Anda di halaman 1dari 1

AKUJANJI PELAJAR MENJUNJUNG AMANAH

Saya selaku pelajar UiTM Cawangan Johor dengan ini memahami, menghayati dan akan
mematuhi segala peraturan yang digariskan dalam Peraturan Akademik UiTM.

Saya berjanji akan menyempurnakan semua keperluan akademik seperti yang termaktub
dalam kurikulum program pengajian yang diikuti di universiti, menghadiri kuliah serta
menjalankan semua penilaian pentaksiran (tugasan, kuiz, ujian, dan peperiksaan) dengan
amanah dan integriti serta mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
UiTM Cawangan Johor dan universiti termasuk peraturan yang berkaitan dengan plagiarism
dan collusion.

Jika saya gagal mematuhi peraturan dan peruntukan yang telah ditetapkan serta telah terbukti
melakukan plagiarism dan collusion dalam penilaian pentaksiran termasuk projek
ilmiah/tugasan, maka saya boleh disabitkan kesalahan mengikut keputusan Lembaga
Tatatertib Universiti seterusnya akan digagalkan dalam kursus tersebut dan diberi gred F
(GAGAL) dengan status FD oleh Senat.

Dengan ini, saya maklum dan faham akan implikasi dikenakan tindakan tatatertib di bawah
Akta 174, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 atas ketidakpatuhan seperti
DIISYTIHAR GAGAL atau DIGANTUNG PENGAJIAN atau maksima DIBUANG
UNIVERSITI.

Dengan ini saya mengesahkan memahami segala peruntukan di atas.

......................................................................
(Tandatangan Pelajar)

Nama: ..................................................................
No. K/P: ..................................................................
No. Pelajar: ..................................................................
Kod Program: ..................................................................
Tarikh: ..................................................................

Anda mungkin juga menyukai