Anda di halaman 1dari 8

LAMPIRAN 1

PEMARKAHAN

KPD 3026: Pengajaran, Teknologi


dan Penaksiran 2

Kerja Kursus (Tugasan Individu):

Kertas Cadangan Kajian Tindakan

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK PROGRAM


Marilyn Neila Anak Josalin D20181082925 AT11 - ISMP Biologi

Pensyarah : Dr. Mohamad Termizi Bin


Borhan & Dr. Muhamad
Ikhwan Bin Mat Saad

Tarikh : 22 April 2021


Meningkat Kemahiran dan Penguasaan Menjawab Kertas Soalan bagi Topik
Biologi Tingkatan 4 Pembahagian Sel dengan Menyediakan Buku Nota yang
Merangkumi Peta i-THINK

1.0 Tajuk Kajian


- Meningkat Kemahiran dan Penguasaan Menjawab Kertas Soalan bagi Topik Biologi
Tingkatan 4 Pembahagian Sel dengan Menggunakan Peta i-THINK
2.0 Nama e-mel Penyelidik
- Marilyn Neila Anak Josalin

- maryjoejim@gmail.com

3.0 Nama/Bahagian/Institusi/Sekolah

- Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Tanjong Lobang, 98000 Miri Sarawak

4.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Lalu /Pengurusan

Pelajar Tingkatan 4 kelas saya terdiri daripada murid yang sederhana dan yang lemah
pencapaiannya. Pemerhatian yang saya jalankan melalui keputusan ujian, kerja rumah dan
juga cara mereka menjawab soalan yang diberi semasa proses PdP di dalam kelas, memang
dapat dikenal pasti bahawa segelintir mereka menghadapi masalah semasa mempelajari
subjek Biologi Topik 6 Pembahagian Sel. Berdasarkan soalan-soalan dan juga latihan yang
diberikan semasa PdP di dalam kelas, saya mendapati mereka megalami kesukaran untuk
menerangkan peringkat-peringkat dalam mitosis dan meiosis megikut urutan yang betul.
Terdapat juga segelintir murid yang masih tidak dapat melukis dan melabel struktur sel dalam
setiap peringkat mitosis, meiosis I, meiosis II dan sitokinesis ketika menjawab soalan kertas 2
dan mereka meninggalkan soalan tersebut kosong. Kegagalan murid mendapat markah pada
kertas 2 semasa peperiksaan amat merugikan. Jika murid yang lemah ini dibimbing dan
didedahkan dengan teknik menjawab soalan kertas 2 dengan betul, saya merasakan masalah
ini akan dapat diatasi. Masalah segelintir murid yang tidak memberi tumpuan sepenuhnya
semasa guru mengajar juga mempengaruhi masalah kesukaran untuk menjawab soalan
latihan, ujian dan peperiksaan yang mereka hadapi.
5.0 Isu Keprihatinan/Fokus Kajian yang Dikaji

Berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik 1 yang saya jalankan, hampir keseluruhan murid
gagal menjawab dengan cemerlang soalan-soalan di kertas 2 mengenai topik Pembahagian
Sel terutamanya jika soalan tersebut meminta pelajar melukis dan melabel struktur sel dalam
peringkat mitosis ataupun meiosis. Selain itu, pelajar juga seringkali mengalami salah faham
ketika menjawab soalan yang meminta mereka untuk menerangkan apa yang berlaku kepada
struktur sel dalam mana-mana peringkat mitosis ataupun meiosis dengan betul.
Memandangkan hasil ujian yang tidak memuaskan dan amat membimbangkan, maka saya
terfikir untuk membuat kajian bagaimana meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan
pada bahagian B ini. Antara kelemahan murid ini mungkin berpunca daripada beberapa
faktor seperti berikut:

i. tidak menguasai topik Pembahagian Sel.


ii. tidak memahami kaedah guru mengajar
iii. tidak mengetahui kaedah menjawab soalan dengan betul
iv. tidak boleh menghafal atau memahami proses-proses yang terjadi kepada struktur sel
dalam peringkat mitosis ataupun meiosis mengikut urutan yang betul

6.0 Objektif Kajian

Objektif Umum - meningkatkan prestasi murid dalam menjawab kertas soalan bagi topik
Biologi Tingkatan 4 Pembahagian Sel dengan menggunakan peta i-THINK
Objektif Khusus –
i. Meningkatkan pengetahuan murid terhadap topik Pembahagian Sel.
ii. Meningkatkan pemahaman murid terhadap bagi topik Pembahagian Sel.
iii. Membantu murid dalam mengingati kaedah atau teknik menjawab soalan topik
Pembahagian Sel dengan betul.
iv. Meningkatkan pencapaian murid bagi mata pelajaran Biologi.

7.0 Kumpulan Sasaran


Dalam kajian ini, populasi dilakukan terhadap pelajar Tingkatan 4 sekolah menengah di
salah sebuah sekolah daerah Miri, Sarawak. Sampel kajian yang dipilih adalah terdiri
daripada 36 orang murid daripada sekolah yang dipilih sebagai kumpulan eksperimen.
Pemilihan murid berdasarkan:
i. Pelajar Tingkatan 4 sekolah menengah kebangsaan.
ii. Memperolehi gred B dan kebawah dalam mata pelajaran Biologi bagi Ujian Diagnostik
dan Ujian Pertengahan Tahun.

8.0 Tindakan yang Dicadangkan


8.1 Tinjauan Masalah

Tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti telah dibuat bertujuan untuk memahami
dengan lebih terperinci masalah tersebut. Perincian terhadap masalah tersebut dilihat daripada
aspek berikut:

i. Pengetahuan sedia ada murid dalam memahami maklumat yang terdapat di dalam soalan
melalui temu bual dan soal selidik.

ii. Latihan menjawab soalan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid semasa
menjawab soalan Biologi kertas 2.

iii. Ujian bagi mengenal pasti tahap pemahaman murid selepas mempelajari Pembahagian Sel
dalam Biologi.

8.2 Analisis Tinjauan Masalah

a) Hasil Temu bual dengan Murid


Dari hasil temu bual bersama murid, saya mendapati bahawa 40 peratus orang murid tidak
dapat memahami dan menguasai topik Pembahagian Sel sepenuhnya manakala 60 peratus
tidak menguasai teknik menjawab soalan, tidak membaca soalan dengan teliti dan ada
juga yang tidak berminat untuk menjawab soalan.

b) Tinjauan Buku Latihan Murid Dan Lembaran Kerja


Kelemahan murid dalam menjawab soalan Biologi kertas 2 juga ditinjau dengan
terperinci melalui buku latihan murid. Sebahagian murid tidak dapat menjawab soalan
latihan yang diberikan. Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid seperti berikut :

i) Tidak memahami kehendak soalan.


ii) Murid belum menguasai beberapa objektif pembelajaran topik Pembahagian Sel.
i) Kurang menggunakan maklumat yang diberi didalam soalan sama ada maklumat dalam
bentuk gambar rajah dan pernyataan ayat.
ii) Kelemahan murid menjawab soalan dapat dikenalpasti melalui Ujian Pertengahan Tahun
dan Ujian Diagnostik yang diadakan. Satu set ujian yang mengandungi 30 soalan
objektif dan 5 soalan subjektif diberikan kepada murid.
iii) Dalam kajian ini, ujian pengetahuan topik Pembahagian Sel diukur menggunakan
instrumen yang dibina oleh penyelidik sendiri serta berformat ujian pelbagai pilihan dan
berstruktur. Soalan berkenaan merangkumi tajuk Pembahagian Sel berdasarkan sukatan
pelajaran KSSM.

8.3 Merancang Tindakan

Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah menentukan
aktiviti yang perlu dilaksanakan ialah aktiviti yang melibatkan penggunaan peta i-THINK.
Peta i-THINK ini merangkumi kepelbagaian peta yang dapat membantu pelajar memahami
serta menghafal isi-isi penting yang terdapat dalam topik Pembahagian Sel yang akan diuji
kelak dalam ujian berformat pelbagai pilihan dan berstruktur mengikut sukatan pelajaran
KSSM. Oleh itu berikut merupakan perancangan tindakan menggunakan kaedah peta i-
THINK yang saya telah lakukan bagi mengatasi masalah-masalah yang telah dinyatakan tadi
iaitu:
1) Menghasilkan satu buku nota yang merangkumi pelbagai jenis peta i-THINK
mengikut kesesuaian topik dalam topik Pembahagian Sel serta soalan latihan
mengenai topik tersebut. Isi-isi penting dalam setiap subtopik telah disertakan dalam
bentuk peta i-THINK.
2) Membawa buku nota peta i-THINK tersebut ke sekolah untuk diserahkan kepada
kumpulan sasaran pelajar untuk kajian tindakan ini. Kemudian saya menjelaskan
dahulu kepelbagaian jenis-jenis peta i-THINK kepada murid sebelum menyerahkan
kepada murid buku nota peta i-THINK supaya murid dapat menggunakan buku
tersebut sebagai sumber rujukan ketika mengulangkaji pelajaran.
3) Memberikan soalan latihan ujian kepada murid bagi menguji tahap pemahaman
mereka dan juga tahap keberkesanan tindakan tersebut.
4) Merekodkan progress murid dalam menjawab soalan latihan yang terdapat di dalam
buku nota tersebut.

8.4 Melaksanakan Tindakan


1) Langkah pertama yang saya laksanakan adalah menghasilkan sebuah buku nota peta i-
THINK yang merangkumi nota-nota penting dalam topik Pembahagian Sel dalam
bentuk kepelbagaian peta i-THINK. Dalam buku tersebut, isi-isi penting dalam setiap
subtopik telah disertakan dalam bentuk peta i-THINK yang berbeza mengikut
kesesuaian topik dan di penghujung setiap peta i-THINK yang dihasilkan mengikut
subtopik, terdapat beberapa soalan latihan yang disediakan untuk dijawab oleh
pelajar.
Pemerhatian: Walaupun sebelum ini saya telah mengarahkan pelajar untuk
menghasilkan nota sendiri bagi topik Pembahagian Sel, didapati bahawa pelajar masih
tidak dapat menjawab dengan betul soalan kertas 2 yang menguji pelajar topik ini
dalam ujian percubaan dan juga ujian diagnostik yang diadakan.
Refleksi: Buku nota peta i-THINK telah dihasilkan dengan rapi dan kemas mengikut
urutan subtopik yang betul dan di penghujung setiap peta i-THINK yang dihasilkan,
terdapat beberapa soalan latihan yang disediakan untuk dijawab oleh pelajar
2) Seterusnya, saya akan membawa buku nota tersebut ke sekolah untuk diserahkan
kepada pelajar di dalam kelas dan kemudian saya menjelaskan kepada pelajar terlebih
dahulu jenis-jenis peta i-THINK dan juga kelebihan menggunakan peta i-THINK
dalam menghasilkan nota. Langkah ini memberi peluang kepada pelajar agar mereka
boleh merujuk buku nota peta i-THINK buatan penyelidik dengan mudah jika ingin
membuat ulangkaji pelajaran untuk ujian yang akan datang.
Pemerhatian: Saya menyerahkan kepada setiap pelajar buku nota peta i-THINK
tersebut dan menjelaskan kepada mereka kegunaan serta kepelbagaian jenis peta i-
THINK. Setelah memberikan pelajar buku tersebut, saya mendapati bahawa kesemua
pelajar menunjukkan reaksi positif apabila menerima buku nota tersebut
Refleksi: Kesemua pelajar berasa gembira ketika menerima buku nota tersebut
3) Seterusnya, saya akan mengarahkan pelajar untuk menjawab soalan latihan yang
disediakan dalam buku tersebut apabila sudah selesai membaca nota peta i-THINK
bagi menguji tahap pemahaman dan penguasaan pelajar dalam topik Pembahagian
Sel.
Pemerhatian: Setelah memberikan buku nota tersebut kepada pelajar, saya
mengarahkan mereka untuk menjawab soalan-soalan yang disediakan dalam setiap
penghujung subtopik peta i-THINK dalam tempoh yang tertentu. Beberapa pelajar
masih keliru dan datang bertanya soalan kepada saya untuk kepastian.
Refleksi: Lebih kurang 2 ke 3 pelajar yang masih tidak memahami pengunaan buku
nota tersebut dan datang bertanya kepada saya untuk kepastian
4) Secara berkala saya akan meminta pelajar menghantar semula buku nota tersebut
kepada saya untuk menyemak progress kerja latih yang disediakan dalam buku
tersebut untuk dijawab oleh pelajar. Saya telah menyediakan senarai nama setiap
pelajar dan juga merekod setiap tugasan yang telah dibuat oleh pelajar.
Pemerhatian: Ketika meminta pelajar untuk menghantar buku tersebut, kebanyakkan
murid berjaya menghantar kerja mereka dan hanya segelintir pelajar yang tidak
menyerahkan buku tersebut kepada saya. Apabila saya bertanya kepada yang tidak
menghantar buku tersebut, mereka mengatakan bahawa mereka masih belum siap
menjawab soalan latihan
Refleksi: Hampir keseluruhan pelajar berjaya menyiapkan soalan latihan dalam buku
nota tersebut dan terdapat 2 ke 3 pelajar yang tidak berjaya menyiapkan soalan latihan
tersebut. Manakala bagi tahap keberkesanan kajian, 75% pelajar dapat menjawab
soalan latihan dengan betul dan selebihnya masih mengalami sedikit masalah dalam
menjawab beberapa soalan latihan.

10.0 Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil. Aktiviti Tarikh


1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data 30 Mac 2021
2. Menulis proposal kajian 3 April 2021
3. Merancang tindakan kajian 4 April 2021
4. Melaksanakan tindakan kajian 9 April 2021
5. Membincangkan masalah yang timbul dalam 13 April 2021
tindakan
6. Ujian untuk mengesahkan pencapaian murid 16 April 2021
7. Refleksi kajian kajian tindakan 17 April 2021
8. Menulis laporan kajian tindakan 19 April 2021
9. Pembentangan dapatan kajian tindakan 22 April 2021

11.0 Rumusan
Di dalam penyediaan kertas cadangan kajian tindakan ini terdapat bahagian refleksi PdP
yang merangkumi isu yang dihadapi oleh penyelidik di dalam kelas. Setelah menjalankan
pemerhatian melalui keputusan ujian, kerja rumah dan juga cara mereka menjawab soalan
yang diberi semasa proses PdP di dalam kelas, isu yang dapat dikenalpasti ialah kumpulan
sasaran kajian tindakan iaitu pelajar Tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah kebangsaan di
daerah Miri masih tidak menguasai topik Pembahagian Sel. Manakala, pada bahagian isu
keprihatinan iaitu untuk menjelaskan dengan terperinci proses menentukan tema/isu/masalah
dan merumuskan masalah yang dikenal pasti daripada refleksi PdP yang lalu. Isu
keprihatinan yang terdapat dalam kajian tindakan ini ialah murid tidak menguasai topik
Pembahagian Sel, tidak memahami kaedah guru mengajar, tidak mengetahui kaedah
menjawab soalan dengan betul dan tidak boleh menghafal atau memahami proses-proses
yang terjadi kepada struktur sel dalam peringkat mitosis ataupun meiosis mengikut urutan
yang betul.
Objektif umum kajian ini ialah untuk meningkatkan prestasi murid dalam menjawab
kertas soalan bagi topik Biologi Tingkatan 4 Pembahagian Sel dengan menggunakan peta i-
THINK dan objektif khusus pula ialah untuk meningkatkan pengetahuan murid terhadap
topik Pembahagian Sel, meningkatkan pemahaman murid terhadap bagi topik Pembahagian
Sel, membantu murid dalam mengingati kaedah atau teknik menjawab soalan topik
Pembahagian Sel dengan betul dan meningkatkan pencapaian murid bagi mata pelajaran
Biologi. Selain dari itu, tindakan yang dicadangkan telah dijelaskan dengan teliti di atas di
mana tindakan tersebut telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu tinjauan masalah,
analisis tinjauan masalah, merancang tindakan dan melaksanakan tindakan. Akhir sekali pada
bahagian jadual pelaksanaan kajian penyelidik telah menyediakan jadual pelaksanaan kajian
dalam tempoh masa yang ditetapkan agar kajian tindakan dapat dijalankan dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai