Anda di halaman 1dari 8

SKRIP SLOT EDUWEBTV SAINS KEDAH

BAB 7 TENAGA DAN KUASA


NAMA GURU : PN NURUL HIZAN BT ZAKARIA
SEKOLAH : SMK TANJUNG PAUH , JITRA KEDAH

SLOT 1 7.1 KERJA, TENAGA DAN KUASA


BI SLIDE SKRIP GURU
L
1 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Saya Pengetua dari SMK Pulau Nyior,
Jitra Kedah ingin membentangkan
tentang Amalan Terbaik Transisi Kerjaya
bagi pelajar Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI).

2 Penggunaan Drone adalah salah satu teknologi terkini yang


kami gunakan dalam proses penjagaan tanaman nanas. Antara
kebaikan pengguanan teknologi terkini ini adalah ia menjimatkan
masa dan tenaga manusia dalam mengendalikan proses seperti
pembajaan dan penyemburan racun.

1
3 Proses pertama adalah pembersihan tapak untuk
penanaman nanas di kawasan sekolah saya yang
berkeluasaan 1.2 ekar. Ini merupakan tanaman pertama
yang diusahakan oleh guru-guru dan para pelajar PPKI
SMK Pulau Nyior berdasarkan silibus Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM).
Jentera yang digunakan untuk membersihkan kawasan
tersebut adalah jentolak.

4 Sebelum penanaman nanas , kawasan ini merupakan tanah


terbiar yang belum diterokai oleh pihak sekolah. Saya selaku
pengetua mencadangkan kepada PPKI agar mengusahakan
tanaman nanas di kawasan tersebut.

5 Proses yang kedua adalah membuat batas-batas untuk tanaman


nanas. Sebanyak 35 batas berjaya dibuat. Kami menggunakan
jentera pembuat batas dalam proses ini yang dikendalikan oleh
pakar teknologi jentolak.

2
6 Proses seterusnya adalah menabur baja di atas batas sebelum
proses pemasangan plastik silvershine. Baja ini adalah untuk
menambahkan lagi kesuburan tanah. Aktiviti ini dikendalikan
oleh para pelajar PPKI dan diberi bimbingan oleh guru.
Pemasangan plastik silvershine dipasang adalah untuk
menghalang pembiakan tumbuhan-tumbuhan liar disamping
melindungi benih daripada kerosakan serangga perosak dan
percikan air siraman.

3
7 Sebelum penanaman nanas, proses pengelasan sulur nanas
dijalankan oleh guru,PPM dan pelajar PPKI. Sulur nanas
diperolehi daripada Lembaga Perindustrian Nanas Kedah/Perlis.
Pembelian sulur ini adalah secara berperingkat.

8 Selepas proses pengelasan sulur dilakukan mengikut saiz


kemudian barulah dilakuan proses penanaman nanas di atas
batas-batas yang telah dibuat.
Proses penanaman ini dilakukan oleh pelajar PPKI sambil diberi
bimbingan oleh guru-guru..
Dalam tempoh penanaman ini ,proses pembajaan dan meracun
dilakukan secara berperingkat.

4
9
Hasil nanas boleh di perolehi selepas setahun penanaman.

10
Panitia Pendidikan Khas telah menubuhkan koperasi Pendidikan
Khas SMK Pulau Nyior Berhad pada tahun 2021.
Tujuan penubuhan ini adalah untuk mengurus kewangan hasil
daripada projek-projek yang di jalankan bersama pelajar PPKI.

5
11 Sekarang murid-murid kita akan teruskan lagi pembelajaran
dengan mempelajari tentang kuasa.

KUASA ditakrifkan sebagai kadar melakukan kerja.


Formula bagi menghitung kuasa ialah ,
Kuasa sama dengan kerja yang dilakukan dibahagikan dengan
masa.

Unit SI bagi kuasa ialah watt(W)

Dan untuk makluman murid murid semua


1 watt bersamaan dengan satu joule kerja yang dilakukan dalam
masa satu saat
12 Seterusnya, mari kita hitung nilai kuasa dari soalan yang akan
diberikan.

Berapakah kuasa yang diperlukan untuk melakukan 150 J kerja


dalam tempoh 5 saat?

Kita gunakan formula kuasa sama dengan kerja bahagi masa.

Gantikan nilai kerja iaitu 150 J dalam tempoh masa 5 saat


kedalam formula KUASA.

Jumlah kuasa yang diperlukan ialah 30 Watt.

6
13 Sebuah kotak ditolak merentasi lantai dalam jarak 8m dengan
daya 40N dalam masa 4 saat.Berapakah kuasa?

Jadi, kita perlu mencari nilai kerja dahulu sebelum mencari


jumlah kuasa.

Dengan menggunakan formula kerja sama dengan daya


didarabkan dengan sesaran, gantikan nilai daya 40N dan 8m
sesaran kedalam formula ini.

Kerja yang dilakukan adalah 320 J.


Seterusnya, baru kita boleh menghitung jumlah kuasa.

14 Dengan menggunakan formula kuasa sama dengan kerja bahagi


masa, gantikan nilai kerja 320 J dan masa 4 saat ke dalam
formula.

YA.Jumlah kuasa yang diperlukan untuk menolak kotak tersebut


ialah 80W.

7
15 Baiklah Murid murid sekalian,
Kita telah sampai ke hujung sesi pembelajaran.

Pada hari ini , murid murid telah mengetahui


1) Mendefinisikan kerja, menhgubungkaitkan kuasa dengan
kerja dan menyelesaikan masalah berkaitan tenaga
dalam kehidupan seharian

Cikgu Nurul berharap ,agar murid murid faham dan dapat


mencapai objektif kita pada hari ini

Teruskan pembelajaran walau di mana sahaja kita berada kerana


dunia kini hanya di hujung jari.
Terima kasih kerana menonton dan cikgu berharap ianya dapat
membantu murid-murid di dalam kelas dan di dalam
peperiksaan

Sekian sahaja untuk kelas harini, sehingga berjumpa lagi.Bye…


15 TAMAT SLOT 1

Anda mungkin juga menyukai