Anda di halaman 1dari 1

َِّ‫ٱلس اَلم علاي ُكم ور ْْحةُ ه‬

ُ‫ٱَّلل اوبااراكاتُه‬ ‫َّ ُ ا ْ ْ ا ا ا‬


Yang dihormati guru yang dikasihi dan rakan-rakan sekalian.

Apa khabar kawan-kawan? Semoga semuanya dalam keadaan sihat. #STAYSAFE. Hari ini saya nak
bercerita mengenai perintah solat 5 waktu ketika peristiwa Isra dan Mikraj.

Setahun sebelum Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, 3 peristiwa telah berlaku ke atas diri
baginda. Peristiwa pertama, wafatnya Sayyidatina Khadijah isteri tercinta. Kedua, wafatnya bapa
saudara baginda Abu Thalib dan ketiganya peristiwa berdarah di Taif.

Dengan pemergian orang yang amat dikasihi, bertambahlah kesedihan Rasulullah. Kerana mereka
adalah pembela dan pendamping Rasulullah ketika baginda menghadapi penentangan dalam menyebarkan
agama Islam, lalu... tahun tersebut dinamakan sebagai “Tahun Dukacita”. Peristiwa yang menyedihkan itu,
baginda hadapi dengan penuh kesabaran dan keimanan. Ya, kawan-kawan sabar adalah kunci kejayaan.
Setiap halangan pasti ada hikmahnya.

Untuk menghidupkan kembali semangat Rasulullah, Allah menghadiahkan baginda menemuiNYA melalui
peristiwa Israk dan Mikraj.

Kawan-kawan dalam peristiwa Israk dan Mikraj ini, ada satu peristiwa yang besar buat umat Islam.
Nak tahu apa? Disinilah bermulanya ibadat solat lima waktu disyariatkan kepada kita semua.

. Ketika inilah, manusia diwajibkan untuk menunaikan solat lima waktu. Kawan-kawan tahu tak? Pada
mulanya Allah memerintahkan solat sebanyak 50 waktu sehari semalam. Namun apabila dinasihati oleh nabi
Musa, Baginda menghadap semula Allah dan memohon agar dikurangkan, dengan alasan bahawa umatnya Bani
Israel tidak sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu.

Diringkaskan cerita, setelah beberapa kali Baginda berulang alik bertemu dengan Allah supaya
dikurangkan, akhirnya, Allah memerintahkan solat hanya 5 kali sahaja sehari semalam itupun masih ramai umat
Islam yang tidak solat. Tak baik tau...!! Subuh tadi solat tak kawan-kawan? Kalau tinggal solat hari ini, esok
jangan buat lagi tau, sekejap sahaja kita solat. Tak sampai 5 minit pon. Ayuh kita azam untuk menjaga solat
kita semua. Boleh tak kawan-kawan?

Ya, kawan-kawan. Solat adalah tiang agama. Di akhirat nanti, “Perkara pertama yang dihisab
pada sesaorang hamba pada hari kiamat ialah solatnya. Jika sempurna solatnya, maka sempurnalah
segala amalannya. Jika rosak, maka rosaklah seluruh amalannya”.

Marilah kawan-kawan, kita menginsafi diri dan istiqamah dalam mendirikan ibadah solat. Janganlah
kita termasuk dalam golongan yang lalai.

( Lagu ) - Sepohon kayu daunnya rimbun, Lebat bunganya serta buahnya, Walau pun hidup seribu
tahun, Kalau tak sembahyang apa guna, Walau pun hidup seribu tahun, Kalau tak sembahyang apa gunanya.

Sekian daripada saya, Semoga kita dibawah rahmat dan kasih sayang Allah. Aminnn.
Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ingat tau, jangan tinggal
solat kawan-kawan.

Anda mungkin juga menyukai