Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN.

Resis atau dalam perkataan inggeris resist boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Mengikut apa yang dinyatakan dalam buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian-bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Resis bermakna satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin. Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru. Satu teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Apabila seorang guru ingin menjalankan aktiviti seni di bengkel mereka, guru tersebut akan membuat persiapan dan menjangkakan apakah tajuk yang hendak dijalankan pada minggu tersebut. Kemudian guru akan memikirkan pula kegiatan apakah yang hendak dijalankan dalam bidang menggambar. Selepas itu barulah mereka akan mencadangkan alat, media dan teknik apakah yang hendak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Sebagai guru adalah menjadi tanggungjawab kita membantu mereka supaya lebih peka terhadap berbagai rupa bentuk visual yang terdapat di sekeliling mereka, dapat mengekspresi perasaan orang lain dalam berbagai budaya dan agama. Guru perlu buat satu usaha merancang aktiviti-aktiviti pendidikan seni yang dapat memberi kebaikan kea rah sesuatu persembahan hasil karya.

2. ( a ) Proses penghasilan batik menggunakan teknik mencanting. 1. Kain putih diregang pada pemidang dengan menggunakan stapler atau paku tekan untuk menegang dan meluruskan kain.

2. Buat lakaran corak dengan pensel pada permukaan kain tersebut.

3. Panaskan lilin dalam periuk dengan api yang perlahan.

4. Guna pen canting untuk menceduk lilin cair dan alirkan pada corak yang telah di lukis tadi.

5. Gunakan berus lembut untuk mewarna corak yang dilukis ladi.

6. Setelah kering keluarkan kain dari pemidang dan rendamkan kedalam larutan sodium silikat untuk mematikan warna.

7. Kemudian rebus kain tadi di dalam air panas yang di letakkan soda ash untuk menanggalkan kesan lilin.

8. Akhir sekali, jemur kain di bawah sinar matahari.

2.( b ) Kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah. Resis adalah satu kegiatan yang sangat menarik dijalankan kepada murid-murid sekolah rendah. Ia adalah satu cara bagaimana murid -murid dapat meneroka dengan lebih jauh lagi alatan dan bahan yang digunakan dalam proses menggambar. Pada kebiasaannya penggunaan alatan seperti pensil dan pensil warna dalam menghasilkan garisan dan lakaran sudah selalu digunakan. Dalam proses menghasilkan resis penggunaan alatan utama yang digunakan ialah lilin. Ini membuatkan hasil kerja resis dianggap sebagai satu hasil kerja yang lain dari kebiasaannya. Dengan cara ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak akan membosankan murid -murid kerana mereka amat sukakan kelainan dan pembaharuan dalam hasil kerja mereka. Contoh hasil kerja dari teknik resis, seperti di Rajah 1 bahagian berwarna putih di lakarkan menggunakan lilin dan berwarna gelap di warnakan dengan warna air.

Rajah 1 Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford Mengikut Sukatan Pelajaran KBSR yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, aktiviti-aktiviti yang hendak dijalankan dalam setiap kegiatan menggambar telah dikenalpasti. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah sebagai cadangan dan panduan guru untuk menghasilkan aktiviti seni walaupun guru tersebut bukan dari option seni pun boleh melakukannya. Seseorang guru pendidikan seni visual boleh menggunakan kreativitinya sendiri untuk menjalankan aktiviti lain jika difikirkan bersesuaian dan senang untuk mendapatkan bahan tersebut asalkan aktiviti yang hendak dijalankan tidak terkeluar dari tajuk asal.

Apabila murid-murid menggunakan aktiviti seni sebagai tujuan untuk mengekspresi diri dan respon terhadap kehidupan harian mereka, ia telah menjadi kehendak personel seseorang. Kesedaran persepsi murid-murid dan kuasa ekspresif murid-murid perlu dicungkil supaya mereka boleh menyatakan perasaan. Tugas pendidikan ialah untuk melahirkan murid-murid yang bebas berbicara secara logik, kritis dan kreatif. Dalam menghasilkan kerja sendiri, murid perlu faham bentuk-bentuk visual yang mereka telah cipta, secara tidak langsung mereka telah dibantu mengekspresi identiti diri sendiri dan identiti orang lain. Bentuk-bentuk visual yang mereka hasilkan amat penting dan berguna dalam kebidupan mereka. Begitu juga dengan bentuk-bentuk dan ruang yang dihasilkan di dalam hasilkerja mereka menunjukkan mereka telah melakukan ekspresi diri terhadap kehidupan mereka dalam bentuk gambaran. Sebagai guru adalah menjadi tanggungjawab kita membantu mereka supaya lebih peka terhadap berbagai rupa bentuk visual yang terdapat di sekeliling mereka, dapat mengekspresi perasaan orang lain dalam berbagai budaya dan agama.

Berikut adalah beberapa contoh teknik resis yang boleh dijalankan kepada muridmurid:
1.

Krayon resis dengan warna air

7. 8. 9.

Resis dengan kain Krayon resis batik Resis dari warna air dan perekat getah (campuran)

2.

Krayon resis dengan warna poster

3.

Krayon resis dengan warna tempera

10.

Resis dari warna air dan lilin biasa

4.

Krayon

resis

dengan

11.

Resis dari kapur dan lilin (cara positif)

dakwat basah
5. 6.

Krayon resis Kertas lilin resis

12.

Resis dari kapur dan lilin (cara negatif)


5

Contoh resis dari warna air bertemakan situasi harian

Rajah 2.Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts, USA: Brown and Benchmark.

Contoh resis dari kertas lilin bertemakan pemandangan

Rajah 3.Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts, USA: Brown and Benchmark Contoh resis dari warna tempera bertemakan haiwan

Rajah 4. Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts, USA: Brown and Benchmark i.

Contoh krayon resis batik bertemakan corak alam semulajadi

Rajah 5. Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts, USA: Brown and Benchmark

13.

Contoh resis dari perekat getah dan warna air bertemakan alam benda

Rajah 6. Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts, USA: Brown and Benchmark Contoh resis dari kapur dan lilin

Rajah 7. Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts, USA: Brown

Contoh contoh resis batik .

Resis lilin dengan warna air.

RUMUSAN Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warnawarna basah dan contengan lilin. Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas. Lilin dalam aktivi i t resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas. Teknik resis membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar. Teknik resis adalah satu hasil kerja yang unik kerana i a menggunakan lilin sebagai menggantikan alatan biasa yang digunakan. Gabungan warna warna air dan lilin digunakan dalam proses menghasilkan resis. Warna tempera bertindak sebagai lilin dalam aktiviti menghasilkan resis. Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan. Apabila seorang guru ingin menjalankan aktiviti seni di bengkel mereka, guru tersebut akan membuat persiapan dan menjangkakan apakah tajuk yang hendak dijalankan pada minggu tersebut. Kemudian guru akan memikirkan pula kegiatan apakah yang hendak dijalankan dalam bidang menggambar. Selepas itu barulah mereka akan mencadangkan alat, media dan teknik apakah yang hendak digunakan dalam proses pengaja dan pembelajaran ran Pendidikan Seni. Sebagai guru adalah menjadi tanggungjawab kita membantu murid supaya lebih peka terhadap berbagai rupa bentuk visual yang terdapat di sekeliling mereka, dapat mengekspresi perasaan orang lain dalam berbagai budaya dan agama. Guru perlu buat satu usaha merancang aktiviti-aktiviti pendidikan seni yang dapat memberi kebaikan kearah sesuatu persembahan hasil karya.

BIBLIOGRAFI.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1993). Glosari seni lukis. Kuala Lumpur: KPM.

Efland, Arthur D. (2002). Art and cognition. New York: Teachers College Press.

Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford.

Haslinda Madon. (2010). HBAE1403 Menggambar Malaysia.

Kuala Lumpur: Open University

Herberholz, Donald & Herberholz, Babara. (2002). Artwork for elementary school teachers: Developing Artistic and perceptual awareness, New Jersey: McGraw-Hill. Leland, Nita. (1990). Creative artist. Cincinnati: North Light Book. Raja Baharudin Raja Husain. (1999). Kursus amali pendidikan seni. Subang Jaya: Pan Asia. Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts, USA: Brown and Benchmark.

10