Anda di halaman 1dari 4

SEMINAR SECARA DALAM TALIAN SKOR A+ PENDIDIKAN ISLAM SPM 2020

SEKOLAH MENENGAH SAINS PASIR PUTEH,


16800 PASIR PUTEH,
KELANTAN

KERTAS KERJA
SEMINAR SECARA DALAM TALIAN SKOR A+
PENDIDIKAN ISLAM SPM

(24 NOVEMBER 2020)

ANJURAN :
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SM SAINS PASIR PUTEH

1
SEMINAR SECARA DALAM TALIAN SKOR A+ PENDIDIKAN ISLAM SPM 2020

1.0 NAMA PROGRAM

SEMINAR SECARA DALAM TALIAN SKOR A+ PENDIDIKAN ISLAM SPM

2.0 PENDAHULUAN

Dalam merealisasikan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan Modal


Insan yang cemerlang, pihak sekolah memainkan peranan dalam memberi semangat dan
rangsangan minda melalui seminar, program dan ceramah yang memberi manfaat kepada
murid. Walaupun pandemik Covid 19, peperiksaan SPM tetap diteruskan seperti biasa. Maka,
satu program seminar teknik menjawab Pendidikan Islam akan dijalankan secara dalam talian
untuk terus menjaga momentum dan motivasi murid. Program ini memberikan pendedahan
tentang teknik menjawab soalan Pendidikan Islam, membincangkan tajuk tudingan serta
ulangkaji berfokus topik penting bagi subjek Pendidikan Islam. Ini merupakan persediaan awal
murid Tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun hadapan.

3.0 RASIONAL

Program ini dijalankan untuk membantu murid meningkatkan mutu pembelajaran dari semasa
ke semasa agar kemahiran belajar secara dalam talian yang digunakan lebih efektif dan
berkesan. Panduan menghadapi peperiksaan pula sangat penting untuk mereka lebih bersedia
dari segi fizikal,mental dan rohani menjelang peperiksaan.

4.0 OBJEKTIF

I. Memberi pendedahan tentang teknik menjawab soalan Pendidikan Islam kepada murid
tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM
II. Memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan
dengan panel.
III. Menanam sikap dan mengamalkan serta mempraktikan kaedah menjawab soalan secara
betul untuk memperoleh markah maksimum.
IV. Memberikan semangat, panduan dan bimbingan serta meningkatkan motivasi kepada
para peserta untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam subjek Pendidikan Islam
SPM.

5.0 TEMPAT PROGRAM

Rumah / stesen masing-masing secara dalam talian

6.0 TARIKH / HARI PROGRAM


2
SEMINAR SECARA DALAM TALIAN SKOR A+ PENDIDIKAN ISLAM SPM 2020

Program ini akan dilaksanakan pada 24.11.2020 (Selasa)

7.0 JANGKA MASA PELAKSANAAN

Jangka masa pelaksanaan ialah selama 2 jam


Masa : 11.00 pagi – 1.00 tengahari

8.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid tingkatan 5 SMSPP

9.0 SUMBER KEWANGAN

Wang Kecemerlangan Pendidikan Islam

10.0 JAWATANKUASA
Pengerusi : Puan Noriha bt Mohamad (Pengetua Cemerlang)
Timbalan Pengerusi : Encik Aziz Bin Derashid (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Puan Hasimah Binti Harun (PK Hem)
Encik Mohd Asri Bin Yusoff (PK Kokurikulum)
Penyelaras : Ustaz Mat Bin Farik
Setiausaha : Ustazah Salbiah bt Mohamed Salleh

AJK Media : Ustazah Ismah bt Mat


Pengerusi Majlis : Ustaz Abd Hafiz Bin Mamat
Fasilitator : Semua Guru Pendidikan Islam SPM
11.0 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

BI PENDAPATAN RM BIL PERBELANJAAN RM


L

1. Wang Kecemerlangan 350.00 1. Bayaran penceramah 250.00


Pendidikan Islam

2. Hadiah kuiz
RM 10 x 10 orang 100.00

3
SEMINAR SECARA DALAM TALIAN SKOR A+ PENDIDIKAN ISLAM SPM 2020

JUMLAH 350.00 JUMLAH 350.00

11.0 HARAPAN DAN PENUTUP

Dengan adanya program seperti ini, diharapkan dapat meningkatkan motivasi murid-murid tingkatan 5
dan memastikan mereka mampu mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam subjek Pendidikan Islam
seterusnya dapat menyumbang tenaga ke arah pembangunan insan modal yang mampan. Kami
berharap agar program ini dijadikan aktiviti tahunan sekolah kerana ianya mampu memberikan impak
yang positif terhadap perkembangan intelektual, fizikal, rohani dan emosi para pelajar.

DISEDIAKAN OLEH :- DISAHKAN OLEH :

( SALBIAH BT MOHAMED SALLEH ) (NORIAH @ NORIHA BT


MOHAMAD) SETIAUSAHA PROGRAM PENGETUA
CEMERLANG,
SMS PASIR PUTEH

Anda mungkin juga menyukai