "Harga Tangguh" tersebut dan lain-lain bayaran (jika ada)
yang terwujud hasil daripada Perjanjian ini.

k. Kesemua hak, remedi dan kuasa "Pihak Pertama" di sini adalah bersifat kumulatif
dan tidak bersifat eksklusif daripada hak-hak dan kuasa-kuasa "Pihak Pertama"
di bawah undang-undang dan ekuiti khasnya di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta
502).

l. “Pihak Kedua” bersetuju membayar semua atau setiap ansuran mengikut jadual
yang telah dipersetujui bersama tanpa sebarang kelewatan atau kemungkiran.
Sekiranya berlaku perkara yang melanggar perjanjian pembayaran, “Pihak
Kedua” bersetuju dan berjanji untuk membayar kepada “Pihak Pertama” ini
Ta’widh (iaitu ganti rugi sebanyak 1% yang dikenakan ke atas kerugian sebenar
yang dialami oleh “Pihak Pertama” kesan kelewatan pembayaran pembiayaan
oleh “Pihak Kedua”) dan Gharamah (iaitu penalti atau denda yang dikenakan
kerana kelewatan melunaskan hutang tanpa perlu pembuktian kewujudan
kerugian sebenar)” mengikut peratusan yang telah diputuskan oleh Ahli Lembaga
Koperasi.

m. Pihak kedua boleh menjelaskan sepenuhnya pembiayaan dan lain-lain kos


sebenar (jika ada) sebelum tamat tempoh pembiayaan dan pihak pertama
digalakkan memberikan ibra’ (rebat). Ibra’ (rebat) boleh diberi berdasarkan
jumlah keuntungan terakru. Berikut adalah cadangan formula penyelesaian
awal: baki harga jualan + ansuran semasa – ibra’ (rebat).

n. Perjanjian ini serta kesemua terma dan syaratnya harus ditaksirkan dan
diputuskan oleh Undang-undang Malaysia.

4) Adalah dengan ini "Pihak Pertama" dan "Pihak Kedua" memahami dengan sebenarnya
mengenai keseluruhan isi kandungan perjanjian ini.

5) Kesemua terma dan syarat yang tercatat di atas adalah dengan ini dipersetujui oleh
kedua-dua pihak yang telah menandatangani di bawah ini :-

4
No.Pendaftaran : 0910/25.5.1949
B-2, Tingkat 1, Jalan Darat Makbar, Peti Surat 291, 25730 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel : 095156200 Whatsapp : 01163362490 email: kppmptb@gmail.com

Ditandatangani oleh :

[Tandatangan Pihak Pertama] / : ............................


Wakil Koperasi
[Nama Pihak Pertama] / Wakil Koperasi : ............................
[Jawatan] : ............................
[No. Kad Pengenalan] : ............................

[Tandatangan Saksi Pihak Pertama] / : ............................


Saksi Koperasi
[Nama Saksi Pihak Pertama] / : ............................
Saksi Koperasi
[Jawatan] : ............................
[No. Kad Pengenalan] : ............................

[Tandatangan Pihak Kedua] / : ............................


Anggota Koperasi
[Nama Pihak Kedua] / Anggota Koperasi : ............................
[Jawatan] : ............................
[No. Kad Pengenalan] : ............................

[Tandatangan Saksi Pihak Kedua] / : ............................


Saksi Anggota
[Nama Saksi Pihak Kedua] / : ............................
Saksi Anggota
[Jawatan] : ............................
[No. Kad Pengenalan] : ............................

5
WATANKUASA SYAR H ANGKASA
UNIT PEMATU AN SYARIAH
SYAR H ANGKASA
No.Pendaftaran : 0910/25.5.1949
B-2, Tingkat 1, Jalan Darat Makbar, Peti Surat 291, 25730 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel : 095156200 Whatsapp : 01163362490 email: kppmptb@gmail.com

SURAT PELANTIKAN WAKIL (WAKALAH) BAGI KEMUDAHAN PEMBIAYAAN


BERASASKAN TAWARRUQ

Nama (pemohon) :

No Kad Pengenalan :

Saya dengan ini memberi kuasa dan melantik Koperasi ……………………………sebagai ejen
tunggal dan eksklusif saya dan / atau membenarkan pihak Koperasi untuk mewakilkan hak
dan tanggungjawab sebagai ejen kepada pihak ketiga di bawah kontrak Agensi (Wakalah) untuk
bertindak bagi pihak saya untuk transaksi berikut: -

i. Pihak Koperasi (sebagai ejen / wakil untuk Pelanggan) akan menyempurnakan kontrak
Murabahah antara Pelanggan (sebagai Pembeli) dengan pihak Koperasi (sebagai Penjual).
Ini melengkapkan pembelian komoditi pelanggan daripada pihak Koperasi pada Harga Jualan
Tertangguh.
ii. Setelah Pelanggan memiliki komoditi, pihak Koperasi (sebagai ejen / wakil untuk pelanggan)
akan menjual komoditi tersebut kepada pihak ketiga.

PENGESAHAN:

Ditandatangani oleh

Bagi pihak Pemohon : …………………………………………………………………………………………………………………………………………….


( )

Ditandatangani oleh

Bagi pihak Koperasi : …………………………………………………………………………………………………………………………………………….


( )
(No.Pendaftaran : 0910/25.5.1949)
B-2, Tingkat 1, Jalan Darat Makbar, Peti Surat 291, 25730 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel: 09 515 6200 / 515 6206 Faks: 09 515 6205 email: kppmptb@gmail.com

KEBENARAN PENZAHIRAN MAKLUMAT KREDIT INDIVIDU


Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA & Experian Information Services (M)Sdn Bhd(EXPERIAN)

PENDEDAHAN
Pemohon dengan ini membenarkan Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur
Berhad / ANGKASA dan / atau pegawainya untuk menggunakan, mendedahkan, memberitahu
apa-apa maklumat berhubung dengan akaun SPGA / beliau untuk tujuan atau berhubung dengan
apa-apa tindakan atau prosiding diambil bagi tujuan penilaian kredit atau bayaran balik di bawah
Terma dan Syarat ini;

Pemohon dengan ini membenarkan Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur
Berhad / ANGKASA dan / atau pegawainya untuk penzahiran apa-apa maklumat individu yang
berkaitan dengan kedudukan kredit,kemudahan atau akaun butiran pemohon kepada Experian
Information Services (Malaysia)Sdn Bhd (EXPERIAN) dan pelanggan EXPERIAN termasuk Bank
/ Institusi kewangan, syarikat yang perlu; mengikut cara yang di anggap perlu berkaitan dengan
maksud yang berikut.

Pemohon dengan ini memberi kebenaran kepada EXPERIAN bagi pendedahan maklumat kredit,
termasuk maklumat kredit perbankan kepada Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu
Pahang Timur Berhad ANGKASA dan / atau pegawainya bagi maksud yang berikut seperti
yang dinyatakan di bawah seksyen 24, menurut Akta Pelaporan Kredit 2010. Persetujuan
hendaklah kekal terpakai selagi pemohon mengekalkan akaun/pinjaman/ Kredit/apa-apa
transaksi dengan organisasi.

Tujuan pendedahan termasuk tetapi tidak terhad kepada

-Pembukaan akaun
-Penilaian / Pemarkahan kredit,
-Kredit / Semakan akaun
-Kredit / Pemantauan akaun
-Kedudukan / Pemantauan akaun individu,
-Tujuan pemulihan hutang,
-Dokumentasi undang-undang dan/atau tindakan berkenaan kontrak atau kemudahan kredit yang
telah diberi.

Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad / ANGKASA / EXPERIAN tidak
akan bertanggungjawab sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada Pemohon atau
mana-mana orang lain untuk pendedahan sedemikian.

TANDATANGAN PEMOHON DISAKSIKAN OLEH WAKIL KOPERASI

………………………………….. …………………………………………..

Nama : Nama :
No.K/P : No.K/P :
Serta Cop Jari Pemohon Serta Cop Rasmi Koperasi
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai