Anda di halaman 1dari 2

SAHABAT SEJATI SELAMANYA

Pada saat aku bersendirian


Seorang insan hadir menjelma
Pada saat aku kepiluan
Bagai dihiris sembilu duka
Seorang insan hadir menyapa

Mendengar dan menyelami perasaan jiwa


Pandangan dan nasihat
Terungkap dari bibirnya
Setiap waktu setiap ketika

Sesekali bermain dalam benak fikiranku


Sesekali terdetik dalam sanubariku
Apakah dirinya tidak seperti aku?

Pada saat kepiluan mencengkam jiwanya


Pada saat kesunyian hadir menerpanya
Mampukah dirinya mengatasi segalanya ?
Mampukah aku hadir menjelma ?

Baru kusedar akan kewujudannya


Yang dahulu pernah aku sia-siakan
Walau hadirnya seketika cuma
Sekadar mendengar keluhan rasa
Cukup bermakna bererti pula
Kerana dirinya amat istimewa
Sahabat sejati buat selamanya

Karya : Ameer Faiz Mohd Azmi

Anda mungkin juga menyukai