Anda di halaman 1dari 11

“15s Show”: Meningkatkan Kemahiran Murid Menulis Langkah Penyiasatan Saintifik 1

“15s Show”: Meningkatkan Kemahiran Proses Sains Murid Menulis Langkah


Penyiasatan Saintifik

Nordiana Nordin
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior,
06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
deyna45@gmail.com

ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk memantapkan murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau
Nyior, Jitra Kedah menulis angkah-langkah di dalam penyiasatan saintifik mengikut urutan yang betul
bagi dalam menjawab soalan sains. Secara spesifiknya, kajian tindakan ini berfokuskan kepada
kemahiran murid menulis Langkah penyiasatan saintifik dengan tepat serta dapat menjawab soalan
latihan, ujian dan peperiksaan dengan betul sekaligus dapat menjawab soalan eksperimen. Fokus
kajian melibatkan 10 orang murid lemah dan gagal dalam menjawab soalan bahagian B dan C kertas
Sains. Kaedah “15s Show” digunakan agar dapat membantu murid menjawab soalan latihan dimana
pelajar akan menyedia video pendek berdurasi 15 saat menggunakan apa-apa aplikasi di telefon
bimbit seperti Tik Tok, Reel, Instagram, CapCut atau lain-lain bagi lebih memahami dan mengingati
langkah-langkah kaedah saintifik semasa menyiapkan video “15s Show” masing-masing. Hasil
jawapan murid dikutip setiap kali murid menjawab soalan dan ditandakan dengan ‘betul’ atau ‘salah’
serta data dianalisis dan dipamerkan dalam bentuk graf. Persepsi murid terhadap kemahiran menulis
Kaedah Saintifik setelah menyiapkan “15 Show” adalah berdasarkan kepada kefahaman murid yang
diukur berdasarkan markah yang diperolehi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap persepsi
murid terhadap penggunaan “15s Show” dalam pembelajaran sains secara keseluruhannya
mempamerkan peningkatan yang baik.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU/ PENYATAAN MASALAH

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan pendidikan Sains sejak awal
lagi dengan memberi penekanan dalam kemajuan pendidikan Sains serta melaksanakan
pelbagai penambahbaikan silibus pengajaran. Menurut Nurul Fariha dan Mohd Hanafi
(2022), pelbagai perubahan kurikulum pendidikan Sains selaras dengan Falsafah Sains
Kebangsaan telah dilakukan sejak ia diperkenalkan. Perubahan terbaru adalah dengan
memperkenalkan kurikulum pendidikan Sains iaitu Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM). Kurikulum tersebut telah ditambah baik mulai 2017 dan dikenali sebagai
KSSM. Ia direka bentuk bagi mengembangkan literasi sains dengan pendedahan terhadap
pengetahuan asas sains kepada murid ke arah celik sains dengan memahami konsep sains
asas yang berlaku di sekeliling serta sebagai asas kepada pendidikan sains di peringkat
menengah.

    $    


   $  #

Nordiana Nordin
“15s Show”: Meningkatkan Kemahiran Murid Menulis Langkah Penyiasatan Saintifik 2

           


      
$$$
$&" .$$$

$+$
        
     $  /

&


$


Sebagai seorang guru sains tingkatan satu, saya telah mengenal pasti kelemahan
beberapa murid dalam menjawab soalan sains bahagian B semasa peperiksaan
pertengahan tahun yang menjadi punca kegagalan murid mendapatkan markah yang baik
semasa menjawab soalan. Kelemahan tersebut adalah pada soalan menulis Langkah-
langkah kaedah saintifik dengan urutan yang betul. Langkah-langkah dalam penyiasatan
Saintifik adalah konsep asas sains yang paling penting dan salah satu bahagian yang agak
sukar difahami oleh murid. Jika murid tidak menguasai , maka murid tersebut gagal
menjawab soalan bahagian B dan C (mengeksperimen). Tanpa kefahaman yang mendalam
tentang Langkah Penyiasatan Saintifik, murid tidak dapat menjawab dengan baik dalam
peperiksaan. Sehubungan itu, prestasi markah murid dalam menjawab soalan latihan, ujian
serta peperiksaan amat sukar dicapai dengan baik sekiranya guru tidak memberi penekanan
terhadap Langkah-langkah penyiasatan saintifik yang diajar.

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah melakukan intervensi terhadap teknik
pengajaran yang lebih mudah iaitu teknik mengingat secara kreatif dengan menggunakan
kaedah “15s Show”. Kaedah ini dimulai dengan langkah pertama iaitu membuat ujian,
memeriksa buku latihan serta temu bual bagi merekod dan mendapatkan kayu ukur
mengkelaskan murid kepada kelemahan-kelemahan yang mereka hadapi. Selepas data
diambil saya telah merancang aktiviti dengan memberi tugasan menyiapkan “15s Show”
dengan memberikan beberapa panduan tajuk subtopik yang perlu mereka fokuskan. Kaedah
ini dapat membantu murid mengingati sembilan langkah-langkah penyiasatan saintifik
dengan lebih baik dengan urutan yang betul.

Nordiana Nordin
“15s Show”: Meningkatkan Kemahiran Murid Menulis Langkah Penyiasatan Saintifik 3

2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokuskan kepada pemantapan penulisan murid terhadap Langkah Penyiasatan
Saintifik. Dengan menggunakan kaedah 15s Show, usaha ini dapat menarik minat murid
untuk menjawab soalan bahagian B dan soalan bahagian C mengeksperimen dengan tepat
dalam ujian dan peperiksaan sains. Selain itu, kajian ini juga berfokuskan kepada membina
keyakinan murid untuk menjawab soalan berkaitan eksperimen seperti mengenalpasti
pembolehubah, merekod data atau menganalisis data. Jika murid tidak dapat menjawab
soalan dengan tepat ini akan memberi kesan terhadap pencapaian mereka dalam
memperoleh markah yang baik dalam peperiksaan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.1 Objektif Umum
Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman murid
terhadap menulis sembilan langkah-langkah penyiasatan saintifik dengan urutan yang betul
seterusnya menggalakkan murid untuk menjawab soalan dengan betul mengikut kehendak
soalan.

3.2 Objektif Khusus

a) Membolehkan murid mengenal pasti urutan yang betul dalam menulis langkah
penyiasatan saintifik.
b) Membantu murid menjawab soalan mengenalpasti pembolehubah dengan betul.
c) Membantu meningkatkan kefahaman murid mengembangkan idea mendapatkan
pembolehubah, membuat hipotesis dan menyatakan definisi secara operasi
berdasarkan soalan.
d) Memberi keyakinan murid untuk menjawab soalan dengan kaedah yang mudah
difahami.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian tindakan ini adalah ke atas 10 orang murid dari kelas 2 Averrose
di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior, Jitra Kedah. Kajian tindakan ini
Nordiana Nordin
“15s Show”: Meningkatkan Kemahiran Murid Menulis Langkah Penyiasatan Saintifik 4

dilaksanakan ke atas murid-murid tersebut bagi mengatasi masalah murid yang masih keliru
untuk menjawab soalan yang melibatkan Langkah penyiasatan saintifik dengan tepat.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

Tinjauan masalah dilakukan berdasarkan semakan buku latihan dan kertas peperiksaan.
Didapati murid-murid yang terpilih dalam kajian tindakan ini adalah antara murid-murid yang
sangat lemah dan gagal menjawab soalan dengan baik. Jadual 1 menunjukkan kaedah
mengutip data.

Jadual 1

Kaedah Mengutip Data


Kaedah Tarikh Tujuan

KAEDAH 1 2 OGOS 2022 Memeriksa buku latihan murid

Memeriksa Buku Mengenal pasti kelemahan murid menjawab soalan


Latihan Murid. melibatkan Langkah Penyiasatan Saintifik

KAEDAH 2 23 OGOS 2022 Murid menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun

Peperiksaan Mengumpul data murid lemah dan gagal untuk


Pertengahan dianalisis
Tahun

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Berdasarkan tinjauan masalah, didapati skor bagi soalan nombor 4 (a), murid gagal
menjawab dengan baik dan markah yang diperolehi adalah kurang dari separuh markah
penuh (4 markah).

Jadual 3:
Analisis Tinjauan Masalah
Nordiana Nordin
“15s Show”: Meningkatkan Kemahiran Murid Menulis Langkah Penyiasatan Saintifik 5

Kaedah Tarikh Masalah telah dikenal pasti

KAEDAH 1 2 OGOS 2022 Murid tidak menyiapkan latihan.

Memeriksa Buku Murid gagal menjawab keseluruhan soalan latihan


Latihan Murid. yang diberikan

KAEDAH 2 23 OGOS Murid tidak dapat menyenaraikan urutan langkah-


2022 langkah penyiasatan saintifik dengan betul.

Peperiksaan Markah yang diperolehi kurang dari 2/4 markah.


Pertengahan
Tahun

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Tinjauan awal mendapati murid kurang berkeyakinan untuk menjawab soalan serta tidak
faham konsep asas Kemahiran Proses Sains iaitu langkah penyiasatan saintifik. Oleh itu
saya mengambil inisiatif merancang satu tugasan yang mudah kepada murid-murid bagi
memahami konsep asas sains iaitu langkah penyiasatan saintifik dengan urutan yang betul.
Tugasan 15s Show diperkenalkan untuk melaksanakan kajian ini.

5.4 KAEDAH
Penyelidikan ini menggunakan kaedah kajian tindakan. Kajian ini melibatkan empat fasa
iaitu kenal tahap kemahiran pelajar (ujian pra), perancangan, membuat tindakan dan
penilaian (ujian pos).

Mengenalpasti
tahap
penguasaan
Penilaian Merancang

Membuat
tindakan

Rajah 1: Langkah Dalam Kajian Tindakan


Nordiana Nordin
“15s Show”: Meningkatkan Kemahiran Murid Menulis Langkah Penyiasatan Saintifik 6

Langkah 1: Mengenalpasti – Fasa pertama ini adalah mengenalpasti tahap


kemahiran sedia ada pelajar (Pemerhatian, Pengkelasan dan Pengukuran)
berdasarkan ujian pra.
Langkah 2: Merancang – Guru memberi tugasan dan pelajat merancang
pengisian untuk video 15 saat
Langkah 3: Membuat tindakan – Pelajar menghantar “15s Show” setelah 1
minggu masa diberikan (rawatan)
Langkah 4: Penilaian – Menilai tahap kemahiran pelajar selepas dijalankan
rawatan.

Nordiana Nordin
“15s Show”: Meningkatkan Kemahiran Murid Menulis Langkah Penyiasatan Saintifik 7

5.5 REFLEKSI KAJIAN

Secara keseluruhannya aktiviti yang dijalankan dapat menarik minat murid untuk
mengulangkaji bab langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik kerana pelajar dapat
merekod video sambil menyunting isi kandungan mereka. Didapati murid-murid jelas dengan
panduan yang saya berikan dan dapat menghantar video yang sangat menarik dan
berinformasi untuk rujukan mereka, namun masih memerlukan bimbingan yang lebih pada
urutan langkah yang betul. Untuk aktiviti seterusnya berdasarkan refleksi setiap video yang
dihantar, saya akan menggunakan soalan latihan berkaitan langkah penyiasatan saintifik. Ini
dapat membantu murid membuat perbandingan soalan serta panduan menjawab dengan
lebih jelas.

5.5.1 PENILAIAN PENCAPAIAN MURID

Jadual 5:
Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
Bil Responden Jantina Skor
Ujian Pra Ujian Pasca
1 A Lelaki 2 7
2 B Lelaki 2 8
3 C Lelaki 2 9
4 D Lelaki 3 7
5 E Lelaki 4 7
6 F Perempuan 5 8
7 G Perempuan 4 9
8 H Perempuan 3 7
9 I Perempuan 3 8
10 J Perempuan 6 8

5.5.2 Analisis Keputusan

Jadual 6:
Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pos

Keputusan
Skor
Ujian Pra Ujian Pasca
1-3 6 -
4-6 4 -
7-9 - 10

Nordiana Nordin
“15s Show”: Meningkatkan Kemahiran Murid Menulis Langkah Penyiasatan Saintifik 8

5.5.2 Graf Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pasca

5.5.3 Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan

Kajian tindakan ini telah mengaplikasikan kaedah pengajaran berasaskan kepada video
berdurasi 15 saat yang dibina oleh pelajar itu sendiri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran murid tingkatan 1. Dengan terlaksananya kajian tindakan ini maka ianya dapat
memberi maklumat kepada saya, pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah serta Jabatan
Pelajaran Negeri supaya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk
memperkemaskan lagi usaha dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
dalam bidang sains dengan berbantukan video “15s Show”.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan terhadap budaya


pembelajaran murid lemah dalam memantapkan kefahaman mereka dalam Langkah-
langkah penyiasatan saintifik. Hal ini bermakna intervensi sains menggunakan video “15s
Show’ memberi kesan positif terhadap pembelajaran murid. Dapatan juga membuktikan
bahawa murid mampu mengikuti pembelajaran jika diberi bimbingan secara berfokus
kepada mereka. Walaupun keputusan ujian pra dan pos menunjukkan perbezaan yang tidak
ketara, tetapi berdasarkan graf menunjukkan terdapatnya peningkatan markah murid bagi
kedua-dua ujian tersebut.

Nordiana Nordin
“15s Show”: Meningkatkan Kemahiran Murid Menulis Langkah Penyiasatan Saintifik 9

Selain itu murid juga menunjukkan sikap yang positif dan sangat komited semasa
bimbingan diberikan oleh saya. Murid yang didapati pendiam sebelum ini kelihatan aktif
bersoal jawab dengan saya dalam memahami kaedah aktiviti dilaksanakan. Murid didapati
berbuat perbincangan secara berkumpulan, menyemak jawapan antara satu sama lain
sebelum merujuk kepada saya. Perkara ini menunjukkan bahawa murid lemah perlu diberi
bimbingan khusus seperti mengadakan kelas tambahan khas untuk bimbingan secara
berfokus. Perkembangan positif ini memberi impak yang baik terhadap pencapaian mereka.
Hasilnya murid dapat mengumpul markah yang tinggi dalam ujian pra dan ujian pasca yang
telah dijalankan.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Penguasaan ilmu sains yang mantap, akan melahirkan generasi yang mampu menyediakan
teknologi mengikut keperluan manusia dan peredaran semasa. Oleh yang demikian sekolah
yang merupakan pengeluar produk masa depan perlu berusaha mewujudkan pembudayaan
sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Proses Sains bukan
hanya sekadar semata-mata ilmu pengetahuansemata-mata tetapi juga dapat kita lihat
penerapan nilai murni seperti bekerjasama, perkembangan potensi individu, wujud
kesepaduan dikalangan pelajar dan guru, progressif dalam merancang dan melaksanakan
aktiviti. Ini juga dapat membantu dalam melahirkan konsep kendiri yang positif dikalangan
pelajar seperti bersifat tenang dan tabah dalam menghadapi cabaran, bersikap bertimbang
rasa dan terbuka, merasa bangga diri sendiri dan berani mencuba, sedia menerima teguran
dan sebaginya. Maka dengan ini dapat kita lihat pengaplikasian kemahiran proses sains
bukan semata-semata penguasaan ilmu tetapi ia nya adalah pendorong membina dalaman
diri yang mantap.

Sebagai kesimpulan, diharap kajian tindakan ini dapat membantu para guru,
kaunselor, ibu bapa dan pihak sekolah untuk melihat tahap pencapaian murid dalam subjek
sains. Dengan mengetahui tahap pencapaian murid berdasarkan ujian dan peperiksaan
yang dilalui, para guru, ibu bapa dan pihak sekolah dapat menilai kelemahan murid terhadap
bahagian-bahagian tertentu. Selain itu, tidak dinafikan juga faktor pengurusan sekolah turut
membantu dalam hal ini, ini kerana pengurusan sekolah yang baik dapat melahirkan guru
yang berkualiti dan komited, persekitaran pembelajaran yang memberansangkan serta
dapat melahirkan murid yang bermoral dan cemerlang.
Nordiana Nordin
“15s Show”: Meningkatkan Kemahiran Murid Menulis Langkah Penyiasatan Saintifik 10

Peranan guru merupakan elemen penting yang tidak boleh disangkal kerana guru
adalah sumber kepada ilmu pengetahuan kepada pelajar dan juga pembimbing dalam
pembelajaran pelajar bagi memastikan pelajar-pelajar benar memahami setiap ilmu yang
disampaikan di sekolah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi peningkatan kemahiran asas
sains yang melibatkan pemerhatian, pengkelasan dan pengukuran telah berjaya
meningkatkan kefahaman pelajar tentang kemahiran-kemahiran tersebut seterusnya ini
membina kepada pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dalam matapelajaran
sains.

RUJUKAN

Nurul Fariha & Mohd Hanafi (2022). Pengaruh Sumber Pengajaran Mata Pelajaran Sains
MBK Pendengaran. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 292-304.

Azli ( 1 Feb. , 2013). Transformasi pendidikan bermula. (on-line), Didapati daripada:


http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com

Hailmi (2013). SKPM Standard 4. Pengajaran dan pembelajaran berkesan. (on-line),


Didapati daripada: http://www.cikguhailmi.com/2013/08/skpm-standard-4-
pembelajaran-dan-pengajaran-berkesan.html

Metra Syahril Mohamed & Assim Hassan (2015). Mencapai pendidikan berkualiti. (on-line),
Didapati daripada: http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/v2/index.php?
option=com_content&view=article&id=268

Norazman Arbin, Nor’ain Mohd Tajudin, & Nur Fazliana Rahim. (2012). Kualiti pengajaran
dan pembelajaran guru matematik. Menemui Matematik (Discovering Mathematics), 34
(1), 105-112.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Pendidikan prasekolah hingga lepas


menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2013). (m.s. 4-24)

Suarman, Zahara Aziz, & Ruhizan Mohammad Yasin. (2013). The quality of teaching and
learning towards the satisfaction among the university students. Journal of Asian
Social Science, 9, 252-258.

Tan Choon Keong, & Carol Abu. (2013). Pengaplikasian video youtube: Bahan bantu
mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains
sosial. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi. Anjuran Universiti Malaysia Sabah,
29-30 Ogos.

Ting Suh Ping. (2009, Januari). Meningkatkan minat dan pembelajaran sains murid tahun
tiga melalui penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan ICT. Artikel Penyelidikan
Tindakan PISMP SN amb. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL (2012), 116-131.
LAMPIRAN 1: PELAJAR MENJAWAB PRE-TEST DAN POST-TEST
Nordiana Nordin
“15s Show”: Meningkatkan Kemahiran Murid Menulis Langkah Penyiasatan Saintifik 11

LAMPIRAN 2: SCREENSHOT VIDEO “15s SHOW” PELAJAR

Nordiana Nordin

Anda mungkin juga menyukai