Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN BLOGGER JAWI 2020

SEKOLAH MENENGAH SAINS PASIR PUTEH,


16800 PASIR PUTEH,
KELANTAN

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BLOGGER JAWI
TAHUN 2020
(20/11/2020 – 4/12/2020)

ANJURAN :
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SM SAINS PASIR PUTEH

1.0 NAMA PROGRAM

1
PERTANDINGAN BLOGGER JAWI 2020

PERTANDINGAN BLOGGER JAWI

2.0 PENDAHULUAN

Tulisan jawi merupakan salah satu warisan Ketamadunan Melayu Islam yang masih wujud di
Nusantara khususnya di Malaysia. Namun perkembangan penggunaan tulisan jawi pada masa
kini boleh dikatakan semakin terpinggir lantaran semakin kurangnya generasi muda khususnya
para pelajar yang mampu menguasai penulisan jawi dengan baik. Hal ini terjadi kerana mereka
merasakan tulisan jawi ini tidak penting bagi mereka. Justeru, perlu ada satu usaha yang
bersungguh-sungguh daripada pihak tertentu khususnya guru-guru agama mahupun komuniti
pencinta tulisan jawi untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang berterusan terhadap
generasi muda Islam agar kesinambungan ketamadunan Islam dan Melayu dapat
dipertahankan. Salah satu cara ialah melalui penganjuran pertandingan mencipta blog jawi
bagi secara dalam talian. Blog yang dihasilkan dijangka dapat dimanfaatkan oleh ramai pihak
kerana sebarannya lebih meluas.

3.0 RASIONAL

Program ini dijalankan untuk membantu meningkatkan motivasi dan kemahiran murid dalam
pembelajaran jawi secara kendiri. Bersesuaian dengan tempoh PKP iaitu pembelajaran
dilaksanakan secara dalam talian, program ini merupakan satu Project based Learning yang
mampu menjadi nilai tambah dalam pembelajaran masteri murid. Pertandingan yang dianjurkan
ini dapat memupuk semangat daya saing seterusnya meningkat penguasaan jawi.

4.0 OBJEKTIF

I. Meningkat kemahiran murid dalam tajuk pembelajaran jawi


II. Memberi peluang kepada murid untuk meneroka keupayaan diri menghasilkan blog jawi
secara online
III. Mewujudkan semangat persaingan positif untuk menghasilkan satu tugasan jawi secara
dalam talian yang dapat memberi manfaat kepada ramai.

5.0 TEMPAT PROGRAM

Rumah / stesen masing-masing secara dalam talian

6.0 TARIKH / HARI PROGRAM

Program ini akan dilaksanakan pada 20 November 2020 sehingga


4 Disember 2020

7.0 JANGKA MASA PELAKSANAAN


2
PERTANDINGAN BLOGGER JAWI 2020

Jangka masa pelaksanaan pertandingan ialah selama 2 minggu

8.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid tingkatan 3 SMSPP

9.0 SUMBER KEWANGAN

Wang Kecemerlangan Pendidikan Islam

10.0 JAWATANKUASA
Pengerusi : Puan Noriha bt Mohamad (Pengetua Cemerlang)
Timbalan Pengerusi : Encik Aziz Bin Derashid (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Puan Hasimah Binti Harun (PK Hem)
Encik Mohd Asri Bin Yusoff (PK Kokurikulum)
Penyelaras : Ustaz Mat Bin Farik
Setiausaha : Ustazah Salbiah bt Mohamed Salleh

Koordinator : Ustaz Zaidi bin Husin


Fasilitator : Semua Guru Pendidikan Islam

11.0 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

BI PENDAPATAN RM BIL PERBELANJAAN RM


L

1. Wang Kecemerlangan 335.00 1. Hadiah pertama 100.00


Pendidikan Islam
2. Hadiah Kedua 70.00

3. Hadiah Ketiga 50.00

4. Saguhati
(RM 23 x 5 orang) 115.00
3
PERTANDINGAN BLOGGER JAWI 2020

JUMLAH 335.00 JUMLAH 335.00

11.0 HARAPAN DAN PENUTUP

Dengan adanya program seperti ini, diharapkan dapat memberi peluang kepada murid mengisi masa
cuti sepanjang PKP secara berfaedah. Program ini sebenarnya sukar dilaksanakan di sekolah namun
lebih mudah dilaksanakan secar adalam talian kerana murid mempunyai akses kepada peranti dan
talian yang lebih meluas sewaktu berada di rumah. Semoga dengan program pertandingan ini, murid
dapat mencungkil bakat baru seterusnya menyumbang kepada dunia jawi tanah air.

DISEDIAKAN OLEH :- DISAHKAN OLEH :

( SALBIAH BT MOHAMED SALLEH ) (NORIAH @ NORIHA BT


MOHAMAD) SETIAUSAHA PROGRAM PENGETUA
CEMERLANG,
SMS PASIR PUTEH

Anda mungkin juga menyukai