Anda di halaman 1dari 19

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/282888240

METODOLOGI PENYELIDIKAN TINDAKAN DALAM MENGINTEGRASIKAN


MULTI-MEDIA UNTUK MEMBANTU MURID DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN
PROSES SAINS

Research · October 2015


DOI: 10.13140/RG.2.1.4098.8882

CITATIONS READS

0 3,843

1 author:

Chin Suk Mei


Open University Malaysia
4 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Chin Suk Mei on 17 October 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Dipersembah dalam Seminar Kebangsaan (SKKKdp) 29 JULAI2015 (IPG B.L)

METODOLOGI PENYELIDIKAN TINDAKAN DALAM MENGINTEGRASIKAN MULTI-


MEDIA UNTUK MEMBANTU MURID DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN PROSES
SAINS

Chin Suk Mei


SJK Chung Hua Kim Choo Seng,
D/A PPDK Padawan,
Lorong 17, Off Jalan Kapor
93150, Kuching, Sarawak, Malaysia
meimay999@gmail.com

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk berkongsi pengalaman tentang metodologi


semasa melaksanakan penyelidikan tindakan berkaitan dengan
pengintegrasian multi-media bagi mempermudahkan murid dalam
menjawab soalan kemahiran proses sains (KPS). Penyelidikan tindakan ini
dijalankan dalam tempoh sebulan. Pensampelan bertujuan telah digunakan
dalam penyelidikan ini, maka ia melibatkan empat orang sampel murid dari
tahun empat yang lemah dalam menjawab soalan (KPS) di sebuah sekolah
rendah. Cara-cara yang digunakan untuk pengumpulan data adalah seperti
membuat pemerhatian terhadap tingkah laku, respon, perasaan dan reaksi
murid dengan rakaman video, mengambil foto dan catatan, analisis
dokumen seperti ujian sebelum dan selepas intervensi, lembaran kerja,
transkrip temubual dengan murid serta ibu bapa, mendapatkan maklum
balas dengan borang dan perbincangan atau pesanan dalam WeChat.
Semua data seperti catatan, foto, video dianalisis secara analisis
kandungan, temubual ditranskripsikan dan dianalisis dengan pengekodan
data. Data temu bual dan data pemerhatian melalui rakaman video
ditriangulasikan untuk mengesahkan hasil dapatan dan keputusan
penyelidikan yang dijalankan dengan mendapatkan data daripada sumber
data yang berbeza. Didapati kajian yang mengaplikasikan penyelidikan
tindakan ini membantu penyelidik menambah baik atau memahami amalan
kendiri. Ia juga amat membantu penyelidik selaku guru dalam memahami
amalan pembelajaran murid dengan mendalam, meningkatkan
pembelajaran murid serta merapatkan hubungan dalam kalangan guru dan
ibu bapa yang terbabit.

Kata kunci: Pengintegrasian multi-media, kemahiran proses sains,kajian


penyelidikan tindakan dalam Sains

Bahasa Pembentangan: (Bahasa Malaysia)

1
Dipersembah dalam Seminar Kebangsaan (SKKKdp) 29 JULAI2015 (IPG B.L)

1.0 PENGENALAN
1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Saya telah mengajar Sains Tahap II selama 7 tahun. Tahun ini saya mengajar
murid tahun Empat yang terdiri daripada murid yang sederhana dan murid yang
lemah dalam pencapaiannya. Saya telah menjalankan analisis dan Post-Moterm ke
atas pencapaian murid dalam satu ujian sebelum intervensi. Tinjauan menunjukkan
murid-murid Tahun Empat ini mempunyai banyak pengetahuan dalam Sains kerana
mereka dapat menjawab soalan Bahagian A dengan baik. Walau bagaimana pun,
saya mendapati mereka amat lemah dalam soalan bahagian B yang menguji
kemahiran proses sains (KPS). Oleh itu, saya bertekad untuk membuat
pemerhatian terhadap respon dan reaksi mereka apabila pengajaran dan
pembelajaran tentang kemahiran proses sains (KPS). Daripada pemerhatian saya,
saya mendapati ramai murid tidak yakin untuk menjawab soalan guru apabila
soalan dituju kepada mereka secara lisan. Sebahagian daripada mereka tidak
menumpukan perhatian malah menunjukkan kurang minat dalam pengajaran.
Keadaan ini mendorong saya untuk menjalankan satu kajian bagi mengatasi
masalah ini. Dalam kajian ini, saya telah mengaplikasikan multimedia dalam
pengajaran saya untuk membantu murid dalam menguasai kemahiran proses
Sains. Saya telah membina nota (KPS) ini dalam bentuk Powerpoint yang
mempunyai muzik, animasi dan video yang dapat menarik perhatian murid. Selepas
nota dibaca oleh murid, mereka diberi penilaian dalam Powerpoint secara interaktif
supaya pengetahuan yang dipelajari dapat diaplikasikan dengan segera. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan multimedia ini dapat
menepati “selera” murid-murid dan membolehkan mereka belajar dalam
keadaan yang lebih relaks dan tanpa berasa tekanan. Mereka juga dapat belajar
kemahiran proses sains (KPS) ini secara berulang kali di rumah kerana saya telah
menyimpan salinan dalam pendrive untuk mereka.

2.0 FOKUS KAJIAN


2.1 Isu Kajian

Berdasarkan analisis keputusan dalam ujian sebelum intervensi yang dijalankan,


saya mendapati ramai murid yang tidak dapat menjawab soalan ujian Sains
Bahagian B dengan baik. Ada juga murid yang langsung tidak menjawab dan
membiarkan ia kosong sahaja. Dalam kajian ini saya telah memilih 4 orang murid
sebagai peserta dalam kajian saya.

Jadual 1 menunjukkan markah yang diperolehi oleh peserta dalam satu ujian
sebelum intervensi.

Bil Peserta Jantina Markah Ujian Bulanan


1 A P 6 / 20
2 B L 6 / 20
3 C L 9 / 20
4 D L 12 / 20

Jadual 1.Markah yang Diperolehi oleh peserta dalam Ujian sebelum intervensi bagi
Sains Bahagian B.
2
Dipersembah dalam Seminar Kebangsaan (SKKKdp) 29 JULAI2015 (IPG B.L)

Dua orang murid telah mendapat 6 markah, manakala 2 orang lagi mendapat 9-12.
Keputusan ujian ini menunjukkan mereka masih tidak dapat menguasai kemahiran
proses sains (KPS). Mereka juga tidak dapat menyesuaikan diri dengan kaedah
mengajar guru dan tidak mengetahui kaedah menjawab soalan dengan betul serta
tidak dapat menghafal format yang digunakan untuk menjawab soalan (KPS). Oleh
yang demikian, dalam kajian ini, saya memberi fokus kepada kaedah atau teknik
mengajar dalam Kemahiran Proses Sains Bahagian B dengan mengintegrasikan
muldtimedia untuk menarik minat murid serta membolehkan murid belajar dalam
keadaan yang lebih relaks.

3.1 Objektif Kajian


a. Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran KPS Sains.
b. Meningkatkan pencapaian murid KPS Sains..
c. Meningkatkan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran KPS
Sains.
d. Mengurangkan tekanan murid dalam belajar KPS Sains.

3.2 Persoalan Kajian


a. Adakah pengintegrasian multimedia dapat meningkatkan minat dan
semangat murid dalam pengajaran dan pembelajaran KPS Sains ?
b. Adakah pengintegrasian multimedia dapat meningkatkan pencapaian murid
dalam KPS Sains?
c. Bagaimanakah pengintegrasian multimedia dapat membantu murid saya
dadlam pembelajaran KPS Sains?

4.0 POPULASI / KUMPULAN SASARAN/ LATAR BELAKANG


Kajian ini tertumpu kepada kepada 4 orang murid tahun 4 yang lemah dalam
menguasai KPS Sains. Kajian dan program intervensi ini melibatkan 4 orang murid
di dalam kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah
kecacatan akal atau terencat akal seperti yang tertera dalam jadual di bawah:

Jadual 2: Demografi data kumpulan sasaran atau peserta (P)

No Nama Jantina Bangsa Masalah yang dihadapi


1 PA P Cina - Malu dan pasif, tidak berani bertanya, lambat
berfikir dan bertindak, cepat lupa, sukar
memahami dan lemah pengamatan
-Tidak dapat menyesuaikan diri dengan bahan
pengajaran dan pembelajaran.
2 PB L Bumi- - Kurang tumpuan dalam kelas, sukar memahami
putera dan lemah pengamatan.
-Ketidaksesuaian bahan pengajaran guru
3 PC L Cina -Cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran
-Tidak dapat menyesuaikan diri dengan bahan
pengajaran dan pembelajaran.
4 PD L Cina Mempunyai pengetahuan Sains yang luas tetapi
tidak dapat menguasai kemahiran dalam Sains
(KPS) dengan baik.

3
Dipersembah dalam Seminar Kebangsaan (SKKKdp) 29 JULAI2015 (IPG B.L)

Selain itu, orang ibu kepada 4 orang peserta juga mengambil bahagian dalam
kajian ini dalam memberi maklum balas dan juga pandangan.

Jadual 3: Demografi data ibu peserta ( IP )


No Nama Bangsa Pekerjaan Latar akademik
1 PA Cina Suri rumah SPM
2 PB Bumiputera Suri rumah SPM
3 PC Cina Suri rumah SPM
4 PD Cina Guru Degree

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

a. Mendapatkan laporan keputusan murid-murid dengan menggunakan ujian


formatif sebelum intervensi.
b. Memilih 4 orang murid Tahun 4 sebagai peserta kajian.
c. Mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dengan
menganalisis cara murid menjawab ujian yang dijalankan.
d. Mengenal pasti punca-punca yang menjadikan murid-murid bermasalah dalam
pembelajaran dari aspek fizikal, intelek, emosi dan pembelajaran dengan
memerhatikan reaksi dan respon mereka di dalam kelas. Pemerhatian dicatat
dalam nota lapangan.
e. Merancang intervensi dan kaedah pengajaran iaitu mengitergrasikan
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran KPS Sains untuk menolong
murid bagi menguasai kemahiran tersebut.
f. Murid-murid membaca nota dalam bentuk PowerPoint yang mempunyai muzik,
suara, video serta suara. Murid-murid mengaplikasikan pengetahuan di dalam
kuiz interaktif atau penilaian dalam bentuk Powerpoint.
g. Membuat pemerhatian dan rakaman video (tanpa disedari murid) terhadap
respon dan reaksi murid apabila intervensi dijalankan dan pemerhatian dicatat
dalam nota lapangan.
h. Murid-murid juga digalakkan menggunakan bahan mengajar yang disimpan
dalam bentuk pendrive itu di rumah. Gambar diambil oleh ibu bapa dan
dimasukkan ke dalam Wechat Group.
i. Mengadakan ujian selepas intervensi untuk mengenal pasti peningkatan dalam
pencapaian ujian dan juga mengenal pasti keberkesanan kaedah pengajaran
dan pembelajaran.
j. Mendapatkan maklum balas daripada murid dan ibu bapa melalui borang serta
perbincangan di dalam Wechat.
k. Menjalankan temubual dengan peserta kajian.
l. Data yang dikumpul dianalisis dan dilaporkan.

6.0 METODOLOGI

6.1 Peserta Kajian


Oleh kerana saya menggunakan Pensampelan bertujuan telah digunakan dalam
penyelidikan ini, peserta yang terlibat dalam kajian ini hanya 4 orang murid Tahun
4
Dipersembah dalam Seminar Kebangsaan (SKKKdp) 29 JULAI2015 (IPG B.L)

Empat yang belajar di sebuah sekolah rendah di Daerah Padawan. Peserta kajian
ini terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan seorang perempuan dan 3 daripada
mereka ialah berbangsa Cina manakala terdapat seorang bumiputera. 4 orang
murid ini dipilih berdasarkan keputusan mereka dalam ujian atau kuiz sebelum
intervensi. Keputusan menunjukkan mereka lemah dalam bahagian KPS Sains.

6.2 Etika Penyelidikan


Borang kebenaran yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Cina diberi
kepada mereka yang telah diminta untuk mengambil bahagian dalam kajian ini.
Penyelidik juga memberi jaminan kepada kedua bahawa penyertaan mereka tidak
akan mendedahkan mereka kepada apa-apa risiko. Selain itu, penyelidik
memaklumkan kepada peserta yang penyertaan mereka adalah secara sukarela,
dan kerahsiaan akan ditingkatkan dengan menggunakan nama samaran untuk
melindungi mereka. Temubual dengan murid adalah dalam audio yang dirakam
manakala temubual dengan ibu bapa adalah melalui telefon dan kemudian
ditranskripsikan dan dianalisis dengan pengekodan data. oleh pengkaji.

6.3 Teknik Mengumpul data


6.3.1 Pengumpulan dokumen
Saya telah mengumpul kertas ujian murid sebelum dan selepas intervensi untuk
menilai penguasaan murid dalam kemahiran proses sains (KPS). Kertas soalan
sebelum dan selepas intervensi adalah sama dan ia mengandungi 20 soalan
struktur dengan setiap soalan diperuntukkan 1 markah. Kertas ujian selepas
intervensi diberikan kepada murid selepas 3 minggu kemudia iaitu selepas
mengambil ujian sebelum intervensi. Setiap kesalahan murid dalam ujian dinilai dan
dicatat.

6.3.2 Pemerhatian
Pemerhatian telah dijalankan sepanjang kajian ini terhadap 4 orang peserta dalam
bentuk catatan lapangan. Pemerhatian dibuat terhadap perasaan, reaksi, respon
dan tingkahlaku peserta sebelum dan selepas intervensi untuk mengenal pasti
perubahan tingkah laku dan keberkesanan intervensi. Selain itu, video dan gambar
juga diambil sebagai bukti. Video diambil ketika intervensi dijalankan denagn tanpa
disedari murid kerana kamera ditutup dengan buku.

6.3.3 Borang Maklum Balas


Borang maklum balas telah digunakan sebelum dan selepas intervensi untuk
menilai keberkesanan intervensi yang dilakukan.

6.3.4 Perbincangan dalam Wechat Group


Ahli-ahli dalam kumpulan Wechat yang dibina oleh saya sendiri terdiri daripada ibu-
bapa dan juga murid dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat. Perbincangan
yang tidak formal antara ahli juga dapat diwujudkan maka hubungan yang semakin
erat terbina antara mereka.

6.3.5 Temubual
Kahn dan Cannell (1957) (dalam Marshall & Rossman) mendefinisikan temu bual
sebagai „perbualan dengan bertujuan‟ (conversation with a purpose). Tujuan utama
5
Dipersembah dalam Seminar Kebangsaan (SKKKdp) 29 JULAI2015 (IPG B.L)

temu bual adalah untuk mendapatkan maklumat yang khusus. Mengikut Patton
(1990) pula, temu bual diadakan apabila penyelidik hendak mengetahui apa yang
terdapat dalam minda seseorang. Temu bual boleh merupakan strategi keseluruhan
pengumpulan data kajian atau pun boleh merupakan salah satu daripada teknik
yang digunakan dalam kajian.Temubual kajian ini telah melibatkan pertemuan
penyelidik dengan peserta, penyelidik dengan ibu bapa untuk tujuan mendapatkan
maklumat. Temu bual yang digunapakai ialah berbentuk semi berstruktur. Soalan-
soalan dalam temubual semi berstruktur ditentukan terlebih dahulu tetapi
jawapan kepada soalan-soalan tersebut adalah terbuka, boleh dikembangkan
mengikut budibicara penemubual dan peserta.

6.4 Teknik Menganalisis Data


Analisis kandungan telah digunakan untuk menganalisis data kajian.

6.4.1 Analisis kandungan Perbincangan dalam Wechat Group


Perbincangan yang tidak formal dalam Wechat diambil kira dan dianalisis. Saya
dapati kegunaan Wechat bukan sahaja membantu dalam mengumpul maklumat,
tetapi ia mengeratakan hubungan antara peserta kajian. Mereka dapat memberi
cadangan dan pandangan secara tidak formal tentang intervensi ini terhadap anak
mereka.Murid-murid juga dapat berbincang dengan kawan tentang perasaan
selepas mereka menggunakan bahan intervensi itu di rumah dengan segera
dengan adanya kemudahan Wechat.

6.4.2 Analisis foto dan video yang diambil


Foto atau video yang diambil dianalisiskan untuk mendapat maklumat dan maklum
balas yang lebih lanjut.

Rajah 1. Reaksi dan respon murid sebelum intervensi atau dalam kelas biasa.

Beberapa orang murid


sudah mulai bosan,
tidak berminat dan
tidak menumpukan
perhatian.

Rajah 2: Nota atau


catatan pemerhatian
sebelum intervensi

6
Dipersembah dalam Seminar Kebangsaan (SKKKdp) 29 JULAI2015 (IPG B.L)

Rajah 3. Reaksi dan respon murid-murid semasa intervensi.

Murid-muird berebut untuk menjawab soalan dalam Powepoint.

Rajah 5a-q .Contoh Reaksi dan respon peserta A-D semasa intervensi.

a b c

Serius , bersungguh-sungguh gembira, berminat seronok dan


begitu asyik

7
Dipersembah dalam Seminar Kebangsaan (SKKKdp) 29 JULAI2015 (IPG B.L)

d
e

Serius , bersungguh-sungguh gembira, berminat, suka bertanding dengan


kawan
f g h

Pergerakan badan dan


isyarat yang banyak
menunjukkan dia amat
seronok dan teruja.

l
j k

Gembira bersungguh-sungguh begitu asyik sampai berdiri

8
Dipersembah dalam Seminar Kebangsaan (SKKKdp) 29 JULAI2015 (IPG B.L)

m n o

Bersungguh-sungguh Relaks dan tiada tekanan seronok dan minat

p q

bersahaja dan rasa


seronok.

6.4.3 Analisis Kandungan Temu Bual


Saya telah menemu bual 4 orang peserta murid dan 2 orang ibu dan bapa untuk
melihat sejauh mana kaedah penagajaran yang mengintegrasikan multimedia telah
membantu dalam meningkatkan kefahaman dan minat murid untuk belajar KPS
Sains. Saya menemu ramah murid-murid dalam Bahasa Mandrin sambil dirakam
dan diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia dalam transkrip. Manakala saya
menemu ramah ibu atau bapa dalam Mandrin serta Bahasa Malaysia melalui
telefon. Saya telah menganalisis kandungan transkipsi dengan pengekodan data.

6.4.4 Analisis Kandungan Dokumen


Saya juga menganalisis ujian yang dijalankan. Saya telah menganalisis kertas
ujian murid sebelum dan selepas intervensi (Appendix 2) untuk menilai
penguasaan murid dalam kemahiran proses sains (KPS). Data-data keputusan
peserta dalam Ujian sebelum dan selepas intervensi akan dipindah ke dalam
bentuk jadual dan graf.

9
Dipersembah dalam Seminar Kebangsaan (SKKKdp) 29 JULAI2015 (IPG B.L)

Rajah 6 Ujian sebelum intervensi bagi peserta A

10
Dipersembah dalam Seminar Kebangsaan (SKKKdp) 29 JULAI2015 (IPG B.L)

Rajah 7 Ujian selepas intervensi bagi peserta A

11
Dipersembah dalam Seminar Kebangsaan (SKKKdp) 29 JULAI2015 (IPG B.L)

6.4.5 Analisis Kandungan Catatan Lapangan

Saya telah membuat analisis kandungan pada nota atau catatan lapangan saya.
Rajah 8 merupakan contoh analisis catatan lapangan yang saya buat.

Rajah 8 Catatan lapangan semasa kajian, 26 Mei 2015

6.4.6 Analisis Kandungan Borang Maklum Balas


Saya telah menganalisis kandungan dalam borang maklum balas yang diisi oleh
murid-murid dan juga ibu bapa tentang intervensi yang dijalankan.

6.5 Triangulasi

6.5.1 Triangulasi Kaedah


Saya menggunakan borang matriks seperti di bawah untuk membanding sumber
data yang dikumpul untuk meningkatkan kredibiliti data yang diperolehi.

Jadual 4 Trangulasi Matriks


Soalan kajian Nota atau Borang Perbincangan Temu Foto Ujian
catatan Maklum dalam Wechat bual dan
lapangan Balas Group video
Adakah pengintegrasian / / / / / /
multimedia dapat
meningkatkan
semangat belajar dan
minat murid dalam
pengajaran dan
pembelajaran KPS
Sains ?
Adakah pengintegrasian / / / /
multimedia dapat
meningkatkan
pencapaian murid
dalam KPS Sains?
Bagaimanakah / / / / /
pengintegrasian
multimedia dapat
membantu murid saya
dalam pembelajaran PS
Sains?
12
Dipersembah dalam Seminar Kebangsaan (SKKKdp) 29 JULAI2015 (IPG B.L)

6.5.2 Triangulasi Sumber


Saya juga meminta pandangan dan cadangan daripada rakan saya yang lain untuk
menyemak kod dalam transkrip, ujian yang saya semak, video yang dirakam, foto
yang diambil dan juga nota lapangan yang dibuat.

7.0 RUMUSAN / REFLEKSI SELEPAS DAPATAN

Daripada pemerhatian dan analisis terhadap borang maklum balas, perbincangan


dalam wechat group, temubual, foto dan video yang diambil, ujian dan nota atau
catatan lapangan, ia telah menjawab persoalan kajian saya seperti di bawah:

a. Adakah pengintegrasian multimedia dapat meningkatkan semangat belajar dan


minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran KPS Sains ?

b. Adakah pengintegrasian multimedia dapat meningkatkan pencapaian murid


dalam KPS Sains?

c. Bagaimanakah pengintegrasian multimedia dapat membantu murid saya dadlam


pembelajaran KPS Sains?

Saya telah membuat pemerhatian terhadap respon dan reaksi murid sebelum
dan selepas intervensi. Daripada nota lapangan saya iaitu Rajah 8, saya
mendapati, dalam kelas biasa, murid-murid tidak suka bertanya, lebih pasif,
cepat berasa bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian. Saya juga telah
mengambil gambar mereka Rajah 1 dan ia menunjukkan ramai yang
kehilangan senyuman dan semangat. Manakala semasa intervensi iaitu
pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan multimedia, daripada
gambar Rajah 3 dan pemerhatian serta foto Rajah 4 yang diambil, ramai
murid yang menunjukkan riak muka yang gembira, seronok. Mereka juga
berebut-rebut untuk menjawab soalan, berani menanya soalan dan memberi
respon yang sangat baik. Selepas intervensi, daripada analisis trasnkrip
temubual Jadual 5 dan borang maklum balas Rajah 9, jawapan murid-murid
menunjukkkan mereka sangat puas hati, seronok dan suka P&P yang
mengintegrasikan multimedia seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5 di
bawah.

13
Dipersembah dalam Seminar Kebangsaan (SKKKdp) 29 JULAI2015 (IPG B.L)

Jadual 5 analisis transkripsi temu bual


Bi Koding index Kebolehperca
l yaan antara
penilai
Kategori / tema Contoh perbualan
4 Berminat belajar dengan multimedia PA (B18) /
PB (B18-21)
PC (B17)
PD (B15)

5 Berinisiatif untuk belajar berbantukan PA (B24-26) /


multimedia IPA (B4-7)

6 Penggunaan multimedia dalam pelajaran PA (B21) /


menyeronokkan dan PB (B24)
PC (B21)
PD (B21-22)

Selain itu, 4 peserta itu tersebut juga menggunakan bahan belajar tersebut di
rumah dan mereka meninggalkan pesanan dengan segera di dalam Wechat
sebaik sahaja mereka menggunakannya untuk mengulang kaji di rumah
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10 di bawah.

Rajah 10 Peserta menggunakan bahan belajar yang mengintegrasikan


multimedia untuk belajar KPS Sains dan meninggalkan pesanan di Wechat.

Seterusnya, dalam kajian ini saya telah memberi ujian sebelum intervensi dan
selepas intervensi. Keputusan kedua-dua ujian itu ditunjukkan seperti di bawah.

Jadual 6 Perbandingan keputusan sebelum dan selepas intervensi


14
Dipersembah
100 dalam Seminar Kebangsaan (SKKKdp) 29 JULAI2015 (IPG B.L)
80

60 Markah
Markah Ujian Ujian
40
Sebelum Selepas
Bil 20 Peserta Jantina Intervensi Intervensi
1 A P 6 / 20 12 / 20
2 0 B L 6 / 20 13 / 20
% Ujian Sebelum % Ujian Selepas
3 C
Intervensi
L
Intervensi
9 / 20 16 / 20
4 D P 12 / 20 17 / 20

PA PB PC PD
% Ujian Sebelum Intervensi 30 30 45 60
% Ujian Selepas Intervensi 60 65 80 85
Satu graf seperti Rajah 10 telah dihasilkan bagi menunjukkan perbandingan
sebelum dan selepas penggunaan multimedia dalam pengajaran Sains.

90
80
70
60
% Ujian Sebelum
50 Intervensi
40
% Ujian Selepas
30 Intervensi
20
10
0
PA PB PC PD

Rajah 10 Graf perbandingan keputusan ujian sebelum dan selepas intervensi.

Daripada Jadual 6 dan Rajah 9, didapati telah berlakunya peningkatan markah bagi
4 orang responden. Perubahan markah yang berlaku ini menunjukkan
pengintegrasian multimedia dapat meningkatkan pencapaian murid dalam KPS
Sains. Selain itu daripada transkripsi temubual juga, murid-murid juga menyatakan
cara ini dapat meningkatkan pengetahuan mereka.

Jadual 7 Analisis Transkripsi temu bual

15
Dipersembah dalam Seminar Kebangsaan (SKKKdp) 29 JULAI2015 (IPG B.L)

Daripada borang maklum balas, saya juga mendapati pengintegrasian


multimedia dapat membantu murid dalam belajar KPS, menarik perhatian mereka
dan juga meningkatkan pengetahuan mereka. Contohnya maklum balas dari
peserta A yang ditaip dalam kemudahan Wechat seperti di bawah.

Rajah 11 Maklum balas terhadap pengintegrasian multimedia dalam belajar KPS


(ditaip dalam Wechat)

Seterusnya, saya dapati pengintegrasian multimedia dalam belajar KPS amat


membantu murid seperti mana yang telah diberitahu oleh peserta kajian dalam
analisis transkripsi dan borang maklum balas di bawah.

Jadual 8 AnalisisTranskripsi temu bual


Bil Koding index Kebolehpe
rca
yaan
antara
penilai
Kategori / tema Contoh perbualan
7 Mengurangkan tekanan dan relaks. PB (B34-37) /
PD (B24)

8 Menambahkan pengetahuan, PA (B31-32) /


PC (B30-31)
PD (B30)

9 Membantu ingatan. PB (B34-31) /


PC (B30-31)

10 Bunyi, video dan muzik menyelesakan PB (B34-37) /

16
Dipersembah dalam Seminar Kebangsaan (SKKKdp) 29 JULAI2015 (IPG B.L)

11 Dapat belajar dengan kawan PA (B25-26) /


Main sambil belajar PB (B28-29)
PD (B21-22)
IPA (B4)

12 Harapan terhadap anak supaya kurang pasif IPA (B14-16) /

Rajah 12 maklum balas dari peserta C

Daripada trasnskripsi temubual dan borang maklum balas di atas, didapati bahawa
peserta mengakui bahawa pengintegrasian multimedia dalam belajar KPS dapat
mengurangkan tekanan, bunyi, video dan muzik menyelesakan membawa
keselesaan atau relaks semasa belajar, dapat menambahkan pengetahuan,
membantu ingatan, dapat belajar dan berinteraksi dengan kawan, dapat main
sambil belajar dan ibu peserta a juga berharap melalui cara belajar ini dapat
menjadikan anaknya lebih aktif dan kurang pasif.

Refleksi Penilaian Tindakan


Pengintegrasian multimedia dalam belajar KPS meningkatkan semangat belajar
dan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran KPS Sains, meningkatkan
pencapaian murid dalam KPS Sains dan dapat membantu murid dalam
pembelajaran KPS Sains serta meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Sebelum intervensi, ramai murid yang kurang memberi respon,
pasif dan tidak ingin melibatkan diri dengan aktif di dalam P&P. Selepas intervensi
dijalankan, mereka mula bersemangat dan berani mencuba untuk menjawab
soalan yang ditujukan oleh guru. Mereka bebincang dan berkomunikasi dengan
kawan,menunjukkan riak muka yang gembira malah menunjukkan aksi yang teruja.

Satu kelemahan dalam kajian ini ialah penggunaan multimedia dalam pengajaran
dan pembelajaran seperti ini akan tergendala dengan keadaan seperti bekalan
elektrik terputus dan masalah teknikal contohnya LCD tidak berfungsi.

Refleksi Pembelajaran Kendiri


Sepanjang perlaksanaan kajian ini, saya dapati hubungan erat terbentuk antara
peserta dengan peserta, ibu bapa dengan peserta, ibu bapa dengan guru.
Contohnya guru d, peserta murid serta ibu bapa boleh berbincang dadlam Wechat

17
Dipersembah dalam Seminar Kebangsaan (SKKKdp) 29 JULAI2015 (IPG B.L)

tentang sikap anak mereka terhadap cara belaajr ini. Selain itu, kajian memberikan
saya idea kepada saya untuk menjalankan kajian tindakan yang seterusnya pada
masa yang akan datang.

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Guru boleh mengintegrasikan multimedia dalam pelbagai subjek dan juga pelbagai
tajuk.

10.0 SENARAI RUJUKAN

RUJUKAN

Christina L.Y.Y,Eric.LTT, Kamsul ,Simbah ,They.P.T Chuah K.H& Raymond.K, (2011)


Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2012, Jilid 6
Patton, M.Q.,(1990). Qualitative Evaluation and Research Method. London: Sage
Publications

18

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai